Chapter 25

Hello & Goodbye

Ji Hoon menuruni anak tangga dari biliknya menuju ke ruang tamu sambil diikuti oleh Yeon Hee dari belakang.Aron yang sedang berada di ruang tamu itu berasa terkejut dengan kehadiran Yeon Hee di situ.Ji Hoon dan Yeon Hee cuba berlagak biasa,tanpa menghiraukan pandangan Aron yang pelik terhadap mereka itu.

“Noona?Bila noona sampai?”Soal Aron,hairan.Pandangannya kemudiannya beralih ke arah Ji Hoon yang turut berdiri di sebelah Yeon Hee itu.

“Ji Hoon Hyung?”Kali ini dia bertanyakan Ji Hoon pula apabila soalannya dibiarkan tidak berjawab oleh Yeon Hee.Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee.Begitu juga dengan Yeon Hee.Aron mulai mengukir senyuman nakal apabila melihat riak wajah Ji Hoon dan Yeon Hee itu.

“Ah.....okay okay...I got it.It’s okay...”Kata Aron sambil tersenyum.Dia kemudiannya mengambil begnya sebelum dia melangkah menuju ke arah pintu.Namun dia menoleh semula ke arah Ji Hoon dan Yeon Hee.

“Hyung...you know what...mungkin memang dah tiba masanya untuk Hyung buka buku baru.Hyung jangan risau...”Aron meletakkan tangan pada dadanya.

“Aron akan sentiasa sokong Hyung dari belakang,”sambungnya lagi.

“Hwaiting!”Jeritnya sambil mengangkat tangannya yang sudah digenggam itu.Dia tersenyum lebar sebelum dia melangkah keluar dari rumah itu.

“Ish budak ni...”Ngomel Ji Hoon,perlahan.Yeon Hee sekadar tersenyum.Dia menoleh ke arah Ji Hoon.Wajah lelaki itu sudah kelihatan kemas jika mahu dibandingkan dengan semalam.Ji Hoon turut menoleh ke arahnya.

“Mari saya hantarkan awak balik,”kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar angguk sambil tersenyum.

 

 

Ji Hoon memberhentikan keretanya di hadapan rumah agam Yeon Hee yang tersergam mewah itu.Yeon Hee membuka tali pinggang keledar itu sambil diperhatikan oleh Ji Hoon.Dia kemudiannya menoleh ke arah Ji Hoon.

“Waeyo?”Soal Yeon Hee.

“Sebelum ni...ByungHee pernah datang ke rumah awak?”Soal Ji Hoon,ingin tahu.Perlahan-lahan,Yeon Hee angguk.

“Kenapa awak tanya?”Soal Yeon Hee pula.Ji Hoon sekadar menggeleng.

“Saya saja nak tahu,”balas Ji Hoon.Ji Hoon kemudiannya memandang ke hadapan.Dahinya berkerut apabila melihat seorang lelaki tua sedang berdiri di hadapan keretanya.Yeon Hee turut menoleh ke arah yang sama.Yeon Hee yang terkejut itu segera melangkah keluar dari kereta Ji Hoon itu.Ji Hoon turut mengikut gerak-geri Yeon Hee itu.

“Appa...”

Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee . Appa? Ji Hoon menoleh semula ke arah lelaki yang dipanggil ‘Appa’ oleh Yeon Hee itu.Tuan Lee menanggalkan cermin matanya sambil memandang ke arah Ji Hoon.Yeon Hee mulai bimbang.Dia menoleh ke arah Ji Hoon yang sedang diperhatikan oleh ayahnya itu.

“Jadi...awak ni...Jung Ji Hoon...kan?”Soal Tuan Lee.Ji Hoon terkejut apabila mendengar namanya disebut oleh lelaki itu.Tuan Lee kemudiannya tersenyum.

“Yeon Hee selalu ceritakan mengenai awak kepada saya.Sebab tu saya kenal awak,”kata Tuan Lee.Yeon Hee terkejut mendengar kata-kata ayahnya itu.Ji Hoon kemudiannya tersenyum.Perlahan-lahan,dia menundukkan sedikit tubuhnya.

“Annyeonghaseyo.” Ji Hoon menunduk hormat kepada Tuan Lee.Tuan Lee sekadar tersenyum.

“Tak sangka yang awak ni memang kacak orangnya,”kata Tuan Lee sambil memandang ke arah Yeon Hee.Yeon Hee sekadar membisu.

“Mungkin sebab tulah...anak saya ni suka lelaki macam awak,”kata Tuan Lee lagi.Ji Hoon sekadar tersenyum.Dia menoleh seketika ke arah Yeon Hee.Dia sedikit hairan apabila melihat wajah Yeon Hee yang kelihatan tegang itu.

“Marilah kita masuk.Kita boleh berbual panjang lagi,”kata Tuan Lee,menjemput Ji Hoon untuk masuk ke dalam rumahnya.

“Appa...em...lain kalilah ye.Ji Hoon ada hal dekat hospital.Mungkin...hujung minggu ni...”Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon.

“Saya ajak Ji Hoon datang sini lagi,”katanya lagi.Ji Hoon sekadar membisu.

“Oh...yeke?Em...baiklah kalau macam tu.Hujung minggu ni,jangan lupa datang ye,Ji Hoon,”kata Tuan Lee,sebelum dia melangkah masuk ke dalam rumah itu.Ji Hoon sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.Sebaik sahaja Tuan Lee sudah pun berada di dalam rumah,Yeon Hee segera berjalan mendekati Ji Hoon.

