Chapter 2

Hello & Goodbye

Kelihatan Yeon Hee sedang menunggu seseorang di hadapan pintu masuk kolej itu.Sesekali dia melihat jam tangannya.Bibirnya mengukir senyuman manis apabila melihat seseorang yang ditunggunya itu tiba juga.Dia kemudiannya melangkah mendekati ke arah Byung Hee yang sedang berjalan berseorangan itu.

"Hai awak!"Sapa Yeon Hee,ramah.Byung Hee menoleh ke arahnya,sedikit terkejut dengan sapaan mesra daripada Yeon Hee itu.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman manis.

"Err..Hai,"balas ByungHee.

"Awak dah nak balik ke?"Soal Yeon Hee.Byung Hee angguk.

"Em...saya ingat nak belanja awak minum kat kafe depan tu..sebagai tanda terima kasih saya kepada awak sebab dah tolong saya pagi tadi.Itupun kalau awak freelah sekarang,"kata Yeon Hee.Kelihatan Byung Hee berfikir untuk seketika.

"Em...saya rasa macam menarik juga cadangan awak tu.Saya pun dah haus ni,"kata ByungHee sambil memegang tengkuknya.Yeon Hee tersenyum.

"Okay,jom!"Ajak Yeon Hee.Byung Hee angguk sambil mengekori Yeon Hee dari belakang.

******************

"Jadi...nama awak ni Lee Yeon Hee?"Soal ByungHee.Yeon Hee angguk.

"Yup.Panggil saja saya Yeon Hee.Awak pula?Nak saya panggil awak apa?"Soal Yeon Hee.

"Sedap betullah nama awak.Saya suka.Awak boleh panggil saya Byung Hee,"kata ByungHee.Yeon Hee tersenyum malu apabila mendengar pujian daripada Byung Hee itu.

"Saya nak minta maaf dekat awak pasal insiden pagi tadi.Kalau saya tak cuai tadi,tak adalah sampai tertukar handphone bagai.Banyak betul masalah tadi,"kata Yeon Hee.Byung Hee tersenyum.

"Aish..tak apalah.Saya tak kisah pun.Lagipun,saya boleh berkenalan dengan awak.Saya pun tak ada kawan lagi kat tempat baru ni,"kata Byung Hee.Yeon Hee angguk.

"Em...awak ni baru berpindah ke sini ke?"Soal Yeon Hee.ByungHee menoleh ke pemandangan di luar kafe itu,seolah-olah sedang mengembalikan kenangan silam.

"Dulu saya tinggal di Changwon bersama appa... omma dan dongsaeng..Sewaktu umur saya 10 tahun,ibu bapa saya bercerai.Saya tinggal dengan appa saya di Changwon..omma saya pula bawa dongsaeng saya balik ke New York.Katanya,kehidupannya lebih terjamin kalau tinggal di situ.Jadi..saya dan appa sajalah yang duduk di Changwon sampailah umur saya 20 tahun..."kata ByungHee.

"Lepas tu,apa yang terjadi?"Soal Yeon Hee,tertarik untuk mengetahui mengenai kisah silam lelaki itu.

"Appa saya meninggal sebab sakit tenat.Jadi,bila omma tahu mengenai kematian appa...dia cuba mengajak saya tinggal bersamanya di New York.Tapi saya enggan.Alasan saya..saya tak pandai nak cakap dalam bahasa inggeris,"kata ByungHee,sambil tertawa kecil.

"Jadi..saya pun uruskan perniagaan appa saya di Changwon.Disebabkan tulah..saya lambat sikit masuk kolej ni.Sebab saya kena uruskan dulu hal keluarga saya,"kata ByungHee,sambil tersenyum.

"Eh?Lambat?Maksud awak?"Soal Yeon Hee,terkejut.

"Umur saya 24 tahun.Sepatutnya umur macam saya ni dah ada kerja sendiri dah,"kata ByungHee.Yeon Hee kemudiannya tertawa kecil."La..yang awak ni ketawa pula ni kenapa?"Soal Byung hee,hairan.

"Cara awak cakap ni macam umur awak dah tua sangat,"kata Yeon Hee.

"Yeke?Habis tu,umur awak berapa?"Soal Byung Hee.

"23 ,"kata Yeon Hee.Byung Hee tersenyum.

"A'ahlah..setahun saja bezanya,"kata ByungHee.Yeon Hee tersenyum.

"Kira ni pertama kali awak masuk kolej ke,Byung Hee?"Soal Yeon Hee.

"Taklah.Saya cuma pindah tempat belajar je.Omma saya yang tukarkan saya ke sini.Katanya kolej ni memang terbaik.Disebabkan saya dah pernah menolak ajakan dia untuk pindah ke New York,jadi apa salahnya kalau saya terima je cadangan dia kali ni,kan?"Kata ByungHee.

"Betul juga tu,"kata Yeon Hee."Eh..tapi yang motor tadi tu..."

"Memang motor saya pun.Saya saja tinggalkan kat situ...in case kalau saya terlambat macam pagi tadi,"kata ByungHee sambil memandang ke arah Yeon Hee dengan penuh makna.Yeon Hee berdehem beberapa kali,seperti tidak dapat menangkap maksud kata-kata ByungHee itu.ByungHee sekadar ketawa.

"Saya dah cerita pasal kisah saya.Giliran awak pula,"kata Byung Hee sebelum menghirup jus orennya itu.

"Kisah saya?Ala tak ada yang menarik pun.Bosan je cerita saya ni,"kata Yeon Hee.

"Macam mana saya nak tahu cerita awak bosan ke tak kalau awak tak nak cerita kat saya,"kata ByungHee,tidak puas hati.

"Betul tak seronok cerita saya ni.Saya jamin awak akan tidur bila dengar cerita saya ni,"kata Yeon Hee.

"Sikit pun awak tak cerita dekat saya?"Soal Byung Hee lagi.

"Tak.Memang buang masa kalau saya cerita.Kisah saya biasa je kalau nak dibandingkan dengan awak.Sekurang-kurangnya,awak masih bebas untuk membuat sesuatu keputusan.Bukan macam saya,"kata Yeon Hee.

"Jadi..maksud awak..keluarga awak mengongkong kehidupan awak?Macam tu?"Teka Byung Hee.

"Lebih kuranglah,"kata Yeon Hee.

"Jadi..naik tren tadi pun..pertama kalilah untuk awak?"Soal ByungHee.Yeon Hee angguk.

"So macam mana?Seronok tak naik tren dengan saya?'Soal Byung Hee.Yeon Hee tertawa.

"Kalau awak tak ada pun,naik tren memang best,"balas Yeon Hee.

"Ish,tipulah awak ni.Kalau saya tak ada,awak nak tengok siapalah agaknya dalam tren tu.Bukan ke saya ni yang paling kacak dalam tren tu?Kalau tak,tak adalah awak asyik pandang kat saya je kan?"Soal ByungHee.

'Eee...awak ni boleh tahan kuat perasan juga ye?Tak sangka,"kata Yeon Hee.Byung Hee ketawa.Yeon Hee turut ketawa.

Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbit Yeon Hee berdering.Yeon Hee melepaskan keluhan kecil apabila melihat nama yang tertera pada skrin telefon bimbitnya itu.

"Miane,Byung Hee.Saya kena pergi dulu.Nanti kita jumpa lagi,okey?"Kata Yeon Hee,sebelum bangun dari tempat duduknya itu.

"Okey.Nanti kita jumpa lagi,"kata Byung Hee sambil mengukir senyuman ke arahnya.Yeon Hee kemudiannya melangkah keluar dari kafe itu.Langkahnya itu diperhatikan oleh ByungHee melalui tingkap kafe itu.Kelihatan Yeon Hee memasuki sebuah kereta mewah sebelum kereta itu dipandu oleh seorang pemandu peribadi.Byung Hee tersenyum.Dia seperti dapat membayangkan gaya kehidupan Yeon Hee yang serba mewah itu.

"Kisah saya biasa je kalau nak dibandingkan dengan awak.Sekurang-kurangnya,awak masih bebas untuk membuat keputusan sendiri.Bukan macam saya."

"Kalau macam tu,saya akan pastikan kehidupan awak lebih ceria selepas ni,"bisik hati ByungHee,sambil tersenyum.

*****************************

Yeon Hee mulai membaringkan dirinya di atas katil yang empuk itu,bersedia untuk tidur.Namun,niatnya terbantut apabila tiba-tiba terdengar bunyi mesej masuk melalui telefon bimbitnya.Dia kemudiannya membuka peti mesejnya itu.

"Esok kita jumpa dekat tren ya.G.O.O.D nite =) ."

Yeon Hee tersenyum membaca mesej itu.Dia kemudiannya menaip sesuatu pada telefon bimbitnya itu.

"OK. G.O.O.D nite zzzzzz ."

Yeon Hee mulai melelapkan matanya sambil mengukir senyuman bahagia.

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe