I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 4

(DI TAMAN REKREASI)

          Kalau lah  aku ada kuasa, nak jek aku jadikan Bang Yong Guk tu milik aku. Tapi aku sedar aku siapa. Aku bukan nya Cinderella yang baik macam dia cari. Aku tahu, hati dia masih lagi sayang kan Ji Eun. Entah lah. Tapi selalu nya jangkaan aku betul… .

          “Seung Neul… . Aku nak beritahu kau sesuatu ni… . tapi kau jangan terkejut pula ea… .” Kata Eun Ji yang dari tadi duduk disebelahku di atas bangku panjang itu menghadap tasik. Aku menoleh ke arah Eun Ji.

          “Kau ni kenapa? Tak pernah-pernah bersopan dengan aku, ni nak beritau sesuatu pun kena beritau aku supaya jangan terkejut. Hah, apa benda yang kau nak beritau aku?” Aku ketawa sinis melihat perangai Eun Ji.

          “Aku… . sebenarnya… . suka dekat.. Young..”

          Belum sempat dia menghabiskan ayatnya mata aku dah terbeliak geram.

          “Kau suka dekat Yong Guk?!” Tanyaku separuh menjerit. Bagaikan tidak percaya dengan kata-kata nya. Eun Ji menggerak-gerakkan tangannya ke kiri dan ke kanan tanda menidakkan.

         “Yongguk aku punyalah… .” Aku menarik muka masam. Sampai hati Eun Ji nak ambil Yongguk aku. Eun Ji menepuk bahu aku. “Yahh! Sakitlah!” Jeritku. Nasib baik dekat kawasan tu tak ada orang tadi. Haish… . kalau tak, malu aku.

         “Aku bukan suka dekat Yongguk kau lah, bengong.. . Tapi aku suka dekat lelaki yang duduk sebelah Yongguk tu… .” Eun Ji menerangkan hal sebenar. Mataku terbeliak lagi. Kali ni kerana terkejut pula.

          “Mwo? Kau suka dekat Youngjae? Jinjia?” aku menyoal bertalu-talu.

          “Yup.” Eun Ji mengangguk.

          “Tapi bukan ke kau tak suka Youngjae selama ni?” Aku pelik juga, padahal dulu beria-ria si Eun Ji ni mengutuk-ngutuk Youngjae. Kata nya si Youngjae ni pendiam sangat. Rajin sangat lah, apa lah… . macam-macam. Dan Eun Ji pernah kata dengan aku yang lelaki macam Youngjae tu bukan taste dia. Banyaklah dia punya taste. Dia ingat dia tuan puteri ke apa.

          “Manalah aku tau, aku ni tiba-tiba boleh pulak suka dekat dia… .” Eun Ji tersengih-sengih dan berdiri sambil berdehem menghadap tasik di hadapan kami. Aku yang pelik melihat perbuatannya hanya melihat dari tempat duduk.

          “YOO  YOUNGJAE!!! SARANGHAEYOOO!!!!!!” Eun Ji tiba-tiba menjerit membuatkan semua orang yang lalu lalang beriadah di situ menoleh kea rah kami berdua. Tak pasal-pasal dengan aku sekali dapat malu. Aku menarik lengan Eun Ji kasar namun dia enggan duduk.

          “Yahh~~ Kau ni buat malu aku je lah. Semua orang tengok kita tau tak. Sengal lah minah ni… .” Aku merungut dan mengetuk kepala Eun Ji lalu kembali duduk. Dia mengaduh dan mengusap-usap kepalanya. Tiba-tiba dia tersengih lagi. Dia menarik tangan ku supaya bangun.

            “Seung Neul-shii~~ jom jerit sama-sama dengan aku. Mana lah tau Bang Yongguk boleh dengar bila kau jerit macam tu depan tasik ni… . Ni satu-satunya cara yang kau takkan malu sebab tak perlu berdepan dengan dia, kan?” Eun Ji memonopoli kepala otak aku. Dia ingat aku macam dia. Sengal-sengal aku pun ada time jugak. Tak macam dia tu. Muka tak tau malu.

          “Kau jangan nak buat malu aku. Dah lah, malas nak layan kau lagi.” Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain dan kembali duduk. Eun Ji mengangkat kening ddan duduk di sebelahku. “Alalalala~~~Bini Yongguk ni merajuk pulak dia. Takpe, biar aku tolong beritau Yongguk yang secret admirer dia ni merajuk.”

           Eun Ji bangun dan berdehem. Baru saja dia nak menjerit lagi, aku cepat-cepat bangun dan menekup mulutnya dengan tanganku. Eun Ji menepis tangan ku.

          “Kau ni kan Eun Ji. Ishh…”

          “Kalau kau merajuk lagi, aku beritau Yongguk yang kau suka dekat dia.” Eun Ji mengugut.

          Haish… . Ni lah yang aku malas nak beritau rahsia aku dekat dia. Eun Ji, kau lagi kejam dari nenek sihir yeng kononnya Cinderella tu… .


          Esoknya seperti biasa setelah cuti hari minggu, aku kembali ke sekolah. Aku turun dari bas dan melangkah  masuk ke arah sekolah ku. Aku terkejut beruk sebaik masuk ke perkarangan sekolah. Awalnya Eun Ji datang? Selalu nya mesti aku yang kena tunggu dia datang sekolah sebab dia memang selalu lambat datang sekolah.

          Aku melangkah menghampiri dia yang tersengih-sengih memandang aku. “Awal kau sampai.” Tegurku. Dia memuncungkan bibir ke arah seseorang yang sedang membaca buku di tangga bangunan sekolah.

          Oh… . Aku dah agak dah, mesti sebab Youngjae. Sedang aku dan Eun Ji berbual-bual dan bergaduh manja seperti biasa di tapak perhimpunan, datang lah Ji Eun, Zinger dan Hyosung ke arah kami berdua.

          “Hei perempuan.”

          Aku dan Eun Ji menoleh ke arah mereka. Bertiga. Hoi. Aku ada nama lah. Sengal betul.

          “Kau nak apa? Miss Cinderella?” Eun Ji menyoal dan tersenyum sinis memandang Ji Eun. Ji Eun bengang dan mengalihkan pandangannya ke langit.

          “Cikgu Tan panggil kau dekat bilik disiplin.” Zinger berkata dan menjeling kami. Dari tadi aku tengok si Ji Eun dengan HyoSung pandang langit. Entah apa yang ditengoknya entah. Aku menyinggul lengan Eun Ji yang di sebelahku dan mendongakkan dagu ke arah JI Eun dan Hyosung yang begitu.

          “Kau pandang apa? Ada nenek sihir ke kat atas tu?” Eun Ji berkata sinis. Aku dan dia menahan tawa.

          “Ke korang tunggu taik burung jatuh atas kepala?” Giliran aku pula menyindir. Kami ketawa akhirnya.

          Ji Eun dan rakan-rakannya hanya tersenyum sinis dan memandang kami berdua dengan pandangan maut. “Ketawa lah selagi boleh. Hei perempuan, Cikgu suruh kau pergi bilik disiplin sekarang.” Zinger menjeling aku. Aku mengangkat kening dan memandang Eun Ji.

          “Nanti lah aku pergi. Perhimpunan pun dah nak mula ni.” Jawabku dan terus berpaling tubuh menghadap ke arah lain. Zinger bengang. “Hei perempuan, kau dah makin mantol ea sekarang. Cikgu nak jumpa kau sekarang!” Zinger menengking ku dan aku menelan air liur kerana terkejut.

          Aku buat muka menyampah sebelum mendengus kasar. “Eun Ji, aku pergi dulu. Jumpa dekat kelas. Papai!” Aku tersenyum kea rah Eun Ji dan berlalu dari situ ke bilik disiplin berseorangan. Tanpa aku ketahui, Ji Eun, Zinger dan Hyosung tersenyum sinis dan berpandangan sesame sendiri.


 

          Aku melangkah melalui kawasan blok sekolah yang kosong kerana semua orang kini di tapak perhimpunan. Aku mengeluh panjang. Apa yang cikgu Tan nak cakap dengan dia? Takkan kes Ji Eun dengan kawan-kawan dia tu tak habis lagi? Aku teruskan melangkah sehingga aku tiba di depan bilik disiplin.

          Tok! Tok! Tok!

          Aku mengetuk pintu bilik itu namun tidak bersahut oleh orang di dalam. Sekali lagi aku mengetuk pintu bilik itu namun masih lagi sunyi. Lama aku menunggu namun masih lagi tiada renspons. Akhirnya aku memberani kan diri masuk ke dalam namun aku lihat langsung tiada orang di dalam bilik itu. Cikgu Tan juga tiada.

          Aku melangkah ke arah meja Cikgu Tan dan menunggunya di situ. Mana lah tau dia pergi tandas kejap ke kan. Aku tunggu, tunggu, dan masih menunggu. Tapi cikgu itu masih tak muncul-muncul. Tiba-tiba mataku terlihat ada sekeping nota terlekt betul-betul di atas meja Cikgu Tan, mula-mula aku ingat itu nota biasa, tapi apabila aku lihat dengan lebih dekat, rupa-rupanya nota itu untuk aku.

          Shin Seung Neul, saya nak minta tolong awak. Tolong ambilkan kertas peperiksaan matematik dekat bilik peperiksaan boleh? Saya nak suruh orang lain ambilkan, tapi saya tak percaya dengan diorang.

-Cikgu Tan-

          Aku mencapai sticky note di atas meja Cikgu Tan. Keningku terangkat apabila membaca kembali kata-kata di atas kertas itu. Cikgu Tan minta tolong aku? Biar betul… . lagipun kenapa dia tiba-tiba suruh aku ambil kertas periksa? Bukan kertas peperiksaan tu sulit ked an semua pelajar tak dibenarkan sentuh selagi peperiksaan belum bermula?

          Macam-macam yang datang ke fikiran aku sekarang ni. Tapi Cikgu dah suruh kan, jadi aku kena lah buat. Aku keluar dari bilik disiplin dan terus melangkah ke tingkat 3 dimana bilik peperiksaan ditempatkan.

          Aku membuka pintu bilik peperiksaan perlahan dan masuk ke dalam nya. Aku mencari-cari kertas peperiksaan Matematik di rak kayuyang agak besar itu. Setelah lama mencari, barulah aku jumpa kertas-kertas peperiksaan itu dan aku kembali keluar dan memegang erat kertas-kertas itu.

          Sedang aku melangkah turun ke tingkat 2 kembali ke bilik disiplin, aku membelek-belek sticky note itu dan memusingkan kertas itu. “Oh, ada nota lagi lah.” Kataku apabila melihat ada nota lagi yang ditulis oleh Cikgu Tan untuk aku.

           Dan kalau awak dah ambil kertas tu, tolong simpan kan dulu dan masa rehat nanti baru beri saya. Buat masa sekarang saya sibuk.

          “Kenapa lah cikgu ni suruh aku simpan benda ni, aish, buat berat beg aku jelah.” Aku membebel dan menyimpan kertas-kertas itu ke dalam beg aku yang berwarna merah.

          Baru saja aku mahu turun kembali ke tapak perhimpunan, perhimpunan sudah tamat dijalankan dan semua pelajar di arahkan untuk masuk ke kelas masing-masing. Aku terus melangkah ke kelasku bersendirian.


          Aku menunggu sehingga waktu rehat dan aku berkata dengan Eun Ji yang aku mahu menyerahkan kertas-kertas peperiksaan itu kepada Cikgu Tan. Bila aku masuk ke dalam bilik disiplin, dia masih lagi tiada. Aku mengeluh apabila membaca sticky note yang dilekatkan olehnya lagi. Kali ini mesej yang lain pula yang disampaikan kepadaku.

          Cikgu ada urusan dekat luar, kamu tolong simpankan dulu kertas-kertas tu, ya. Jangan letak atas meja saya, sebab saya takut kertas-kertas tu akan hilang. Esok waktu rehat awak beri saya.

-Cikgu Tan-

          Aigoooo~~~ Cikgu ni betul-betul menyusahkan aku. Kepalaku tiba-tiba berfikiran jahat. Bagus juga kalau aku dapat bawak balik. Percaya betul cikgu ni dengan aku. Dia tak takut aku meniru ke apa? Aku cepat-cepat menggeleng-gelengkan kepalaku. Sejahat-jahat aku, takdelah sampai aku nak pecah amanah. Ni pun dah kira amanah sebab Cikgu Tan percayakan aku… .


 
 
 
 
 
 
Akhirnya dah sampai bab empat. aku pun tak tau lah kalau2 ada orang yang sudi baca fanfic yang tak seberapa ni...hehe. apa2 pun aku cuba yang terbaik untuk cerita ni. .kalau best teruskan baca. kalau tak best pun ikut suka hati korang lah nak baca ke tak. ^^. aku tak kisah pun. just don't be hypocrite. peace~~~~ ^^
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....