o11

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Pekerja-pekerja Oh Jonghye Group tertinjau-tinjau ke bilik pengarah urusan. Masakan tidak, pagi-pagi lagi sudah terbit pergaduhan antara adik-beradik peneraju syarikat tersebut.

“Kau tau apa salah kau?” soal Baekhyun dengan tegas.

Sehun buat muka tidak bersalah.

“Entah. Kau yang panggil aku!” jawab Sehun acuh tak acuh. Kalau bukan kerana tidak tahan dengar leteran mummynya, dia sanggup tidak bekerja di syarikat keluarganya.

“Kau tengok kerja jenis apa kau present ni? Dengan jumlah pengeluaran kereta kau main letak nombor je. Macam kau taktahu apa-apa. Take all these rubbish now!” bentak Baekhyun. Geram betul dia dengan adiknya yang seorang ini. Tidak pernah serius. Kerja sambal lewa.

“Bang, kau dengar sini. Aku tak ingin pun kerja kat sini. Tak pernah terlintas pun dalam kepala aku yang aku nak kerja kat sini. Kau yang paksa aku!” ujar Sehun tidak berperasaan.

Baekhyun bangun dari kerusi empuknya. Dia bertentang mata dengan adiknya.

“Kalau arwah daddy dengar, mesti dia kecewa, dik” ucapnya perlahan. Kepalanya digeleng perlahan.

Sehun dekatkan dirinya dengan abangnya.

“Kalau arwah daddy ada, dia takkan paksa aku. Silap daddy pada aku cuma satu, dia suruh aku kahwin dengan perempuan tu. Tapi, tu tak bermakna aku tak hormat dia lagi. Dan kau, jangan berlagak macam daddy” Balasnya separuh berbisik tapi amat menyakitkan hati Baekhyun yang mendengar.

Sehun menghempaskan pintu dan keluar dari bilik tu dengan wajah yang terpancar kepuasan. Puas dapat menyakitkan hati abangnya. Sudahlah rumah serabut, pejabat pun sama. Argh, semua serba tak kena!

Seketika kemudian, dia tersenyum panjang. Satu rangkaian nombor didail dan dia segera meninggalkan bangunan itu.

*****

“Eh abang Kris. Bila sampai? Tak perasan pun!” Tanya Hana sekadar berbasa-basi. Ditegur jugalah. Tidak mahu dikatakan sombong nanti.

“Baru aje. Yelah, orang dah bersuami, mananak perasan orang lain. Ye tak?” jawab Kris sinis dan bersandar di balik dinding.

Hana melorek senyuman paksa. Eh, suka hati akulah nak perasan ke tak. Kira untunglah kau, aku tegur. Kalau tak, tengok muka kau pun aku muak, tahu! Jeritnya dalam hati.

“Mana ada. Betul tak perasan tadi. Akak mana? Dia kat dapur eh?” Hana ingin cepat-cepat berlalu dari situ. Seram sejuk pun ada.

Sudahlah Kris ni gatal semacam. Macam tak pernah tengok perempuan. Dia ingat dia buat lirikan mata yang sah-sah macam lelaki miang tu buat aku terpesonalah. Jangan harap!

“Janganlah cepat sangat perginya. Abang dating sini punyalah tergesa-gesa sebab teringat-ingat kat Hana, Hana nak pergi macam tu je? Alah Hana, kita enjoylah dulu. Diorang borak apatah kat bawah tu. Kita relaks kat sini, okay?” ujar Kris menggoda.

Tangannya merayap-rayap di tangan Hana. Cuba didekatkan dirinya dengan Hana. Dia terbuai dengan wangian birasnya itu

Han terlopong dengan tindakan berani mati suami kakak iparnya. Ini dah melampau!

“Abang Kris, apa ni! Kita bukan muhrimlah. Nanti orang lain Nampak lagi susah. Janganlah macam ni” tolak Hana tegas walaupun suaranya tidak dikuatkan. Mahu terkejut seisi rumah ini kalau dia menjerit. Dan pastinya hal ini akan menjadi lebih teruk lagi. Apa kata kakak iparnya kalau mengetahui perangai suaminya yang memang tidak senonoh ini!

Hoi! Aku nak turunlah. Daripada cakap berdua dengan kau, baik aku ke dapur tolong apa yang patut. Dasar lelaki hidung belang! Biras kau sendiri pun kau nak try? Omelnya dalam hati. Makin meluat jadinya dia dengan lelaki tidak tahu malu dihadapannya itu.

“Ala, takpelah. Orang lain tak nampak. Kita berdua aje kan?” Kris memegang kedua-dua belah tangan Hana supaya wanita itu tidak protes.

“Abang Kris

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD