Chapter 4

Hello & Goodbye

Yeon Hee berdiri di hadapan pintu bilik ayahnya sambil menarik nafas panjang.Ada sesuatu yang perlu dia bincangkan bersama ayahnya itu.Semestinya berkenaan pertunangannya yang dirancang keluarganya itu.Perlahan-lahan,Yeon Hee mengetuk pintu bilik ayahnya itu.

"Masuk!"Yeon Hee menolak pintu bilik ayahnya itu sebaik sahaja mendengar panggilan masuk daripada ayahnya itu.Tuan Lee mendongak ke arahnya sebelum tersenyum.

"Anak appa,Yeon Hee.Tak tidur lagi ke?Dah lewat ni,"kata Tuan Lee,lembut sekali suaranya.Yeon Hee tidak segera menjawab sebaliknya melangkah mendekati ayahnya sebelum mengambil tempat di hadapan ayahnya itu.Untuk seketika,dia melihat gambar keluarganya yang tergantung pada dinding bilik ayahnya itu.Bibirnya tersenyum nipis apabila melihat wajah manis mendiang ibunya di dalam gambar besar itu.Tiba-tiba,terdetik perasaan rindu terhadap ibunya yng sudah meninggal dunia 5 tahun yang lalu.

"Yeon Hee..."Sapa Tuan Lee apabila menyedari anak perempuannya yang lama membisu itu.Yeon Hee pantas menoleh ke arah Tuan Lee.

"Yeon Hee ada masalah ke ni?Diam je bila appa tanya,"kata Tuan Lee,sedikit bimbang.Sememangnya dia begitu bimbangkan anak perempuan sulungnya itu.Anak perempuan sulungnya itu lebih degil jika mahu dibandingkan dengan anak perempuan bongsunya itu.Baru-baru ini,tindakan Yeon Hee menaiki tren untuk pergi ke kolejnya itu begitu tidak disenanginya.Dia amat bimbangkan keselamatan anak perempuannya itu.

"Appa...Yeon Hee ada sesuatu yang perlu Yeon Hee bincangkan dengan appa,"kata Yeon Hee.Tuan Lee memandang ke arahnya,bersedia untuk mendengar kata-kata anaknya itu.

"Yeon Hee nak bincangkan mengenai pertunangan Yeon Hee dengan Nichkhun oppa,"kata Yeon Hee lagi.

"Kenapa,Yeon Hee?Yeon Hee ada masalah ke pasal tu?"Soal Tuan Lee.Yeon Hee menarik nafas panjang.

"Yeon Hee tak bersedia ,appa.Kalau boleh,Yeon Hee tak nak terikat dengan apa-apa ikatan pun buat masa ni.Yeon Hee tak bersedia,"kata Yeon Hee.Tuan Lee tersenyum.

"Kenapa pula ni,Yeon Hee?Yeon Hee bergaduh dengan Nichkhun ke?Yeon Hee dengan Nichkhun kan dah lama kenal,"kata Tuan Lee.

"Appa...boleh tak tangguhkan dulu..at least sampai Yeon Hee habis belajar?"Pinta Yeon Hee,bersungguh-sungguh.

"Yeon Hee dah ada lelaki lain ke?"Soalan Tuan Lee itu benar-benar mengejutkan Yeon Hee.Dia menelan air liur.

"Yeon Hee...appa tahu..kita ni selalu tak sependapat.Banyak hal yang kita tak persetujui.Appa boleh pertimbangkan hal lain dengan Yeon Hee..tapi bukan mengenai pertunangan ni.Yeon Hee sanggup nak malukan keluarga kita ke?"Soal Tuan Lee.Yeon Hee melepaskan keluhan kecil.Dia buntu.

"Yeon Hee...hal ni bukan perkara kecil tau.Pertunangan ni melibatkan maruah 2 keluarga..melibatkan kerjasama bisnes antara  2 keluarga.Lagipun,apa yang Yeon Hee nak peningkan.Appa bukannya nak tunangkan Yeon Hee dengan orang lain.Appa nak tunangkan Yeon Hee dengan Nichkhun juga.Kawan sepermainan Yeon Hee juga,"kata Tuan Lee.

"Tapi appa..."

"Ini muktamad.Appa tak boleh nak ikut cakap Yeon Hee lagi kali ni.Kali ni,Yeon Hee mesti ikut cakap appa,arasso?"Tuan Lee menoktahkan perbincangan mereka dengan tegas.Yeon Hee bangun dari tempat duduknya sebelum berpaling dari ayahnya.

"Appa.."Tuan Lee memandang ke arahnya.

"Dulu..appa dan omma berkahwin...bukan atas paksaan kan?"Soal Yeon Hee.Tuan Lee membisu.Yeon Hee menoleh ke arah ayahnya.

"Appa dan omma berkahwin atas dasar cintakan?"Soal Yeon Hee lagi.

"Appa..Yeon Hee baru nak belajar merasai apa itu cinta.Yeon Hee baru nak belajar untuk mencintai seseorang lelaki..."Kata Yeon Hee."Appa...Yeon Hee tak luahkan lagi perasaan Yeon Hee terhadap dia,appa.Appa sendiri pernah rasa perasaan cinta itu kan?Apa yang appa rasa kalau cinta appa terhalang sedangkan...halangan tu tak sepatutnya berlaku pun.Kenapa appa mesti nak halang percintaan Yeon Hee...hanya kerana kepentingan bisnes appa dengan keluarga Nichkhun oppa?Kerjasama tu masih boleh berjalan dengan baikkan kalau pertunangan kami tak dirancang pun?"Soal Yeon Hee.

"Ini bukan bisnes appa.Ini bisnes keluarga kita.Appa buat semua ni bukan untuk appa seorang.Tapi untuk keluarga kita.Appa buat semua ni untuk Yeon Hee...untuk Su Ji!Anak-anak appa!Faham?"Yeon Hee terkejut apabila mendengar suara Tuan Lee yang sedikit tinggi dari sebelumnya itu.

"Putuskan saja hubungan Yeon Hee dengan lelaki tu."Begitu mudah Tuan Lee katakan.Mata Yeon Hee mulai bergenang.Tanpa sebarang kata,dia segera melangkah keluar dari bilik ayahnya.Tuan Lee melepaskan keluhan berat.Sungguh dia runsing dengan perangai anak perempuan sulungnya itu.

 

*************************************

 

Byung Hee pelik melihat Yeon Hee yang kelihatan muram itu.Teguran daripada rakan-rakan yang lain langsung tidak diendahnya.ByungHee cuba mendekati Yeon Hee,sebelum melabuhkan punggung di sebelah wanita itu.Byung Hee kemudiannya memandang ke arah langit sambil tersenyum.

"Em..nampak gaya..cuaca hari ni macam nak hujan je,"kata Byung Hee.Perlahan-lahan,Yeon Hee menoleh ke arahnya.Byung Hee turut menoleh ke arahnya sambil tersenyum.

"Kenapa ni?Masam je muka,"soal Byung Hee.Yeon Hee tidak terus menjawab.Byung Hee terus memandang ke arahnya.

"Hei,kenapa ni?"Soal Byung Hee,sedikit bimbang.Yeon Hee mengukir senyuman nipis.

"Tak ada apa-apalah.Saya okey je.Penat sikit,"kata Yeon Hee.Kelihatan Byung Hee sedang memikirkan sesuatu.Dia kemudiannya mengukir senyuman manis sebelum mencapai tangan Yeon Hee.Yeon Hee menoleh ke arahnya.

"Jom?"Ajak ByungHee.

'Hah?Pergi mana?'Soal Yeon Hee.Byung Hee tidak segera menjawab pertanyaan Yeon Hee itu sebaliknya dia terus membawa Yeon Hee menuju ke satu tempat.

 

******************************************

 

Yeon Hee terkejut apabila Byung Hee membawanya ke taman tema yang terletak tidak jauh dari kolej mereka.Yeon Hee menoleh ke arah Byung Hee.Byung Hee turut memandang ke arahnya.

"Jom kita masuk,"ajak ByungHee,sambil menarik lembut tangan Yeon Hee.Yeon Hee sekadar menurut.

 

Yeon Hee seolah-olah terlupa akan segala masalahnya yang merunsingkan fikirannya sebentar tadi.Dia begitu seronok menghabiskan masanya di situ bersama-sama Byung Hee.Bermacam jenis permainan sudah mereka cuba.Adakalanya dia diusik oleh Byung Hee.Dan adakalanya dia membalas kembali usikan lelaki itu.Sungguh dia begitu menikmati saat-saat keseronokan bersama-sama lelaki itu.

Kali ini,mereka berada di dalam bas sebelum bergerak pulang ke rumah masing-masing.Byung Hee bersandar pada tempat duduknya sambil melepaskan nafas panjang.

"Ah,seronoknya hari ni!"Katanya.Yeon Hee tertawa melihatnya.ByungHee kemudiannya memandang ke arah Yeon Hee.

"Awak dah okey?"Soal Byung Hee.Perlahan-lahan,Yeon Hee angguk sambil tersenyum.

"Baguslah.Walaupun,saya tak tahu masalah awak,tapi sekurang-kurangnya saya dah bantu awak hilangkan stress kejap,"kata Byung Hee.Yeon Hee masih lagi tersenyum.

"Saya suka tengok awak senyum macam ni.Manis sangat,"puji Byung Hee.Muka Yeon Hee berubah merah apabila mendengar pujian lelaki itu.

"Mana ada.Biasa jelah,"kata Yeon Hee.Byung Hee tertawa kecil.

