o12

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

“Kai, terima kasih jumpa mummy hari ni” Lembut Sena bersuara. Dia sengaja mengadakan pertemuan itu di hotel. Jauh daripada orang yang mungkin mengenalinya.

Kai tenang menghirup kopi panas dihadapannya.

“Ada apa Puan panggil saya? Ada apa-apa lagi?” soal Kai dingin. Apa lagi wanita ini ingin kan? Sudahlah hidup adiknya bagai dipenjara.

Sena tersenyum manis. Ada sedikit kekecewaan terhadap panggilan yang digunakan oleh lelaki ini. Biarlah, biar masa mengubati semuanya. “Ini dokumen untuk Kai dan pemegang amanah untuk Hana”

Sampul bersaiz A4 berwarna coklat dihulur.

Kai menyambut sampul yang dihulurkan. Dia mengeluarkan dokumen di dalam sampul dan membeleknya. Menggigil tangannya membaca isi dokumen itu, lantas dokumen itu disua kembali pada Senan. Masakan dia mahu menerima sesuatu seperti itu daripada orang yang pernah menyakiti ahli keluarganya!

“Kai, ambilah. Ini bukan hak mummy atau anak-anak mummy. Ini hak kamu berdua” kata Sena bersungguh-sungguh. Dia ingin menyerahkan kembali hak yang selama ini bukan kepunyaan keluarganya.

Kai terdiam. Dia buntu.

“Semua milik kamu berdua. Kai dan Hana masing-masing ada 20% saham dalam Oh Jonghye Group. Mempunyai yayasan atas nama ibu kalian. Itu belum lagi asset sebahagian milik kamu berdua dan arwah ibu kamu di luar negara.” Terang Sena dengan panjang lebar.

Kai tersandar di kerusi. DIa benar-benar tidak mempercayai kebenaran yang terbentang di hadapannya kini. Amat terkejut kerana mereka ditinggalkan dengan harta yang begitu banyak. Berat hati Kai untuk menerimanya.

“Terimalah, Kai. Fikirkan arwah ibu kamu dan Hana. Kesiankanlah mummy. Mummy tak sanggup pegang amanah tu lagi. Dah terlalu lama” luah Sena.

“Tapi, Puan.. saya berat nak terima semua ni. Betul, saya nak memnuntu bela atas keluarga kami. Tapi, bukan dengan menerima harta sebanyak ini. Apa kata anak-anak Puan yang lain nanti?” tukar Kai. Dia tidak mahu keluarganya dilabel sebagai kaki kikis. Cukup-cukuplah mereka dihinda dan ditindas selama ini. Dia tidak mahu ia berulang lagi.

Sena tersenyum. Walaupun Kai bersikap tegas, tetapi pemuda ini memang merendah diri. “Mereka tak perlu tahu. Ini bukan hak mereka. Mereka atau sesiapa pun tak boleh mempertikaikan semua ini. Lagipun sebahagian harta yang kalian berdua terima ialah aset peninggalan arwah ibu kamu”

Kai mengangguk faham. Ya, dia lakukan ini demia satu-satu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD