oo3
Can You Love Me?"Hana, mummy nak tanya. Kenapa Hana tidur bilik sebelah? Tapi, Hana hangan salah faham, bukan mummy tak suka. Kan ke Hana dah jadi isteri Sehun?" tanya Sena ketika mereka berdua berada di dapur.
Serba salah Hana hendak memberikan alasan. Dia menggaru kepala yang tidak gatal.
"Itu keputusan Sehun. Lagipun cukuplah mummy aturkan pernikahan mengarut ni. Takkan ini pun Sehun kena ikut kata mummy? Mummy, perbuatan Sehun ni dikira berperikemanusiaan kalau nak dibandingkan dengan apa yang bekas suami dia buat selepas nikah" balas Sehun dari sudut dapur. Pedas!
Terkedu Hana dibuatnya. Kejadian malam pernikahannya dengan Luhan diungkit berkali-kali.
"Sehun! Tunggu dulu, mummy nak cakap" panggil Sena.
"Oh Sehun!" Laung Sena. Hati tuanya penat menasihati anak bongsunya. Dia tidak pernah menyalahkan Sehun seratus peratus. Dia akui ini salahnya, dan arwah suaminya mendidik Sehun. Mereka terlalu memanjakan Sehun, terutamanya arwah suaminya. Kini, dia akan memperbetulkan semuannya.
"Mummy" panggil Hana lembut. Dia tahu ibu mentuanya cukup terasa dengan perbuatan Sehun.
"Hana, mummy nak minta maaf. Perangai Sehun dah menjadi-jadi. Mummy mintak maaf, nak" ucap Sena bersungguh-sungguh.
Hana mengelus tangan ibu mentuanya penuh kasih. Dia tidak mahu Sena bersalah bersalah lagi.
Kenapalah mummy baik sangat dengan anak dia ni? Tak tahu hormatkan orang tua. Kalau aku, aku dah campak dia ke lombong. Buat susah hidup aku je. H
Comments