Final (One Shot)

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

"Yah! Jackson! Bangunlah! Pergi sekolah! Nanti lambatlah!," jerit Youngji. Jackson membuka mata dengan malas. "Alah, lambat lagi kan," cakap Jackson dalam keadaan mengantuk. Youngji mendengus kecil. Hish! Dari kecil hingga besar sama sahaja! "Bangunlah Jackson!," jerit Youngji lagi dan mengeluh kecil. Jackson masih lagi belum bangun. Youngji terduduk. Memang kerjanya kejutkan Jackson setiap hari. Puan Wang sudah tidak larat nak kejutkan. Jadi, Youngji lah yang terpaksa kejutkan Jackson. Mereka berdua telah berkawan dari kecil lagi. Bukan itu sahaja, mereka berdua juga berjiran. Youngji bangun untuk mengejutkan Jackson untuk kali terakhir tetapi, dia pergi ke arah bilik air. "Drushhh" bunyi air jatuh ke atas muka Jackson. Terkejut Jackson di buatnya dan terus bangun dengan masam mencuka. Youngji tergelak tanpa suara. Itu adalah keunikan Youngji. "Pergi mandi cepat! Nanti lambat pergi ke sekolah!," arah Youngji. Jackson bangun dari katil dan terus pergi ke bilik air dengan lemah.

 

 

Youngji dan Jackson tiba di kelas. "Nasib baik cikgu tak masuk lagi. Kalau masuk, memang siaplah aku kena kan kau!," marah Youngji. "Yelah, salah aku. Sekarang kita selamat kan. Janganlah marah. Tak comel langsung. Dah jom duduk my chingu yang comel ni," cakap Jackson dan terus menarik tangan Youngji. 'Takkan anggap kawan sahaja. Sedihnya. Mungkin aku tak cantik tapi, apa yang aku buat selama ini untuk dia, tak bermakna langsung bagi kau? Dari kecil hingga besar kita kawan. Takkan langsung tak ada hati dengan aku? takkan kau tak perasan selama ini' bisik hati Youngji dan mengeluh kecil. Cikgu Lee masuk ke kelas. "Hari ini kamu semua akan dapat kawan baharu. Silakan masuk," cakap Cikgu Lee. Semua orang memandang ke arah pintu. Muncul lah seorang lelaki masuk ke kelas. "Annyeonghaseyo Kim Jongin. Panggil Kai sahaja. Sila tunjuk ajar," cakap Kai. "Okey Kai, kamu boleh duduk di belakang Youngji," arah Cikgu Lee dan terus menunjuk jari ke arah Youngji. Kai tersenyum ke arah Youngji dan Jackson. Youngji membalas dengan senyuman. Jackson membalas dengan jelingan. "Kenapa kau tak senyum?," tanya Youngji. "Suka hati akulah. Nampak berlagak pula tu. Kenapa? Kau dah terpikat ke? Carilah orang lain," cakap Jackson. "Kalau aku suka macam mana? suka hati akulah juga," balas Youngji dan terus memandang ke tingkap.

 

 

Beberapa minggu kemudian,

Youngji asyik berbual dengan Kai di dalam kelas. Hubungan Youngji dan Kai telah menjadi kawan. "Awak dengan Jackson kawan rapat ke?," tanya Kai. "Ye. Saya kawan dia dari kecil lagi. Malah, kami juga berjiran," jawab Youngji. "Kenapa hari ini awak tak pergi sekolah dengan Jackson hari ni?," tanya Kai. "Sebab omma dia cakap, dia dah pergi sekolah. Jadi, saya pergi seorang dirilah." jawab Youngji. "Oh! Youngji, saya nak cakap sesuatu ni. Awak jangan marah tau," cakap Kai. "Apa benda?," tanya Youngji. "Awak suka Jackson kan?," agak Kai. "Bo?! Mana adalah! Saya anggap dia kawan je. Okeylah saya nak buat kerja ni," jawab Youngji dan terus pergi dari situ. Kai hanya menunduk sahaja.

 

 

Jackson pergi berjumpa dengan Youngji di pondok. "Kenapa kau nak jumpa aku? Aku ada kerja ni selepas ni," tanya Youngji. "Kerja apa? Kerja berjumpa dengan Kai? Ah, what ever! Aku nak perkenalkan seseorang dekat kau ni," jawab Jackson. "Apa pula aku nak jumpa Kai. Kau cemburu ye," cakap Youngji. "Tak ada masa nak jealous. Seulgi sini!," panggil Jackson. Youngji melihat perempuan yang sedang datang ke arah merea berdua. "Youngji, ini girlfriend aku. Nama dia Kang Seulgi. Seulgi, ini chingu i dari kecil lagi. Nama dia Heo Youngji," cakap Jackson. Seulgi menundukkan kepalannya. Begitu juga dengan Youngji. "Okeylah Youngji. Aku nak dating dengan Seulgi ni. Annyeong," cakap Jackson. "Annyeong Youngji," cakap Seulgi. Mereka berdua lenyap dalam penglihatan Youngji. 'Betul ke apa yang aku dengar ni? Jackson ada girlfriend? Sepatutnya aku gembira dengan berita ini tapi, kenapa hati aku sakit sangat? Kenapa?! Sampai hati kau buat macam ni, Jackson!' bisiknya dan terus mengeluarkan air matanya. Youngji jatuh terduduk di atas pondok itu. Youngji tidak habis-habis menangis sambil memegang dadanya. Sakit sangat!

 

 

Keesokkannya, Youngji pergi ke sekolah berseorangan lagi. Kai yang berada di belakangnya memandang aneh kepada Youngji. "Youngji, awak okey tak?," tanya Kai. Youngji berpaling dan menghadiahkan senyuman kepada Kai. "Awak datang seorang lagi. Mana Jackson?," tanya Kai. "Dia datang dengan girlfriend dia," jawab Youngji dengan biasa. Terpaksa berlakon. "Mwo?! Jackson ada girlfriend! Siapa?," tanya Kai. "Kang Seulgi," jawab Youngji. "Seulgi! Anak pengetua sekolah ni! Dia pelajar cantik dekat sekolah ni tapi, bagi saya biasa-biasa sahaja. Dengan awak lagi cantik," cakap Kai. "Mengarutlah awak ni. Anak pengetua mesti cantik. Saya bukan cantik pun," cakap Youngji dengan ketawa. Kai turut ketawa. Jackson masuk ke kelas bersama dengan Seulgi. Youngji terus senyap. "Yo

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...