I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 5

(KEESOKAN HARINYA DI QUEEN HIGH SCHOOL)

(DI KELAS 4C)

          “Bila kau nak beri cikgu kertas tu?” Eun Ji di sebelah ku menyoal dan aku hanya diam. Aku menoleh ke arahnya.

          “Waktu rehat ni. Kenapa?” Aku menyoal. Eun Ji mendekatkan kerusinya ke arah aku dan aku mengerutkan dahi melihat wajahnya yang berubah semacam. Eun Ji melihat ke arah kiri dan kanan bagaikan tidak mahu ada yang mendengar perbualan kami berdua.

          “Kau ada tengok tak kertas tu, soalan apa yang banyak keluar ha?” Eun Ji menyoalku dengan suara yang amat perlahan. Aku juga melihat ke arah kiri dan kanan agar tidak ada yang mendengar. “Eun Ji.. Kau ingat aku ni apa? Walaupun aku ni tak bijak, tapi aku takkan pecah amanah tau.”

          Wajah Eun Ji berubah dan dia kembali menegakkan badannya yang tadinya amat dekat dengan ku. Aku tersenyum ke arahnya dan menggeleng-gelengkan kepalaku. Tiba-tiba Chun Ji, rakan kelasku masuk dengan terburu-buru.

          “Heol, daebak! Separuh dari kertas peperiksaan  matematik akhir tahun tingkatan 4 sekolah kita hilang!” Dia memberitahu seluruh pelajar didalam kelas 4c itu. Mataku terbeliak. Hilang?

          Baru saja aku mahu membuka mulut bertanya tentang lebih lanjut, tiba-tiba saja Cikgu Tan masuk bersama Yongguk dan Himchan, yang kini penolong ketua pelajar menggantikan Ji Eun yang telah diluncutkan jawatan. Himchan merupakan rakan baik Yongguk di sekolah.

          Chun Ji dan yang lain segera kembali ke tempat masing-masing dan duduk diam di tempat masing-masing kerana takut akan Cikgu disiplin mereka yang garang. Aku juga turut kecut perut melihat wajah Cikgu Tan yang garang. Aku memandang Eun Ji disebelah.

         Dia turut memandangku dengan wajah berkerut.

          “Semua sila letakkan beg masing-masing ke atas meja sekarang! Yongguk dan Himchan akan periksa beg awak semua sekarang.” Kata Cikgu Tan dan semua pelajar meletakkan beg masing-masing ke atas meja. Pasti ini berkaitan dengan kertas peperiksaan yang hilang itu.

         Aku meletakkan beg ku ke atas meja perlahan-lahan dengan wajah berpeluh-peluh. Aku menggeleng-geleng dengan pantas. Mungkin ini bukan berkaitan dengan kertas matematik itu. Bukan kah Cikgu Tan yang suruh aku simpankan kertas itu sampai rehat nanti?

          Bila Yongguk sampai ke tempat ku, dia memandang ke arah wajahku yang sudah berubah semacam. Aku memandang beg sekolahku sewaktu Yongguk sedang membuka zipnya. Tanganku yang berada di bawah meja sudah terketar-ketar. Wajah Yongguk berubah mendadak apabila melihat ada envelop besar di dalam beg ku.

          Dia mengeluarkan envelop berisi kertas peperiksaan matematik itu dan memandang wajah ku dengan wajah tertanya-tanya.

          Cikgu Tan yang dari tadi mengawasi datang ke tempatku apabila dia lihat Yongguk sedang memegang envelop tebal. “Beri pada saya.” Cikgu Tan mengarahkan dan Yongguk menghulurkan kepada cikgu yang berdiri di sebelahnya. Cikgu Tan mengeluarkan isi envelop itu dan memang sah. Itu kertas peperiksaan yang hilang dan sedang dicari-cari oleh para guru yang bertanggungjawab di bilik peperiksaan.

         “Shin Seung Neul, ikut saya ke bilik disiplin sekarang.” Cikgu Tan berkata perlahan namun tegas. Aku masih duduk membatu di tempat dudukku. Aku takut. “Shin Seung Neul.” Panggil Cikgu Tan dengan tegas. Aku bangun perlahan-lahan dan menahan malu apabila semua pelajar sudah mula berkata buruk tentang aku.

          “Yongguk, awak ikut saya sekali.” Kata Cikgu Tan dan kami berdua hanya menurut dan mengekori langkah Cikgu Tan sehingga ke bilik disiplin. Aku langsung tidak memandang ke kiri dan ke kanan kerana malu yang amat.

          Yang paling memalukan, sewaktu aku melintasi kelas-kelas yang lain, semua pelajar memandang ke arah envelop yang berada di tangan Cikgu Tan dan secara automatik, mereka juga tentu akan fikir yang aku telah mencuri kertas peperiksaan akhir tahun itu. Malunya aku hanya Tuhan saja yang tahu. Yang paling memalukan aku, bila Yongguk yang jumpa kertas itu didalam beg sekolahku!

          Sementara itu didalam kelas 4a… . Ji Eun dan Zinger serta Hyosung saling berpandangan dari tempat masing-masing sewaktu waktu pelajaran sedang dijalankan. Masing-masing melepaskan nafas panjang dan ada yang tersenyum sinis mengutuk-ngutuk pelajar malang itu di dalam hati.


(BILIK DISIPLIN QUEEN HIGH SCHOOL)

          Cikgu Tan dan Yongguk memandang wajahku tajam meminta penjelasan. Dari tadi aku cuba tahan diri dari mengamuk. Pantang aku bila ada orang menuduh aku. Haish… . Malang betul nasib aku hari ni.

          Cikgu Tan menegakkan duduknya di kerusinya. Aku yang duduk di hadapannya hanya duduk diam membatu. “Kenapa awak curi kertas periksa tu? Awak tau tak apa yang awak buat ni salah? Awak boleh kena gantung sekolah! Paling teruk, awak boleh kena buang sekolah terus. Awak nak macam tu ke?”

          Aku mengeluh panjang. Bukan ke dia yang suruh aku ambil dan simpankan kertas periksa tu semalam? Nyanyuk betullah cikgu ni. “Cikgu, bukan cikgu ke yang suruh saya simpan kertas ni semalam?” aku memberanikan diri menjawab. Aku tak boleh biarkan diri aku terus dipersalahkan macam tu saja.

          Dahi Cikgu Tan berkerut. “ Apa awak merepek ni?” Dia menyoalku kembali. Aku mengeluarkan sticky note dari dalam poket jaket uniform sekolahku dan meletakkannya ke atas meja Cikgu Tan. Yongguk yang duduk di sebelahku hanya senyap.

          Cikgu Tan memandang wajah aku sebelum mencapai sticky note itu. Dia membaca tulisan yang tertera di atasnya. Dia kembali meletakkan sticky note itu ke atas meja.

          “Ini bukan tulisan saya.” Katanya. Baru saja aku mahu mebuka mulut, dia sudah menyambung kata-katanya terlebih dahulu.

          “Dan saya tak ada suruh awak buat benda yang saya suruh macam yang ada dekat sticky note tu. Dan saya juga tak datang sekolah semalam. Saya ambil cuti.” Kata-kata cikgu Tan mengejutkan aku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Memang sah aku kena perangkap dengan Ji Eun dengan geng-geng dia. Tak guna betul lah.

          “Cikgu, saya dah kena perangkap dengan Ji Eun.. . Tolong jangan ingat saya yang nak curi kertas periksa tu.” Aku menjawab dengan nada tertahan-tahan.

          “Ji Eun? Song Ji Eun?” Yongguk menyoalku meminta kepastian. Aku mengangguk dan menjelaskan keadaan sebenar kepada Cikgu Tan dan Yongguk sendiri. “Kalau cikgu tak percaya, cikgu boleh panggil Eun Ji sendiri. Dia ada dengan saya masa Ji Eun dengan kawan-kawan dia kata yang cikgu ada panggil saya ke bilik disiplin semalam.”

          Cikgu Tan menyuruh Yongguk memanggil Eun Ji, Ji Eun, Zinger dan Hyosung. Setelah beberapa minit, mereka akhirnya sampai ke bilik disiplin itu. Yongguk masih lagi diperlukan oleh cikgu Tan kerana dia yang menemui kertas peperiksaan itu di dalam beg aku.

          “Awak bertiga ada kata dekat Seung Neul ke yang saya ada panggil dia ke bilik disiplin semalam masa perhimpunan semalam?” Cikgu Tan menyoal Ji Eun dan dua orang lagi rakannya. Mereka bertiga mengerutkan dahi.

          “Tak ada cikgu.” Jawab Ji Eun.

          “Bohong! Saya ada masa tu cikgu.” Eun Ji cepat-cepat memotong kata-kata Ji Eun.

          Tak guna betul. Ji Eun dengan geng-geng dia ni masih tak nak mengaku lagi. Geram pulak aku. Aku berdiri dan mendekati Ji Eun, Zinger dan Hyosung yang berdiri kerana kerusi tidak mencukupi di bilik itu.

          “Tolong mengaku, Ji Eun. Jangan buat aku macam ni.” Tak pasal-pasal aku kena merayu pulak dengan minah ni. Nanti kalau aku kasar sangat cikgu akan ingat aku memang betul-betul nak curi kertas periksa tu.

          “Buat apa aku nak mengaku? Kau tu yang patut mengaku. Jangan nak tuduh aku bukan-bukan pulak.” Ji Eun menjeling aku dengan jelingan maut. Dia ingat aku takut. Ikutkan hati ni nak je aku tarik rambut dia yang panjang tu kuat-kuat sampai botak.

          “Mengaku je lah. Kau yang rancang semua ni kan? Kau yang buat semua ni supaya Seung Neul kena gantung sekolah kan? Dasar nenek sihir.” Eun Ji sedaya upaya mempertahankan aku. Sedikit sebanyak aku terharu dengan rakan baikku itu… .

          “Kau jangan nak kurang ajar dengan aku Eun Ji.” Ji Eun bersuara agak lantang. Bengang dia bila ada orang panggil dia macam tu. Aku tersenyum sinis. Zinger dan Hyosung pula diam saja dari tadi. Takut lah tu.

          “Sudah. Sudah. Kamu jangan nak bergaduh pulak dekat sini. Ji Eun, Zinger, Hyosung. Saya Tanya lagi sekali, betul ke awak bertiga yang rancang nak kena kan Seung Neul? Baiklah, kalau awak bertiga mengaku, saya takkan kenakan apa-apa tindakan dekat awak bertiga.”

          Aku bengang mendengar kata-kata Cikgu Tan. Tak akan dikenakan tindakan? Mana boleh macam tu. Malu aku siapa nak tanggung? Lantaklah. Yang penting aku nak Ji Eun dengan geng-geng dia ni mengaku depan cikgu.

          “Saya tak buat, cikgu.” Kata Ji Eun. “Dan kalau cikgu tak percaya, saya boleh panggil beberapa orang pelajar kelas saya sebagai saksi yang saya langsung tak berganjak dari barisan kelas saya masa sebelum waktu perhimpunan dimulakan.”

          Aku membesarkan mataku memandang Ji Eun. Kejam betul perempuan ni. Dah buat, tapi masih taknak mengaku. Cikgu Tan mengarahkan agar pelajar-pelajar kelas 4a yang disebut oleh Ji Eun itu dipanggil ke bilik disiplin.

          “Betul, cikgu. Saya tengok, Ji Eun, Zinger dengan Hyosung langsung tak berganjak dari tempat asal diorang dari masa diorang baru sampai sekolah sampai perhimpunan tamat.” Kata Gyuri.

          Nicole juga mengangguk-angguk begitu juga dengan Hara. Aku menahan geram melihat wajah mereka semua. Ni mesti dah berkomplot nak kenakan aku ni. Aku memandang wajah Gyuri tajam dan mataku sudah merah menahan geram.

          “Baik kau cakap benda yang sebenar-benarnya… .” aku menahan suaraku.

          “Shin Seung Neul. Saya rasa awak yang kena mengaku… .” Cikgu Tan membuka mulut dan air mataku spontan mengalir apabila terasa bagaikan diri ini memang benar-benar bersalah. Aku memandang wajah Yongguk. Adakah dia juga fikir yang aku memang nak curi kertas peperiksaan ni?

          Aku mengelap air mataku kasar dengan tapak tangan. Tak guna aku menangis. Aku dah takde bukti lain lagi. Lagipun semua orang memang dah fikir yang aku yang nak curi sangat kertas periksa tu. Apa yang aku kesalkan sekarang, nama baik aku dah tercemar sebab benda ni.

          Kalau lah aku fikir panjang sikit semalam, mesti takkan jadi benda-benda macam ni. Takkan lah cikgu nak suruh aku, pelajar biasa ni untuk simpan dan bawak balik kertas-kertas peperiksaan matematik tu sampai dekat rumah? Masa ni lah aku rasa yang diri aku ni bodoh sangat.


          Setelah kes itu selesai, aku dan yang lain keluar dari bilik disiplin. Beberapa orang murid yang lalu lalang di blok itu memandang ke arah kami. Dan yang pasti, aku jadi sasaran mereka untuk bergosip. Aku menghentikan langkahku apabila Ji Eun, Zinger dan Hyosung menghalang langkah aku dan Eun Ji.

          Aku tidak memandang wajah mereka. Mereka bertiga tersenyum sinis.

          “Macam mana? Seronok tak agak-agak bila nama baik kau tercemar? Macam ni lah yang aku rasa selama ni tau tak? Sekarang ni giliran kau pulak.” Ji Eun berkata sinis dan ketawa.

          “Betul lah orang cakap, dunia ni berputar-putar, kejap kita dekat atas, kejap kita dekat bawah.” Hyosung pula berkata. Mereka bertiga ketawa dan berlalu pergi dari situ. Aku tak tahan lagi. Akhirnya aku menangis lagi. Ah. Aku benci menangis depan orang lain.

          “Dahlah tu… . Jangan menangis lagi.. “ Eun Ji memeluk dan mengusap-usap belakang badanku. Akhirnya aku tersedu sedu menangis di situ. “Eun Ji… . Aku dah kena gantung sekolah… . macam mana ni… . Apa aku nak cakap dekat mak aku. Aku malu dengan semua orang. Aku malu dengan Yongguk..”

          Aku bersuara dalam esak yang ditahan-tahan. Memang aku jadi macam budak kecil betul masa tu. Eun Ji pula tak habis-habis memujukku. Nasib baik aku ada dia, kalau tak, tak taulah macam mana aku tanggung semua ni sorang diri.

          Yongguk melihat aku dari luar bilik disiplin. Dia mengeluh kerana langsung tak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah sekarang ni. Tapi apa yang pasti, dia rasa Seung Neul tak salah. Tak mungkin perempuan tu nak curi kertas  peperiksaan itu. Dan kalau betul dia yang curi, takkanlah dia nak curi semua dan bawak balik semula ke sekolah? Baik dia simpan je dekat rumah.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....