I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 3

          Aku duduk di tempat duduk ku didalam kelas dalam keresahan. Sekarang waktu PJ, tetapi aku masih di dalam kelas tidak menukar pakaian ku lagi untuk bersedia kekelas tersebut. Hari ni Eun Ji tiada kerana dia ambil cuti sakit kerana demam. Dan hari ni aku berseorangan lagi setelah dua hari Eun Ji bercuti.

          Aku memandang tempat duduk Yongguk di belakang sekali memandangkan aku dan Eun Ji kini ditempatkan di tempat duduk depan sekali oleh guru kelasku kerana selalu berbual semasa cikgu sedang mengajar.

          Sedang aku termenung memandang tempat dudukya, aku tidak perasan yang Yongguk memasuki kelas itu dengan masih berpakaian seragam sekolah. “Seung Neul-shi~~” Dia memanggil aku. Aku tersentak kerana tidak perasan akan kedatangan dirinya di dalam kelas itu.

          Aku serta-merta hilang arah apabila melihat Yongguk memandang diriku tepat sebegitu. Aku bangun dari tempat duduk ku. “Cikgu panggil suruh turun.” Katanya dengan muka bersahaja. “Ah? Ya. Ya..” Aku yang kalut semacam terus melangkah keluar dari kelas itu dengan dia dibelakang ku.

          Jantung ku berdegup kencang apabila dia berjalan di belakangku. Sedang aku berjalan menuju ke padang sekolah bersamanya, aku terserempak Ji Eun yang berseorangan baru keluar dari kafe sekolah dengan botol air mineral di tangan.

          Aku memandang dirirnya yang dulunya seorang pengawas dan kini hanya pelajar biasa dan dia memberi pandangan tajam ke arah aku. Aku hanya membiarkan. Sebenarnya aku rasa takut jugak. Sebab aku lah penyebab dia diluncutkan jawatan penolong ketua pengawas tu.

          Aku tidak tau apa reaksi Yongguk apabila terserempak dengan Ji Eun tadi. Malas aku mahu memusingkan kepalaku ke belakang. Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke padang sekolah yang cantik. Pada aku lah.

          “Kamu berdua, kenapa tak tukar pakaian PJ lagi ni?” Soal Puan Kim dan aku dan Yongguk saling berpandangan. Aku ni memanglah tak bawak baju PJ, takkan lah mamat ni tak bawak baju PJ pulak kan. Tak mungkin.

          “Saya tak bawak baju PJ, cikgu. Maafkan saya.” Yongguk berkata dan menunduk hormat. Keningku terangkat. Aku memandang ke arahnya yang menunduk memandang rumput.

          “Hah, Kamu pulak? Takkan lah tak bawak jugak?” Soal cikgu Kim lagi.

         Aku tersengih. “Sori cikgu. Saya lupa nak bawak.” Aku menunduk.

          Cikgu Kim menggeleng-geleng melihat perangai anak-anak muridnya. Apa guna pihak sekolah sediakan loker peribadi kalau baju PJ satu pun tak reti nak simpan dekat loker tu. “Baiklah kalau macam tu, cikgu terpaksa denda awak berdua.”

          “Denda cikgu?” Soal ku terkejut. Yongguk menoleh ke arahku. Aku tersenyum malu dan menunduk. ‘Bengong lah aku ni.. malu siak dengan mamat tu..’ Kataku dalam hati mengutuk diri sendiri.

          “Saya nak awak berdua bersihkan kelas awak.”

          Serentak dengan itu aku menghela nafas lega. Kalau macam tu ok lagi. Daripada kena bersihkan satu sekolah. Lagi haru. “Ok cikgu.” Yongguk berkata dan dia melangkah mendahului ku dan menuju ke kelass semula.

          Aku hanya memandang lelaki itu pergi. “Tak nak bersihkan kelas ke?” Soalnya. Tiba-tiba saja dia menghentikan langkah nya dan memusingkan tubuh nya. “Oh. Ah.. Ok.” Kata ku tanpa memandang matanya dan aku takut kalau aku pengsan tengok gummy smile dia. Tak pasal-pasal pulak kang.


(DI DALAM KELAS 4C~~~)

          Yongguk mencapai penyapu kelas yang terletak di dalam loker kecil di belakang kelas begitu juga aku. Aku mencapai penyodok juga. “Seung Neul-shi~~~” Panggilnya. “Nae?” jawabku sambil meneruskan kerja ku menyapu lantai kelas tanpa memandangnya.

          “Kenapa kau selalu tenung aku? Lepas tu bila aku pandang kau balik, mesti kau tengok benda lain.” Soal Yongguk naïf. Selama ini dia pelik lihat aku yang selalu merenung dirinya tak tentu pasal setiap hari. Bukan. Setiap masa. Aku menelan air liur tak tau mahu jawab apa.

          Tak kan aku nak cakap, “Bang Yong Guk, sebenarnya saya cintakan awak.” Ei gelilah. Tak pasal-pasal aku masuk icu pulak.

          Aku menghentikan pekerjaan ku dan mencapai penyodok. “Aku rasa kau dah salah pandang kot.. haha..” Aku cuba menipu Yongguk. Nampak jek aku ni tenang dari luar, padahal aku ni lah manusia paling pemalu dalam dunia. Haha.

          Yongguk tersenyum lagi. Mamat ni senyum jek. Apahal tah. Dia tak tahu ke aku dah lama tahan meroyan aku sebab tengok muka dia. Tu belum lagi tengok senyuman dia. “haish…” Tanpa aku sedari, aku mengeluh tiba-tiba.

          “Apesal? Kau penat ea..” Tiba-tiba nadanya berubah prihatin. Aku tersentak. “Eh, tak lah.. aku happy.. eh, tak. Aku penat. Eh, ah.. apa-apa je lah.” Mula lah aku merapu bukan-bukan. Haih.. buat malu betul lah. Yongguk ketawa tiba-tiba. Dahiku berkerut. Apehal pulak dengan dia ni.

          “Kau ni kalut sangat dengan aku lah, rileks ok..” Dia berkata. Aku hanya diam. Kami kembali meneruskan perkerjaan masing-masing setelah tiada apa mahu dibicarakan. “Seung Neul-shi~~~” Panggil Yongguk dan aku menoleh ke arahnya.

          “Aku nak minta maaf dekat kau pasal kejadian semalam.” Katanya dan tersenyum. Aku memandang tingkap kelas. “Kau tak buat apa-apa pun.. Buat apa kau nak minta maaf pulak.” Aku tertawa kecil. Yongguk mengeluh panjang dan duduk di atas meja.

         “Aku nak minta maaf bagi pihak Ji Eun.” Katanya. Ingatan kami berdua terimbau ke kisah semalam~~~


(FLASHBACK)

          Mataku terbeliak melihat Yongguk yang berdiri terpacak di hadapanku. “Kau buat apa dekat sini?” Dia selaku pengawas yang sedang meronda menyoal. “Ah.. Aku..” Aku tergagap mencari jawapan. Dia mengerutkan dahi dan menjengahkan diri ke belakang bangunan Block C itu.

          “Song Ji Eun!” Jerit Yongguk.

          Ji Eun yang sedang menarik rambut Sun Hwa yang sudah serabai itu terhenti dari melakukan perkara itu. Dia kecut perut. ‘Mati aku.’ Kata hati Ji Eun. Zinger dan Hyo Sung yang sedang memegang erat langan Sun Hwa segera melepaskan pegangan mereka.masing-masing menelan air liur kerana ketakutan.

          Aku yang sedang bersembunyi di belakang tembok perlahan-lahan berlalu dari situ namun dengan pantas Yongguk yang berdiri berdekatan dengan ku menarik lengan ku. Dia memandang aku kemudian memandang Ji Eun dan rakan-rakannya.

         


          Aku dan Ji Eun serta Hyo Sung dan Zinger keluar dari bilik disiplin. Aku telah dipaksa oleh Yongguk untuk menjadi saksi perbuatan membuli mereka itu. Mula-mula mereka tak nak mengaku perbuatan mereka itu kerana mereka kata tiada bukti. Tetapi Yongguk mengatakan dengan cikgu disiplin bahawa aku ada merakam aksi tersebut.

         Aku pun pelik kenapa Yongguk sanggup nak serahkan aweknya sendiri pada guru disiplin. Tapi nasib baik Ji Eun dan rakan-rakannya tidak dikenakan tindakan disiplin kerana Yongguk merayu agar mereka cuma perlu dikenakan hukuman yang ringan saja.

          “Yah.”

          Aku yang baru mahu berlalu dari situ menghentikan langkah apabila dipanggil oleh Ji Eun. Aku memandang dirinya yang melangkah ke arahku. “Apesal kau bagi cikgu rakaman tu? Bodoh jugak kau ni. Yang kau pergi rakam aku kerjakan si Sun Hwa tu kenapa?” Ji Eun menyilangkan tangannya ke dada dan menyoal ku dalam nada kasar.

          Aku yang malas mahu gaduh dengan dia hanya mengeluh dan berpaling. Baru saja aku mahu melangkah, rambutku yang pendek paras bahu ditarik oleh Zinger. “Ah! Sakitlah!” aku meronta-ronta minta dilepaskan. Tapi mereka hanya buat bodoh dan Hyo Sung menampar pipi aku. Pergh. Boleh tahan bisa tangan minah ni.

         “Tau pun sakit, kau tak tau ke yang hati aku ni lagi sakit dari kau yang baru kena tarik rambut ni..” Kata Ji Eun sinis dan baru saja dia mahu menyepak aku, Yongguk yang baru keluar dari bilik disiplin menjerit ke arah mereka. Yes. Hero aku sampai jugak akhirnya. “Sakit…” Aku pun apa lagi. Terus mengada-ada dekat situ. Biar padan muka si Cinderella bengong ni kena dengan Yongguk nanti.

          Yongguk menghampiri kami berempat. Ji Eun mendengus kasar dan Zinger melepaskan rambutku yang sudah kusut masai. Aku mengurut-urut kepalaku yang terasa pening setelah dikerjakan oleh mereka. “Ji Eun. Kenapa dengan awak ni?” Soal Yongguk menahan marahnya.

          Tiba-tiba Ji Eun memegang erat tangan Yongguk. “Saya minta maaf.. Yongguk, saya buat semua ni pun sebab saya sayangkan awak.” Ji Eun merayu-rayu dan mulalah buat drama air mata dekat situ. Aku mencebik. Sayang konon. Kalau ye pun sayang, tak payah lah sampai nak serang orang tak tentu pasal. Dengan aku-aku sekali kena.

          Yongguk merentap tangannya dari pegangan Ji Eun. Dia merenung wajah Ji Eun tajam.

          “Selama ni saya percayakan awak, semua orang pun percayakan awak. Kononnya awak ni baik, suka tolong orang. Tapi rupa-rupanya awak ni langsung tak sama dengan apa yang saya dan orang lain jangka kan.” Yongguk berkata dalam nada kecewa.

          “Yongguk…” Ji Eun memegang tangan Yongguk lagi dan memanggil dengan lembut. “Saya tau saya salah.. saya nak minta maaf..” Ji Eun berkata dengan muka dibasahi air mata.

          “Ini bukan kali pertama awak buli orang tau. Awak ingat saya tak tau ke yang selama ni awak ada buli orang lain jugak? Diorang mengadu dekat saya tapi saya tak percaya sebab saya percaya yang awak ni baik, sampai semua orang yang tak tau perangai sebenar awak pun panggil awak Cinderella..”

          Yongguk mengeluh panjang dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

          Wajah Ji Eun, Zinger dan Hyo Sung berubah mendengar kata-kata Yongguk itu. Mereka langsung tak tau yang orang-orang yang dibuli oleh mereka pergi mengadu dekat Yongguk. Aku juga terkejut. Langsung tak disangka. Cinderella rupa-rupanya selama ni cuma nenek sihir yang berlakon jadi Cinderella yang suci. Ceh.

          “Mulai hari ni, awak takde kena mengena dengan saya lagi. Dan hubungan awak dengan say tak lebih dari seorang kawan.” Kata-kata Yongguk sekali lagimembuatkan semua yang ada disitu termasuk aku terkejut. Kenyataannya, aku agak happy bila dengar Yongguk kata macam tu. Jahat ke aku? Tak.. Tak.. Nenek sihir tu lagi jahat.

          “Pastikan korang bersihkan satu sekolah dengan bersih. Cikgu cakap dia tak nak tengok ada satu sampah pun ada dekat sekolah ni.” Kata Yongguk. Ji Eun  dan rakan-rakannya telah dikenakan hukuman bersihkan satu sekolah. Itu dah kira ok dari kena gantung atau buang sekolah.


 

(MASA KINI)

          “Takpelah. Sebenarnya aku pun geram jugak dengan Ji Eun tu.” Aku berterus terang dengan Yongguk. Aku menyimpan penyapu ku dan juga penyodok. Dia tersenyum dan bangun lalu menyimpan penyapunya. Aku terus membetulkan meja-meja kelas yang agak senget benget. Budak-budak ni pun satu. Meja sendiri pun tak reti nak  tegakkan. Bengang je aku.

          “Aku ni pun bodoh jugak. Percaya sangat dengan orang lain. Aku butakan mata aku semata-mata sebab aku sayang sangat dekat perempuan tu. Aku jatuh hati dekat dia pun, sebab dia baik, walaupun dia kaya, tapi dia tak pernah lupa pelajar yang susah.” Yongguk bercerita.

          Aku menghentikan kerjaku dan hanya mendengar. Nak jugak aku tau macam mana dia boleh jatuh hati dekat si Ji Eun tu.

          “Aku ingat lagi masa pertama kali aku suka dekat dia. Masa tu aku buat kerja sukarelawan dekat rumah anak-anak yatim. Masa tu lah aku nampak dia tengah melayan budak-budak dekat situ. Dia Nampak cantik sangat bila berkelakuan macam tu.” Yongguk tersenyum pahit mengingatkan kenangan lamanya.

          “Sejak tu aku asyik pandang dia je.. sepanjang aku buat kerja sukarelawan tu, aku tengok dia baik sangat, layan budak-budak.. dan aku tengok, dia langsung tak malu dan geli nak kutip sampah-sampah yang orang buang dekat jalan..” Sambungnya.

          Alahai. Aku ni kadang-kadang kesian dekat Yonguk, tak pasal-pasal kena tipu dengan Ji Eun. Ish. Kalau aku lah jadi Ji Eun, aku takkan buat hal sampai Yongguk bencikan aku.

          “Tapi sekarang, Cinderella dah tak wujud dah dekat hati aku. Aku tak suka bila dia tipu aku. Kalau lah dia jujur dengan aku, aku takkan benci dia sampai macam ni.. Aku langsung tak tau yang perangai sebenar dia macam tu. Nampaknya aku dah silap menilai orang..” Yongguk bercerita kepadaku. Aku pulak dari tadi hanya diam tak tau nak renspons apa.

          “Sabar je lah Yongguk… Kau nak merungut pun benda dah lepas. Aku tau, hati kau pun bukan nya ikhlas nak putus dengan dia kan?” Aku menyoal. Yongguk hanya diam. Dia memandang wajahku tanpa berkata-kata. Entah apa yang sedang difikirkan olehnya pun aku tak tahu.


Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....