“Em...miane...saya bukan tak nak bagi awak masuk Cuma..”

“Gwenchana.Saya tak tahu pula yang saya ni selalu jadi bahan cerita antara awak dengan appa awak,”kata Ji Hoon,memotong kata-kata Yeon Hee.Yeon Hee memandang ke arahnya.Ji Hoon sekadar tersenyum ke arahnya.

“Appa awak mesti kenal dengan ByungHee juga kan?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee tidak segera menjawab pertanyaan Ji Hoon itu.Ji Hoon masih belum mengetahui punca kematian ByungHee 2 tahun yang lalu.Apakah yang akan terjadi sekiranya Ji Hoon mengetahui bahawa Tuan Lee adalah dalang di sebalik kematian saudara kembarnya itu?Adakah Ji Hoon masih akan menerimanya seperti sekarang?

“Em...dia kenal.”Balas Yeon Hee,perlahan.Ji Hoon tersenyum.

“Mesti appa awak suka dengan ByungHee kan?Yelah...ByungHee tu baik orangnya.Sebab tulah awak pun boleh jatuh cinta dengan dia,”kata Ji Hoon.Yeon Hee memaksa dirinya untuk tersenyum.

“Okeylah.Awak tak kerja ke hari ni?”Yeon Hee cuba menukar topic perbualan.Ji Hoon angguk sambil tersenyum.

“Ye,saya kerja.Okeylah,saya pergi dulu,”kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar angguk sambil tersenyum.Ji Hoon memadang ke arahnya sebelum dia mencapai tangan wanita itu.Yeon Hee sekadar memandang ke arahnya.

“Seperti yang awak katakan semalam...kalau saya nak rasa gembira,saya kena pegang tangan awak,kan?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum apabila mendengar kata-kata lelaki itu.

“Gomawo,”ucap Ji Hoon,sebelum dia mengucup lembut tangan Yeon Hee yang sedang dipegangnya itu.Yeon Hee tergamam dengan tindakan mengejut daripada Ji Hoon itu.Ji Hoon tersenyum ke arahnya sebelum dia melepaskan tangan Yeon Hee secara perlahan-lahan.Dia kemudiannya melangkah masuk ke dalam kereta,sebelum dia memandu keretanya meninggalkan perkarangan rumah agam milik Yeon Hee itu.

 

 

Yeon Hee melangkah masuk ke dalam bilik Tuan Lee dengan langkah yang tergesa-gesa.Kelihatan Tuan Lee sedang berdiri membelakanginya sambil memandang pemandangan di luar biliknya itu.Dia yakin,Tuan Lee nampak perbuatannya dengan Ji Hoon sebentar tadi.

“Sejak bila pula Yeon Hee bercerita mengenai Ji Hoon dekat appa?”Soal Yeon Hee.Tuan Lee menoleh ke arahnya.

“Appa jangan ingat yang Yeon Hee tak tahu pasal rancangan appa,okay?Kalau Appa cuba nak apa-apakan Ji Hoon,seperti yang appa buat terhadap ByungHee dulu...Yeon Hee betul-betul tak akan lepaskan Appa.Appa akan terima balasannya juga suatu hari nanti,”kata Yeon Hee.Tuan Lee sekadar tersenyum.

“Yeon Hee ada bukti ke nak tuduh Appa ni?Semua tu kan kemalangan.Appa tak ada kena mengena langsung dengan kematian ByungHee,”kata Tuan Lee,tenang.Yeon Hee mengetap bibirnya.

“Appa...tolong jangan apa-apakan Ji Hoon.Dia tak tahu apa-apa langsung dalam hal ni.Ya,memang dia saudara kembar ByungHee.Tapi,dia langsung tak ada kaitan dengan hal kita,appa.Cukuplah dengan apa yang Appa dah buat terhadap ByungHee dulu,”kata Yeon Hee.Tuan Lee menghempas bukunya di atas meja dengan kuat.Yeon Hee terkejut dengan tindakan ayahnya itu.

“Cukup!Kalau Yeon Hee datang sini semata-mata nak tuduh Appa yang bukan-bukan,lebih baik Yeon Hee keluar dari sini!”Jerkah Tuan Lee.

“Yeon Hee Cuma cakap apa yang betul.Yeon Hee tahu yang appa sangat bencikan ByungHee sebab Yeon Hee berkeras tak nak teruskan pertunangan dengan Nichkhun oppa semata-mata kerana ByungHee.Tapi semua tu bukan salah ByungHee.Yeon Hee yang salah.Kalau appa nak hukum Yeon Hee,bukan ni caranya.ByungHee langsung tak bersalah,”kata Yeon Hee.

“Bukan ke appa dah cakap yang appa tak nak Yeon Hee teruskan hubungan dengan lelaki miskin tu?Sebab tu appa sanggup buat apa saja asalkan Yeon Heed an lelaki miskin tu takkan dapat bersama,”kata Tuan Lee.

“Dengan menjadikan diri appa sebagai pembunuh?”Balas Yeon Hee,kasar.Tuan Lee sekadar membisu.Yeon Hee tersenyum sinis.

“Appa buatlah apa yang appa nak buat.Yeon Hee dah malas nak ambil tahu.Apa yang pasti,Yeon Hee akan lindungi Ji Hoon.Yeon Hee takkan benarkan nasib yang sama menimpa Ji Hoon,”kata Yeon Hee sebelum dia beredar meninggalkan Tuan Lee di situ.Tuan Lee menggenggam erat tangannya,cuba mengawal kemarahannya yang kian memuncak itu.

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe