o13

Can You Love Me?
Please Subscribe to read the full chapter

Ramah dia menyapa rakan sekerjanya di pejabat. Sedikit sebanyak tidaklah dia berfikir tentang rumah tangganya yang tunggang-langgang. Dia membawa mug berisi air milo yang dibancuh di pantry. Kemudian dia menyemak kertas cadangan yang perlu di hatar kepada Encik Shin tidak lama lagi. Dia membelek kertas itu untuk kesekian kalinya dan berpuas hati. Kerjanya siap dengan sempurna.

“Puan, ada tetamu nak jumpa. Dia ada diluar. Eunji, setiausahanya menjengah ke bilik pejabatnya, membuat kerjanya tergendala seketika. Dahinya berkerut memikirkan siapa pula tetamu yang datang. Salah seoarang daripada pelanggannyakah? Tetapi dia tidak mempunyai sebarang janji temu pagi ini.

“Siapa Eunji?” tanyanya kembali.

Eunji yang berumur lewat dua puluhan mengangkat bahu tanda tidak tahu. “Entahlah. Dia kata penting dan dia kenal puan. Nak saya panggil masuk ke?”

Dia mengangguk setuju. Ah, mungkin pelanggannya yang tidak sempat membuat janji temu agaknya, fikirnya.

“Shinye…”

Dia mengangkat muka dari kertas yang dibeleknya sedari tadi. Panar. Dia menarik nafas perlahan dan meminta lelaki itu duduk.

“Suho, kenapa datang? Ada apa-apa ke?” Tanya Shinye ramah. Dia tidak mahu mengenang cerita lama. Wajah Suho dipandang kosong.

“Tak boleh ke kalau saya datang?” Tanya Suho sekadar menduga.

Shinye tersenyum nipis. Fail yang terbuka dihadapannya ditutup. “Bukan tak boleh, tapi ini masih jam kerja. Minra tahu ke awak datang sini? Saya taknak dia fikir bukan-bukan. Dia masih isteri awak.”

Sebolehnya dia tidak mahu mencipta pergaduhan dengan adiknya lagi. Dia sudah penat bertikam lidah. Sangat penat!

Suho memandang Shinye yang bersikap formal dengannya. Teringat saat manis mereka bersama dulu. Kalau tidak kerna peristiwa dulu, mungkin pengakhiran hubungan mereka tidak seperti ini.

“Saya tahu. Kalau kita jumpa kat rumah pun, bukannya kita boleh berbual macam ni kan? Saya mahu hubungan kita macam dulu” luah Suho dengan sayu.

Shinye menunduk. Entah mengapa perasaan dulu terimbau kembali. Lantas segera dipadamkan. Dia masih seorang isteri dan haru menjaga batas-batasnya.

“Suho, cukup! Kita masing-masing sudah berumah tangga dan awak masih nak bercakap mengenai hal lepas? Sudahlah. Siapa awak nak kata saya tak bahagia? Saya cukup bahagia. Dan awak kena fikirkan perasaan Minra dan Krystal.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
KissYourAss
#1
Chapter 25: Update soon , pleaseee .. Fall in love with this story ... :) sukanya karakter dorang Islam. By the way , apa tajuk novel ni , ea ?
HYeraH #2
Chapter 25: cite ni best gileee dowwwww , update soon
MomoEXO #3
Chapter 24: YEAH!!! Penantian yang panjang membuahkan hasil!! Yehet
Nabila_Pss
#4
Chapter 24: Bila nak update ni????tapi tk pe by the way cerita ni paling best yg pernah saya baca....update soon!!!!!!
adahcyadah
#5
Chapter 22: bile nk update lagi...btw cite nie awesome
sunlight_ #6
Chapter 22: Update soon ^ ^
riqa_kpoperz #7
Chapter 22: Update soon.. best gilaaa.. xD