Part 15 -bonus-

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

Setelah lama Youngji dan Jackson berada dalam berpelukan, akhirnya mereka berdua melepaskannya. Youngji cuba untuk tidak memandang muka Jackson. Malu sangat. Dia pun tak tahu terlalu suka bila dalam pelukan Jackson. 

"Sorry sebab terpeluk awak. Saya tak sengaja pun," cakap Jackson tanpa memandang Youngji. Dia pun malu juga. Nasib baik tak ada orang dekat sini. Kalau ada mesti malu. Apa lagi kalau Irene yang nampak semua ni, pasti dia akan salah faham. Kau ni, Jackson! Terlalu baik sangat dengan semua orang, bisiknya.

"Huh?! Tak apalah. Okey, saya pergi dulu. Terima kasih." Youngji beredar dari situ dengan cepat. Dia menutup pipinya supaya Jackson tidak perasan akan pipinya yang menjadi merah itu. 

Jackson tersenyum lalu membuka telefonnya dan mendail nombor seseorang. "Hello, jom jumpa. Tempat biasa, okey."

 

Youngji mundar-mandir di dalam biliknya. Hatinya masih berdegup laju. Dia duduk di atas kerusi lalu menolak satu laci di sebelahnya. Dia mengambil sekeping gambar yang tidak berbingkai. Pandangannya mula sayu apabila memandang gambar tersebut. 

"Wang Jackson, betul ke ni? Ke aku ni dah gila? Setiap hari aku tahan dengan dia. Tak akanlah aku nak menghadap muka yang sama dengan kau. Aku tak naklah. Aku dah cuba untuk lupakan kau tapi, tak boleh. Ini semua salah Jackson yang itu. Hish! Memang sebiji sama dengan kau. Aku tak nak dia jadi macam kau," cakap Younhji bersendirian.

Tanpa disedari, air matanya mula membasahi pipinya. "Kelakar sangat. Kalau kau nak tahu, hidup aku ni memang menyedihkan. Betul kan? Dari sekolah lagi sampai sekarang. Hmm, nak buat macam mana. Semua sudah ditakdirkan. Okeylah! Aku nak bekerja ni. Eh, tak naklah! Dah malam sangat! Aku nak balik dulu. Kau duduk sini tau. Bye."

Youngji mengemaskan barang-barangnya untuk pulang. Dia membuka kotnya untuk disangkut ke tempat penyakut yang disediakan. Tiba-tiba bulu roma Youngji meremang. Matanya terus melihat disekelilingnya. Peluhnya mula keluar.

"Tak mungkinlah. Think positive, Youngji. Sekarang ni kau balik cepat-cepat. Nanti omma risau pula," cakapnya bersendirian lalu mendail nombor Kai. 

Youngji mula pergi dari situ dengan pantas. Hatinya berdebar tatkala menunggu lif terbuka. Dia merasai ada sesuatu yang mengikutnya. Sudahlah suasana di dalam hospital sunyi kerana semua pesakit sudah tidur. Jururawat juga sudah tidak pergi memeriksa pesakitnya.

Tekaknya terasa kering seperti

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...