Chapter 11

Hello & Goodbye

Yeon Hee membisu sepanjang berada dalam perjalanan pulang menuju ke rumah.Su Ji yang sedang memandu itu turut membisu.Sekali sekala dia menoleh ke arah kakaknya yang sedang duduk di sebelahnya itu.Pastinya kakak itu masih lagi terkejut dengan peristiwa sebentar tadi.Pertemuan dengan seorang lelaki yang bernama Jung Ji Hoon,yang wajahnya seiras dengan Jung Byung Hee itu benar-benar mengejutkan.Siapa sangka,pertemuan dengan Dayoung itu telah membawa mereka untuk bertemu dengan Jung Ji Hoon itu.Sungguh wajah mereka begitu mirip.Hanya gaya rambut Ji Hoon yang berwarna perang dan bercermin mata itu sahaja yang membezakan dirinya dengan Jung Byung Hee.Jung Byung Hee berambut hitam dan bergaya sederhana jika mahu dibandingkan dengan Jung Ji Hoon yang berambut perang,bercermin mata dan lebih bergaya,menepati ciri-ciri seorang lelaki bekerjaya sebagai seorang doktor.

"Unni."Su Ji cuba untuk berbual dengan Yeon Hee,namun panggilannya itu tidak disahut oleh kakaknya itu.Yeon Hee bagaikan sedang berada di suatu tempat lain yang hanya diketahui oleh dirinya.Su Ji melepaskan keluhan kecil.Yeon Hee lebih selesa memandang ke arah pemandangan di luar.Wajah Ji Hoon yang ditemuinya sebentar tadi masih lagi mengganggu fikirannya.

 

Imbas kembali....

"Saya minta maaf banyak-banyak sebab dah susahkan Cik Yeon Hee dan Cik Su Ji atas kecuaian saya,"kata Ji Hoon,sambil mengukir senyuman manis ke arah dua beradik itu.Dayoung sekadar menikmati ais krimnya tanpa menghiraukan perbualan antara ayahnya dengan Yeon Hee.Yeon Hee sekadar tersenyum nipis tanpa melepaskan sedikit pun pandangannya terhadap Ji Hoon yang sedang duduk di hadapannya itu.

"Em...Encik Ji Hoon..."Su Ji cuba untuk menyertai perbualan antara Ji Hoon dengan Yeon Hee itu.Ji Hoon menoleh ke arahnya.Jantung Su Ji bagaikan berhenti berdegup apabila bertentang mata dengan Ji Hoon yang wajahnya itu seiras dengan Byung Hee.

"Em..saya...Em...kita pernah jumpa ke sebelum ni?"Soal Su Ji,teragak-agak.Kelihatan Ji Hoon sedang memikirkan sesuatu sebelum memberikan jawapan kepada Su Ji.Yeon Hee turut menantikan jawapan Ji Hoon dengan penuh debaran.Ji Hoon tersenyum tidak lama selepas itu.

"I don't think so.Sebab saya dengan Dayoung...baru saja berpindah ke Korea sebulan yang lepas,"kata Ji Hoon,sambil memandang ke arah anak perempuannya itu.

"Em...kenapa Cik Su Ji tanya ye?Cik Su Ji pernah jumpa saya kat mana-mana ke sebelum ni?Maaflah kalau saya tak perasan,"kata Ji Hoon.

"Eh,tak adalah,Encik Ji Hoon.Saya cuma bertanya je.Mungkin pelanduk dua serupa kot,"kata Su Ji,sambil mencuri-curi pandang ke arah Yeon Hee.Yeon Hee sekadar membisu.Kelihatan jelas sekali wajah hampanya itu.Ji Hoon sekadar tersenyum.

"Mungkin juga,"balas Ji Hoon.Ji Hoon kemudiannya melihat jam tangannya itu.

"Em,saya rasa saya kena pergi dulu.Saya masih ada kerja lagi sekarang ni,"kata Ji Hoon sebelum mengeluarkan sesuatu dari dalam dompetnya.Sekeping kad berwarna putih dihulurkan kepada Yeon Hee.

"Ini kad nama saya.Kalau Cik Yeon Hee dengan Cik Su Ji perlukan apa-apa bantuan ke,bolehlah hubungi saya.Saya akan cuba bantu cik berdua,memandangkan Cik Yeon Hee dan Cik Su Ji dah banyak tolong saya hari ni,"kata Ji Hoon.Perlahan-lahan,Yeon Hee mengambil kad nama dari tangan Ji Hoon itu.

 

Dr. Jung Ji Hoon

Pakar Respiratori

Jabatan Paediatrik

Hospital Seoul

No.Tel:XXXXX-XXXXXX

 

"Terima kasih,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum.Su Ji kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari dalam beg tangan Yeon Hee.Pantas sahaja dia menghulurkan kad nama milik Yeon Hee itu kepada Ji Hoon.Kad nama itu kemudiannya bertukar tangan.Ji Hoon tersenyum sebaik sahaja membaca kad nama milik Yeon Hee itu.

"Baiklah,Cik Yeon Hee.Saya harap kita boleh jumpa lagi selepas ni,"kata Ji Hoon,sambil memandang ke arah Yeon Hee.Yeon Hee sekadar angguk.

"Jom,Dayoung.Kita balik okey?Appa nak balik hospital ni,"kata Ji Hoon sambil memegang bahu kanan anak perempuannya itu.Dayoung sekadar angguk,menuruti kata-kata ayahnya itu.Ji Hoon tersenyum.

"Kami pergi dulu ya,Cik Su Ji,"kata Ji Hoon sambil memandang ke arah Su Ji.Su Ji membalasnya dengan senyuman.Ji Hoon kemudiannya menoleh ke arah Yeon Hee.

"Saya harap kita jumpa lagi,Cik Yeon Hee,"kata Ji Hoon.Dia kemudiannya beredar dari situ sambil memegang tangan Dayoung.

**********************************

"Unni...unni janganlah diam macam ni.Su Ji faham apa yang unni rasa sekarang ni.Tapi...unni buat Su Ji risaulah sekarang ni,"kata Su Ji.Namun,kata-katanya itu dibiarkan sepi oleh Yeon Hee yang lebih selesa memandang ke arah pemandangan di luar kereta itu.

"Unni!"Sekali lagi,Yeon Hee tidak menyahut.Su Ji kemudiannya memberhentikan keretanya di bahu jalan secara mengejut.Yeon Hee terkejut dengan tindakan adik perempuannya itu.Dia menoleh ke arah Su Ji.

"Kenapa dengan unni ni?!"Soal Su Ji,geram.Yeon Hee melepaskan keluhan kecil.

"Unni...Su Ji pun terkejut bila kita jumpa dengan Dr.Ji Hoon tadi.Tapi,takkan unni nak terus diam macam ni?Memang wajah dia mirip dengan ByungHee oppa.Tapi unni kena terima hakikat yang dia bukan ByungHee oppa.Dia adalah seseorang yang wajahnya mirip dengan ByungHee oppa.Tu je,"kata Su Ji.Yeon Hee tetap tidak membalas apa-apa.Dia lebih selesa mendiamkan diri.

"Unni...sampai bila unni nak jadi macam ni?Sampai bila unni nak terus hidup dalam kenangan silam bersama dengan ByungHee oppa?Su Ji bukan nak paksa unni untuk lupakan dia,tapi Su Ji tak nak unni berubah macam sekarang ni.ByungHee oppa pun mesti tak suka kalau dia tengok unni asyik sedih macam ni,"kata Su Ji.Kali ini,nada suaranya menjadi lebih tenang.

"Unni..."Su Ji menyentuh bahu Yeon Hee itu.Su Ji terkejut apabila melihat butir-butir jernih yang mengalir,membasahi pipi gebu Yeon Hee itu.

"Bukan senang untuk unni lupakan dia,Su Ji.Kehadiran ByungHee dalam hidup unni...memang singkat ...tapi begitu bermakna.Kemana-mana saja unni pergi,unni mesti teringatkan dia.Tidak pernah sekali pun,unni lupakan dia,Su Ji..."Kata Yeon Hee,sebak.Su Ji sekadar mendengar.

"Lagi-lagi bila unni berjumpa dengan Ji Hoon..."Kelihatan Yeon Hee mengukir senyuman.

"Kalau ikutkan perasaan rindu unni terhadap ByungHee,unni rasa nak peluk Ji Hoon tadi.Unni nak peluk dia erat-erat.Unni nak cakap kat dia...yang unni rindu sangat dengan dia..."Kata Yeon Hee,sambil mengesat air matanya yang mengalir itu.

"Tapi unni..."

"Unni tahu dia bukan ByungHee.Unni tahu."Belum sempat Su Ji menghabiskan kata-katanya,Yeon Hee segera memintas.

"Dan unni akan cuba terima semua tu,"sambungnya lagi.

******************************

Ji Hoon memerhatikan kad nama Yeon Hee yang berada dalam pegangannya itu.Wajah Yeon Hee yang muram itu muncul dalam ingatannya secara tiba-tiba.

"Kenapa dia macam tak suka je dengan aku tadi ye?"Fikirnya.Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"Entahlah.Aku pun tak faham,"katanya.

"Tapi...dia tu...macam ada sesuatu je.Cara dia tengok aku tadi,macam dia pernah jumpa aku sebelum ni...Tapi,aku rasa...aku tak pernah pun jumpa dia kat mana-mana sebelum ni,"katanya lagi.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.Dia kemudiannya memandang ke arah sekeping gambar yang berada di atas mejanya itu.Perlahan-lahan,dia mengukir senyuman manis.Dia kemudiannya menoleh ke arah Dayoung yang sedang tidur lena di sebelahnya itu.Perlahan-lahan dia mengucup lembut dahi anak perempuannya yang sedang lena dibuai mimpi itu.Dia kemudiannya menanggalkan cermin matanya sambil membaringkan diri di sebelah Dayoung,sebelum dipeluknya anak kecilnya itu.

"Lee Yeon Hee..."

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe