I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 2

          Aku Dan Eun Ji beriringan masuk ke dalam kelas kami. Aku dan dia berada di kelas ke tiga. Tak macam Yongguk dan aweknya yang berada di kelas pertama.

          “Kau dah siap kerja sekolah cikgu bagi semalam?” Eun JI menyoal aku dengan selamba. “Belum.” Jawabku dan merebahkan kepala ke atas meja. Padahal aku dah siap, Cuma aku malas nak beri Eun Ji pinjam. Sedap-sedap dia jek. Aku yang buat, dia nak tiru pulak.

          Eun Ji bangun dari tempat duduknya dan menuju ke tempat duduk belakang sekali.

          “Yahh~~” Eun Ji menegur dan duduk di sebelah tempat pelajar lelaki yang kosong itu. Panggilan Eun Ji itu tidak diendahkan oleh pelajar lelaki memakai cermin mata itu. Eun Ji buat muka meluat lagi. “YAHH~~~~” Eun Ji memanggil lagi namun lelaki itu hanya diam dan hanya melapaskan nafas panjang.

          Aku menegakkan tubuhku dan memusingkan badan kebelakang dan aku lihat Eun Ji sedang duduk di sebelah pelajar lelaki yang pendiam di dalam kelas kami. Ini lagi satu yang aku tak faham, pelajar lelaki yang bijak dan baik macam dia boleh masuk kelas macam ni. Dahlah kelas ni memekak macam dekat konsert.

          Aku bangun dan melangkah ke arah meja pelajar lelaki itu dan Eun Ji yang turut duduk disitu.

          “Aku nak pinjam kerja rumah matematik kau.” Kata Eun Ji dan menolak bahu Young Jae perlahan. Young Jae diam. Aku mengerutkan dahi melihat Young Jae yang berani melawan dengan Eun Ji. Selalu kalau Eun Ji suruh dia buat apa-apa, mesti dia ikut.

         “YAHH~~~~~~” Panggil Eun Ji dan menahan diri dari menguatkan suaranya. Eun Ji yang panas baran terus bangun dan merenung Young Jae tajam. Aku yang risau kalau-kalau minah ni nak buat apa-apa dekat Young Jae terus menarik lengan rakan baikku itu.

          “Kau ni,, jangan buat hal.. Kang tak pasal-pasal masuk hospital budak ni kau buat. Rileks k.” Aku cuba menenangkan Eun Ji. Eun Ji mendengus kasar dan kembali ke tempat duduknya di sebelahku. Last-last dia selesaikan sendiri kerja rumahnya. Itulah perangai Eun Ji. Aku menggeleng-geleng melihat perangai Eun Ji.

          10 minit berlalu, cikgu Sejarah aku pun masuk bersama dengan seorang pelajar yang melangkah masuk bersama dengannya. ‘Yongguk?’ Hatiku berkata sendiri. Apehal pulak mamat ni masuk kelas aku? Bawak beg sekali pulak tu.

          “Bangun kelas!! Selamat pagi cikgu Kang So Ra!” Ketua kelas ku yang bernama  Kwang Hee yang ceria 24 jam orangnya berkata dengan semangat diikuti dengan semua pelajar di kelas 4c itu. “Duduk semua.” Kata cikgu Sora dan semua pelajar pun duduk.

         “Mulai hari ini Bang Yong Guk akan berpindah ke kelas kita. Sebagai pengawas sekolah merangkap ketua pelajar di sekolah ini, dia ada tugas yang diberikan oleh pengetua sekolah. Tugas tu terpaksa kami rahsiakan kerana atas arahan pengetua sendiri.”

          Apa entah yang rahsia sangat. Aku merenung wajah lelaki idaman ku tajam. Amboi. Boleh tak jangan tunjuk sangat gummy smile kau tu, Yongguk. Gila aku dibuatnya.. Serentak dengan itu Yongguk memandang wajahku. Aku yang sedang tersenyum-senyum terus mematikan senyuman takut-takut kalau dia perasan yang aku ni angau sendiri.

         “Yongguk, awak boleh duduk sebelah Young Jae.” Cikgu So Ra berkata dan tersenyum kepada Yongguk dan dia  mengangguk dan tersenyum lalu melangkah ke arah tempat duduknya di sebelah Young Jae.

          Eun Ji mencuit lenganku. “Wah,wah kau ek. Tengok tak lepas-lepas mamat tu. Untunglah kau kan. Ceh. Nampaknya makin angau lah kawan baik aku ni.” Eun Ji berbisik dan menjelirkan lidahnya ke arah aku. Aku buat muka menyampah dengan Eun Ji. Diam-diam sudahlah. Kang satu kelas tau aku suka dekat Bang Yongguk tu lagi haru.

          Dahlah aku dengan dia beza macam langit dengan bumi. Aku ni bumi, dia pulak langit yang susah aku nak capai. Ceh, ayat macam novel ombak sendu dah. Apa-apa je lah. Lagipun aku cuma boleh tenung dia senyap-senyap je lah hari-hari memandangkan aku ni langsung tak pernah dipandang oleh lelaki yang baik macam dia. Macam ni aku boleh jadi tak tenang tengok gummy smile dia. Boleh meroyan aku.

          Semua perempuan pun akan macam tu bila ada orang yang dia suka dekat dengan dia kan. Mungkin kisah cinta aku dengan dia lambat tak macam fanfiction lain. Haha. Salahkan writer cerita ni. Apa-apa pun, sebenarnya selepas 3 bulan dia berada di kelasku, ada benda tak terjangka terjadi…


          “Pabo-yahh~~~”                                      

          Aku yang sedang berjalan melintasi bangunan Block C menghentikan langkah ku apabila mendengar suara yang amat dikenaliku itu yang muncul dari belakang bangunan itu. Aku cuba menjengahkan kepalaku ke belakang bangunan itu.

          Memang tak salah lagi. Tu Ji Eun. Cinderella sekolah. Aku terus-menerus melihat aksinya yang sedang menolak seorang pelajar perempuan ke dinding bangunan. Dia bersama dengan rakan-rakan baiknya iaitu Zinger dan Hyo Sung mengepung pelajar yang mahu melepaskan diri dari mereka itu.

          Cinderella buli orang? Ah. Tak mungkin. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku berulang kali cuba menidakkan perkara yang berlaku di depan mataku. Song Ji Eun digelar Cinderella kerana kebaikan hatinya. Dan dia memang seorang yang baik dan suka tolong orang lain. Takkan lah dia buli orang pulak.

         “kau kenapa nak menggatal dengan boyfriend aku?” Soal Ji Eun dan menampar muka pelajar itu perlahan berulang-ulang kali. “Aku… Aku.. Bukan nak goda dia, Cuma tadi aku terjatuh masa nak turun tangga, lepas tu dia tolong sambut aku. Mana.. mana ada aku menggatal dengan dia..”

          Tergagap-gagap pelajar perempuan yang memakai cermin mata besar itu menjawab. Dia mengecilkan badannya dan dia menunduk memandang lantai. Ji Eun tersenyum sinis mendengar jawapan dari mulut pelajar perempuan nerd bernama Sun Hwa itu.

          Aku makin asyik melihat ‘drama’ yang berlaku di depan mataku. Ini boleh dijadikan gossip dengan Eun Ji ni. Tapi hari ni Eun Ji cuti sakit. nanti kalau dia dah sihat dan dah datang sekolah bolehlah aku tunjuk dia video ni. Aku mengeluarkan handphone ku dan membuka aplikasi video dan merakam segala perbuatan Ji Eun dan rakan-rakannya terhadap  Sun Hwa.

          Sedang aku asyik merakam segala aksi mereka itu, bahuku dicuit oleh seseorang. Aku terkejut dan segera berdiri tegak dengan mata terbeliak. ‘Siapa pulak  ni…’ hatiku berkata sendiri dan perlahan-lahan memusingkan tubuhku memandang orang itu. Aku menahan nafasku.


Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....