Part 3 -bonus-
My Chingu, My Love?Sebelum Youngji masuk ke dalam cafe, dia melihat sekolahnya yang dah lama ditinggalkan. Ingatannya mengingati kisah silamnya dan juga dengan Jackson. Youngji menggelengkan kepalanya supaya ingatannya bersama Jackson dihilangkan dari kepalanya. Dia masuk ke dalam cafe dengan sopan. Matanya melilau mencari kawannya iaitu Kai. Akhirnya matanya tertumpu di penjuru tingkap cafe tersebut. Dia yakin bahawa itu ialah kawannya. Tanpa teragak-agak dia pergi ke arahnya.
"Kai-sshi?," panggil Youngji. Lelaki itu memaling dan tersenyum ke arah Youngji.
"Youngji? Wah, Daebaklah! Cantik betul awak! Saya tak percaya langsung!," jerit Kai. Youngji tersenyum. Dia juga terkejut dengan penampilan baru Kai.
(Macam ni lah pakaian Youngji sekarang. Sekarang ni, dalam musim panas. Hehehe)
(Bayangkan Kai memakai pakaian ini. Smart kan?)
Youngji terus duduk di hadapan Kai sambil melihat susanana di sekelilingnya.
"Mana yang lain, cakap nak datang?," tanya Youngji.
"Mianie! Mereka semua tak dapat datang sebab ada hal tiba-tiba tapi, Seulgi datang. Mana dia sekarang? Tak sampai-sampai lagi. Ke dah sesat?," jawab Kai yang meliarkan matanya. Membulat mata Youngji.
"Seulgi datang?," soal Youngji lagi.
"Ye! Alah, jangan risaulah. Dia kan kawan kita juga kan. Sekarang ni, nak order apa? Biar saya yang tolong orderkan," cakap Kai.
"Komawo. Saya nak order americano," balas Youngji. Kai mengangguk dan terus pergi dari situ.
Youngji menjadi gelisah apabila mendengar nama Seulgi. Padahal Seulgi tidak pernah memusuhinya. Ini semua kerana Seulgi pernah menjadi kekasih dengan Jackson. Youngji membuang jauh-jauh perasaan tersebut. Benda itu sudah berlalu, Youngji. Jangan nak ingatkan kembali lagi, bisiknya.
Kai datang dengan menantang secawan air americano untuk Youngji. Beberapa minit kemudian, Seulgi pun datang pada mereka berdua. Terkejut dibuat mereka berdua. Sungguh berubah penampilan Seulgi.
"Annyeong! Lama tak jumpa! Wah, Youngji! Kamu semakin cantik!," puji Seu
Comments