Chapter 16

Hello & Goodbye

"Appa...kita nak pergi mana ni?" Soal Dayoung ingin tahu,apabila Ji Hoon membetulkan riben pada gaun putihnya itu.Ji Hoon mengukir senyuman manis sambil mengusap lembut pipi gebu anak perempuannya itu.

"Appa...appa nak bawa Dayoung pergi jumpa dengan seseorang,"kata Ji Hoon,tanpa terus berterus-terang.

"Siapa,appa?"Soal Dayoung lagi.Ji Hoon mengusap lembut rambut Dayoung yang diikat dua itu,tanpa menjawab pertanyaan Dayoung itu.Perbualan mereka terganggu apabila pintu bilik Dayoung itu ditolak dari luar.Ji Hoon menoleh ke arah Aron yang baru muncul itu.

"Hyung,dah siap ke?"Soal Aron.

"Dah.Jomlah kita bertolak sekarang,"kata Ji Hoon.Dia kemudiannya menghulurkan tangannya kepada Dayoung.Dayoung menyambut huluran tangannya.

 

**************************

 

Ji Hoon membiarkan Aron memandu keretanya menuju ke arah suatu tempat yang telah dirancang.Manakala dia lebih selesa menikmati pemandangan sambil melayani fikirannya sendiri.Sudah hampir seminggu dia tidak berhubung dengan Yeon Hee,apatah lagi untuk bersemuka dengan wanita itu.Sesekali dia melepaskan keluhan berat.Adakah kata-katanya sebelum ini telah melukakan perasaan wanita itu sendiri?

 

"Sampai bila awak nak jadi macam ni?Sampai bila awak nak terus biarkan hidup awak dibayangi oleh kenangan silam awak bersama ByungHee?"

 

"Awak pun mesti susah untuk lupakan kenangan awak bersama Ji Eun kan?"

 

"Hyung!"

Ji Hoon menoleh ke arah Aron yang sedang memandu itu.

"Hyung okey ke tak ni?Mengeluh je dari tadi,"soal Aron.Ji Hoon sekadar menggeleng.Dia kemudiannya menoleh ke belakang,melihat keadaan Dayoung yang berada di tempat duduk belakang itu.Kelihatan si kecil itu sedang nyenyak terlena.Ji Hoon sekadar tersenyum.

 

***********************

 

"Lena betul anak appa ni tidur ye,"kata Ji Hoon sambil membetulkan sedikit rambut Dayoung itu.Dayoung sekadar tersengih.Aron turut tersenyum melihat telatah dua beranak itu.

"Okey,jom?"Ajak Aron.Ji Hoon angguk.Dia kemudiannya mencapai tangan Dayoung sebelum melangkah masuk ke dalam bangunan kecil itu.

Langkah mereka terhenti apabila pandangan mereka tertumpu ke arah seseorang yang begitu dikenali sedang berdiri tidak jauh dari tempat mereka berdiri.Orang itu ialah Yeon Hee.Kelihatan wanita itu begitu kusyuk melihat gambar Byung Hee yang tersimpan kemas di dalam rak berkaca itu.Yeon Hee kemudiannya menoleh ke arah mereka.Matanya terbuka sedikit luas apabila melihat Ji Hoon berada di situ.Dia kemudiannya cepat-cepat bersiap untuk beredar dari situ.Entah mengapa,dia berasa kurang selesa apabila bertembung dengan Ji Hoon di situ.Yeon Hee berjalan ke arah mereka sebelum menundukkan sedikit kepalanya.Begitu juga dengan Ji Hoon dan Aron.Tanpa sebarang kata,dia terus berjalan meninggalkan mereka bertiga di situ.Ji Hoon turut tidak menoleh ke arah wanita itu.Kelakuan mereka itu diperhatikan oleh Aron.Dia hanya mampu menggeleng.Entah apalah masalah yang melanda antara mereka berdua itu.

"Jom...kita jumpa dengan ByungHee Hyung..." ajak Ji Hoon.Aron mengangguk.Mereka melangkah ke arah rak berkaca yang menempatkan abu mayat milik saudara kembar Ji Hoon itu berserta gambar lelaki itu.Ji Hoon kemudiannya mendukung Dayoung untuk membolehkan si kecil itu dapat melihat wajah ByungHee dengan lebih jelas.

"Eh,appa...kenapa gambar appa ada dekat sini?"Soal Dayoung,hairan.Ji Hoon dan Aron sekadar tersenyum antara satu sama lain.

"Ini bukan appa...tapi ni..abang kepada appa,"jawab Ji Hoon.

"Betul tu,Dayoung.Ni abang kepada appa.Muka appa dengan abang appa sangat sama,"kata Aron pula.Kelihatan Dayoung sedang memikirkan sesuatu.

"Em...kira ini...pak cik Dayoung ke?"Soal Dayoung,inginkan kepastian.Ji Hoon tersenyum.

"Pandailah anak appa ni,"puji Ji Hoon.Dayoung tersenyum.

"Appa...ni ke pak cik yang selalu cakap dengan Dayoung dalam telefon dulu?"Soal si kecil itu lagi.Perlahan-lahan,Ji Hoon angguk.

"Betul tu.Ni lah pak cik Dayoung yang selalu bercakap dengan Dayoung dalam telefon dulu.Handsome kan?"Soal Ji Hoon.

"Muka pak cik macam appa Dayoung.Mestilah handsome,"balas Dayoung.Ji Hoon dan Aron ketawa kecil.

"Appa...Dayoung tak pernah pun jumpa dengan pak cik.Appa dengan Uncle Aron...pernah jumpa ke?"Soal Dayoung.Senyuman Ji Hoon mengendur.Begitu juga dengan Aron.Ji Hoon mengusap lembut rambut Dayoung itu.

"Appa pun harap...yang appa dapat jumpa dengan pak cik Dayoung...satu hari nanti,"kata Ji Hoon.Aron menoleh ke arah Ji Hoon.Pasti sukar bagi Ji Hoon untuk menceritakan kenangan pahit hidupnya itu kepada anak kecilnya itu.Keputusan Ji Hoon untuk membawa Dayoung melawat pusara ByungHee juga bukanlah sesuatu yang mudah.Namun,adalah tidak adil bagi Dayoung sekiranya dia tidak diberi peluang untuk mengenali bapa saudaranya sendiri.Apatah lagi,sebelum ini mereka sudah pernah berbual melalui telefon ketika mereka masih berada di New York dahulu.

Ji Hoon menatap gambar ByungHee itu.

"Hyung...inilah Dayoung.Anak saudara Hyung...yang selalu bercakap dengan Hyung dalam telefon dulu,"kata Ji Hoon.Dia kemudiannya menoleh ke arah Dayoung.

"Dayoung,kenalkanlah diri dekat pak cik,"kata Ji Hoon.

"Annyeonghaseyo...Saya Dayoung,"kata Dayoung,menuruti kata-kata Ji Hoon.Aron tersenyum.Begitu juga dengan Ji Hoon.

"Pandainya anak appa ni.Mesti pak cik gembira sebab dapat jumpa dengan Dayoung...sebab Dayoung baik,"puji Ji Hoon.Dayoung tersenyum.

"Dayoung ah...nah,"kata Aron,sambil menghulurkan sekuntum bunga ros merah kepada Dayoung.

"Dayoung kan baru pertama kali jumpa dengan pak cik,jadi Dayoung kenalah bagi hadiah dekat pak cik.Pak cik mesti suka,"kata Aron.Dayoung mengambil bunga itu dari tangan Aron.Dia memandang ke arah ayahnya.Ji Hoon sekadar tersenyum ke arahnya.Dayoung kemudiannya perlahan-lahan meletakkan bunga ros itu bersebelahan dengan gambar ByungHee.

"Pak cik,saya sangat gembira dapat berjumpa dengan pak cik hari ni,"kata Dayoung,sambil tersenyum,seolah-olah ByungHee benar-benar sedang berdiri di hadapannya ketika itu.Mata Ji Hoon bergenang.Entah mengapa,dia bagaikan dapat melihat ByungHee benar-benar sedang berdiri di hadapan mereka.Senyuman ByungHee itu begitu manis sekali.Lelaki itu bagaikan terlalu gembira dengan kehadiran mereka di situ.Perlahan-lahan,air matanya mengalir.

"Appa...kenapa appa nangis?"Soal Dayoung.Ji Hoon cepat-cepat menyeka air matanya sebelum mengukir senyuman manis ke arah si kecilnya itu.

"Mana ada appa nangislah,sayang.Ada habuk masuk dalam mata appa,"kata Ji Hoon,berbohong.Aron sekadar membisu.

"Yeke?Em...ingatkan appa nangis tadi,"kata Dayoung.Ji Hoon tersenyum ke arahnya.

 

*****************************

 

Langkah mereka tehenti seketika sebaik sahaja melihat Yeon Hee yang sedang duduk berseorangan di suatu tempat sambil menikmati minuman di situ.Aron menyentuh bahu Ji Hoon.Ji Hoon menoleh ke arahnya.

"Pergilah jumpa dengan Noona.Biar Aron jagakan Dayoung sekejap,"kata Aron.Ji Hoon tidak membantah.Perlahan-lahan,dia melepaskan tangan Dayoung sebelum tangan Dayoung yang sebelah lagi dicapai oleh Aron.

'Dayoung,jom kita jalan-jalan nak?Uncle belanja jus nanti,"kata Aron.Dayoung angguk.

"Appa,Dayoung nak jalan-jalan dengan Uncle Aron boleh?"Soal Dayoung,meminta izin.Ji Hoon sekadar tersenyum sambil angguk.Perhatiannya kemudiannya beralih ke arah Yeon Hee yang sedang duduk seorang diri itu.Dia menarik nafas panjang sebelum dia melangkah ke arah wanita itu.

Yeon Hee masih leka melayani perasaannya sendiri tanpa menyedari kelibat Ji Hoon yang sedang mendekati ke arahnya itu.

"Apa yang awak sedang fikirkan tu?"Soal Ji Hoon.Pantas sahaja Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon yang sedang berdiri di belakangnya itu.

"Ji Hoon..." 

Tanpa menunggu kata-kata daripada wanita itu,Ji Hoon mengambil tempat di sebelah Yeon Hee.Yeon Hee pula membisu.Begitu juga dengan Ji Hoon.Bagaikan sedang memikirkan sesuatu sebelum mengatakan sesuatu kepada wanita itu.

"Dah lama ke awak berada di sini?"Soal Ji Hoon,berbasa-basi.

"Tak sangat,"balas Yeon Hee.Sekali lagi mereka membisu.Pertemuan pertama kali selepas seminggu tidak berjumpa itu benar-benar cukup membuatkan mereka kekok untuk berbual antara satu sama lain.

"Sebelum ni...awak selalu ke datang sini?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee angguk.

"Selalu...sekurang-kurangnya...sekali seminggu..."kata Yeon Hee.Ji Hoon angguk.

"Baguslah...sekurang-kurangnya...Hyung tak keseorangan kat sini,"kata Ji Hoon.Kemudian,sekali lagi mereka mendiamkan diri antara satu sama lain.Ji Hoon melepaskan nafas berat.Yeon Hee pula masih mendiamkan diri.Sedikit pun tidak memandang ke arah Ji Hoon.

"Miane..."

Yeon Hee terkejut mendengar ungkapan maaf daripada lelaki itu.

"Saya tahu...awak masih marahkan saya sebab saya dah cakap yang bukan-bukan dekat awak minggu lepas,"kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar mendengar.

"Awak memang betul,Yeon Hee.Cinta pertama...bukan sesuatu yang mudah untuk kita lupakan,"kata Ji Hoon.

"Awak...dengan ByungHee...manakala saya...dengan Ji Eun..."Ji Hoon tersenyum untuk seketika.

"Saya akui...saya masih belum dapat melupakan Ji Eun.Dia begitu bermakna untuk saya.Saya takkan dapat jumpa wanita macam dia lagi selepas ini.Mungkin sebab tulah...saya lebih selesa hidup berdua dengan Dayoung,walaupun dah ramai orang mencadangkan saya untuk berkahwin lain."Kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar mendengar.

"Apa yang mereka katakan tu betul.Dayoung...dia amat memerlukan kasih sayang seorang ibu.Dia berhak utuk dapatkan kasih sayang seorang ibu seperti kanak-kanak lain.Tapi...disebabkan saya..lebih bersikap pentingkan diri sendiri...saya masih belum dapat memberikan Dayoung sesuatu yang sepatutnya dia dapat sejak dari dulu lagi,"kata Ji Hoon lagi.Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee.

"Begitu juga dengan awak.Kehidupan ByungHee begitu bermakna dalam hidup awak bukan?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum nipis.

"Dia memang penting dalam hidup saya.Dialah cinta pertama saya...dialah yang membuka hati saya untuk menerima cinta.Pertama kali...saya berjumpa dengan dia...adalah waktu kami sama-sama dalam tren.Waktu tu...saya akui..saya..macam tertarik dengan dia.Saya sangat asyik memandang dia tanpa dia sedar.Waktu tu pula,dia sedang sibuk berbual dengan telefon..."

"Entah macam mana..tiba-tiba telefon kami tertukar sebab terjatuh dalam tren.Dan awak tahu...perkataan pertama yang menjadi detik perkenalan kami...adalah Yeoboseyo..."Kata Yeon Hee sambil menoleh ke arah Ji Hoon.

"Dan perkataan itu jugalah yang menjadi detik pertemuan antara saya dengan awak,Ji Hoon,"kata Yeon Hee dengan matanya yang bergenang.Mata Ji Hoon terbuka luas apabila mendengar kata-kata Yeon Hee.Air mata Yeon Hee mengalir juga sebelum dikesatnya perlahan.

"Awak memang betul,Ji Hoon.Kehadiran awak dalam hidup saya...sedikit sebanyak membuatkan saya terkenangkan ByungHee.Tapi saya tahu...adalah tidak adil bagi awak...kalau saya nak berkawan dengan awak..hanya kerana wajah awak seiras dengan ByungHee.Sangat tidak adil untuk awak,"kata Yeon Hee.Dia menundukkan wajahnya.Ji Hoon pula masih memandang ke arahnya.Suasana menjadi sepi untuk seketika.

"Kalau macam tu..."Kata Ji Hoon sebelum bangun dari tempat duduknya dan berdiri menghadap Yeon Hee.Dia menghulurkan tangannya kepada Yeon Hee.Yeon Hee memandang ke arahnya.

"Kita kena perkenalkan diri kita sekali lagi.Saya Jung Ji Hoon...awak boleh panggil saya Ji Hoon,"kata Ji Hoon.Perlahan-lahan,Yeon Hee mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya berdiri menghadap Ji Hoon.Tangan lelaki itu disambutnya.

"Saya Lee Yeon Hee.Awak boleh panggil saya Yeon Hee,"kata Yeon Hee pula.Ji Hoon tersenyum lebar.

"Great!Lepas ni...tujuan saya berkawan dengan awak...adalah sebab awak...bukan sebab lain,"kata Ji Hoon.

"Saya pun.Gembira dapat berkenalan dengan awak,Ji Hoon,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tertawa kecil.Begitu juga dengan Yeon Hee.Akhirnya mereka ketawa bersama.

 

To be continued...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe