I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

 

BAB 6

          "Omma... ."

          Aku memandang wajah omma ku yang mula berubah apabila membaca surat gantung sekolahku di ruang tamu rumahku. Aku menghampiri omma ku dan duduk di sebelahnya. Aku cuba memegang tangannya namun dia menepis tanganku semula. Aku terkejut.

          "Omma tak ada anak macam kamu.," Omma mengalihkan pandangannya ke arah lain dari memandang wajahku. Aku kehilangan kata-kata. Aku menelan air liurku.

          "Omma percaya yang Seung Neul buat benda tu?"

          Omma diam mendengar soalan ku. Aku bangun dari dudukku dan merentap surat yang berada di tangan omma ku. Aku mengoyakkan surat itu sehingga menjadi cebisan kecil dengan perasaan geram. Aku tahu tindakan ku ini agak kurang ajar, tapi aku dah terlampau lama bersabar dengan semua orang yang tuduh aku mencuri kertas periksa itu.

          "Seung Neul." Omma bangun dan menampar wajahku.

          "Omma tak ajar anak omma jadi kurang ajar macam ni." Omma berkata dalam suara tertahan-tahan.

          Aku mendengus kasar. Aku memandang wajah omma ku tajam.

          "Omma. Seung Neul sedar. Seung Neul ni tak pandai. Tapi takde lah sampai nak curi kertas periksa tu."

          Omma membalas pandanganku. Kemudian dia mengeluh panjang dan berlalu ke biliknya.

          Aku turut berlalu ke bilikku dan membuka laci meja belajarku dan mengeluarkan kotak berwarna kelabu dan berhiaskan reben coklat itu. Aku duduk di meja belajarku dan membuka kotak itu. Buku nota kecil berwarna hitam aku keluarkan dan aku menulis sesuatu ke atasnya. Kemudian aku mengoyakkan helaian kertas kecil itu dan melatakkannya ke atas kertas-kertas kecil yang sama aku koyakkan dari buku itu.

          Pen aku letak kedalam kotak penselku semula. Aku memegang erat kotak itu dan membawanya keluar rumah lalu menuju ke tasik berdekatan dengan kawasan rumahku.

          Aku mengambil tempat duduk di atas kerusi panjang dan menghadap tasik. Tempat yang selalu aku duduk dengan Eun Ji. Aku duduk berseorangan dan memandang tasik dengan pandangan kosong. Tiba-tiba air mata aku mengalir laju. Aku betul-betul dah tak tahan.

          Ni lah kelemahan aku yang orang lain tak tahu, aku ni suka sangat menangis soeorang diri. Lepas tu mula lah fikir bukan-bukan. Aku menyeka air mataku kasar dan  memandang kotak rahsia yang aku bawa dari tadi.

          Sekali lagi aku membuka kotak itu dan mengeluarkan sekeping gambar. Orang yang paling aku rindu sekali dalam dunia. Orang yang aku sayang.. .

           "Appa... Seung Neul minta maaf sebab tak buat baik dengan appa masa appa hidup lagi dulu.. Mianhae appa.." Aku menangis lagi dan menahan esakku. Tiba-tiba aku rindu appa aku. Kalau lah aku guna kesempatan yang ada dulu untuk buat baik dengan appa. Malang sungguh, aku selalu membiarkan appa aku berseorangan.

         Agaknya aku memang anak tak guna. Aku menahan esakkan lagi dan mengesat air mataku dengan tapak tangan. Gambar tersebut aku simpan dan sekeping lagi gambar aku keluarkan dari dalam kotak leper dan sederhana besar itu.

          Aku memandang sayu gambar itu. "Yongguk.. . Kalau lah aku boleh jadi milik kau.. .  Tapi aku sedar. Siapalah diri aku. Bukan perempuan pilihan dia" Kata-kataku terhenti. Aku menyimpan gambar itu dan menggeleng-geleng pantas.

          "Aku tak boleh macam ni." Aku menyeka kasar air mataku dan terus menyimpan gambar itu. Penutup kotak ditutup. Guruh tiba-tiba berbunyi. Aku mendongak memandang ke arah langit dan aku lihat langit sudah semakin gelap.

         Aku terus bangun dan saat aku memusingkan tubuhku, alangkah terkejutnya aku apabila melihat Yongguk di depan aku. Aku terkedu. Jantungku seakan-akan terhenti kerana terlampau terkejut.

          Baru saja Yongguk baru membuka mulut, hujan tiba-tiba turun tanpa dijangka. Aku menunduk dan Yongguk cepat-cepat menarik tanganku agar ke tempat yang redup. Kami ke pondok yang berbumbung dan berteduh disitu. Pada waktu tengahari begitu tiada orang pun di tasik itu. Jadi hanya kami berdua di pondok itu.

          Dalam keadaan hujan lebat itu, mataku terpandang ke arah pondok tempat aku duduk. "Kotak aku." Aku berkata dan terus berlari anak ke arah tempat duduk itu meredah hujan lebat. Aku dah tak peduli lagi masa tu.

          "Seung Neul!"

          Aku tidak mempedulikan panggilan Yongguk dari pondok itu dan terus mencapai kotak aku. Guruh berdentum perlahan. Aku hanya membiarkan dan ingin berpatah balik. Aku berjalan pantas. 

          Dum!!

          "Ah!" Aku menjerit kerana terkejut dengan bunyi petir yang amat kuat dan aku menunduk sambil memegang kotakku erat. Aku menghentikan langkahku di tepi pokok yang besar.

          "Palli." Yongguk berkata saat dia mendekatiku ke pokok itu. Dia melindungi kepalaku dari hujan dengan sweater yang dipakai olehnya dan kami bersama-sama kembali ke pondok berbumbung.

          "Gomawo, Yongguk... ." Aku berkata dan meraup wajahku yang basah dengan tangan. Rambut aku perbetulkan dari menutup mataku. Yongguk sekadar tersenyum nipis. Aku mencuri pandang ke arah dia di sebelahku.

          "Seung Neul."

          Aku cepat-cepat mengalihkan pandanganku ke arah lain apabila dia tiba-tiba memanggil dan menoleh ke arah wajahku.

          "Kau... Suka aku. Ke?"

          Aku terkejut mendengar soalan Yongguk. Aku diam tidak membalas.

          "Aku.." kata-kata ku terhenti seketika. Dum!!

         "Akumemangsukadekatkautapikauyangtaktahu." Aku berkata dengan laju kerana terkejut. Haish.. petir ni memalukan aku lah. Habis kantoi semua rahsia aku.

         Aku pantas menekup mulut dengan sebelah tangan. Wajahku sudah memerah dan aku hampir-hampir nak lari sebab terlampau malu.

      "Seung Neul-shi... ." Yongguk memanggil aku dan memegang bahu ku agar memusingkan tubuh memandang dirinya. Aku masih lagi menunduk. Kemudian dia melepaskan pegangannya di bahuku.Aku perlahan-lahan mendongakkan kepala memberanikan diri memandangnya.

          Tak lama,  aku terus menunduk kembali.

          "Seung Neul-shi~~~ Kau tahu tak apa yang paling penting dalam hidup kita ni?"

          Aku menggeleng mendengar soalan darinya.

          "Kejujuran. Sebab kejujuran boleh mengubah segalanya. Dan kejujuran kau hari ni dan masa ni dah mengubah segalanya, dah mengubah hidup kau.. Sekarang... ." Yongguk menghentikan kata-katanya.

          Tubuhku tersentak ke hadapan apabila Yongguk tiba-tiba menarik dan memeluk aku.

          "kau milik aku." Yongguk menyambung kata-katanya yang terhenti tadi.


 

 

 

Kadang-kadang aku sendiri hairan kenapa aku tak suka buat cerita sweet gila. ergh. bukan taste aku.. Tapi apa-apapun aku dah buat my best dah. -..- Walaupun cara diorang(Seung Neul dengan Yongguk) ni confess pelik sikit.. haha...tapi ada lagi sambungan dia. Macam malas pulak nak sambung. hew hew. :3

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....