oo7

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

"Woi tungu jap!" arah Sehun dengan kasar.

Hana memandang lelaki yang perasan bagus itu berjalan ke arahnya.

"Aku minta kat kau, jangan masuk campur hal aku boleh tak?" ujar Sehun, kasar.

Mana pernah dia bercakap dengan nada yang lembut. Dalam mimpi pun belum tentu.

Hana mendongak sedikit memandang wajah Sehun. Terasa loya untuk dia menghadap wajah itu saban hari.

"Kau ingat aku takde kerja lain ke? Nak hadap hal kau? Tolonglah!" balas Hana.

Ingat Sehun sorang je boleh bertindak kasar? Hei, aku pun boleh lah!

"Aku tak pernah anggap kau tu isteri aku. Langsung tak. Jadi, kau tak payah nak mengadu kat kakak yang aku selalu tak balik rumah. Gelilah telinga aku nak dengar. Nak jadi isteri solehah konon!" bidas Sehun.

Ikutkan hati, mahu saje dia campak perempuan ni ke lombong. Biar hilang terus dari hidupnya. Menyesakkan hidupnya saje.

"Wait, wait. Untuk pengetahuan kau, Oh Sehun, aku tak pernah anggap kau ni suami aku. So, jangan nak perasan. Cermin diri kau tu dulu. Kalau selama ni hidup kau dikelilingi perempuan, itu perempuan lain. Yang pasti bukan aku. Aku belum terdesaklah!" bidas Hana sambil mengutuk Sehun.

Sehun merentap kuat pergelangan tangan Hana. Hana terdorong ke depan.

"Mulut kau tu, jaga sikit! Macam-macam aku boleh buat kat kau. Sekarang pun boleh. Kau jugak yang menyesal nanti, perempuan murahan" bisik Sehun keras di telinga Hana. Hana mengetap giginya melawan pandangan Sehun yang sarat dengan kebencian itu. 

*****

Sehun mencampak telefon bimbitnya ke dinding hingga pecah derai. Semua barang yang mampu dicapai, dilemparkan ke tepi.

Hana menjengah ke bilik Sehun yang ternganga pintunya. Rasa ingin tahu menebal dalam dirinya. Mungkin dia sengaja mahu cari pasal. Sejak akhir-akhir ni, dia suka cari pasal dengan Sehun. Hobi baru baginya.

Tak habis-habis dengan perangainya. Memang dasar orang kaya, omel hati Hana.

"Argh!!!" jerit Sehun. Perem

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD