oo1

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

"Hana...."

Hana menoleh ke belakang. Memandang susuk tubuh yang begitu dikenalinya. Hidup dia hanya bersandarkan lelakiini. Tiada yang lain. Disebabkan itulah dia hanya menurut kata-kata lelaki ini. Walaupun keputusan itu paling sukar dalam hidupnya. Walaupun dia marah, kesal dengan tindakan lelaki ini tetapi, jauh disudut hatinya, dia terlalu sayangkan lelaki ini. Hanya dia darah dagingnya yang tinggal.

"Hana, are you ready?" soal Kai. Dia memandang adiknya yang kelihatan sangat cantik namun, riak wajah yang mendung menggusarkan hatinya. Dia takut adiknya akan melarikan diri. Siapa tahu adiknya akan membuat keputusan sebegitu rupa pada hari yang bersejarah ini.

"Kenapa? Along takut Hana lari ke?" tanya Hana seakan-akan tahu isi hati satu-satunya abang yang dipunyainya. Pandanganya dihalakan pada meja solek yang bertentangan denganny. Tidak guna dia menangis meratap hiba nasibnya,

"Jangan risau, along. Kalau perempuan lain, along boleh risau. Dengan Hana, adik kandung along sendiri, along tak payah risau apa-apa. Kalau perempuan lain, mesti dia akan lari, tak pun dia dah gila."

"Cuba along fikir, baru ahad lepas Hana kena cerai, tup-tup hari ni Han kena nikah dengan lelaki lain. Jarak masa terlalu dekat. Apa yang along nak dari Hana? Along tak mampu tanggung Hana? Along tak payah susah-susah. Hana dah graduate, kan? Along tahu tak, Hana sekarang ni tak ubah macam patung bernyawa. Ikut aje apa yang along suruh. Along ada fikir perasaan Hana? Ada?!" tempelak Hana.

Dia melampiaskan kemarahan yang terbuku dalam hatinya. Kalau mama ada, mungkin mama dapat mengubah keputusan along.

Kai bungkam mendengar kata-kata adiknya. Ya, adik yang selama ini begitu taat orangnya, boleh meninggikan suara dan mengeluarkan kata-kata seperti itu kepadanya.

"Along jangan terkejut kalau ini perangai Hana sekarang. Hana penat jadi patung orang lain. Tapi kali ini, Hana akan ikut cakap along. Tu..." Hana menunjukkan pengantin lelaki yang memasuki perkarangan rumahnya dengan sepersalinan berwarna perak.

"Tu bakal adik ipar along, Sekarang keinginan along akan tercapai" ucap Hana panjang lebar menyindir abangnya.

Tidak ada mana-mana perempuan pun yang mengimpikan berada di tempatnya. Air matanya sudah kering meratapi nasib sendiri. Mungkin ini suratan takdir. Dia sudah berjanji pada dirinya sendiri yang dia tidak akan sesekali membenarkan air matanya menitis kerana lelaki lagi. Cukup!

Para jemputan di ruang tamu menadah tangan mengucap syukur. Akhirnya dua insan bersatu jua dalam ikatan perkahwinn. Masing-masing mempamerkan wajah yang cukup bahagia. Namun, tidak pada kedua-dua mempelai.

Hana menghulur tangan kanannya supaya cincin bertatahkan berlian tersarung dijemarinya. Itu pun mak andam yang memaksa dia menghulurkan tangan. Kalau tak, jangan harap lah!

Saat itu kedengaran Sehun mengeluh tanda protes. Dalam upacara itu, dia hanya meletakkan cincin di telapak tangan isterinya, tidak di

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD