I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 11

          Sedar tak sedar, hari sudah pagi. Aku tersedar. Aku membuka mata perlahan-lahan dan menggeliat di bawah selimut tebal berwarna merah itu. Mataku terkelip-kelipkan kerana silau. Aku memandang sekeliling dalam keadaan berbaring.

          Aku bangun tiba-tiba dari pembaringan apabila baru tersedar yang aku bukan berada di rumah ku sendiri. Aku memandang sofa tempat aku berbaring semalam. Ingatanku melayang pada kejadian semalam.

          Yang aku ingat, aku pergi kafe dengan Yongguk, lepastu aku pergi rumah Yongguk masa petang setelah kami berdua berjalan-jalan selepas minum kopi. Oh ya, semalam hujan lebat masa aku nak balik rumah dan last sekali yang aku ingat, aku makan kek yang aku beli dekat kafe semalam. Tapi lepastu aku tak tau apa yang jadi.

          "Apesal aku boleh tidur dekat sini pulak? Eh. Lama gila aku tidur? Dari petang semalam sampai pagi ni baru aku bangun?" Aku memegang kepalaku yang terasa sakit sebab terlebih tidur. Jam di dinding rumah Yongguk aku pandang. Pukul 9 pagi.

          "Awak dah bangun ke." Tiba-tiba Yongguk yang datang entah dari mana menegur. Aku segera bangun dari duduk. Selimut itu aku campak ke sofa. "A.. Ha..." Aku jawab tergagap-gagap. Aku segan sebenarnya. Macam manalah aku tidur semalam. Mesti aku berdengkur kuat gila. Malu siak.

          Dia hanya mengangguk. Aku lihat matanya merah. ' Dia tak tidur ke semalam?' Fikirku.

           "Awak duduk lah dulu.. Nanti-nantilah balik ea. Tunggu siang sikit. Lagipun hari ni kan hari minggu..." Yongguk berkata dan menguap sedikit. Mulutnya ditutup dengan tapak tangan. Aku hanya mengangguk-angguk. Pelik aku tengok dia. Dia tak tidur ke semalam?

          Yongguk kembali ke biliknya di tingkat atas. Rumah dia agak luas juga. Aku kemudiannya mencapai selimut itu dan melipatnya kembali dengan kemas. Setelah itu, selimut itu aku letak di atas sofa. Aku terasa mahu buang air. "Ah! Dah tak tahan." kataku perlahan dan terus berlari sekeliling rumah itu untuk mencari bilik air. Akhirnya aku jumpa bilik air yang terletak di dapur rumah.

          "Aik. Apesal paip ni tak boleh bukak?" 
          Sekali lagi pili paip itu aku cuba pusingkan namun tak boleh. Ketat gila. Aku beralih ke pili paip yang lain pula. Tetap tak boleh buka sama dengan pili paip di sinki. Wajahku berkerut seribu. Rasa nak belasah orang je sekarang. Time-time macam ni pulak lah paip ni tak boleh bukak.

          Aku segera berjalan keluar dari bilik air. "Yongguk!!!! Paip tak boleh bukak lah..." Aku melaung dari tangga bawah memanggil Yongguk. Namun tidak berjawab. "Yongguk..." Aku memanggil lagi namun masih tiada jawapan. "Haish..." Aku buat keputusan untuk naik ke atas terus. Mungkin dekat atas ada bilik air yang lain.

          Kakiku melangkah perlahan-lahan di ruang atas rumah itu mencari bilik air sebab aku memang dah tak boleh tahan dah ni.. Yang si Yongguk ni mana pulak menghilang.. Tiba-tiba aku ternampak ada sebuah bilik yang pintunya terbuka sedikit.

          Mungkin itu bilik Yongguk. Perlahan-lahan aku menolak pintu itu sebab manalah tau dia tengah 'tu' ke, apa ke kan.. Tak pasal-pasal aku yang malu pulak nanti... Aku menjengahkan kepala sedikit di muka pintu. Aku nampak Yongguk sedang duduk dengan membaringkan kepalanya di atas meja belajarnya membelakangkanku.

          Segera aku menghampiri dirinya segera aku menghampiri dirinya dan baru saja aku mahu membuka mulut, aku lihat dia sedang tidur. Terus aku tak jadi mahu bersuara. Aku pandang meja belajarnya yang penuh dengan kertas-kertas dan juga gumpalan kertas di dalam tong sampah kecil di sebelah mejanya.

          "Dia buat kerja kursus cikgu bagi ke.." Aku mengomel dan mencapai salah satu helaian berdekatan dengan penselnya di atas meja itu. "Apa ni?" Keningku terangkat saat membaca isi kertas yang ditulis dengan tangan itu. Perkara pertama yang Yongguk tulis di atas sekali kertas itu aku baca.

          "Mine?" Dahiku berkerut dan meneruskan bacaan.

          

'The words of saying I love you, it must have been really difficult

But after meeting you, I learned what love was.

Do you think about me?

I don’t need to go on a roller coaster because with you alone, it’s already thrilling

The love always spoken in texts, it became true for a person like me all the time once I met you

Hey baby, I wonder if you know how I feel?

Why am I fluttering as every day feels like a dream, ma lady.

In a morning where we wake up early, I go crazy at the thought of being able to wake up seeing you

It’s as if we became Romeo and Juliet, my heart fluttering

Afraid that someone will catch on to my feelings, I always, always hide my feelings deep into the corner of my heart

I only want to tell you and I miss you every night

Always, even if it’s for a little bit, I want to show myself to you in your dreams

It’s alright, it’s alright, it’s alright baby

Only me, only me, it’s only me that can see you

It’s alright, it’s alright, it’s alright baby

I want to confess to you

I want you babe, I need you girl, I want you (I need you girl)

I want you babe, I need you girl, yeah I think about you girl'

 

           "Lagu ke ni? Wo.. romantik gila ayat dia.." Aku tersenyum nipis. Satu lagi hobi si Yongguk ni yang aku baru tau, dia suka buat lagu rupanya. Aku kembali meletakkan kertas itu ke atas meja. Teringin jugak aku nak dengar dia menyanyi. Tiba-tiba aku teringat yang aku nak buang air kecil.

          "Yongguk." Aku menggoyang-goyangkan bahunya sedikit. Yongguk tersedar dia menegakkan tubuhnya. Wajahku dipandang. "Kenapa pili paip dekat tandas bawah tu tak boleh bukak? Ketat." Aku berkata. "Oh. Tandas dekat bawah tu tak boleh guna. Awak guna tandas ni je lah. " Dia berkata dan mengangkat dagu tanda menunjuk ke arah sebuah bilik air di biliknya itu.

          Aku memandang ke arah yang ditunjukkan Yongguk dan segera masuk ke bilik air itu. Setelah membasuh muka, baru aku buang air kecil. Setelah siap, aku membuka pintu bilik air itu perlahan-lahan. maklumlah, dekat rumah orang. Kalau dekat rumah aku sendiri rasa-rasanya pintu tu macam nak roboh ku tutup.

          "Tak boleh. Tolong jangan kacau aku lagi."

          Suara Yongguk menjengah ke telingaku. Aku mencari dia yang berada di luar bilik dan berdiri membelakangkanku. Aku lihat dia sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon.

          'Tolonglah Ji Eun. Jangan nak kacau kami lagi. Aku tak nak Seung Neul ingat balik kenapa dia kemalangan dulu. Aku taknak ingatan dia pulih. Tolong. ok." Yongguk segera mematikan talian dan dia mengeluh. Aku hanya memerhatikan dari belakang dia.

          Yongguk memusingkan tubuhnya dan wajahnya bertukar terkejut mendadak.

          "Siapa Ji Eun?" Aku menyoal selamba. Padahal dalam hati rasa nak ketuk jek kepala Yongguk ni. Kenapa dia taknak ingatan aku pulih. Sampai hati dia.

          Aku lihat dia tergagap-gagap mencari jawapan. "Kawan. Kawan sekolah kita. Takkan awak tak kenal." Yongguk menjawab dan tersengih.

          "Macam mana nak kenal. Kan awak taknak saya dapat ingatan saya balik kan." Aku menyindir dan memandang ke arah lain. Aku dapat rasa yang aku kemalangan dulu sebab dia dengan perempuan tu. Kalau tak takkan dia cakap macam tu tadi. Ta[i tu pada pendapat akulah.

          Selama ni, aku cuma diberitau aku kemalangan sebab aku tak tengok kiri dan kanan semasa melintas. Dan aku dilanggar oleh sebuah kereta. Nasib baik nyawa aku tak melayang masa tu. Dan doktor sahkan aku hilang ingatan. Tapi yang buat aku pelik, aku cuma boleh ingat Yongguk sorang je. Ahai...

          "Awak salah faham tu.." Yongguk berkata.

          "Bahagian mana yang 'salah' tu?" Aku terus menerus menyindir dia.

          Aku mengeluh. "Dahlah tu, Yongguk.. tak payah susah-susah nak cari jawapan. Saya pun taknak tau. Kalau boleh, saya pun taknak ingatan saya kembali semula. Sebab saya takut ada benda pasal awak yang saya tak boleh terima. Cukup lah dengan apa yang kita ada sekarang ni.. Tak payah fikir lagi." Aku berkata dan melangkah perlahan dari situ.

          Bukannya aku marah pun.. Cuma..

          Aku lapar je sekarang ni. Aku berpatah balik ingin bertanya kepada Yongguk. Manalah tau dia ada ramen ke dekat dapur rumah dia, boleh aku masak. "Yongguk..mana ra.." Kata-kata ku terhenti apabila melihat dia dengan muka menyinga dia tu. Seram pulak aku tengok.

          "Takpelah." Aku mengangkat tangan dan terus berlalu dari situ. Tiba-tiba dia menarik tangan aku dan aku terhenti melangkah.

          Tanpa aku jangka, dia buat satu babak yang buat aku rasa pelik dan segan sampai rasa nak cabut lari. 'Apehal dia cium aku tiba-tiba ni. Segan siak aku.' Aku berkata dalam hati saat itu. Aku menolak tubuhnya perlahan.

          Aku membuka langkah perlahan-lahan pergi dari situ dengan muka memerah. Mula-mula langkahku perlahan, lama-lama menjadi semakin laju dan aku berlari terus turun ke bawah sambil memegang pipiku yang panas.

          "Ottokhae..ottokhae..." Aku pergi ke dapur rumahnya dan mencapai mug di rak. Air didalam jug aku tuang ke dalam mug tersebut dan meminumnya sampai habis. Sekali lagi aku tuang air masak itudan meminumnya untuk menghiangkan rasa gemuruh.


 

 

 

 

Lagu tu sebenarnya lagu yang Yongguk sendiri buat-Mine.. dan tu sebenarnya english translation punya.. nak letak bahasa korea punya. Nanti tak faham pulak apa maksud dia.. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....