Part 12 -bonus-
My Chingu, My Love?"Jackson? Macam mana awak tahu saya dekat sini?!," tanya Youngji dengan terkejut. Matanya membulat. Jantungnya berdebar-debar. Tak mungkin!
Jackson mengukirkan senyuman dan mengambil tempat di sebelah Youngji. Muka Youngji masih tidak berubah. Jackson memandang pelik kepada Youngji.
"Awak dah kenapa? Macam baru jumpa hantu je," tanya Jackson dengan biasa.
"Saya tanya dekat awak, macam mana awak tahu saya dekat sini?" Youngji memandang tajam pada Jackson.
Jackson ketawa. "Saya tahu awak dekat sini sebab saya...."
"Heo Youngji?" Youngji dan Jackson berpaling. Membulat mata Youngji dan dia terus terbangun dari tempatnya.
"Seulgi?," kata Youngji dengan terkejut. Bukan ke dia pergi Paris? Macam mana dia ada dekat sini? Bila dia balik Korea? Kenapa muncul dekat sini?
"Youngji, siapa ni? Awak kenal ke?," tanya Jackson yang memandang Youngji dan Seulgi.
"Jackson! Bukan ke awak dah mati? Macam mana awak..." Youngji terus menutup mulut Seulgi.
"Hah?! Macam awak tahu nama saya? And, mati? Bila masa saya mati? Siapa awak? Saya tak kenal awak pun," cakap Jackson yang memandang pelik ke arah Seulgi. Gila ke perempuan ni? Dia tahu nama aku? Mati? Peliknya! Aku mati?, bisiknya.
"Jackson! Saya minta maaf dengan kawan saya. Awak pergilah balik. Jumpa esok dekat hospital. Saya nak berborak dengan kawan saya. Di baru balik dari Paris. Sorry Jackson. Bye!," cakap Youngji dan terus berlalu dari situ dengan pantas sambil menarik tangan Seulgi.
"Youngji! Kenapa awak..." Youngji menutup mulut Seulgi lagi.
"Awak ikut saya. Nanti saya ceritakan," cakap Youngji yang menarik tangan Seulgi. Jackson hanya memandang dari jauh sahaja dan berlalu dari situ.
"Bo?! Tak mungkin! Cakap betul-betul Youngji," jerit Seulgi dengan kuat sehingga orang di situ memandangnya.
"Seulgi! Janganlah kuat sangat. Orang tengok kita tu! Kita dekat restoran tau. Perlahan sedikit suara tu. Malulah!," marah Youngji dengan suara yang perlahan. Seulgi tersenyum kambing.
"Youngji, tak mungkinlah! Muka dia sebiji dengan muka Wang Jackson! Lepastu masa saya cakap nama Jackson, dia kata nama dia Jackson. Dahlah muka sama, nama pun sama. Youngji, saya rasa dia Wang Jackson. Mana ada muka sama dekat dunia ni!," cakap Seulgi dengan bersungguh-sungguh. Terasa kelakar pula bila melihat
Comments