o17

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Dia mundar-mandir dengan fikiran kusut.

Sekali lagi Hana hanya menjadi pemerhati tidak bertauliah. Kali ini Sena menemani, duduk disampingnya.

Hanya Sehun yang seperti cacing kepanasan.

"Tapi, hari tu mummy dah setuju. Kenapa hari ni tukar fikiran pulak?" rungut Sehun. DIa duduk berhampiran dengan mummynya. Kadangkala dia mengerling pada Hana meminta bantuan.

Ceh, ingatkan ego melangitlah sangat. Tahu pulak nak minta tolong! Rungut hati Hana.

"Bukan hari ni mummy tukar fikiran, semalam lagi mummy dah tukar fikiran dan kali ni tak boleh berubah. Muktamad!"

Sehun beriak tidak puas hati. "La, kenapa pulak?"

Hana diam tidak menyampuk.

"Sehun boleh tanya kenapa? Malam tadi Sehun mabuk. Mabuk tahu tak! Sejak bila Sehun mula minum ni? Ingatkan Tuhan Sehun. Mummy dah tua. Kalalu mummy mati nanti, mummy nak anak-anak mummy doakan kesejahteraan mummy."

Sehun terdiam. Dia meraup rambut hitamnya. Amat tersentuh dengan kata-kata mummynya. "Maafkan Sehun, mummy. Sehun yang salah"

Hana mengangkat kening. Wow! Pertama kali dalam sejrah dia kahwin dengan lelaki kurang ajar ini perkataan maaf terkeluar dari mulutnya. 

Sena mengusap lembut rambut anaknya. Hati tuanya kadang-kadang tersentuh juga dengan perlakuan anaknya namun, keputusan anaknya mahu pindah akan ditentang habis-habisan. Dia juga perlu memikirkan menantunya. Dia tidak mahu anaknya menyakiti Hana. Di rumahnya ini, anaknya pernah naik tangan pada Hana. Belakangnya, apatah lagi.

"Apa-apa pun, keputusan mummy muktama. Duduk aje dekat rumah ni. Kenapa nak pindah pulak? Rumah ni dah terlebih besar. Hanya ada mummy, bibik, Hana dengan Sehun je. Bukannya ramai sangat. Masing-masing buat hal sendiri. Sudah, tak payah pindah!" putus Sena.

 

 

Kali ni Sehun tahu peluangnya amat tipis untuk membuatkan mummynya berubah fikiran. Dia hanya mampu memandang Sena berlalu hilang daripada pandangannya.

“Ini semua salah kau!” tuduh Sehun pada Hana.

Hana yang terkebiil-kebil di sofa mula marah. Dia ni ada perasaan ke tak? Suka hati marah orang. Dah salah dia, nak lempar kat aku asal? Memang dah melampau! Bentak hatinya apabila dituduh sebegitu.

Hana bangun. Hatinya menjadi panas seketika. Entahlah, bila dia berhadapan dengan lelaki ini, hatinya mudah benar menjadi panas baran.

“Mulut tu jaga sikit, eh. Kau jangan nak main tuduh aku pulak. Soal mummy tukar fikiran bukan salah aku. Kau sedar tak kau tu mabuk malam tadi! Macam orang takde pegangan agama. Pandai cakap aku ni perempuan murahan, diri kau tu yang murahan takde pulak kau kisah. Lain kali kalau nak tunjuk belang kaki minum kau tu, agak-agaklah. Tunggulah dah pindah nanti, takdelah mummy rasa menyesal lahirkan kau kat muka bumi ni!” Sehabis mungkin Hana sembur.

Sehun berusaha menahan marah. Terasa egonya dipermain-mainkan.

“Hei, perempuan! Mulut kau ni boleh tahan jugak, kan! Memang ini darjatnya pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD