o22

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Previous chapter :

“Aku tak sengsaralah….” Gumamnya perlahan.

“Apa dia?” Hana menaikkan keningnya. Rasanya dia mendengar lelaki itu bercakap namun tidak mendegar dengan jelas biji butir katanya.

Chapter o22 

"Takde apalah. Kau ni mengarut je. Aku tanya tadi kau cakap dengan siapa?" tanyanya lagi. Dia tidak berpuas hati selagi isterinya taknak bagitahu apa-apa.

Alahai, isteri lagi. Aku ni dah kenapa asyik panggil dia isteri ish! gumam Sehun dalam hati.

"Kawan aku lah. Sejak bila kau tukar kerjaya jadi paparazi ni?" dengus Hana, geram. Alat kawalan TV diambil daripada tangan Sehun.

"Hei, bagi baliklah remote tu! Jangan alih lah!!" bantah Sehun. Berkerut dahi melihat Hana menukar siaran ke Charly's Cake Angel. Tak habis-habis siaran kek dia. tak bosan ke, bisik hati Sehun.

Hana semakin suka melihat Sehun marah macam tu. Dia tahu bukannya lelaki tu tengok sangat drama English tu. 

Hana menyembunyikan remote di belakang badannya. "Okay, kalau kau jawab soalan aku dengan cermelang, aku bagi balik remote ni kat kau. Kau tengoklah tv puas-puas Aku janji aku takkan kacau kau tengok."

Sehun menaikkan keningnya, hairan memandang Hana dengan sejuta rasa pelik.

"Tapi," pintas Hana laju. "Kalau kau salah, kau takde hak nak alih siaran apa-apa kalau aku ada. Kau kena tengok apa yang aku tengok. Jangan bantah. Okay?"

Hana menaikkan ibu jarinya.

Sehun agkat bahu. Tak mencabar pun!

"Okay. Kau fikir aku takut ke?" jawab Sehun dengan angkuh.

Oh, berlagak! Kau tengoklah nanti macam mana kau nak sorok muka berlagak kau tu, bisik hati Hana.

"Aku tanya kau satu soalan je. Tak banyak"

Sehun menyandarkan tubuh sasanya di sfa sambil menyilangkan kaki. Lagak bagai bos besar je. Satu soalan je? Lebih baik tak payah! rengus hati Sehun.

"Siapa nama pelakon utama cerita Desperate Houswives yang kau tengok sekarang?"

Sehun tergamam. Dia memandang skrin tv berkali-kali. Apa aku nak jawab ni? Aku bukannya tahu. Soalah siapa pelakon CSI Miami ke, NY ke, aku tahulah. Ini cerita tu. Mana aku tahu apa-apa. Tak boleh jadi ni. Lantaklah! Bukannya minah ni tahu pun, saja nak duga aku je kot, fikir Sehun.

"Hmmmm......Marylin Monroe?" jawab Sehun dengan teragak-agak.

Hana tergelak berdekah-dekah sampai mengalir air mata dia.

Wajah Sehun pula sudah membahang. Tak puas hati sebenarnya. Dia rasa macam jawapan tu betul.

Hana menepuk bahu Sehun dengan kuat. Sehun terdorong ke depan.

"Kau ni nak tipu ke teberang ke, agak-agaklah. Marylin Monroe dah lama meninggallah. Cerita Desperate Housewives ni kira baru lagi. Kenapa kau tak cakap Katrina Kaif je berlakon dalam cerita tu!" Hana ketawa lagi. Air mata yang mengalir dilap dengan tangan. Perut terasa sakit akibat ketawa terlalu banyak. Wah! kenyang la dia malam ni dengan ketawa. Tak makan pun tak apa dah.

Sehun tak puas hati. Dahlah dia salah pastu kena gelak lagi. Tapi yang peliknya dia tak lawan balik apa Hana cakap. Selalunya dia punya melenting mengalahkan perempuan. Dia sendiri pun tak paham dengan diri dia sendiri akhir-akhir ni. Mood dia asyik berubah je..

"Bagi sini remote tu!" Sehun cuba mencapai remote tu daripada tangan Hana.

"Eh no no no no. Apa aku cakap tadi?" Halang Hana.

Sehun segera bangun dan terus masuk ke dalam biliknya dengan muka masam.

"Ada hati nak tipu. Marylin Monroe? Come on la Sehun" Hana menghabiskan sisa tawanya.

"KAU FIKIR AKU TAK DENGAR KE KAU GELAK? DAH LA TU!! AKU BUANG TV TU NANTI BARU KAU TAHU!" jerit Sehun dari dalam bilik nya. Makin kuat Hana ketawa kerana dia berjaya mengalahkan Sehun hahaha...

Namun tanpa diketahui kedua-duanya, di sebalik dinding itu Oh Sehun tersenyum melihat tingkah laku pasangan suami isteri tu. Moga ada haruman kasih antara mereka berdua nanti, doanya dalam hati.

Sehun tersengih-sengih sendiri. Hairan betul dengan gelodak dihatinya. Bukankah sepatutnya dia marah? Matanya tidak lena tidur tatkala membayangkan seraut wajah wanita tu. Apakah ini yang dinamakan cinta?

Entah! Tapi tak mungkin. Tak mungkin aku jatuh hati dengan perempuan tu. Bukan aku jugak ke yang kritik dia hais-habisan? Mainan perasaan je ni kot. Dah dia perempuan yang tiap-tiap hari aku jumpa kat rumah selain mummy dengan Leehi, bidas akalnya pantas.

Namun, bibirnya tidak boleh menipu. Tidak henti-henti dia tersenyum bahagia.

¤

"So, nanti aku suruh office boy hantarlah kat kau." Dia menyoroti pandangan kawannya merangkap pelanggannya yang termenung panjang sambil tersenyum.

"woi!" Dia memtik jari di hadapan mata sahabatnya suoaya kembali ke alam nyata.

Lamunan Sehun segera terhenti. Terkulatkulat dia memandang kawan di hadapan yan merenungnya denga pandangan pelik.

"Apa dah jadi dengan kau?" soal lelaki itu penuh dengan tanda tanya.

"Apa? Apa yang dah jadi dengan aku?" soa Sehun kembali. Dia buat-buat sibuk mengemaskan kertas-kertas bersaiz A4 di atas meja kopi.

"Aku tengok kau ni macam pelik je....." ujar lelaki tu lagi.

Sehun meraup rambutnya yang sedikit ikal.

"Kau tahu apa rasa dia ila dah jatuh cinta?" soal Sehun dengan serious.

Dahi Luhan mula berkerut.

"Come on la Luhan......" desak Sehun.

Luhan tersenyum simpul. Jath cinta? Dia pernah lalui saat-saat itu.

"okay...." Luhan memulakan cerita. Makin teruja Sehun dibuatnya.

"Aku pernahlah rasa semua ni dan aku rasa dia cinta mati aku. Bila kau cintakan seseorang, membayangkan dia je kau dah rasa berbunga-bunga. Like butterflies in your stomach. Itu belum lagi kau bertentang mata dengan dia. Kau akan jadi speechless. Kalau kau tak jumpa dia walaupun sehari, kau dah macam tak keruan. ila dia cakap yag dia cintakan kau, kau rasa macam kau nak terbang sampai langit ketujuh." Cerita Luhan dengan panjang lebar.

Itu yang dia bole simpulkan tentang cinta berdasarkan pengalaman lalu.

Sehun tersenym meleret. Dia juga merasakan semua tu.

"Wow, hebat lah cerita kau! Kalau kau pernah rasa semua tu kenapa kau tak kahwin lagi? Bertuah perempuan tu dapat kau" ujar Sehun sambil hatiya tidak henti-henti membisik nama Hana.

Luhan melepaskan keluhan. Actually aku dah kahwin tapi aku dah cerai"

Kata-kata Sehun membuatkan Sehun tersentak. Cawan kopi yang dpegangnya, diletakkan kembali atas meja. Dia salah dengar ke? Tapi rasanya dia belum pekak lgi.

"But why? Bila?" Soal Sehun bertalu-talu. Perasaan ingin tahunya tiba-tiba membakar perasaan.

"Beberapa bulan lepas. Kira dah lam jugaklah. Dia cuang. Aku tak boleh terima keadaan tu sampai aku ceraikan dia pada hari pertama lepas kami nikah. Semuanya berlaku terlal pantas. Aku pun taktahulah sama afa aku ni bodoh ke apa but I still loe her. Aku pernah terserempak dengan dia, aku marah dia. Pada masa yang sama aku nak peluk dia cakap yang aku tak kisah apa yang dah jadi. Aku nak kami jadi macam dulu. Tapi entahlah. Au tak boleh tipu diri aku sendiri, skit hati aku terkenangkan hal tu," Luhan menghabiskan ceritanya.

Sehun terdiam. Kes bekas isteri sahabatnya sama denga kes isterinya. Diceraikan pada hari mereka dinikahkan. Bezanya, bekas isteri sahabatnya curang. Hana pula...... dia yakin bukan sebab dia curang. Mesti lelaki tu jenis tak bertanggungjawab. Tak mencintai Hana dengan ikhlas, fikirnya sambil menepuk bahu Luhan yang termenung jauh.

¤

Gerak-geri wanita itu leka dipandang. Bermula dari cara dia melangkah kaki menuruni tangga, menyapa Leehi sambil tersenyum ikhlas. Sarapan dengan mummy. Pilih kasut yang nak dipakai. Dia memakai deretan kasut yang disusun kemas dalam almari kasut. Daripada kasut yang tiada tumit sehinggalah yang setinggi-tinggi tumit. Jari jemari runcing wanita itu mencapai kasut yang tidak terlalu tinggi berwarna hitam. Cara wanita itu berjalan, menggamit dirinya untuk terus memerhati. Eh, sejak bila pula dia menjadi pemuja si dia dalam diam ni?

Hana memandang dengan riak hairan. Keningnya hampir bercantum. Dia menggigit hujung bibirnya.

"Ada masalah?" tanyanya ketika menghampiri gazebo di tengah laman.

Sehun tersentak. Rambutnya diraup karas. Jus oren yang tinggal tidak sampai separuh diteguk sampai habis.

"Maksud kau?" soal Sehun sambil berpura-pura membelek ipadnya.

Hana meletakkan jari telunjuk i tepi bibirnya bagai memikirkan sesuatu. Comel! Wajah selambah Sehun dipandang lagi.

"Kau kutuk aku eh? Dari tadi kau pandang aku. Memang mustahil la kau nak puji aku kan? Nak fikir tentang aku pun memang taklah. Kerat jari aku lah. Kalau kau nak kutuk aku, kutuk depan-depanlah. Taklah kau berdosa. Lagipun aku dah biasa dengar ayat berbisa kau tu. Pendek kata dah lalilah" kata Hana dengan jujur

Sehun mendengus kasar. Dia berdiri menghadap Hana yang begitu polos hari ni.

"Haah, aku kutuk kau. Dah ah selekeh, sekali pandang macam perempuan balik pasar. Aku malulah pegang titl suami kau. Dah, sana! Aku nak pergi kerja. Rosak mood betul" balasnya dengan kasar. Tinggi intonasi suaranya pagi-pagi itu. Dia terus berlalu seraya memegang ipadnya sebelum membolos masuk ke dalam kereta Audi.

Kalaulah kau tahu isi hati aku yang sebenar Hana, bisik hati Sehun.

"Hah, ka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD