I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 7

          Bunyi mesej masuk di telefon bimbitku membuatkan aku yang sedang berbaring di atas katil pada malam itu terkejut dan tersedar dari lamunanku. Aku mencapai Handphone ku yang terletak di tepi bantal.

          Yongguk.

          Aku membuka mesej dari lelaki itu sambil tersenyum-senyum sendiri.  Aku pun tak percaya dengan hubungan kami sekarang...

          Awak dah tidur ke.. kalau awak dah tidur, selamat malam.. sori kacau awak malam-malam ni..Seung Neul-shi.. saranghae~~

           Aku tersengih, mula-mula kecil sengihan aku, lama kelamaan menjadi semakin besar dan akhirnya aku bangun dan menari macam orang gila. "Macam ni aku kena gantung sekolah pun tak heran. Yang penting Yongguk dah jadi milik aku.." Aku ketawa seorang diri.

         Tapi aku hairan juga, macam mana lah si Yongguk tu boleh suka dekat aku. Ah, lantaklah... Aku kemudian berbaring apabila mula terasa penat. Patung teddy bear besar yang berada bersebelahan denganku aku peluk erat. Aku menutup mata dengan senyuman melebar di bibir ku.

          Aku teringat kejadian tengahari tadi. Memang aku terkejut beruk saat Yongguk memeluk aku dan berkata sebegitu tadi.


 (FLASHBACK)      

          "Kuatnya jantung awak berdegup? Saya boleh rasa tau tak.."

          Aku terus meleraikan pelukan kami saat Yongguk berkata sebegitu. Malunya aku hanya Tuhan saja yang tahu.

          Yongguk tersenyum lebar dan menunjukkan gummy smilenya kepadaku. Aku menunduk melihat senyumannya.

          "Jom balik,saya hantar awak." Katanya dan memeluk bahu ku saat hujan sudah berhenti. Keningku terangkat dan kami sama-sama pulang ke rumah. Dia menghantar aku sampai ke depan pagar rumah. Sampai saja dirumah, aku kkena marah dengan teruk oleh omma. Tapi aku dah tak kisah sangat masa tu. Apa yang penting sekarang, Yongguk dah jadi milik aku.


(MASA KINI)

          Aku mengetatkan pelukanku pada patung itu dan tersenyum-senyum sendiri. Perlahan-lahan, aku memejam mataku dan berharap  semoga hubungan aku dengan Yongguk akan berkekalan sampai bila-bila... Aku harap sangat yang dia takkan berubah hati dengan aku nanti...


          Termasuk hari ni sudah 13 hari aku kena gantung sekolah. Aku dah boleh mula sekolah esok. Aku membuka laptopku dan membuka akaun facebook ku. Aku bukak akaun tu selalu pun sebab nak main game je. Bukan nak buat apa pun. Haha. Sedang aku mencari-cari game yang sesuai untuk dimainkan, aku terdengar ada bunyi berdentum yang kuat dari luar rumah. Tanganku yang ligat menscroll itu terhenti.

          Aku segera berlari ke luar rumah dan betapa terkejutnya aku apabila melihat sesuatu adengan yang membuatkan aku hendak meraung disitu. Pintu pagar rumah aku buka perlahan dengan langkah yang longlai dan mata yang tidak berkelip dari tadi. Aku melangkah ke arah orang ramai yang berkerumun di tengah jalan itu.

          "Omma~~" Aku menghampiri tubuh ibuku yang sudah terlantar di atas jalan raya dengan darah yang mengalir keluar dari kepalanya.

          Aku menangis tersesak-esak disitu dan sayup-sayup aku dengar ada salah seorang jiran ku yang sedang menelefon ambulans untuk datang ke situ. Kepalaku terpusing-pusing mencari pemandu yang sudah melanggar omma ku namun tiada. "Mana pemandu tu." Aku menyoal dengan nada tertahan-tahan kepada salah seorang yang ada disitu.

          Tiba-tiba datang seorang makcik mencelah di antara kerumunan orang ramai itu. "Pemandu tu dah larikan diri.. ni dah jadi kes langgar lari ni! Masa makcik dalam perjalanan balik rumah, makcik nampak omma kamu kena langgar dengan sebuah kereta Toyota warna hitam.." Jelas makcik yang memakai tshirt kuning itu.

          "Omma! Bangunlah! Omma tak sayang Seung Neul lagi ke huh?!" Aku meraung-raung sambil memangku kepala ommaku yang luka teruk. Mulutnya juga mengeluarkan darah yang tak henti-henti mengalir namun ommaku masih tidak membuka matanya. Aku takut sangat. Macam mana kalau omma dah tak ada? Siapa yang nak jaga aku?

          Tak berapa lama kemudian ambulans pun datang dan para penyelamat bergegas menyelamatkan ommaku. Aku pula hanya duduk terjelepok di tengah jalan dan meraung menangis sendiri disitu. Aku menguatkan diri untuk bangun dan mengejar penyelamat yang sedang memasukkan ommaku yang sudah berbaring di atas sebuah katil kecil ke dalam ambulans itu.

          "Omma..." Aku menangis dan memegang erat tangan ommaku yang masih tidak sedarkan diri dan memakai alat bantuan pernafasan itu. Waktu itu kami sudah berada didalam van ambulans dan dalam perjalanan ke hospital. Aku menunduk menahan tangis. Ikutkan hati memang aku nak sangat meraung lagi dekat situ tapi aku masih lagi sedar diri.

          'Omma.. mianhae.. Seung Neul bukan anak yang baik untuk omma..' Hatiku berkata-kata dengan air mata yang tak henti-henti mengalir.


          Aku duduk berseorangan di atas taman yang selalu aku pergi bila aku sedang bersedih itu.. Sudah dua hari berlalu sejak ommaku dilanggar lari oleh sebuah kereta di hadapan rumahku sendiri. Hatiku serta-merta menjadi sakit sehingga aku rasa mahu pengsan disitu juga. Aku memegang erat dadaku sehingga baju sekolahku menjadi renyuk dan aku menangis lagi buat entah ke berapa lagi agaknya.

          "Seung Neul-shi.."

          Aku capat-cepat mengelap air mataku apabila tedengar suara Yongguk yang menegurku dari belakang. Yongguk menghampiriku dan duduk disebelahku di atas bangku panjang itu. Sejak akhir-akhir ni aku asyik berkepit dengan Yongguk je memandangkan Eun Ji sudah berpindah ke Amerika. Memang banyak betul berita sedih yang aku dapat sejak dua menjak ni. Dugaan apa kah ini..

          "Jangan menangis..saya kan ada.." Yongguk memandang ke arah ku dengan muka bersalah. Aku yang sedang menahan-nahan tangis disitu akhirnya menangis juga kerana aku betul-betul dah tak tahan dengan dugaan ni.

          "Seung Neul.. Saya tau, hati awak sakit sebab omma awak dah pergi 'tinggalkan' awak.. tapi awak kena faham, masa dia dah sampai.. Tuhan lebih sayangkan dia, Seung Neul.. jangan macam ni lagi.." Yongguk memegang tanganku erat dan memeluk ku. Aku menangis macam budak kecil di bahu Yongguk.

          "Omma...Omma.." Berulang-ulang kali aku memanggil dengan esak tangis dan Yongguk mengetatkan lagi pelukan kami.. Entah kenapa aku jadi semakin sedih apabila Yongguk berbuat begitu kepadaku. Sebab aku takut. Takut kalau-kalau Yongguk pula pergi tinggalkan aku.. "Yongguk.. Jangan tinggalkan saya..saya dah tak ada sesiapa lagi dekat dunia ni.." Aku berkata sangkut-sangkut dan menangis lagi dan lagi.

          "Jangan risau, Seung Neul.." Yonguk berkata perlahan namun dapat didengari olehku.

          'Maafkan aku, Seung Neul.. Aku masih belum ikhlas terima kau..' Hati Yongguk berkata-kata.. Ingatannya terimbau ke beberapa minggu yang lalu~~~


(FLASHBACK)

          "Kenapa kau nak jumpa aku Eun Ji?" Yongguk menyoal Eun Ji yang sedikit pucat wajahnya. Eun Ji memandang Yongguk dengan mata yang kuyu. Dahi Yongguk berkerut apabila melihat Eun Ji yang hanya diam tidak memberi renspons. "Eun Ji~~" Yongguk memanggil lagi dan melambai-lambai ke arah Eun Ji.

          Eun Ji menegakkan tubuhnya bagaikan tersedar dengan lambaian Yongguk tadi.

          "Kau nak apa jumpa aku?" Sekali lagi Yongguk menyoal.

       "Aku nak minta tolong kau." Kata Eun Ji perlahan tak seperti selalu. Sejak dua menjak ni dia jadi semakin murung dan tak bermaya. Ramai yang fikir yang  dia tiada kawan di sekolah, sebab tu dia senyap dekat sekolah.. Eun Ji terbatuk-batuk.

          "Kau nak minta tolong apa dari aku?" Yongguk menyoal dan menghela nafas panjang apabila dia lihat Eun Ji masih tak henti-henti batuk dari tadi.

          "Pasal Seung Neul.. Aku nak minta tolong kau bahagiakan dia.." Kata Eun Ji. Dahi Yongguk berkerut mendegar kata-kata Eun Ji itu. Apa maksud dia untuk bahagiakan Seung Neul? Yongguk membetulkan duduknya lalu melepaskan pandangan sekilas ke arah seorang pelajar perempuan yang baru masuk ke dalam perpustakaan itu sebelum kemmbali memandang wajah Eun Ji.

          "Tolonglah Yongguk.." Eun Ji berkata dan dia tiba-tiba mengalirkan air mata.

          "Aku dah takde apa lagi nak beri dekat Seung Neul tu.. Kau pun tau kan yang dia dah lama suka dekat kau.." Eun Ji mengelap air matanya dengan tangan. Yongguk mengambil nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya semula.

          "Hati aku belum terbuka untuk sesiapa lagi.." Yongguk berkata.

          "Kau masih suka dekat Ji Eun lagi ke?" Soal Eun Ji dan memandang tepat ke arah Yongguk. Yongguk membalas pandangan Eun Ji dan dia meraup-raup wajahnya. Sukar dia hendak menjawab soalan itu. Dia sendiri masih tak faham deangan perasaannya yang sebenar apatah lagi orang lain. Eun Ji yang terbatuk-batuk mengejutkan lamunan Yongguk.

          "Kau ok tak? Dari tadi aku tengok kau ayik batuk-batuk." Yongguk menyoal dan dia lihat semua pelajar memandang ke arah Eun Ji yang terbatuk-batuk. Maklumlah, perpustakaan sepatutnya menjadi tempat yang sunyi dan senyap.

          "Ini permintaan terakhir aku, Yongguk. Lepas ni aku dah takde dekat sini dah.. Aku kena pergi Amerika.." Sapu tangan yang dihulur oleh Yongguk dicapai Eun Ji dan dia mengelap muliutnya dengan sapu tangan itu.

          "Kau nak pindah sana?" Soal Yongguk dalam nada terkejut.

          Eun Ji tidak menjawab soalan Yongguk. "Cubalah, Yongguk.. Cubalah perlahan-lahan kenal dia.. cubalah bukak hati kau tu untuk dia..." Kata Eun Ji.

          "Eun Ji, aku tak boleh, ni dah melibatkan hati dan perasaan Seung Neul.. Takkan aku nak beri harapan palsu dekat dia.." Yongguk berkata dalam nada lembut. Eun Ji memegang tangan Yongguk erat. Yongguk tersentak dengan perbuatan Eun Ji.

          "Yongguk..aku buat semua ni ada sebab. dah 3 tahun aku kawan dengan Seung Neul tu. Kalau kau tak boleh tunaikan permintaan terakhir aku ni, takpelah.. Tapi..." Eun Ji menghentikan kata-katanya dan menyeluk poket jaket uniform sekolahnya dan mengeluarkan dua keping surat yang dilipat kemas. Surat itu dihulurkan kepada Yongguk dan Yongguk menyambutnya dengan perasaan tertanya-tanya.

          "Itu surat untuk kau dengan Seung Neul.. Baca bila aku dah pergi nanti.. jangan baca sekarang.." Eun Ji mengakhirkan kata-katanya dan bangun meninggalkan Yongguk keseorangan. Hari itu adalah hari terakhir dia berada di Korea.. Hari terakhir dia dapat berjumpa dengan Shin Seung Neul, rakan baiknya.. dan juga semua kenalannya...

          Yongguk hanya melihat Eun Ji yang melangkah keluar dari perpustakaan itu lama. Dia merenung surat yang berada di tangannya sebelum menyimpan surat itu kedalam kocek seluarnya. Tak lama kemudian, dia juga keluar dari perpustakaan itu untuk pulang kerumah.. .


(MASA KINI~~~)

          Yongguk merenung aku yang dari tadi termenung ke arah tasik. Lama jugak aku menangis tadi dan aku lihat Yongguk juga seperti menungkan sesuatu tapi aku malas mahu bertanya  kerana aku memang betul-betul tak larat sejak dua menjak ni. Aku dan dia saling mendiamkan diri pada waktu itu.

          Sementara itu... Yongguk menggigit bibirnya apabila teringatkan surat yang sepatutnya diberikan kepada Seung Neul. Tapi sampai sekarang dia masih tak beri Seung Neul surat itu. Sekarang bukan masanya. Dia tahu, beban gadis itu akan bertambah jika dia membaca isi kandungan surat itu nanti.. Akhirnya Yongguk memutuskan mahu menangguhkan masa untuk memberi surat itu kepada Seung Neul. Dia pasti, waktunya akan tiba juga nanti.. .


 

 

 

Sedih jek kisah hidup perempuan tu kan.. huh...sebenarnya ada rahsia yang Eun Ji simpan selama ni dari semua orang.hurm.. pening jugak nak cari idea.. apa2pun, siap jugak bab yang ni.. thanks sebab sudi baca! ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....