Part 1 -bonus-
My Chingu, My Love?Mata Youngji masih membengkak. Mukanya juga sudah muram dan kurus. Sudah seminggu pemergian Jackson pergi dari Youngji. Sudah seminggu dia tidak pergi ke sekolah. Kai juga sudah berkali-kali datang memujuknya untuk pergi sekolah. Youngji hanya duduk di dalam bilik sahaja. Puan Heo masuk ke bilik anaknya.
"Youngji, makanlah. Omma dah buat makan untuk Youngji," cakap Puan Heo. Youngji masih mendiamkan dirinya. Puan Heo mengeluh dan pergi dari situ.
Air mata Youngji jatuh setitik demi setitik. Hatinya masih sedih lagi.
"Kenapa kau pergi macam tu Jackson! Kalau aku tak lari masa tu, mesti kau tak mati. Ini semua salah aku! Ah!," jerit Youngji seperti orang gila. Dia membaling bantal yang berada di atas katilnya.
Kai yang masuk ke biliknya sangat terkejut dengan tindakan Youngji dan terus pergi ke arah Youngji.
"Youngji! Jangan macam ni!," cakap Kai dan terus memeluk Youngji dengan erat. Dia juga begitu sedih dengan pemergian Jackson.
Beberapa minit kemudian, Youngji sudah menjadi baik sedikit. Dia juga sudah berhenti menangis. Kai melepaskan pelukannya.
"Kenapa awak tak makan? Dah seharian awak tak makan tau. Mari saya suapkan untuk awak," cakap Kai yang memegang makanan. Youngji menggeleng.
"Makanlah. Kalau ada Jackson pun, dia akan marah dekat awak sebab tak nak makan," pujuk Kai.
"Jackson memang marah dekat saya! Sebab saya, dia mati! Semua ni salah saya!," jerit Youngji.
"Tak! Ni semua bukan
Comments