I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 1

          Aku menunggu bas di bustop dan menghentak-hentakkan kakiku di lantai kerana kebosanan menunggu bas seorang diri. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya bas pun tiba dan aku serta beberapa orang yang ingin menaiki bas itu melangkah memasuki bas itu dan membayar tambang bas.

          Sesampai saja di sekolah, aku terus ke tapak perhimpunan dan menunggu rakan baikku sampai. Pandanganku terarah ke arah pagar masuk sekolah. “Mwo?” Aku berkata sendiri dan tersenyum sinis.

          Sakit nya hati melihat lelaki yang diminati oleh aku bersama dengan seorang perempuan. Berjalan. Berpegangan. Tangan. “Ingat cantik sangat? hak ptuih.” Aku membuat muka menyampah dan mengalihkan pandangan ke arah lain.

          Aku ialah Shin Seung Neul. Mungkin nama aku pelik sikit tapi itulah kenyataannya dan aku bangga dengan namaku. Aku seorang remaja berumur 16 tahun yang merupakan seorang yang agak kurang ajar (tapi belakang orang je lah) dan tak suka bila ada orang yang lebih bagus dari diriku kecuali rakan baikku yang lebih sikit dariku, aku tak kisah sangat. Dan pada diriku, aku bukan watak utama yang merupakan seorang Cinderella, Snow White, Puteri Fiona atau yang seangkatan dengannya yang merupakan watak cerita dongeng yang mempunyai hati yang baik.

          Aku bukan begitu. Biarlah orang nak kata aku hipokrit atau apa sekalipun. Aku malas mahu ambil tahu lagi. Tapi aku bukanlah seorang yang jahat sangat macam watak jahat dalam drama-drama dekat tv tu. Apa-apa pun, aku cuma gadis remaja biasa yang suka memberontak. Lagipun remaja mana yang tak suka memberontak kan.

          Dan lelaki yang sedang bermesra dengan girlfriendnya tidak jauh dariku itu bernama Yongguk. Ok, aku tau dia baik. Aku tau itu. Dan oleh sebab kebaikan hati lelaki itu lah yang menyebabkan hatiku terpaut pada lelaki itu. Ingatanku terimbau pada kejadian sebulan lalu.


(FLASHBACK)         

          Aku berjalan bersama rakan baikku, Eun Ji di koridor sekolah untuk turun ke kantin sekolah pada waktu rehat. Aku memasang lagu Nanlina dari Block B di handphone aku dan memakai earphone berwarna purple kasayanganku lalu menguatkan volume sehingga Eun Ji di sebelah turut boleh mendengar.

          “Yahhh! Slowkan sikit volume tu. Pekak telinga tau tak.” Eunji menepuk bahu aku kuat. “Apa-yo!!” Aku menjerit dan mengusap-usap bahuku. Kami menghentikan langkah di tepi tangga sekolah.

          Tiba-tiba ada seorang guru perempuan terjatuhkan bukunya berdekatan dengan kami namun aku dan Eun Ji hanya buat bodoh. Tetapi oleh kerana atas rasa perikemanusiaan, aku melangkah ke arah buku yang berada di lantai itu untuk tolong cikgu itu mengutip buku-bukunya yang berteraburan namun belum sempat untuk aku berbuat demikian, ada seseorang yang telah membantu guru itu terlebih dahulu.

          Ya. Seseorang itu ialah Yongguk. Bang Yong Guk. Aku tergamam dan melihat perbuatan lelaki yang padaku nampak sangat-sangat berkarisma dan menarik hati itu.

          ‘Siapa lelaki ni.. aduhai.. baiknya dia. Kalau pelajar lain mesti buat bodoh je dengan cikgu ni..’ Hati ku berkata-kata sendiri dan aku mula tersenyum-senyum sendiri. Kebetulan lagu U Hoo Hoo- Block B sedang berkumandang di telingaku. Memang kena sangat dengan timenya.


          “Yahh, Seung Neul-shi,, ingat ni drama Boys Over Flower ke kau nak berangan time-time macam ni?” Eun Ji menegur ku dan aku tersedar dari lamunan panjangku.

       Jung Eun Ji. Dia rakan baik aku. Perempuan ni selalu je kacau aku time-time aku nak berangan pasal mamat Yongguk tu.( -_-) “Kau teringat Yongguk ke? Susah-susah sangat kau confess jelah dekat dia. Habis cerita.” Eun Ji cuba beri pandapat yang pada aku sungguh tak bernas.

          “Ewah-ewah..senangnya kau cakap, kau ingat aku ni perempuan murahan ke apa nak meleset-leset dekat dia minta dia untuk terima aku?” Aku menjeling Eun Ji yang membuat muka menyampah di depanku yang selalu dia buat.

          “Aku bukan suruh kau meleset dekat dia, tapi aku suruh confess  je. Dari kau angau macam ni? Baik confess.” Cadang Eun Ji lagi. Aku memegang tali beg sandang aku erat. Cakap senang je si Eun Ji ni. Dia  ingat aku berani sangat nak buat macam tu.

          Yang buat aku pelik, kenapa angel macam si Bang Yong Guk tu boleh masuk sekolah yang banyak pelajar bermasalah ni? Dah lah sekolah ni ranking terakhir dalam daerah ni. Aku musykil betullah.

          Oh ya, aku lupa nak cerita pasal awek dia tu kan. Nama dia Song Ji Eun. Kalau nak tau, dialah Cinderella dekat sekolah yang bernama QUEEN HIGH SCHOOL ni. Nama sekolah aku memang Queen, tapi bukan bermaksud semua pelajarnya perempuan je. Lelaki pun ada. Hensem-hensem pulak tu. Ahaks.

          “Ok semua pelajar, perhimpunan akan dimulakan sekarang.”

          Itu dia pengumuman yang paling pelajar tak suka dengar. Mesti dengar cikgu membebel masa perhimpunan nanti. Tak pun dapat ceramah free. Cuba citer dengan aku, pelajar mana yang sukakan perhimpunan? Ah. Aku dah penat dengan semua ni.


Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....