Chapter 23

Hello & Goodbye

Ji Hoon berjalan menuju ke arah seorang pesakit kanak-kanak yang sedang duduk di atas katil sambil ditemani oleh ibunya itu.Beberapa orang doktor pelatih serta jururawat turut mengikutinya dari belakang.Ji Hoon mengukir senyuman manis ke arah kanak-kanak perempuan yang sedang berada di atas katil itu.

“Lee Da Hee.”Ji Hoon menyebut nama kanak-kanak itu sambil tersenyum.Ibu kanak-kanak itu berdiri sebaik sahaja melihat Ji Hoon yang berada di hujung katil anaknya itu.

“Adik Da Hee macam mana hari ni?”Soal Ji Hoon,mesra.

“Hari ni dia dah okey sikit,doktor,”kata ibu kanak-kanak itu.

“Sesak nafas dia ada lagi?”Soal Ji Hoon ingin tahu sambil membelek fail hitam yang berada di atas meja di hujung katil itu.Doktor-doktor pelatih serta jururawat yang turut bersamanya itu sekadar menantikan arahan daripadanya.

“Sesak nafas dia pun dah kurang sikit lepas doktor bagi oxygen dekat dia kan.Cuma demam dia tu ada lagilah,”kata ibu kanak-kanak itu.Ji Hoon sekadar angguk.

“Tell me the progression about the patient’s condition please,”kata Ji Hoon yang masih lagi menumpukan perhatiannya terhadap fail hitam di atas meja itu.Salah seorang doktor pelatih yang bertugas kelam kabut membuka laporan kesihatan pesakit itu sebaik sahaja diminta oleh Ji Hoon.Doktor pelatih itu segera membacakan laporan kesihatan kanak-kanak itu manakala Ji Hoon pula sekadar memandang ke arah kanak-kanak itu.Hatinya tersentuh melihat Lee Da Hee yang sedang tersenyum ke arah ibunya itu.Dia hanya mengangguk apabila mendengar ibunya yang sedang bercakap dengannya itu.Ingatannya kembali melayang ke arah anaknya,Da Young yang sudah sebulan meninggal dunia itu.Melihat senyuman manis Lee Da Hee itu mengingatkannya kepada Da Young yang sangat periang itu.

“Doktor Jung.”

Ji Hoon tersentak dari lamunannya apabila terdengar namanya dipanggil.Dia menoleh ke arah doktor pelatihnya itu.

“Saya dah bacakan laporan kesihatan Lee Da Hee,”kata doktor pelatih itu.Ji Hoon sekadar angguk.

“Boleh awak bacakan laporan tu sekali lagi?”Soal Ji Hoon.Ternyata dia sukar untuk menumpukan perhatian terhadap kerjanya itu.Tanpa banyak soal,pelatih itu sekali lagi membacakan laporan kesihatan Lee Da Hee yang sudah disiapkannya itu.Kali ini,Ji Hoon cuba mendengar segala butir maklumat yang disebut oleh doktor pelatihnya itu.Dia kemudiannya berjalan mendekati ke arah Lee Da Hee sebaik sahaja doktor pelatih itu selesai melaporkan maklumat yang diperlukannya itu.Dia meletakkan eartip pada telinganya sebelum diletakkan diaphragm pada dada kanak-kanak perempuan itu.Dia kemudiannya memeriksa dari belakang kanak-kanak itu pula.Ibu kanak-kanak itu memegang tangan anak perempuannya itu.

“Did you examined the patient already?”Soal Ji Hoon sambil menanggalkan stetoskopnya itu.Doktor pelatih itu angguk.

“There is generalized crepitation on the left side of the lung,anterior and posteriorly,doctor,”kata doktor pelatih itu dengan yakin.Ji Hoon angguk,puas hati dengan jawapan yang diberikan oleh doktor pelatih itu.Dia kemudiannya menoleh ke arah beberapa pelajarnya yang baru sahaja mengikuti ward round nya itu.

“Please examine the patient and i want you to differentiate between crepitation and rhochi,okey?”Kata Ji Hoon kepada pelajar-pelajarnya itu.Pelajar-pelajarnya itu akur lalu segera mengeluarkan stetoskop mereka daripada poket baju kot putih mereka itu.Ji Hoon pula kemudiannya menuju ke arah komputer untuk melihat keputusan X-Ray pesakitnya itu sambil mendengar penjelasan daripada doktor pelatihnya itu.Dia kemudiannya menoleh ke arah ibu kanak-kanak itu.

“Kita akan bagi ubat yang sama untuk Da Hee.Jangan lupa untuk bagi oxygen setiap 4 jam okey?Kita akan tunggu sampai kita dah tak dengar bunyi dalam paru-paru dia,dan juga tunggu demam dia kebah.Bila semua dah okey,baru kita akan bagi discharge,”kata Ji Hoon,sambil tersenyum.Ibu kanak-kanak itu tersenyum sambil angguk mendengar kata-kata daripada doktor pakar muda itu.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah pelajar-pelajarnya yang baru sahaja selesai memeriksa pesakitnya itu.

“Nanti saya nak salah seorang daripada awak semua present case ni dekat saya,okey?”Soal Ji Hoon.Pelajar-pelajarnya itu patuh dengan arahan yang diberikannya itu.

“Baiklah,puan.Terima kasih.Semoga cepat sembuh ya,Lee Da Hee,”ucap Ji Hoon sambil mengusap lembut kepala kanak-kanak perempuan itu.Kanak-kanak itu tersenyum ke arahnya.Ji Hoon kemudiannya beredar dari situ.

 

 

Ji Hoon mengambil secawan teh panas dari mesin sebelum dia melabuhkan punggung di atas bangku.Teh panasnya itu tidak terus diminumnya,sebaliknya dipegang.Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan kecil.Sejak belakangan ini,fikirannya mudah terganggu sehingga menyukarkannya untuk melakukan tugas hariannya.Walaupun dia boleh mengambil cuti dengan lebih lama,namun dia enggan kerana masih ramai lagi pesakit yang memerlukan khidmatnya itu.Dia tidak boleh terlalu mementingkan dirinya sendiri.Yang pergi tetap pergi,mereka takkan kembali lagi kepadanya.Untuk apa lagi dia terus meratapi kematian insan tersayangnya sedangkan mereka tetap takkan kembali kepadanya untuk selama-lamanya.

“Aku mesti kuat hadapi semua ni.Aku dah janji dengan Dayoung yang aku akan terus tabah hadapi semua ni,”bisiknya,perlahan.

 

 

Ji Hoon melangkah lemah menuju ke arah keretanya yang terparkir di tempat parkir kereta staff hospital itu.Entah mengapa dia berasa sungguh letih ketika itu,bagaikan tidak terdaya untuk memandu sendiri ke rumahnya.Ji Hoon membuka pintu kereta tempat duduk pemandu sebelum dia meletakkan beg galasnya di tempat duduk penumpang.

“Oppa.”

Kelakuannya terhenti apabila terdengar seseorang memanggilnya dari belakang.Ji Hoon terkejut apabila melihat Ga Yoon yang sedang berdiri di belakangnya itu.Ji Hoon mengalihkan pandangannya daripada Ga Yoon,enggan untuk bersemuka dengan bekas adik iparnya itu.

“Ada apa kau cari aku kat sini?”Soal Ji Hoon,kasar.Ga Yoon membetulkan rambutnya sedikit sebelum dia menjawab pertanyaan lelaki itu.Dia yakin lelaki itu pasti lagi marah terhadapnya.

“Ga Yoon nak minta maaf sebab ganggu oppa dekat sini.Ga Yoon Cuma nak...”

Ga Yoon berhenti seketika daripada meneruskan kata-katanya itu.Wajah lelaki yang kelihatan tegang itu diperhatikannya.

“Ga Yoon Cuma nak minta maaf atas semua yang dah berlaku.Ga Yoon tahu...kesalahan yang Ga Yoon dah buat selama ni...memang sukar untuk oppa maafkan.Tapi...Ga Yoon tetap nak minta maaf.Kalau oppa nak hukum Ga Yoon,hukumlah.Ga Yoon terima semuanya,walaupun Ga Yoon tahu...semua tu takkan kembalikan Da Young seperti dulu.”Kata Ga Yoon,sebak.Ji Hoon pula sekadar membisu.Sedikit pun dia tidak membalas.Ga Yoon mengesat air matanya yang mengalir itu.Ternyata tanggapannya tepat sama sekali.Mana mungkin Ji Hoon akan memaafkan kesalahan besar yang dilakukannya itu.

“Ga Yoon tahu oppa takkan maafkan Ga Yoon.Tapi...Ga Yoon tetap nak minta maaf dengan oppa walau apa pun yang terjadi,”kata Ga Yoon,bersungguh-sungguh.Ji Hoon masih lagi tidak menoleh ke arahnya.

“Ga Yoon minta maaf,”ucapnya lagi.Dia kemudiannya memusingkan tubuhnya,membelakangi Ji Hoon.

“Memang ucapan maaf tu takkan kembalikan Dayoung...”

Ga Yoon  menoleh semula ke arah Ji Hoon.Lelaki itu pula masih lagi membelakangi dirinya.

“Tapi Da Young juga tak nak appa dia menjadi seorang yang pendendam...”kata Ji Hoon lagi.

“Demi Da Young...oppa maafkan,”kata Ji Hoon sebelum dia melangkah masuk ke dalam keretanya tanpa langsung menoleh ke arah Ga Yoon di belakangnya itu.Keretanya meluncur laju beredar dari situ.Air mata Ga Yoon mengalir laju,bagaikan tidak percaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut Ji Hoon itu.Perlahan-lahan,bibirnya menguntum senyuman nipis.

“Oppa...gomawoyo...”

Katanya sambil menangis,terduduk di situ,tanpa menghiraukan orang lain yang sedang memandang ke arahnya itu.

 

 

Ji Hoon memberhentikan keretanya di hadapan rumahnya.Dia bersandar pada tempat duduknya tanpa ada niat untuk segera masuk ke dalam rumahnya itu.Dia memejamkan matanya untuk seketika seolah-olah cuba menenangkan fikirannya yang sedang kacau itu.Pertemuannya dengan Ga Yoon itu mengusutkan lagi fikirannya ketika itu.Dia akui bukan mudah baginya untuk memaafkan kesalahan yang dilakukan oleh Ga Yoon itu.Apatah lagi wanita itu sudah banyak kali cuba memisahkannya dengan Da Young sejak kematian isterinya dahulu.Ji Hoon melepaskan keluhan berat.Dia berasa penat dengan semua perkara yang dilaluinya sebelum ini.Dunia ini bagaikan tidak adil untuk dirinya.Kebahagiaan yang dikecapinya sebelum ini langsung tidak dapat bertahan lama.Semuanya berakhir dengan penderitaan yang ditanggungnya seorang diri.Penderitaannya bermula dari perpisahannya dengan saudara kembarnya,ByungHee sejak perceraian kedua-dua ibu bapa mereka.Kemudian diikuti oleh kematian isterinya,Ji Eun setahun selepas kelahiran anak perempuan mereka,Dayoung.Luka di hatinya yang kian sembuh itu kembali berdarah sebaik sahaja dia menerima berita kematian ByungHee yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu.Dan kini...satu-satunya permata hatinya pula meninggalkannya seorang diri.

Ji Hoon mengalirkan air matanya.Mengapa semua ini mesti terjadi terhadap dirinya?Apakah dosa yang telah dilakukannya sebelum ini sehingga dia ditimpa dengan dugaan yang begitu berat untuk ditanggungnya seorang diri itu?Dia sudah penat dengan semua itu.Dia juga ingin menikmati kebahagiaan yang pernah dikecapinya dahulu.Dia juga ingin hidup bahagia di samping insan-insan yang terpenting dalam hidupnya.Namun,dia tahu semua itu mustahil untuk berlaku ke atas dirinya memandangkan semuanya sudah pergi meninggalkannya untuk selama-lamanya.Ji Hoon melepaskan tangisnya dengan kuat,seolah-olah tidak tertahan lagi menanggung kesakitan yang dialaminya selama ini.Dia meletakkan kepalanya pada stereng keretanya sehingga menyebabkan hon keretanya berbunyi.

Aron segera melangkah keluar dari rumahnya sebaik sahaja mendengar bunyi hon kereta yang panjang itu.Matanya terbuka luas apabila melihat abangnya yang sedang menangis di dalam kereta itu.Kelam kabut dia menuju ke arah Ji Hoon yang sedang berada di dalam kereta itu.

“Hyung!”

Aron segera membuka pintu kereta abangnya.Dia menyandarkan sedikit tubuh abangnya itu pada tempat duduk pemandu.Ji Hoon bagaikan sudah hilang arah ketika itu.Aron memandangnya simpati.Dia mengesat air mata Ji Hoon yang mengalir itu.Wajah Ji Hoon ketika itu kelihatan kusut sekali.

“Hyung...”Aron sebak melihat keadaan Ji Hoon itu.

“Kenapa?”Ji Hoon menyoal dirinya sendiri.

“Sampai sekarang Hyung tak faham...kenapa semua ni terjadi kepada Hyung?Apa yang Hyung dah buat sehinggakan Hyung dihukum macam ni?”Soalnya lagi.Aron tidak membalas,sekadar mendengar rintihan abangnya itu.Ji Hoon memejamkan matanya lagi.

“Hyung dah penat...Hyung dah penat untuk jadi tabah hadapi semua ni...”katanya lagi.Air matanya mengalir laju.Aron menahan air matanya daripada mengalir.Dia juga tidak sanggup melihat abangnya yang sudah banyak menanggung derita itu.Dia juga sedih dengan nasib yang menimpa abang tirinya itu namun kesedihannya itu tetap tidak dapat menandingi kesedihan yang dialami oleh Ji Hoon itu.Perlahan-lahan,dia menarik Ji Hoon dalam pelukannya,membiarkan Ji Hoon menghamburkan segala kesedihannya itu kepadanya.

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe