Part 14 -bonus-

My Chingu, My Love?
Please Subscribe to read the full chapter

Youngji memasuki lif selepas tamat waktu kerjanya. Dia mengeluh sedikit. Peningnya kepala aku! Kenapalah dia ada dekat hidup aku ni?! Hish! Lamunan Youngji terhenti tatkala mendengar pintu lif terbuka. Matanya melihat pada skrin kecil yang berdekatan di tepi pintu lif. Belum sampai lagi tingkat bawah, bisiknya.

Muncul lah muka Irene yang memasuki lif itu. Irene terkejut sedikit apabila melihat Youngji yang berada di hadapannya. Youngji juga turut terkejut.

"Youngji, awak nak balik ke? Awak dah habis kerja ke? Bukan ke saya dengar pada Jackson yang awak kerja sampai malam hari ini?" tanya Irene yang memasuki lif itu.

"Mana adalah. Mungkin awak salah dengar kut. Saya kerja sampai malam esoklah. Well, awak pun baru habis kerja ke? Awak tak pakai kot doktor pun" Youngji enggan memandang Irene. Rasa seram pula bila duduk berdua dekat lif ni. Dengan pandangan Irene pada Youngji memang lain dari yang lain.

"Oh ye ke? Mungkin saya salah dengar kut. Yup! Saya dah habis kerjalah. Kalau awak ada masa, jom kita makan makan sama-sama. Lagipun kita tak pernah pun makan sama-sama kan. Semua sibuk dengan kerja," ajak Irene. Youngji berfikir. Dia menelan air liur sedikit kerana takut untuk memandang muka Irene.

"Sorry Irene. Mungkin lain kali saya keluar makan dengan awak. Hari ini saya nak keluar dengan Kai. And, saya juga nak keluar dengan kawan saya yang baru balik dari Paris. Sorry sekali lagi," tipu Youngji yang melangkah keluar dari lif itu apabila sampai di tingkat bawah.

Irene turut melangkah keluar dari lif itu. "It's okay. Saya faham dengan keadaan awak. Okeylah! Saya balik dulu. Jumpa pada hari esok!" Irene berlalu dari situ.

Youngji memandang sahaja pemergian Irene. Dia mengeluh kecil. Dia memikirkan pada hari esok. Kerja sampai malam? Takutnya! Siapa suruh jadi doktor! Hish! Youngji, kuatkan semangat tau, bisiknya dan berlalu dari situ.

 

Kai menutup laptopnya apabila dia sudah menyiapkan kerjanya yang banyak di pejabat. Walaupun jadi ketua tapi, itu tidak bermakna dia akan duduk dengan goyang kaki je. Dia perlu berusaha membangunkan lagi syarikat ayahnya supaya boleh bertahan sehingga ke anak cucu.

Dia menyandarkan badannya ke atas kerusi yang empuk kerana badan belakangnya terlalu penat akibat menghadap laptop dengan masa yang lama. Dia mengambil telefonnya dan menghidupkannya. Tujuan dia mematikan telefonnya kerana tidak mahu ada gangguan semasa dia bermesyuarat dengan orang.

"Siapa yang hantar mesej dekat aku ni? Peliknya!" Kai melihat mesej pada skrin telefonnya dengan tekun.

'Kalau kau rapat dengan orang hospital, kau akan menyesal seumur hidup. Menyesal dengan selama-lamanya. Ingat tu!'

Berkerut dahi Kai selepas membaca mesej itu. Dia berasa pelik lagi kerana nombor yang sama menghantar mesej pada semalam.

"Mungkin salah nombor kot. Hish! Fikir positif Kai. Lebih baik aku padam je mesej ni. Buat menyemak je," cakap Kai berseorangan sambil menekan punat 'Delete' pada telefon.

Dia mengemas barang-barangnya dan berlalu dari situ.

 

Keesokannya, Youngji mula bekerja. Dia melihat pada bilik di sebelahnya iaitu bilik Jackson. Kosong. Dia berasa pelik.

"Mana Jackson ni? Peliknya. Tak akanlah tak datang lagi. Hari ini dia kerjalah. Malam ni ada pembedahan dengan aku. Mana dia ni? Time ni kena meeting dengan dia," cakapnya yang menekan punat 'call' pada telefonnya. Dia sabar menunggu balasan dari Jackson. Tidak diangkat. Youngji mengeluh sedikit. Dia berlalu dari situ untuk mencari Jackson di kawasan hospital.

Youngji masih berusaha mencari Jackson. Matanya meliar ke sekeliling. Kakinya melangkah keluar dari kawasan kanak-kanak. Dia memasuki lif untuk pergi ke tingkat bawah. Lalu, dia menelefon lagi pada Jackson. Masih tidak diangkat lagi. Dia mengeluh kecil.

'Ting!' Youngji melangkah keluar dari lif. Matanya mula meliar di seluruh kawasan itu. Dia mula bergerak melangkah ke kedai kafe. Matanya dapat mengesan satu susuk tubuh yang sangat dia kenali tetapi dia membelakangi Youngji. Dia cuba pergi lebih dekat lagi.

Membulat mata Youngji apabila melihat orang yang sangat kenali. Tak akan lah dia dengan Jackson. Macam mana boleh kenal, bisiknya yang pergi dengan lebih dekat.

"Seulgi" Youngji memanggil apabila tiba di mejanya. Dia cuba melihat orang di hadapan Seulgi tetapi tidak boleh kerana orang itu menutup semua mukanya. Jackson ke? Tadi nampak macam Jackson tapi, kenapa tutup semua mukanya? Pelik, bisiknya lagi. 

Membulat mata Seulgi dengan kehadiran Youngji yang tiba-tiba itu. Dengan pantas orang di hadapannya beredar dari situ. Terkejut Youngji dibuatnya.

"Youngji? A...wa..k bu..at dekat sini? Mac...am m...a.na awak ta..hu saya d..e.ka..t sini?" tanya Seulgi dengan suara yang tersekat-sekat.

"Kenapa dengan awak ni? Kenapa terkejut sangat bila awak nampak saya? Macam nampak hantu pula. Saya yang patut yang tanya dekat awak. Saya bekerja dekat sini. Siapa tadi tu? Macam saya kenal je" Youngji mengambil tempat di hadapan Seulgi.

Seulgi menghirup air kopi dahulu. Badannya bergetar. "Oh, awak kerja dekat sini! Saya terkejutlah sebab awak tiba-tiba datang. Itu kawan saya. Dia pemalu sedikit," jawab Seulgi yang mengeluh kecil.

"Jadi, dia kerja dekat sinilah. Apa nama kawan awak? Bolehlah saya berkawan dengan dia," tanya Youngji yang sedikit teruja.

"Hello! Yes! I'll go now. Youngji, sorry. Saya kena pergi sekarang. Emergency katakan. Annyeong!" cakap Seulgi dan terus pergi dari situ. Youngi terkejut dengan ke

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
ierashahira
Part 1 (bonus)! Silalah baca!

Comments

You must be logged in to comment
starlightkim_
#1
Chapter 27: Jackson a.k.a choi jimin sudah jatuh hati pada heo youngji kah??haha..update soon..
BaechuJyuu #2
Chapter 27: sikit lagi tu. hehehe
starlightkim_
#3
Chapter 26: Huhu..update soon..best sangat
Nabila_Pss
#4
Chapter 26: Deabak authornim!!!!!! sape yang panggil kai tu????? update soon author !!!!!♥♥♥
BaechuJyuu #5
Chapter 26: x sabar nak tahu apa yg Jackson akan buat.. hehehe
Nabila_Pss
#6
Chapter 24: Huhuhu...kenapa cerita banyak sangat halagan???kesian youngji tetapi cerita ni best la update soon!!!♥♥♥
youngminbfminwoo
#7
Chapter 23: Alaa, kalau jackson gagalkn rancangan seulgi, nanti Kai mcam mana? Kesian Kai... tapikan bestt, hohoho update soon
starlightkim_
#8
Chapter 23: Moga-mogalah Jimin dpt gagalkan rancangan jahat seulgi..tapi..makin tipislah kai nk dptkan youngji kallau macam tu..update soon
nabellaamin #9
Chapter 23: Makin best.. Cerita pun mudah faham... Keep it up author
nabellaamin #10
Chapter 22: Daebak... Baru faham knape seulgi berdendam dengan youngji... Hrp chapter seterusnya jackson tahu kebenarannya...