I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

          "Yayy!!!! Akhirnya aku dah habis sekolah!!!!" Chun Ji menjerit macam orang gila sewaktu kami semua baru keluar dari dewan peperiksaan mengambil peperiksaan terakhir kami di sekolah itu.

          Muka ku muram.

          "Hey.Apesal muka kau macam tu?" Yongguk berkata dan menyingggung lengan ku perlahan. Kitorang memang macam ni dekat sekolah. Takde masa nak panggil 'saya awak' dekat sekolah. Maklumlah,segan.heh heh. Dekat luar tu lainlah, tu pun kadang2 aku rasa geli semacam. 

          Aku hanya menggeleng2 dan terus berjalan keluar dari kawasan sekolah beriringan dengannya.

          Yongguk juga diam apabila melihat aku diam. "Woi Yongguk!" Tiba2 Himchan memanggil Yongguk dan berlari anak ke arah kami. Aku dan Yongguk menghentikan langkah dan kami memusingkan tubuh ke belakang memandang Himchan yang semput berlari. Himchan tercungap-cungap.

          "Aku panggil kau dari kat koridor atas sana tu tadi. Takkan kau tak dengar?" Himchan menumbuk lengan Yongguk perlahan. Yongguk hanya tersenyum menunjukkan gummy-smilenya. Aku juga ikut tersenyum tengok Himchan.

          "Aku nak balik saing dengan korang boleh tak? Appa aku tak dapat jemput aku balik dari sekolah lah harini.. Lagipun harini kan hari last kita dekat sekolah.." Himchan berkata an memandang ke arah aku dan Yongguk silih ganti.

          "Jom ar." Yongguk berkata dan terus berjalan bersama Himchan meninggalkan aku keseorangan jalan di belakang mereka. Yongguk ni kalau dah jumpa Himchan mulalah dia nak tinggalkan aku sorang2.. Aku memasamkan mukaku. Tapi aku hanya diam. Nanti kalau aku bising2 diorang cop aku pperempuan gedik pulak.

          Kami berjalan beriringan dengan Himchan di tengah2. Perosak suasana betullah Himchan ni.. Tapi aku tak kisah sebab aku pun bukan rapat sangat dengan Himchan ni. Lagipun dia kan kawan baik Yongguk. Jadi aku kenalah layan dia dengan baik jugak.

          Kami melintas jalan apabila lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah bertukar hijau. Aku berjalan di belakang mereka dan aku ketinggalan apabila ramai orang juga mahu jalan di pejalan kaki itu. Tiba-tiba kertas aku yang aku selitkan di fail yang sedang dipegang oleh aku terjatuh."Ah."

          Kertas itu berterbangan sewaktu aku mahu mengambilnya. Tanpa aku perasan, lampu isyarat untuk pejalan kaki sudah bertukar merah. Kereta2 yang berhenti mula bergerak dan aku masih lagi di tengah jalan. Semua kereta membunyikan hon ke arahku apabila melihat aku di tengah jalan.

          Aku tak peduli,aku mesti ambil kertas itu semula. Kertas itu ada sesuatu yang penting bagi aku.

         Sreet!!!!! Tiba-tiba ada sebuah kereta yang berhenti betul2 di depanku. Aku menutup wajah dengan lengan dan terjatuh dengan kertas itu di tangan.

           Pemilik kereta itu keluar dari keretanya dan menghampiriku. Aku yang jatuh terduduk itu hanya memandang wajah lelaki itu dengan perasaan takut. Tiba-tiba kepalaku sakit. Kepalaku melayang-layang padahal aku tidak cedera di kepalapun masa tu.

           Samar-samar dalam ingatanku,aku nampak segala-galanya yang berlaku sebelum aku ditimpa kemalangan sehingga aku hilang ingatan. Aku menggeleng-gelengkan kepalaku dan memicit-micitnya.

          Tak mungkin. Aku kemalangan kerana Yongguk dan waktu itu dia dengan seorang perempuan di dalam sebuah kedai.. macam kafe..ah.aku tak tahu. Aku terus berlari dan waktu itu ada seorang lelaki yang samar2 aku nampak dalam bayanganku ini mengejarku yang berlari melintas jalan tanpa menoleh kekiri dan kanan. Dan waktu itu, aku dilanggar.

          Aku cuab untuk menghilangkan bayangan itu dan tiba2 lelaki yang keluar dari keretanya itu menegurku.

          "Seung Neul!" Lelaki itu memanggil namaku. aku mengerutkan dahiku. Siapa lelaki ni? Macam mana dia boleh tau nama aku? Aku hanya diam dan dia membantuku bangun dan aku cepat-cepat menepis tangannya apabila aku sudah stabil. Biarlah dia kata aku kurang ajar sekalipun,sebab aku tak suka mengada-ngada dengan orang yang aku tak kenal. Lagi2 lelaki.

          "Sorry." Sepatah aku mengucapkan dan menunduk hormat sebelum berlalu pergi. Lelaki itu hanya diam dan memandangku pergi ke arah Yongguk dan Himchan yang menunggu ku di tepi jalan dengan wajah risau.

          Yongguk dan Himchan menghampiri diriku. "Weh.Kau ok ke?" Himchan menyoal dan memandang aku dari atas ke bawah. Yongguk pula memegang bahu ku. "Gwenchana?" Yongguk berkata dengan dahi berkerut. Aku menjelingnya tajam apabila teringat bayangan ku di tengah jalan tadi.

          Aku terus berlalu meninggalkan mereka di belakangku. Mereka terpinga-pinga. "Apesal dia tu? Angin tiba2. Tadi ok jek." Himchan berkata dan hanya memerhatikan aku yang sudah jauh berjalan meninggalkan dia dan Yongguk di tepi jalan.

          Aku pasti. Ingatanku sudah semakin pulih. Cuma..ingatanku masih samar2 dengan perempuan yang sedang memegang tangan Yongguk masa  itu di sebuah kafe. Dan siapa pulak lelaki yang kejar aku masa aku melintas jalan tu? Aku memicit-micit kepalaku.

          Sementara itu.. Yongguk hanya memandang Seung Neul yang berlalu meninggalkan mereka berdua. "Aku takutlah Himchan.." Kata Yongguk.

          "Takut?kenapa pulak?"

          "Aku takut ingatan dia dah pulih.." Yongguk berkata dan memandang Himchan dengan muka risaunya. Himchan terkebil2.

          "Sebab tu aku cakap dengan kau..kau kena bersedia dengan semua ni..ingatan dia mesti akan pulih semula.. Kan doktor dah cakap, kalau ada sesuatu kejadian yang pernah membuatkan dia trauma dan hilang ingatan berulang semula, kemungkinan besar ingatan dia akan pulih semula.."

           Panjang lebar Himchan berkata dan dia menepuk2 belakang badan Yongguk. "Relaks ok..cuba lah pujuk dia balik..Seung Neul tu pun bukan jenis perempuan mengada-ngada.. Marah dia tak lama. Bukan ke dia sayangkan kau?" Himchan menasihati dan memujuk rakan baiknya itu supaya tak risau.

          Yongguk hanya diam dan mengeluh panjang.


 

 

 

 

aku rasa cerita ni makin jiwang pulak.haha.lantaklah.dah tu jek idea yang datang menyinggah kat kepala aku ni.. hikhikhik :) dan sori kalau ada yang hampir vomit baca cerita ni. -..-"

P/S : Kalau rajin,sila2 lah komen ye.. segala kerjasama anda sangatlah dihargai. :)          

          

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....