Chapter 27

Hello & Goodbye

“Saya sayangkan awak, Ji Hoon.Saya tak nak kehilangan awak...”

 

Ji Hoon memandang ke arah Yeon Hee yang sedang terbaring di atas katil itu.Perlahan-lahan,dia meletakkan tangannya pada dahi wanita itu.Bibirnya menguntum senyuman lega apabila menyedari demam Yeon Hee yang kian kebah itu.Dia kemudiannya sekali lagi menatap wajah Yeon Hee itu.

 

“Saya sayangkan awak, Ji Hoon.Saya tak nak kehilangan awak...”

 

Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.Ternyata dia begitu tidak menjangkakan kata-kata itu akan disebut oleh wanita itu.Dia sendiri keliru dengan perasaan sebenarnya terhadap wanita itu.Adakah dia turut mempunyai perasaan yang sama terhadap wanita itu?Adakah dia turut menyanyangi wanita itu sebagaimana yang dirasai oleh wanita itu terhadapnya?

“Ji Hoon ah...”

Ji Hoon tersenyum apabila melihat Yeon Hee yang mulai sedar dari lenanya itu.

“Awak rasa macam mana sekarang?Dah okey sikit?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee cuba menggagahkan dirinya untuk bangun dari pembaringannya itu sambil dibantu oleh Ji Hoon.Dia memandang ke arah Ji Hoon.

“Saya dah menyusahkan awak...saya minta maaf,”kata Yeon Hee.

“Tak ada apa-apalah.Patutnya awak cakap yang awak memang tak sihat hari ni.Tak payahlah kita keluar tadi.Patutlah awak nampak lain je hari ni,”kata Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum kelat.

“Saya...saya minta maaf sebab tanya awak pasal ByungHee tadi.Saya tak sepatutnya bangkitkan hal itu secara tiba-tiba,”kata Yeon Hee.

“Kan saya cakap tadi...yang saya tak kisah.Awak kan Cuma nak tahu je.Takkanlah saya tak nak beritahu awak kot.Lagipun...ByungHee kan salah seorang yang penting dalam hidup awak juga,”kata Ji Hoon.Yeon Hee tersenyum lagi.Perlahan-lahan,dia mencapai tangan lelaki itu.

“Gomawo...”Ucap Yeon Hee,perlahan.Ji Hoon sekadar tersenyum.

“Awak betul-betul maksudkan kata-kata awak tadi?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee memandang ke arahnya.

“Yang...awak sayangkan saya?”Soal Ji Hoon lagi.Yeon Hee tidak terus menjawab pertanyaan wanita itu.Entah mengapa dia berasa malu dengan keterlanjuran kata-katanya sebentar tadi.Ji Hoon tersenyum.

“Dua kali awak cakap yang awak sayangkan saya.tadi.Saya tak tahu kalau awak...dalam keadaan separa sedar atau tak tadi.Tapi...terima kasih sebab awak sudi sayangkan saya,”kata Ji Hoon sambil tersenyum. Perlahan-lahan,Yeon Hee menguntum senyuman malu.

Ji Hoon kemudiannya mencapai tangan Yeon Hee sebelum diramasnya tangan itu dengan lembut.

“Saya sendiri masih belum pasti...perasaan sebenar saya terhadap awak,Yeon Hee.Tapi...saya rasa senang sangat kalau saya dapat bersama dengan awak...macam ni,”kata Ji Hoon.Yeon Hee memandang ke arahnya.

“Awak masih belum boleh membuka hati awak untuk menerima cinta saya?”Soal Yeon Hee.Ji Hoon memandang ke arahnya.Dia tidak terus menjawab  pertanyaan wanita itu.

“Bukan macam tu...saya...saya Cuma takut yang saya akan kecewakan awak.Saya Cuma nak awak sedar...yang saya bukan ByungHee.Saya tak nak awak keliru dengan perasaan awak sendiri,”kata Ji Hoon.

“Saya tahu hakikat tu,Ji Hoon.Saya memang dah lama terima hakikat bahawa awak ialah Ji Hoon...bukannya ByungHee.Dan saya yakin...yang perasaan saya terhadap awak ni...ikhlas.Saya memang sayangkan awak..sebab diri awak.Bukannya ByungHee,”kata Yeon Hee.Ji Hoon terdiam apabila mendengar kata-kata Yeon Hee itu.

“Saya betul-betul sayangkan awak...dan saya takut untuk kehilangan awak,Ji Hoon.”Kata Yeon Hee lagi.Suaranya mulai kedengaran sebak.

“Saya takut untuk kehilangan awak,”kata Yeon Hee lagi.Ji Hoon tersenyum nipis sebelum dia menarik Yeon Hee ke dalam pelukannya.

“Kenapa awak cakap macam tu?Saya kan memang ada kat sini.Saya bukannya pergi mana-mana pun,”kata Ji Hoon.Yeon Hee memeluk tubuh lelaki itu dengan erat.

“Saya takut...yang awak akan tinggalkan saya bila..awak tahu kebenarannya nanti,Ji Hoon...”Bisik hati Yeon Hee.

 

 

 

Yeon Hee tersenyum apabila mengenangkan kembali saat dia meluahkan perasaannya terhadap Ji Hoon itu.Entah mengapa dia berasa wajahnya berubah panas setiap kali mengingatkan momen itu.Namun,senyumannya kembali mengendur apabila kata-kata Ji Hoon tempoh hari kembali bermain dalam fikirannya.Ternyata tujuan sebenar Ji Hoon ke Seoul itu adalah untuk mencari punca sebenar kematian saudara kembarnya,ByungHee itu.Yeon Hee melepaskan keluhan berat.

