I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

(BAB 9)

          Kyung duduk di kerusi yang disediakan oleh pihak hospital sambil memegang tangan Seung Neul yang masih tidak sedarkan diri sejak seminggu yang lalu. Dia disahkan koma oleh doktor. Dan dalam waktu seminggu itu jugalah dia menemani Seung Neul di hospital.

          Setiap hari dia menunggu Seung Neul untuk bangun. Mungkin salah dia juga sebab beritahu perkara tentang Yongguk dan Jieun itu kepada Seung Neul. Kalaulah dia tak beritahu masa tu, mesti Seung Neul takkan jadi macam ni.. Dia betul-betul menyesal.

          Segala bil dan kos perubatan Seung Neul, Kyung yang uruskan. Yongguk mahu menguruskan, tapi Kyung berkeras tak membenarkan. Dia tak nak Yongguk masuk campur hal Seung Neul lagi. Walaupun Yongguk mahu menjelaskan hal yang sebenar, Kyung tetap tak mahu dengar.

          Kyung menyesal. Betul-betul menyesal. Dia sedar, dia dah permainkan perasaan Seung Neul dulu. Dan dia pasti, perempuan itu pasti sedih dengan sikap Yongguk.. Dulu dia, sekarang Yongguk pula. Tapi sekarang Kyung dah sedar, cuma Seung Neul seorang saja yang betul-betul sukakan dia. Bukan orang lain. Dia sedar itu.

          Kyung mengeluh panjang dan dia merebahkan kepalanya ke tepi katil Seung Neul.

          Pintu bilik wad VVIP yang diminta khas oleh Kyung untuk Seung Neul dibuka oleh seseorang. Kyung mengangkat kepala memandang Yongguk yang masuk ke dalam wad itu dengan muka bersalah. Kyung mendengus kasar.

          "Kau nak apa lagi datang sini?" Kyung menyoal sinis tanpa memandang Yongguk di hadapannya dan sedang berdiri di sebelah katil Seung Neul.

          "Kau tak payah nak melawat sangat. Dia takkan sedar, dia koma. Mungkin sebab ada penghalang." Kyung bersuara dengan nada dingin. Yongguk memandang Kyung.

          "Apa maksud kau?" Yongguk menyoal tenang. Dia dapat rasakan yang penghalang yang dikatakan oleh Kyung tadi adalah dia. Yongguk malas mahu melayan. Yongguk merenung Seung Neul yang masih berbalut kepalanya dan memakai topeng alat bantuan pernafasan itu.

          "Aku nak minta maaf.." Yongguk berkata dan memegang tangan Seung Neul sambil duduk di kerusi lagi satu berhadapan Kyung. Kyung hanya membiarkan. Dia sedar dia siapa, cuma kawan. Lainlah Yongguk tu..

          "Aku dah buat kau susah, Seung Neul. Aku tipu kau.. Aku kata aku suka kau,tapi.." Yongguk tak dapat meneruskan kata-katanya lagi dan mengambil nafas dalam-dalam. "...hati aku masih belum dapat terima kau... Dia menyambung kata-katanya. Kyung membuat muka menyampah.

          "Kalau kau tak boleh terima dia, kenapa kau terima?" Kyung menyoal.

          Yongguk diam seketika. "Eun Ji. Sebab Eun Ji.." Yongguk menjawab. Dahi Kyung berkerut. Dia sabar menanti kata-kata Yongguk. Yongguk mengeluarkan sepucuk surat dari dalam poket sweater yang sedang dipakainya kepada Kyung. Kyung menyambut surat itu sambil pandangannya terarah ke arah Yongguk yang mukanya kelihatan susah hati.

          Kyung membuka lipatan surat itu dan membacanya. Riak wajahnya berubah saat membaca kandungan surat hasil tulisan tangan Eun Ji sendiri. Dia terdiam.

          "Sekurang-kurangnya kau kena terus terang dekat dia, Yongguk.. Aku tak nak dia sedih macam apa yang aku pernah buat dekat dia dulu.. Ni,surat ni. Aku rasa ni untuk Seung Neul kan? Kenapa ada pada kau pulak?" Kyung mula berlembut dengan Yongguk. Kyung dapat rasakan yang Yongguk tersepit antara mahu memilih Seung Neul atau tak.

          Apabila Yongguk terdiam sebegitu, dahi Kyung berkerut. "Kau jangan kata dengan aku yang kau tak beri lagi surat ni dekat dia.. Yongguk, kau nak dia sedih lagi ke?" Nada suara Kyung mula berubah seakan-akan merayu. 

          Yongguk melepaskan nafas panjang. Hatinya semakin memberat dengan masalah-masalah ini. Dia sebenarnya sudah penat menyimpan macam-macam rahsia.

          "Aku tak sampai hati Kyung.. Omma dia meninggal masa aku nak beri surat ni pada dia.. Aku taknak dia sedih lagi,sebab tu aku tak bagi dia surat ni. Aku taknak dia bertambah sedih sebab Eun Ji tu kawan baik dia... ." terang Yongguk.

          Kyung dan Yongguk masing-masing terdiam. Kyung pula tak habis-habis merenung surat itu.

          Tiba-tiba jari seung Neul bergerak-gerak perlahan. Yongguk yang sedang memegang tangan Seung Neul terkejut. Dia segera mendekatkan diri pada Seung Neul. Kyung juga begitu. Kyung segera memanggil doktor dan doktor pun masuk ke dalam wad itu untuk memeriksa keadaan Seung Neul... .


          Aku membuka mataku perlahan-lahan. Mataku terasa silau sekali. Berkali-kali aku cuba menahan diri dari menutup mataku. Aku lihat sekelilingku. Seorang doktor sedang merawatku dan seorang jururawat turut membantu doktor perempuan muda itu.

          Aku ingin berkata sesuatu namun topeng alat bantuan pernafasan menyukarkan aku untuk bercakap. Doktor dan  jururawat menegakkan sedikit katilku di bahagian kepala dan menolong aku membuka topeng pernafasan ku. Aku memandang doktor,jururawat,dan dua orang lagi  lelaki yang berdiri di katilku. Kenapa terlalu ramai?

          Mereka semua bagai menunggu aku untuk mula bersuara.

          "Saya dekat hospital? Kenapa saya dekat hospital?" Aku menyoal hairan. Aku bagaikan terlupa dengan apa yang telah terjadi pada diri aku. Semua disitu tercengang mendengar soalanku.

          "Seung Neul, syukur, kau dah sedar." Kyung berkata ceria.

          Dahi aku berkerut. "Awak siapa? Siapa Seung Neul?" Aku menyoal lelaki di sebelah kanan katilku. Aku memandang pula lelaki di sebelah kanan katilku. Aku tersenyum lebar. "Yongguk?" Aku menyoal dan tersenyum lagi. Rindunya aku pada dia hanya Tuhan saja yang tahu. Dah berapa lama agaknya aku dah tidur?

          Semua yang ada disitu mengerutkan dahi melihat perangai aku yang berubah tiba-tiba.

          'Seung Neul tak marah aku?' Kata Yongguk dalam hati.

          Semua yang ada disitu saling berpandangan sesama sendiri. Mereka hairan.


(DI BILIK DOKTOR YANG MERAWAT SEUNG NEUL~~~)

          Seung Neul kini sedang berehat di biliknya. Sementara itu... "Doktor, kenapa dia jadi macam tu? Saya pelik lah.." Kyung menyoal dengan dahi berkerut dari tadi.

           "Kes Seung Neul ini jarang sekali berlaku. Dia hilang ingatan, tapi, dia boleh ingat sesetengah perkara atau seseorang yang amat bermakna dalam hidup dia.. ." Doktor berkata dan dia memandang Yongguk pada perkataan terakhirnya. Yongguk hanya diam.

          "Maknanya dia cuma akan ingat benda yang hanya dia selalu fikirkan atau ingat je lah?" Kyung menyoal lagi dengan nada tak percaya. Maknanya Seung Neul memang betul-betul sayangkan Yongguk. Tapi dia tak ingat ke apa yang Yongguk dah buat dekat dia masa dekat kafe tempoh hari?

          Doktor tersenyum nipis. "Encik.. Kes hilang ingatan dia ni susah nak dapat tau. Kemungkinan besar, cik Seung Neul cuma akan ingat sesuatu yang buatkan dia gembira semasa bersama dengan orang yang paling dia ingat selalu sebelum dia hilang ingatan dulu.. Walaupun encik Yongguk ni pernah buat dia sedih, dia takkan ingat..Dia cuma akan ingat benda yang encik Yongguk pernah buat dia gembira saja.." Doktor itu menerangkan dan tersenyum lagi. Istimewa betul kes pesakitnya itu. Agaknya Yongguk memang betul-betul bermakna dalam hidup dia.. .

          Yongguk terpana dengan kata-kata doktor itu. 'Sampai macam tu sekali ke Seung Neul.. Aku memang bermakna dalam hidup kau ke.. maafkan aku Seung Neul sebab mengkhianati kau..' Yongguk berkata sendiri dalam hati.

          Kyung memandang Yongguk disebelahnya. "Patutnya dia jangan ingat kau.." Kyung berkata dalam nada menyindir. Sebenarnya dia cemburu. Seung Neul langsung tak ingat dia lagi  rupa-rupanya. Mati-mati dia ingat Seung Neul rindukan dia. Kyung mengeluh. Mungkin dah ini takdir hidup mereka~~~

          'Seung Neul.. Aku janji, takkan sia-siakan hidup kau lagi.' Kata Yongguk dalam hati.


       

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....