Part 16 -bonus-

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

"Youngji, awak dah okey? Jangan takut lagi. Kita kan dah report kat polis. Biar polis yang uruskan. Saya selalu ada di sisi awak. Okey?" Kai meletakkan tangannya pada tangan Youngji supaya dapat menghilangkan ketakutannya.

Youngji mengangguk perlahan. Fikirannya kusut. Dia masih dalam ketakutan. Dia cuba untuk tidak mengingati kejadian tadi tetapi, fikirannya masih memikirkannya. Tiba-tiba matanya membulat. Orang itu macam aku pernah nampak. Dengan Seulgi! Tak mungkinlah! Pakaiannya nampak serupa! Youngji, think positive. Tak akanlah. Seulgi orang yang baik. Dahlah! Jangan fikir benda yang mengarutlah, bisiknya lalu mengusutkan rambutnya.

Kai yang tekun memandunya terkejut dengan tindakan Youngji. "Awak okey ke? Kenapa awak kusutkan rambut awak? Awak fikir apa?"

"Hah! Tak adalah. Saya dah okeylah! Cuma saya gatal je sebab tak mandi je. Awak hantar saya dekat hospital lah. Kereta saya masih ada dekat sana," tipu Youngji. Dia menghembus nafasnya dengan perlahan.

Kai cuba mempercayai kata-kata Youngji walaupun dia tidak mempercayainya. "No! Saya tak akan hantar awak dekat hospital. Saya hantar awak terus pergi rumah awak. Esok pagi saya ambil awak. Nanti awak balik kerja, awak boleh ambil kereta awak. Okey?"

"Yelah. Saya ikut je awak tapi, saya tak nak menyusahkan awak. Sekarang ni, saya bersalah dekat awak sebab call awak tiba-tiba. Lepastu, saya tak sangka pula awak sampai awal dekat hospital. Macam mana awak bawa kereta awa?" cakap Youngji yang pelik akan Kai. Dia telefon Kai semasa dia mahu masuk ke dalam lif. Untuk dia pergi ke pintu hadapan, mungkin ambil masa lebih 1 minit. Pelik.

Kai tersenyum sahaja. Sebenarnya, sudah lamalah dia berada di hospital. Youngji menelefonnya, dia sudah sampai di berdekatan dengan kereta Youngji. Kai ketawa perlahan.

 

"Hah! Jackson! Kau nak cakap apa dekat aku? Tadi, kau cakap ada info terbaru yang aku akan jealous. Apa benda? Cepatlah. Aku ada kerjalah esok. Kau tak apalah," tanya Seulgi lalu menguap.

"Okey? Macam apa yang kau suruh aku buat. Memang aku buat. Kau suruh aku takutkan si Youngji tu tapi, kau tahu tak siapa yang jadi heronya? Hah? Kai lah. Hahaha." Jackson ketawa terbahak-bahak. "Siap berpelukan lagi. Rugi aku tak rakam. Boleh aku jadikan bukti supaya kau percaya. Memang macam dramalah aku tengok!"

Muka Seulgi bertukar warna merah dek menahan kemarahannya. "Kau boleh tak, jangan cakap pasal yang menyakitkan aku! Kau tahu apa sebabnya tapi, kau nak juga cakapkan! Kan aku buat kau dipecatkan!" marah Seulgi lalu menyilangkan tangannya.

"Seulgi, sorry. Jackson memang macam ni. Dia gila sikit. Hahaha. Tak payah nak layan sangat. Aku nak tanya, kenapa kau marah sangat dekat Youngji? Dia ada buat kesalahan yang besar ke? Aku tengok okey je," tanya Irene lalu memandang Jackson yang masih ketawa lagi. Dia mencubit pinggang Jackson supaya berhenti ketawa.

"Ya! Dia memang ada buat kesalahan besar dekat aku! Dahlah aku malas nak ingat kisah lama. Yang sekarang ni, kita buat plan baru sebab ada Irene. Aku dah ada idea baru," cakap Seulgi.

"Ada terus idea baru. Aku kenalkan Irene baru hari ini. Cepat gila kau berfikir," cakap Jackson yang tidak memandang muka Seulgi. Rasa malas pula nak tengok muka si Seulgi ni! Asyik suruh buat kerja je. Hish! Nak pecatkan aku, pecat jelah tapi, tak boleh. Dia banyak tolong aku masa itu. Aku ni bukannya jahat sangat pun, bisiknya yang memikirkan kisah lamanya.

 

Flashback....

Jackson melangkah keluar dari rumah bersama dengan maknya dan adiknya. Ini sudah kali keempat dia dihalau oleh tuan rumah itu akibat tidak dapat membayar sewa rumah. Ya! Dia sedang berada di negara asing. Dia bersalah sangat kepada maknya dan adiknya. Disebabkannya dia, mak dan adiknya merana. Dia terlalu bodoh! Dia senang mempercayai kata-kata orang. Dia ditipu oleh orang iaitu pergi melancong ke Paris dengan membayar dengan jumlah yang sikit. Walaupun maknya telah menghalangnya tetapi, dia tetap berdegil. 

"Jimin, kita nak duduk dekat mana ni? Dahlah kita dekat negara orang. Kita mana kenal dengan semua orang," tanya Puan Choi. Jackson mendiamkan dirinya.

"Oppa! Ini semua salah oppa! Kalau oppa tak percaya kata-kata lelaki itu, tak akan kita akan jadi macam ni! Lebih baik Yuju tak payah pergi! Yuju nak pergi sekolah tau! Oppa tak guna!" marah Yuju lalu menarik baju Jackson.

"Yuju, jangan buat oppa kamu macam ni. Tak kesiankan oppa kamu ke? Dia tengah buntu sekarang ini. Mesti ada pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...