Chapter 21

Hello & Goodbye

Ji Hoon menggenggam erat tangan Dayoung yang pucat dan sejuk itu.Tangannya yang sebelah lagi mengusap kepala Dayoung yang berbalut itu.Hatinya sayu melihat tubuh Dayoung yang penuh dengan peralatan bantuan perubatan itu.Air matanya bagaikan sudah kering untuk mengalir lagi.Sudah hampir tiga hari Dayoung terlantar di situ tanpa ada perubahan.

 

"Berdasarkan ujian yang kami jalankan ke atas sel-sel cerebrum Dayoung,kami dapati,Dayoung tidak memberikan tindak balas terhadap ujian itu.Ini menunjukkan bahawa sel-sel cerebrumnya sudah mati."

 

Genggaman tangannya kian erat.Matanya cuba dipejam erat.Dia sedaya upaya mahu melupakan kata-kata pakar neurologi itu.

"Tak...semua tu tak betul.Ujian tu mesti salah."Bisik hatinya.Dia kemudiannya memandang ke arah Dayoung yang masih belum sedarkan diri itu.Bibirnya mengukir senyuman nipis.

"Dayoung ah...appa...appa tahu Dayoung kuat.Appa yakin Dayoung mampu untuk lawan sakit ni.Dayoung bukan seorang yang cepat mengalah.Jadi appa yakin yang Dayoung boleh sembuh...sihat macam dulu,"katanya,perlahan.Wajah Dayoung yang pucat itu ditenungnya penuh kasih.

"Nanti...kalau Dayoung sihat...appa janji...appa akan bawa Dayoung jalan-jalan lagi.Dayoung cakap je nak main apa,appa bawakan.Nanti kita ajak Uncle Aron...Yeon Hee unni...kita main macam dulu-dulu,"katanya lagi.Dia tersenyum lagi.

"Appa..."Dia berhenti untuk seketika,menahan rasa sebak di dadanya.Namun,dia berusaha untuk tidak mengalirkan air mata di hadapan Dayoung.Seolah-olah dia mahu menunjukkan bahawa dia juga kuat dalam menghadapi dugaan itu.

"Appa rindukan Dayoung...Appa rindu nak dengar Dayoung ketawa.Rindu nak dengar Dayoung panggil appa.Lagipun,Dayoung dah janji yang Dayoung takkan tinggalkan appa kan?Jadi...appa nak tuntut janji Dayoung.Dayoung tak boleh tinggalkan appa....arasso?"Katanya lagi,separuh berbisik.Dayoung pula tetap kaku,langsung tidak memberi respon terhadap kata-kata Ji Hoon.Ji Hoon menggigit bibirnya.

"Dr.Jung."

Ji Hoon menoleh apabila terdengar namanya dipanggil.Kelihatan seorang jururawat sedang berdiri di hujung katil sambil memandang ke arahnya.

"Saya nak masukkan ubat untuk Dayoung,"kata jururawat itu.Ji Hoon sekadar angguk,membenarkan jururawat itu menjalankan tugasnya.Kelakuan jururawat itu diperhatikan oleh Ji Hoon.


 

"Jantung Dayoung berdenyut pun...atas bantuan daripada ubat yang kami berikan.Itupun...kesan ubat tu takkan kekal lama,Ji Hoon."

 

Ji Hoon menutup matanya sekali lagi.Cuba melupakan kata-kata doktor pakar itu.Sememangnya dia mengetahui mengenai hal itu cuma dia tidak dapat menerima hakikat itu apabila semua itu terjadi ke atas anak perempuannya itu.Ji Hoon kemudiannya memandang ke arah anak perempuannya itu lagi.

"Dayoung ah...nanti appa datang balik,okey?"Katanya sebelum mencium lembut pipi Dayoung.Perlahan-lahan,dia menyusun langkah untuk beredar dari bilik itu.Dia menoleh semula ke arah Dayoung apabila dia sudah berada di pintu.Hatinya berat untuk meninggalkan Dayoung sendirian di situ.Namun,dia harus akur dengan peraturan di  dalam wad itu.Dia perlu memberi ruang kepada petugas-petugas di situ untuk menjalankan tugas mereka.Satu keluhan berat dilepaskannya.Dia kemudiannya terpaksa beredar dari situ dengan langkah yang berat.

 

 

Ji Hoon duduk termenung di dalam kafe itu sambil memandang ke arah pemandangan di luar kafe itu.Bermacam-macam masalah yang sedang difikirkannya ketika itu.Dia terlalu hanyut dengan dunia khayalannya sendiri sehinggakan tidak sedar dengan kehadiran Yeon Hee di situ.Yeon Hee mengambil tempat di hadapan Ji Hoon.Dia sekadar memandang ke arah Ji Hoon yang sedang termenung itu.Semestinya lelaki itu sedang runsing dan bimbang dengan keadaan Dayoung yang sedang terlantar itu.

"Yeon Hee?"

Yeon Hee tersenyum ke arah Ji Hoon sebaik sahaja kehadirannya di situ disedari oleh Ji Hoon.

"Apa awak buat kat sini?Awak tak kerja ke?"Soal Ji Hoon,cuba berlagak biasa.

"Tak.Saya ambil cuti.Nak temankan awak kat sini,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum.

"Buat susah awak je.Awak tak perlu susah-susah nak temankan saya pun.Saya okey je dekat sini,"kata Ji Hoon.Yeon Hee memandang wajah Ji Hoon yang kelihatan tidak bermaya itu.Pasti lelaki itu keletihan.Dia kemudiannya menghulurkan sandwich yang dibelinya itu kepada Ji Hoon.

"Saya tahu awak tak makan lagi.Jadi,saya dah belikan sandwich ni untuk awak.Awak makanlah,"kata Yeon Hee,cuba memujuk Ji Hoon untuk menjamah sedikit makanan yang dibelinya itu.Ji Hoon menggeleng.

"Gomawoyo...tapi saya tak selera nak makan,"balas Ji Hoon.

"Ji Hoon ah...saya tahu awak risaukan Dayoung.Tapi saya tak nak awak macam ni.Kalau awak pula yang sakit macam mana?Siapa yang nak jaga Dayoung?"Soal Yeon Hee,tetap cuba memujuk Ji Hoon.Ji Hoon tidak segera menjawab.Yeon Hee sekadar memandang ke arahnya.

"Dayoung..."Ji Hoon berhenti daripada meneruskan kata-katanya untuk seketika.

"Dayoung...dia...awak rasa dia boleh sembuh...kan?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee membisu.Dia sendiri sudah maklum mengenai keadaan sebenar Dayoung.Ji Hoon tersenyum nipis.

"Saya dah agak...awak mesti tak boleh jawab soalan tu,"katanya.

"Saya tahu...sebagai seorang doktor,saya memang dah tahu keputusannya dan saya tak layak untuk mempersoalkan perkara tu lagi.Tapi...sebagai seorang ayah...saya tak boleh terima hakikat tu.Saya tak boleh.Pada saya...Dayoung adalah segala-galanya untuk saya.Saya tak boleh hidup tanpa dia.Saya sayangkan dia...lebih dari segala-galanya.Tak salahkan kalau saya nak terus berharap?Saya cuma berharap yang Dayoung akan sembuh.Saya cuma nak dia kembali kepada saya.Semua tu tak salah kan?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee melihat mata Ji Hoon yang mulai bergenang itu.Sejak belakangan ini,dia tidak dapat lagi melihat mata Ji Hoon yang redup dan tenang itu.Lelaki itu kini lebih kerap mengalirkan air mata. 

"Saya ayah yang teruk.Saya terlalu sibuk dengn kerja...sehinggakan saya tak dapat menjaga dia dengan baik.Saya memang ayah yang teruk.Saya tak dapat tepati janji saya terhadap Ji Eun untuk jaga Dayoung dengan baik.Semua ni...semua ni salah saya,"kata Ji Hoon,menyalahkan diri sendiri.Yeon Hee mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan Ji Hoon sebelum digenggamnya erat.

"Saya pun tak pernah putus harapan terhadap Dayoung.Saya yakin...dia akan sembuh...dan..."Yeon Hee menahan sebak.

"Saya yakin...dia sangat bangga sebab ada ayah macam awak.Pada dia,awak ialah ayah yang terbaik untuk dia.Kasih sayang awak terhadap dia adalah segala-galanya untuk dia.Jadi...awak tak boleh terus menyalahkan diri awak macam ni,Ji Hoon.Sebab semua ni bukannya salah awak.Saya tak nak tengok awak macam ni,Ji Hoon.Kalau awak nak Dayoung sembuh,awak pun kena kuat.Awak kena bagi sokongan untuk dia kuat lawan kesakitan dia.Arasso?"Kata Yeon Hee.Ji Hoon memandang ke arah Yeon Hee.Yeon Hee kemudiannya memeluk Ji Hoon.Ji Hoon terkesima.Belakang tubuh Ji Hoon itu ditepuknya lembut.

"Saya akan selalu ada untuk awak,Ji Hoon.Kalau awak lemah untuk hadapi semua ni...saya akan bagi kekuatan saya untuk bantu awak hadapi semua ni.Kalau awak kesunyian...saya ada untuk temankan awak.Kalau awak bersedih...saya ada untuk mendengar kesedihan awak.Ji Hoon...Awak cuma kena ingat...yang awak masih ada saya...awak masih ada Aron...keluarga awak yang akan sentiasa sokong awak dari belakang.Kami takkan tinggalkan awak.Takkan sesekali tinggalkan awak.Jadi awak tak boleh putus asa.Kami semua doakan yang Dayoung akan sembuh...seperti yang awak harapkan juga,Ji Hoon,"kata Yeon Hee,separuh berbisik.Perlahan-lahan,pelukannya dibalas oleh Ji Hoon.Malah pelukan lelaki itu lebih erat.

"Gomawo...Yeon Hee..."Ucap Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum dalam tangisan.Ji Hoon turut tersenyum namun dia tetap tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir,membasahi pipinya itu.

 

 

Ji Hoon melihat ke arah Dayoung yang masih belum sedarkan diri itu.Yeon Hee turut berdiri di sebelahnya.Sudah hampir seminggu Dayoung terlantar di dalam wad itu.Tangan kecil itu digenggamnya erat.Wajah si kecil itu ditatapnya dengan penuh rasa rindu.Dia rindu untuk melihat anaknya yang ceria itu.Dia sangat merindui untuk mendengar suara anaknya yang comel itu.Namun,semua itu hanya tinggal kenangan.Kini,dia hanya boleh melihat Dayoung yang sedang terlantar kaku di atas katil itu.

"Ji Hoon ssi..."

Ji Hoon mendongak.Kelihatan Pakar Neurologi yang merawat anak perempuannya itu sedang berdiri  di hadapannya.

"Ada apa?"Soal Ji Hoon,lemah.

"Ji Hoon ssi...saya tahu...semua ni sangat berat untuk awak.Tapi,saya nak awak tahu...semua rawatan yang kami jalankan ke atas Dayoung...dah tak berkesan lagi.Dan ujian yang kami jalankan sekali lagi pun...tetap menunjukkan keputusan yang sama."

"Maafkan kami,Ji Hoon.Kami dah cuba sedaya upaya kami.Dayoung...Dayoung tak dapat diselamatkan,"kata Pakar Neurologi itu.Yeon Hee menutup mulutnya sambil mengalirkan air mata.Ji Hoon pula tetap membisu,tidak memberikan sebarang reaksi.Malah dia terus menatap wajah Dayoung yang pucat itu.

"Arasso..." Ji Hoon kemudiannya melepaskan genggamannya.Perlahan-lahan,dia bangun dari tempat duduknya sebelum dia berjalan ke arah Pakar Neurologi itu.Fail berwarna biru itu bertukar tangan.Surat DNR itu dipandangnya.Perlahan-lahan,dia menurunkan tanda tangan pada surat itu.

"Doktor,nak saya tambahkan ubat ke?"Soal jururawat yang baru sahaja tiba itu.Pakar Neurologi itu menggeleng.Jururawat itu akur dengan arahan doktor pakar itu.Pakar Neurologi itu kemudiannya mencabut alat pernafasan yang dipakai oleh Dayoung itu.Ji Hoon sekadar memandang.Bacaan nadi Dayoung kemudiannya menurun secara perlahan-lahan sebaik sahaja alat bantuan itu dicabut.Ji Hoon mendekati ke arah anak perempuannya itu semula.Perlahan-lahan,dia mengangkat tubuh Dayoung sebelum dipeluknya erat.

"Gomawoyo..."

"Appa...appa bangga sebab ada anak yang kuat macam Dayoung.Dayoung anak yang kuat.Appa...appa cuma nak Dayoung tahu..yang appa selalu sayangkan Dayoung...setiap masa appa selalu fikirkan Dayoung.Pada appa...Dayoung adalah segala-galanya untuk appa..."

Air matanya mengalir.

"Appa..appa tak boleh hidup tanpa Dayoung...tapi...appa terpaksa lepaskan Dayoung.Appa tak sanggup tengok Dayoung terseksa lagi.Mianeyo...appa tak dapat jadi seorang appa yang baik untuk Dayoung.Miane...appa akan cuba untuk teruskan hidup macam biasa...walaupun appa tahu...semua tu bukan mudah untuk appa."

"Dayoung memang anak yang baik.Appa sayang sangat dekat Dayoung..lebih dari nyawa appa sendiri.Appa sayangkan Dayoung..."

Air mata Ji Hoon mengalir laju.Yeon Hee terus beredar dari situ.Dia tidak sanggup lagi untuk melihat situasi yang sedang berlaku di hadapannya itu.Dia bersandar pada dinding di luar bilik itu sebelum terduduk di situ.Dia menghamburkan segala kesedihannya di situ.

"Mianeyo...Dayoung ah..." Ucap Ji Hoon sebelum dia mengucup lembut dahi Dayoung yang masih lagi berbalut itu.Bacaan nadi Dayoung kemudiannya menjadi kosong.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe