I'm Not Cinderella

I'm Not Cinderella

BAB 10

           Rabbit Cafe kelihatan lengang pada pagi ini. Aku menghirup minuman kopi panas di depanku. Walaupun aku tak suka minum kopi(sebab Yongguk dah ajak minum) so aku kena minum.

          Aku memandang sekeliling kafe itu. Macam pernah aku pergi tempat ni.. Entahlah.. Aku pun tak pasti. Aku memanndang ke arah Yongguk yang dari tadi termenung ke arahku. Aku mengangkat kening. "Hey.. kenapa ni? Termenung dari tadi?" Aku menyoal. Yongguk tersentak. Dia menegakkan duduknya di kerusi.

          Dia menggeleng-geleng sambil tersenyum nipis. "Tak.. Tak ada apa-apa.." Dia menjawab dan menghirup kopi didalam cawannya. Aku tersenyum sinis. Dia ingat aku tak tau orang menipu macam mana? Dia minum air tu pun sebab nak cover line lah tu..

         Aku hanya membiarkan. Malas aku nak layan Yongguk yang asyik termenung semenjak aku keluar dari hospital. Dekat sekolah termenung, dekat taman termenung. Dekat mana-manalah. Aku pun tak tau apa yang dia fikirkan. Mungkin dia risau pasal sesuatu atau ..ah..entahlah..

         Sementara itu.. Yongguk meletakkan cawannya ke atas piring di atas meja kembali. ' Takkan dia tak ingat kafe ni?' Hati Yongguk berkata-kata dan memandang ke arah cawannya. Dia bermain-main dengan tangkai cawan putih itu. Fikirannya bercelaru.

          'Seung Neul hilang ingatan,tapi dia boleh ingat aku?' Yongguk berkata dalam hati dan minum lagi.

          "Ah!" Dia menjerit perlahan dan segera meletakkan cawannya ke atas piring kembali. Yongguk memegang bibirnya.

          "Ha,, tu lah minum laju sangat. Awak kan tau yang air tu panas.. ok tak ni?" Aku bangun dengan pantas dan mendekati dirinya yang duduk di hadapanku. Aku membongkok dan memegang wajahnya dengan kedua tapak tanganku. Aku meneliti bibirnya jika ada luka atau melecur. Aku terdiam sebentar.

          'Ha'ah kan. Bila fikir-fikir balik, aku tak pernah kiss dia lagi..' Hatiku berkata-kata. Serta merta muka aku jadi merah bila dia pandang aku macam tu. Aku melepaskan pegangan ku dari wajahnya dan kembali duduk di tempatku. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain. Malu siak.

          "Ok ke tak?" Aku menyoal lagi. "Ah..ok.ok" Yongguk menjawab dan menjilat sedikit bibirnya untuk menghilangkan rasa sakit. Mungkin.

          Kami diam selama beberapa minit. "Eh.. dah lama tak nampak Eun Ji.. mana dia?" Aku menyoal. Aku dah lama tak jumpa Eun Ji dah 3 hari. Takkan lah dia demam lagi kot. Aku call nombor dia, dia tak angkat. Aku mention dia dekat twitter. Dia tak balas.

          Wajah Yongguk berubah. Dia terdiam sebentar sebelum menjawab pertanyaan Seung Neul. Dia teringat pesan Kyung tempoh hari supaya jangan rahsiakan perkara sebenar dari Seung Neul. Yongguk mengambil nafas dalam-dalam dan berkata,

          "Lepas ni kita pergi rumah saya kejap.. Ada benda yang saya nak tunjuk." Yongguk berkata dan menghabiskan minumannya yang sudah suam-suam kuku itu. Kami bangun setelah lama berada di kafe itu dan sama-sama pergi kerumah Yongguk dengan menaiki bas.

          'Benda apa yang dia nak tunjuk aku agaknya?' Hati aku tak habis-habis tanyakan soalan yang sama dari dalam bas lagi. Sekarang kami berada di hadapan rumah Yongguk. Dia membuka pagar rumah dan masuk ke dalamnya diikuti oleh aku di belakangnya.

          "Awak duduk sini dulu." Katanya apabila aku dan dia kini sudah berada di ruang tamu rumahnya. Aku mengangguk dan duduk di sofa berwarna merah itu. Rumah itu hanya ada aku dan Yongguk saja sebab omma dan appa dia baru berpindah ke Jepun. Yongguk pula malas mahu mengikuti mereka berpindah kerana katanya dia tak mahu pindah sekolah. Lagipun tahun ni tahun akhir dia bersekolah disini.

          Adik beradik dia yang lain pula sudah berkahwin dan duduk di rumah lain dengan keluarga masing-masing. Jadi Yongguk tinggal berseorangan di sini.

          Setelah beberapa minit, Yongguk keluar dari biliknya dan kembali ke ruang tamu. Dan aku nampak, tangannya memegang erat sepucuk surat yang dilipat berwarna putih. Aku hanya memerhatikan dirinya yang sedang duduk di sebelahku.

          Dia menghulurkan surat itu kepada aku. Perlahan-lahan aku menyambut huluran itu. Dalam hati aku tertanya-tanya. Apa isi surat ni? 

          "Bukaklah." Katanya.

          Surat di tangan aku dipandang dan kemudian aku membuka lipatan surat itu.  Isi surat yang ditulis dengan tangan itu aku baca dalam hati.

          Annyeonghaseyo, Shin Seung Neul..

          Maybe kau baca surat ni masa aku dah tak ada dekat sini kan? Aku taknak cakap banyak.. cuma aku nak cakap yang aku nak kau jaga diri kau dengan Yongguk tu baik-baik.. Untunglah kau dah dapat jadi awek dia..haha.(sori kalau aku melebih -_-).

          Seung Neul-shi... Aku kena pergi Amerika.. Sori sebab aku tinggalkan kau dan tak dapat protect kau lagi dari dikacau si Ji Eun dengan witch-witch dia tu.. Mungkin aku akan balik. Mungkin jugak tak.. sebab.. Aku kena buat pembedahan..

          Aku ada sakit kanser leukimia.. Alah,kau jangan risaulah.. sakit sikit je ni.. Dan aku nak kau doakan aku punya pembedahan ni berjaya ok? Dah,jangan sedih-sedih pulak..

          Seung Neul..Kalau pembedahan ni tak berjaya.. ko jangan sedih,ya. Aku sayang kau ketat-ketat! Muah!!! ingat,jaga mamat Yongguk tu baik-baik. Kalau dia main-main dengan kau, beritau aku. Biar aku bagi dia free kick dari jauh.haha. k,buhbye,kawan.. saranghae... :)

                                                                                                                  -JUNG EUN JI- 

          Aku diam setelah habis membaca surat itu. Aku sedih.. sedih sangat.kenapa Eunji tak beritau aku yang dia sakit. Aku kalau boleh nak meraung dekat sini.. Tapi aku malu dengan Yongguk. Aku melipat kembali surat itu.

          "Saya nak balik." Aku berkata dan berdiri. Tanpa sempat Yongguk berkata apa-apa, aku dah angkat kaki untuk keluar dari rumah itu. Yongguk menarik tangan aku. Aku memejam mata aku dan cuba kawal air mata aku yang hampir keluar. Tapi tak berjaya.

          'Apehal mamat ni pegang tangan aku lama-lama..dia nak apa..' Hati aku merungut dalam rasa sedih itu. "Nak apa? Saya nak balik lah." Aku menyoal. Sungguh. Aku taknak dia tengok aku menangis lagi.Cukup-cukuplah sebelum aku hilang ingatan dia asyik nampak aku menangis. Aku bukannya heroin yang suka mengada-ngada dengan hero. Sori.

          "Awak nak balik macam mana? Kan hujan tu.." Dia berkata perlahan. Aku baru tersedar yang hujan tengah turun lebat sekarang. Haish..masa-masa macam ni lah dia nak turun pulak. Aku yang masih berdiri membelakangkan Yongguk menarik tanganku dari tangannya dan mengesat air mataku cepat-cepat sebelum berpaling ke arah dia di belakangku.

          "Awak tunggu sini dulu lah.. Hujan lebat tu.." Dia berkata dan aku hanya diam. Aku kembali duduk dan menyandarkan tubuhku ke sofa merah tersebut.

          (Yongguk)

          Yongguk memandang Seung Neul yang sedang duduk diam di sofa rumahnya. Dia serta merta rasa kasihan. Terlalu banyak dugaan yang perempuan itu dapat semenjak dua menjak ini.

          "Seung Neul.. awak duduk dulu, saya buat air panas." Yongguk berlalu ke dapur dan Seung Neul hanya memandangnya sekilas.

          Semasa sedang membuat air koko panas, Yongguk terfikir, macam mana kalau ingatan Seung Neul dah pulih? Mungkin Seung Neul akan benci dirinya. Yongguk  mengeluh panjang.

         Yongguk menyesal. Dia rasa dia tak guna sangat sebab dah permainkan perasaan Seung Neul sebelum ni.. Dia pun tak tau kenapa dia boleh terima Ji Eun semula dan boleh berjumpa lagi walaupun Yongguk pernah berjanji dengan Seung Neul yang dia takkan terima Ji Eun semula.

          Sekarang Yongguk dah sedar. Yang sebenarnya dia dah mula sukakan Seung Neul masa mereka sama-sama didenda sebab tak bawa baju pj masa tu.. Tapi dia selau tepis perasaan itu sebab pada dia, mungkin dia sukakan perempuan tu kerana sikapnya yang tak hipokrit.

          Mungkin Seung Neul memang ditakdirkan untuk dia. Dan dia juga mungkin sudah ditakdirkan untuk Seung Neul. Mungkin. 

          Yongguk membawa mug berwarna coklat itu ke ruang tamu untuk diberi kepada Seung Neul.

          Langkahnya terhenti apabila melihat yang permpuan itu sudah terlentok-lentok di atas sofa. Yongguk tersenyum lebar. Dia melangkah menghampiri Seung Neul dan meletakkan mug itu ke atas meja berdekatan sofa itu.

          "Seung Neul.." Yongguk menggerakkan bahu perempuan itu perlahan.

           Seung Neul mencelikkan matanya dan memandang ke arah Yongguk yang duduk disebelahnya. Tiba-tiba Seung Neul tersenyum kambing ke arah Yongguk.

          Yongguk mengerutkan dahi melihat sikap Seung Neul. 'Kenapa tiba-tiba dia tersengih kat aku pulak ni?' Yongguk berkata dalam hati. Dia terpandangkan meja yang di atasnya ada plastik untuk kek. Tadi Seung Neul memang ada beli kek dekat kafe pun. Dah tinggal sikit dah pun dia makan. Yongguk kembali memandang ke arah perempuan itu.

          "Hey handsome.." Seung Neul menegakkan badannya dan memandang Yongguk dengan mata yang kuyu. Dia tersengih-sengih kemudiaan dia mentonyoh-tonyoh bibir Yongguk. Yongguk tersentak dan memegang tangan Seung Neul dari menonyoh bibirnya lagi.

          "Seung Neul..kenapa dengan awak ni.." Yongguk menyoal risau. Dah kena rasuk ke apa perempuan ni? Dia lihat perempuan itu tersenyum-senyum dekat mata tertutup. Yongguk pelik. Dah macam orang mabuk si Seung Neul ni dia tengok. Tadi ok jek. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

          Yongguk memandang kek yang tinggal sikit di atas meja dan mencapainya kemudian kek itu dihidunya. Yongguk mencubit kek itu sedikit dan memasukkan ke dalam mulut.

          'Kek ni ada alkohol ke...' Yongguk berkata dalam hati sambil mengunyah kek  blueberry itu. Memang ada sikit rasa alkohol.. Tapi takkan lah sikit macam ni pun Seung Neul boleh mabuk kot? Yongguk tersenyum lebar. Geli hati pulak rasa.

           Seung Neul menonyoh-nonyoh bibirnya pula. "Sini..nak kiss lah.sengal.kau ni tak faham-faham lagi ke.." Mulalah dia merapu bukan-bukan sebab dia dah mabuk. Yongguk mengangkat kening. 'Biar betul budak ni..kang aku kiss betul-betul baru tau..' Kata hati Yongguk.

           Yongguk tersenyum nipis dan dia mendekatkan bibirnya ke bibir Seung Neul yang masih terawang-awang perasaannya. Akhirnya Seung Neul terdiam...

          


 

 

pergh..kali ni aku betul-betul malas nak update sebab kekeringan idea n idea pun tak reti-reti nak menyinggah kat kepala otak aku ni.. sori kalau bab yang ni bosan.haha.aku betul-betul dah tak tau nak tulis apa lagi dah.. sori. *bow*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Miss_Tuxedo
#1
Chapter 11: omom.. daebak
bysyyui
#2
Chapter 9: kyung dah mai dahhh xd
Miss_Tuxedo
#3
Chapter 9: !! kesian giler KYUNG!! seung neul ni kan bagus ko ingat apa yg yongguk pernah buat kat ko.. ceh.. hero mestilah menang ek intan
Miss_Tuxedo
#4
Chapter 8: omo citer nie buat aku hampir-hampir nagis TT^TT
shafiqah_tatsmato #5
Chapter 9: kesian kyung, harap-harap yongguk takkan sia-siakan seung neul,
shafiqah_tatsmato #6
Chapter 8: aduh,kenapa yongguk buat mcm tu,betul ke yongguk dgn jieun couple balik??
bysyyui
#7
Chapter 7: aku syak yg eunji nak mati bukan nk pindah amerika kan? kkkkkk
Miss_Tuxedo
#8
Chapter 7: fuyoo makin awesome seh jeles aku tgk fanfics ko yelah aku punye kan terabur.. biar aku teka mesti eun ji sakit kan sakit?? hehe can't wait to see tne next chapter
shafiqah_tatsmato #9
Chapter 6: rasa tak sabar plak nk bca chap seterusnya..
bysyyui
#10
Chapter 5: geram aku tengok memek kebayan tu.....