'Em..ni kali pertama awak naik bas juga ke?"Soal Byung Hee.Yeon Hee melihat sekeliling bas itu sebelum dia angguk.Byung Hee tersenyum.

"Dah agak dah,"katanya.ByungHee kemudiannya membuang pandangannya ke luar tingkap bas,melihat pemandangan di luar bas itu.Yeon Hee memandang ke arah Byung Hee tanpa lelaki itu sedari.Wajah lelaki itu begitu mendamaikan jiwanya.Hilang segala masalah yang membebani fikirannya sebentar tadi.Wajah Byung Hee itu masih lagi ditatapnya dengan satu perasaan yang begitu aneh baginya.Dia sendiri kurang pasti dengan perasaan pelik yang sedang dirasainya itu.Adakah perasaan aneh yang sedang dirasainya itu..cinta?Cinta?Yeon Hee segera memalingkan pandangannya daripada ByungHee.Mustahil dia jatuh cinta terhadap lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.Yeon Hee kemudiannya memberanikan diri memandang ke arah Byung Hee sekali lagi.

"Eh,dah tidur?"Soalnya sendiri.Perlahan-lahan,Yeon Hee tersenyum.Entah mengapa,dia berasa lucu melihat ByungHee yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya itu.Pasti lelaki itu berasa terlalu penat kerana seharian menemaninya bermain di taman tema itu.Yeon Hee tersenyum.Dia kemudiannya mengeluarkan telefon bimbitnya sebelum menangkap gambar ByungHee yang sedang tidur itu secara senyap-senyap.Yeon Hee tertawa kecil apabila melihat gambar ByungHee yang sedang tidur itu.

"Macam babylah dia ni,"katanya,geli hati.Dia memandang ke arah ByungHee.Perlahan-lahan dia mencium lembut pipi lelaki itu.

"Gomawo..."Ucapnya,lembut.

*********************

ByungHee menemani Yeon Hee berjalan pulang ke rumahnya.ByungHee kagum dengan kemewahan yang dimiliki oleh keluarga Yeon Hee itu.

"Kenapa awak ternganga ni?Tak pernah tengok rumah ke?"Soal Yeon Hee.

"Besar betullah rumah awak,Yeon Hee,"kata ByungHee.Yeon Hee tersenyum nipis.Langsung tidak tertarik dengan pujian ByungHee itu.ByungHee menoleh ke arahnya.

"Awak nampak letih.Awak pergilah naik dulu,"kata ByungHee.YeonHee mencebik.

"Siapa yang letih sebenarnya?Siapa yang tidur dalam bas tadi ya?"Soal Yeon Hee.

"Itu bukan tidur,okey?Tapi berfikir.Saya tengah berfikir tadi,"kata ByungHee.

"Yelah tu,"kata Yeon Hee.Mereka diam untuk seketika.

"Em..terima kasih untuk hari ni,ByungHee,"kata Yeon Hee.ByungHee angguk sambil tersenyum.

"Tak ada apa-apalah.Perkara kecil je,"balas ByungHee."Oh ya,saya terlupa nak bagi awak sesuatu."ByungHee kemudiannya mengeluarkan sesuatu daripada poketnya sebelum diserahkan kepada Yeon Hee.

"Nah.Ni untuk awak gantungkan pada telefon awak,"kata ByungHee.Yeon Hee tersenyum melihat hadiah yang diberikan oleh ByungHee itu.Dia memandang ke arah lelaki itu.

"Gomawo,ByungHee,"ucapnya.

"Nanti awak gantunglah kat handphone awak.Takdelah tertukar lagi nanti,"katanya.Yeon Hee angguk.

"Em,awak punya takda ke?"Soal Yeon Hee.ByungHee kemudiannya menunjukkan telefon bimbitnya kepada Yeon Hee.Yeon Hee tersenyum apabila melihat telefon bimbit ByungHee yang turut mempunyai hiasan yang sama sepertinya cuma berlainan dari segi warna.

"Dah lewat ni.Awak pergilah naik dulu.Nanti appa awak marah,"kata ByungHee.

"Awak tak apa ke balik seorang?"Soal Yeon Hee,bimbang.

"Jangan risaulah,"kata ByungHee sambil membetulkan topinya.Yeon Hee kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumahnya.Namun,dalam beberapa langkah dia menoleh ke arah ByungHee semula.Dia kemudiannya melambai ke arah lelaki itu.ByungHee membalas lambaiannya itu.

'Jumpa lagi,"ucap Yeon Hee.

'Ya.Jumpa lagi,"balas ByungHee.Sebaik sahaja memastikan Yeon Hee sudah masuk ke dalam rumahnya,barulah ByungHee bergerak meninggalkan rumah agam itu,tanpa menyedari kehadirannya di situ sedang diperhatikan oleh seseorang.

 

 

To be continued...

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe