o14

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Dia bernyanyi kecil. Kunci kereta Audi ditangannya, dimain-mainkan. Apa yang membuatkan dia gembira pun entahlah. Mungkin sudah lama dia tidak bersua muka dengan perempuan yang menyerabutkan kotak fikirannya.

“Sehun! Lama tak nampak?” soal Sena di ambang pintu.

Langkahnya termati. Dia memandang wajah marah mummy yang berdiri di hadapannya. Lantas tubuh mummynya dipeluk. “Eh, mummy. Hah, Sehun ada kerjalah mummy. Mummy sihat?”

Sena merenggangkan pelukan. Dia ingin mendengar alasan yang bakal anak bongsunya beri.

“Pergi mana? Kenapa tak balik? Lupa ke Sehun tu suami orang! Langsung tak jenguk isteri kat rumah” bebel Sena. Geram betul dia dengan anaknya yang seorang ini. Kenapalah dia tidak mengikut perangai abangnya yang mendengar kata orang tua.

Sehun mendengus perlahan. Kunci kereta disisip ke dalam kocek seluar jeansnya. Jelas kelihatan muka bosannya.

“Mummy, tak payahlah bebel macam ni. Sehun balik sini pun dah cukup bagus. Kalau ikutkan hati, taknak Sehun balik sini selagi perempuan tu tak angkat kaki dari sini!” bentak Sehun. Dia melabuhkan punggung di sofa kulit berdekatan. Letih pula dia melayani mummynya yang selalu sibuk tentang dirinya. Dia bukan budak kecil lagi yang perlu diawasi dua puluh empat jam. Sena duduk berhampiran anaknya. Susah benar hendak menasihati anaknya ini. Sudah menjadi buluh, sukar dilenturkan. Salahnya juga kerana terlalu dimuakan dengan kemewahan hingga rohaninya kontang.

“Sehun, mummy bukannya nak membebel. Perempuan tu isteri Sehun yang sah. Sampai bila Sehun nak menidakkannya? Sudahlah nafkah tidak diberi. Jangan kata nafkah batin, nafkah zahir pun dilanggar. Ingat sikit, tanggungjawab Sehun besar” nasihat Sena. Harap-harapa anaknya akan mendengar. Anaknya ini lebih suka mendengar nasihat arwah suaminya berbanding dirinya.

Sehun terangguk-angguk. Dia iakan sahaja apa jua nasihat mummynya. Bukan susah sangat pun. Hanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Mummy, Sehun tak pernah anggap dia isteri Sehun. Ikutkan hati, Sehun tak nak nikah dengan dia dulu. Kalau tak sebab permintaan arwah daddy pada mummy, sampai bila-bila Sehun takkan tunaikan. Jadi, tolong jangan paksa Sehun kali ni” pintanya penuh pengertian. Dia tidak boleh memaksa hati dan perasaannya. Hidupnya bukan boneka untuk dijadikan permainan oleh orang lain.

******

Dia mematikan telefon bimbit

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD