I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

 

(BAB 8)

          Aku yang masih tidur terkejut apabila mendapat panggilan dari seseorang.

          Park Kyung!

          "Aku rindu kau." Katanya sebaik panggilan dijawab. Aku terdiam mendengar suaranya yang sudah lama aku tak dengar..

          Park Kyung. Dia bekas kekasih aku dulu. Tapi yang buat aku sedih, dia kawan dengan aku cuma sebab taruhan yang dia buat dengan kawan-kawan dia dulu. Hubungan kami pun dia minta agar aku rahsiakan dari orang lain. Dia ingat aku apa? Suka-suka dia jek buat macam tu.

         "Kau nak apa?" aku menyoal dengan suara menyampah. Aku yang berbaring terus bangun dari katil dan bergerak menuju ke cermin solekku. Aku membuang segala tahi mata yang melekat dekat mata aku. 

          "Aku nak jumpa kau." Katanya.

          "Buat apa? Kau kan dekat LA. Macam mana kita nak jumpa." Aku memberi alasan. Kyung telah berpindah ke LA setelah 2 bulan kami putus. Katanya kerana ayahnya yang berpindah ke sana atas urusan kerja. Maklumlah anak orang kaya kononnya.

          Lama Kyung terdiam. Aku hanya sabar menunggu jawapannya. Kakiku melangkah keluar bilik. Terkejut aku dibuatnya apabila pintu rumahku diketuk oleh seseorang dari luar. Aku menghampiri pintu rumahku dan membukanya. Handphone yang aku pegang hampir terjatuh. Aku menutup kembali pintu rumahku dengan pantas.

          "Seung Neul. Aku cuma nak jumpa kau sekejap je.." Kyung berkata dengan nada memujuk dan aku hanya mengendahkannya. Aku menolak kuat pintu itu namun tenaganya sebagai lelaki yang lebih kuat telah mengalahkan aku. Akhirnya aku membuka pintu itu.

          Kyung memandang wajahku. Dahinya berkerut.

          "Kau baru bangun ke? Mak kau tak marah pulak kau bangun lambat." Kyung yang langsung tak tahu menahu tentang omma ku dengan lantang bertanya. Aku sedikit tersentuh dengan soalannya. Ingatanku melayang pada ommaku yang selalu kejut aku bangun pagi-pagi untuk membantunya buat kerja rumah.

          Sekarang, aku keseorangan di rumah ini. Tiada siapa yang boleh marah aku. Aku boleh buat apa yang aku suka. Tapi aku keseorangan. Kesunyian.

          "Masuklah. Tapi pintu tak payah tutup." Nada suaraku mula berubah. Aku segera melangkah pantas ke dapur untuk buat air untuk Kyung. Walaupun aku tak suka dia datang, aku tetap perlu melayan dia dengan baik sebab dia tetamu aku.

          Aku mencapai jug kaca kecil berwarna putih dari rak. Aku mengambil nafas dalam-dalam. Aku menunduk. Akhirnya aku betul-betul dah tak tahan dan aku menangis lagi seorang diri. Sejak omma aku meninggal, aku asyik menangis dan menangis. Aku dah tak tahu nak mengadu pada siapa. Yongguk pun tak tahu yang aku menangis macam ni setiap hari...

          Aku benci menangis.. Tapi aku tak dapat elak bila ada orang sebut pasal omma. aku betul-betul lemah sejak dua menjak ni.. Aku menekup mulut menahan esak. Sampai bila aku nak menangis aku pun tak tahu. Mungkin sampai aku mati.

          "Seung Neul-shi~~~"

          Aku segera memalingkan wajahku dari pandangan Kyung dan mengelap air mataku dengan pantas.

          Aku berdehem sebelum bersuara. "Siapa benarkan kau pergi sampai dapur ni?" Aku menguatkan suaraku dengan harapan Kyung tidak akan dengar suaraku telah jadi serak.

          "Kau nangis ea?" Dia menyoal dan menghampiri diriku. Aku mengalihkan wajahku dari pandangan nya dan mengambil jug tadi dan menuang air panas ke dalamnya. Aku buat tak peduli dengan soalan Kyung.

          Aku meneruskan kerja membuat air dan aku terus meletakkan jug dan dua biji cawan ke atas dulang. Kyung berdiri disebelahku. "Seung Neul..Macam lah aku tak kenal kau.. Kau menangis kan.. sebab apa ni.." Dia menyoalku dan tanganku ku yang ligat membetulkan cawan di atas dulang terhenti.

          "Omma aku dah meninggal." Aku berkata dengan muka tanpa reaksi dan membawa dulang tersebut ke ruang tamu. Kyung terpaku. Dia mengikuti langkah ku ke ruang tamu dan duduk di sebelahku yang sedang menuang air ke dalam cawan-cawan tadi. Dia mengambil nafas dalam-dalam sebelum bersuara.

          "Mianhae... naega jeongmal mianhae.. Aku tak tau.." Dia berkata dan aku hanya diam. Aku tersenyum lebar sehingga menampakkan gusi.

          "Kau ni.. jangan serius sangat dengan aku boleh tak. dahlah tu. benda dah lepas. Minumlah." Aku berpura-pura ceria dihadapan Kyung. Kening Kyung terangkat dan dia hanya mengangguk-angguk ganjil. Dia mengangkat cawan itu ke mulutnya dan menghirup sedikit teh panas yang dibuat oleh aku tadi.

          "Kenapa kau tiba-tiba nak jumpa aku ni? Bukan selama ni kau bencikan aku ke." Aku menyindir dan menghirup minuman itu. Kyung meletakkan cawannya ke atas meja. Dia tersenyum.

          "Tak boleh ke kalau aku jumpa kau. Aku rindu jek. Bukan apa." Kata Kyung.

         "Ayat kau kalau tak macam novel 'Sebenarnya Saya Bini Dia' tak sahkan. cheesy seh." Aku mengejek. Padahal aku malu dengan apa yang dia katakan. Sekali lagi aku menghirup minumanku.

          Kyung ni langsung tak berubah. Bab-bab mengayat perempuan memang dia nombor satu. Sebab tu lah aku jatuh hati dengan dia dulu. Dia pandai layan perempuan. Tapi itulah, dia cuma nak main-main saja dengan aku dulu..

         "Well. You know me.." Dia menyombong pula kali ni. Aku mula terasa nak muntah. Meluat pulak dengan perangai dia yang tak berubah-ubah dari dulu. "Seung Neul~~" Dia bersuara lagi.

          Aku mengangkat kepala memandang wajahnya di sebelahku di atas sofa itu.

          "Jom ikut aku balik LA."

          Mataku membesar bila dia kata begitu. Dah gila ke apa Kyung ni?

          "Kau kan duduk sorang-sorang dekat sini.. Aku kesian tengok kau.. Kalau kau duduk dengan aku dekat sana kau punya hidup terurus sikit.." Kyung memujukku lagi. Aku mencebik. Apa dia tengok aku tak terurus ke sekarang? Melampau betul statement...

          "Sori.. Aku tak bolehlah. Takkan aku nak tinggalkan Yongguk dekat sini sorang-sorang?" Aku menjeling Kyung. Kenapalah dengan Kyung ni. Tiba-tiba je nak buat baik dengan aku pulak. Aku mengeluh.

          "Yongguk? Ketua pengawas sekolah tu? Yang berlagak baik tu?" Kyung mencebik dan mengangguk-angguk bagaikan mengejek. Aku terus bangun dan mengetuk kepalanya dengan kertas iklan pusat membeli belah ke kepalanya. "Ouch!" Dia mengusap-usap kepalanya.

          "Suka-suka je kau mengutuk dia kan?" Aku memarahi Kyung dan kembali duduk sambil menyilangkan tanganku ke dada. Dia ketawa.

         "Kau ni.. rileks lah.. aku baru kutuk Yongguk sikit.. tu belum aku kutuk dia teruk-teruk. Agaknya lunyai jadi nasi pulut aku agaknya dekat sini.." Kyung mengusik aku dan mengusap-usap kepalaku. Aku terkejut dengan perbuatannya.

          Aku menurunkan tanganku yang tadinya disilangkan. Dah lama betul aku tak dapat rasa dia buat macam tu dekat aku. Hati aku berdegup.

          "Kau kenapa tutup mata?" Kyung menolak bahu ku perlahan dan masih ketawa. Entah apa yang kelakar sangat aku pun tak tau lah.. Aku segera membuka mataku. Bila masa pulak aku tutup mata pun aku  tak sedar.

          "Tapi Yongguk tu Jieun punya." Kyung mengusik aku lagi.

          "Hey, Yongguk kekasih aku lah sekarang." Aku menjelingnya lagi.

          Dahi Kyung berkerut. "Kau ni mengarut apa Seung Neul? Dah tentu aku nampak dia dekat kafe dengan Jieun tadi. Siap pegang-pegang tangan lagi."

         Aku terus memandang wajah Kyung.

          "Kau cakap apa ni?" Aku menyoal.

          "Yela.. aku tau kau jeles. Tapi Yongguk tu kan boyfriend Jieun, mestilah diorang dating.." Kyung yang tak tahu tentang cerita sebenar terus menerus mengenakan aku. Hati aku mula rasa tak sedap bila Kyung kata begitu. Bukan Yongguk dah taknak jumpa Jeun lagi ke.. Aku terus bangun menuju kebilik air dan membasuh mukaku.

           Setelah itu aku menuju ke bilikku dan menyalin pakaianku. Aku hanya membiarkan Kyung tertanya-tanya dengan perbuatanku yang mendadak.

          "Kau bawak aku jumpa dia sekarang." Kataku kepada Kyung sambil menyarung kasutku. Kyung terpinga-pinga dengan sikapku yang serius tiba-tiba. Dia hanya mengikuti arahanku dan kami sama-sama masuk ke dalam kereta mewah miliknya. Walaupun Kyung ni bawah umur, tapi dia dah ada kereta.

          Kyung memandu tanpa berkata-kata. Aku pula dari tadi sibuk melayan perasaan. Aku tak dapat gambarkan perasaan aku sekarang. Marah,sedih, semuanya bercampur aduk.

          Setelah beberapa minit, aku tiba di kafe yang dikatakan oleh Kyung tadi. Kafe itu rupanya tak jauh dari rumah aku. aku turun dari kereta itu dan Kyung memanggilku namun aku hanya mengendahkan.

          Aku melangkahkan kaki ke kafe itu. Pintu kafe aku buka perlahan dan dari situ aku boleh nampak.

          Yongguk.

          Dan.

          Jieun.

          Duduk.

          Bersama.

          Sambil.

          Berpegangan.

          Tangan.

          Hati aku sakit. Kyung keluar dari kereta dan kini dia dibelakangku. Dia turut melepaskan pandangan ke arah Yongguk dan Jieun yang berpegangan tangan dan ketawa bersama-sama di salah satu sudut kafe tersebut. Dia kemudian mengalihkan pandangan ke arahku.

          "Yah~~ kau jeles ke?kan diorang couple. Nak jeles buat apa?" Kyung berkata selamba dan membuat muka sepuluh sen didepanku. Aku memandang Kyung dengan pandangan maut. Mamat ni betul-betul lembab dan menaikkan darah aku yang tengah membuak-buak sampai rasa nak belasah orang.

          Aku terus berlalu keluar dari kafe itu dengan mata memerah dan berair. Aku terus melintas jalan tanpa memandang ke kiri dan kekanan. Tiba-tiba..

          "Yah!! Seung Neul!"

         Sebuah kereta melanggar tubuhku.. Aku terus rebah ke jalan raya. Rohku seakan-akan melayang keluar saat darah keluar dengan banyak di kepala dan mulutku. Aku terbatuk-batuk dan darah keluar dengan banyak dari mulutku..

          Orang ramai mula mengerumuni aku dan ada yang ingin membantu dan ada pula yang sekadar mahu menjadikan aku sebagai bahan gosip mereka. Aku kesakitan tapi tiada siapa nak tolong aku. Dengan mataku yang tertutup, aku dapat rasakan seseorang memangku kepalaku di ribanya.

          "Seung Neul,,bangunlah.."

          Aku cuba membesarkan mataku yang kuyu. Kyung menggerak-gerakkan tubuhku perlahan. Nyawaku hampir melayang. Aku rasa macam mahu mati disini. Semua orang tak sayang aku,semua orang nak tinggalkan aku. Bukankah lagi bagus kalau aku yang tinggalkan mereka? Aku menutup mataku dan air mataku mengalir.

          Apa yang aku harap, Yongguk ada disisi aku pada saat-saat macam ni. Tapi.. mana dia? Mungkin masih tengah bermesra dengan Jieun di kafe itu. Aku menutup mata. Aku dah tak harap-apa-apa lagi lepas ni.. Biarlah takdir yang menentukan apa yang akan jadi lepas ni... .


 

 

 

Aku saja try letak lagu.haha.tak sangka pulak jadi.. sori kalo lagu tak kena dengan jalan cerita bab yang ni.. ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....