“Apa yang aku harus lakukan?Macam mana kalau dia bencikan aku kalau dia tahu yang appa terlibat dengan kematian ByungHee?”Soalnya perlahan.Sungguh dia begitu takut untuk menghadapi kemungkinan itu.Namun,pada waktu yang sama,dia tidak mahu terus berbohong terhadap Ji Hoon.Ji Hoon berhak untuk tahu kejadian sebenar yang menimpa  ByungHee sebelum ByungHee terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawanya itu.

 

Imbas kembali:

 

2 tahun yang lalu....

 

Yeon Hee menaiki anak tangga dengan langkah yang perlahan.Su Ji yang memaut bahunya itu kelihatan bimbang apabila melihat keadaan kakaknya yang tidak bermaya itu.Yeon Hee bagaikan kehilangan kekuatan untuk hidup tanpa ByungHee di sisi.

“Unni...gwenchana?”Soal Su Ji,bimbang.Yeon Hee sekadar mengangguk,tanpa menjawab pertanyaan Su Ji secara lisan.Su Ji melepaskan keluhan berat.

“Unni rehatlah dekat bilik dulu okey?Tenangkan fikiran...dan jangan fikir sangat pasal hal ni.Unni kena jaga kesihatan sendiri juga,”kata Su Ji.Yeon Hee menoleh ke arah adiknya sambil tersenyum nipis.

“Unni okeylah.Su Ji jangan risau.Tak apalah...Su Ji pergilah ke sekolah dulu.Unni boleh pergi ke bilik sendiri,’kata Yeon Hee.

“Tak apalah unni.Unni tak sihat ni.Kalau unni tiba-tiba terjatuh macam mana?”Soal Su Ji,bimbang.Yeon Hee tersenyum lagi.

“Tak apa.Unni boleh jalan sendiri.Su Ji janganlah risau,okey?”Kata Yeon Hee,terus meyakinkan Su Ji bahawa dia masih boleh bergerak sendiri tanpa sebarang masalah.Su Ji akhirnya terpaksa mengalah.

“Okey.Su Ji pergi ke sekolah dulu.Unni...elok-elok sikit jalan tu,”kata Su Ji.Yeon Hee angguk sambil tersenyum.Yeon Hee kemudian melihat kelibat Su Ji yang perlahan-lahan hilang dari pandangan matanya itu.Dia kemudiannya menaiki tangga untuk menuju ke biliknya dengan langkah yang perlahan.

 

Langkahnya terhenti apabila dia kini berada di hadapan pintu bilik ayahnya,Tuan Lee itu.Dia ingin membincangkan sesuatu dengan ayahnya itu perihal hal pertunangannya dengan Nichkhun itu.Tangannya diletakkan pada tombol pintu bilik ayahnya itu.

“Apa?!Dia mati?!”

Niat Yeon Hee untuk terus memulas tombol pintu itu terhenti.Tubuhnya kaku apabila terdengar kata-kata ayahnya itu.Siapa yang mati?

“Apa yang kau dah buat sampai dia boleh mati macam tu?Kan aku dah kata...yang aku Cuma nak kau takutkan dia supaya dia takkan berani ganggu anak aku lagi.Bukannya aku suruh kau bunuh dia?”Kata Tuan Lee.

“Kematian dia tu tak disengajakan,Tuan.Dia lari lepas kami pukul kami.Dan..tiba-tiba dia dilanggar kereta.Lepas tu..dia terus mati,”kata seorang lelaki.Tuan Lee melepaskan keluhan berat.

“Aku nak kau pergi dari sini.Dan jangan sesekali kau balik ke sini.Aku tak nak ada sebarang bukti pun pasal kejadian ni.Dan apa yang penting...Yeon Hee tak boleh tahu pasal hal ni.Biar saja dia anggap yang lelaki tu mati disebabkan kemalangan.Faham?”Soal Tuan Lee.Lelaki itu hanya mengganggukkan kepalanya.

“Hapuskan semua bukti dan selepas tu...kau pergi dari sini,”kata Tuan Lee.Lelaki itu mengangguk lagi,sebelum dia berjalan menuju ke arah pintu bilik Tuan Lee.

Yeon Hee cepat-cepat menyembunyikan dirinya daripada dilihat oleh pekerja ayahnya itu.Sebaik sahaja,dia betul –betul memastikan lelaki itu sudah tiada di situ,barulah Yeon Hee memberanikan diri untuk keluar dari tempat persembunyiannya itu.Pipinya yang sudah lama basah oleh air matanya itu,sengaja dibiarkan.Sungguh dia tidak sangka mengenai rancangan jahat ayahnya yang menyebabkan kematian ByungHee semata-mata tidak mahu pertunangannya bersama Nichkhun itu dibatalkan.

 

 

 

Yeon Hee menggenggam erat tangannya.Dia akui dia tidak mempunyai bukti yang kukuh untuk menuduh Tuan Lee atas penglibatannya yang menyebabkan kematian ByungHee itu.Namun,dia tidak boleh membiarkan ayahnya terlepas begitu sahaja.Bimbang sekiranya Tuan Lee akan melakukan perkara yang sama terhadap Ji Hoon pula.Itulah yang paling Yeon Hee takutkan!

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe