oo5
Can You Love Me?Dia memandang kereta yang sedang berlumba di litar. Walaupun bunyinya agak bising, dia suka. Memang itu minatnya. Drifting. Dia menyandarkan tubuhnya di kereta miliknya yang sudah diubah suai.
"Sayang, you tak drift?" tegur seorang perempuan dengan manja. Dengan baju sendat dan berskirt pendek bersama topi berwarna merah, bisa menggugat keimanan mana-mana lelaki.
Sehun terus merangkul pinggang perempuan itu dan membawa ke sisinya.
"Dah, baru tadi. I nak kasi kereta I rehat. You buat apa dekat sini?" soal Sehun sambil merenung dalam wajah Meeya.
Renungan Sehun benar-benar membuat Meeya tergoda. Mungkin sebab itu dia mencintai lelaki ini. Atau lebih tepat, mencintai wang dan status lelaki ini. Kembang hatinya apabila ada orang mencemburui hubungannya dengan Sehun.
"I dah tak boleh jumpa you dah. Itulah, I nak pergi rumah you, you tak bagi. Kan bagus macam dulu. Senang sikit. Hari-hari I boleh pergi rumah you." rungut Meeya yang semakin menggeletis di sisi Sehun.
"Sayang, bukan I tak bagi, you tahu mummy I, kan? Sejak daddy I meninggal, dia langsung berubah. Dulu, dia open aje. Tambah0tambah daddy I. I taknak dia halau you keluar macam dulu" balasnya. Dia teringat betapa garang mummynya menghalau Meeya dari rumah.
"Yelah tu. Ataupun, you takut dengan wife you? Yes, I mengaku dia tu cantik, tapi takkan you terpikat kot? Tutup sana, tutup sini. Seingat I lah, tak pernahlah I tengok dia tak bertudung. Tak rimas ke? Dasar perempuan low class!" cemuh Meeya.
Sehun memandang teman wanitanya yang sudah menarik muka. Dia menarik dagu wanita itu perlahan supaya memandang ke arahnya.
"You jangan nak tuduh I dengan perempuan tu okay? I, kan sayang you je. Tak ada perempuan lain, sayang. You perempuan yang ada harga diri. For your information sayang, I pun tak pernah tengok dia tak bertudung. I taklah terlampau jahil dalam agama. I, kan husband dia, tak berdosa kan? Betulah kata you. Dia memang takde class. I kan anak orang kaya, I nak cari perempuan yang ada status. Bukan sembarangan macam tu" umpat Sehun. Melalui matanya, dapat dilihat betapa dia benar-benar membenci Hana.
Meeya melirik ke arah kekasihnya sambil mengelus lembut muka Sehun. Paling tidak, hati Sehun hanya jadi milik dia sorang. Peduli apa
Comments