Chapter 18

Hello & Goodbye

Ji Hoon memerhatikan pemandangan di luar kafe itu.Sudah hampir 15 minit dia berada di situ.Gayanya seperti sedang menunggu seseorang yang akan datang berjumpa dengannya sebentar lagi.Jauh di sudut hatinya,dia berasa bimbang dengan pertemuan itu.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.

 

Imbas kembali...

 

"Kenapa tiba-tiba call ni?Macam mana Gayoon boleh dapat nombor telefon ni?"Soal Ji Hoon,terkejut menerima panggilan daripada wanita bernama Gayoon itu.

"Dari mana Gayoon dapat nombor ni...itu tak pentingla,oppa.Gayoon cuma nak tanya khabar Dayoung...tu je,"kata Gayoon.Ji Hoon menarik nafas panjang sebelum menghembusnya secara perlahan-lahan.

"Apa lagi yang Gayoon nak?Kita kan dah pernah bincang pasal hal ni.Oppa ingat hal ni dah selesai,"kata Ji Hoon,tidak puas hati.

"Gayoon nak jumpa dengan oppa esok,"kata Gayoon.

"Gayoon ah..."

Belum sempat Ji Hoon meneruskan kata-katanya,panggilan telefon itu terputus.Ji Hoon menggigit bibirnya,menahan geram.

"Ottoke?"Soalnya,perlahan.Matanya memandang ke arah Dayoung yang sedang seronok bermain dengan Yeon Hee itu.Hatinya resah selepas menerima panggilan telefon daripada Gayoon itu.

 

"Hai,oppa."Sapaan Gayoon itu mematikan lamunan Ji Hoon.Ji Hoon mendongak ke arahnya.Kelihatan Gayoon sedang berdiri dan tersenyum di hadapannya itu.Gayoon kemudiannya terus menarik kerusi sebelum duduk di hadapan Ji Hoon.Ji Hoon sekadar membiarkannya tanpa berkata apa-apa walaupun sepatah.

"Sorry,Gayoon ada hal sikit tadi.Tu yang lambat tu.Oppa dah lama tunggu?"Soal Gayoon.Ji Hoon tidak segera menjawab sebaliknya memandang ke arah Gayoon.

"Apa lagi yang Gayoon nak dari oppa?Oppa ingat...hal mengenai Dayoung dah selesai,"kata Ji Hoon,berterus-terang.Gayoon sekadar tersenyum.

"Oppa ni..Gayoon kan baru je sampai.Bagilah Gayoon order air dulu ke apa ke..ni tak...terus serang je,"kata Gayoon,selamba.

"Oppa tak ada masa untuk semua ni.Kalau Gayoon betul-betul ada hal penting yang nak dibincangkan dengan oppa,cakap terus.Tak perlu nak putar belit keadaan,"kata Ji Hoon,mulai berang.Senyuman Gayoon mengendur.

"Oppa,Gayoon datang dengan niat yang baik.Kenapa oppa nak marah-marah ni ni?"Soal Gayoon pula.Ji Hoon tersenyum sinis.

"Niat baik?"Soal Ji Hoon,sinis.

"Ya.Niat baik.Kenapa?Oppa takut yang Gayoon nak tuntut hak penjagaan Dayoung ke?"Soal Gayoon.Ji Hoon melepaskan keluhan berat.

"Habis tu?Gayoon nak apa?"Soal Ji Hoon.

"Saja nak melawat oppa dengan Dayoung.Lagipun Gayoon rindula nak jumpa dengan Dayoung.Oppa bagikan kalau Gayoon nak bawa dia jalan-jalan?"Soal Gayoon pula.Ji Hoon tidak segera menjawab.Dia menoleh ke arah luar.

"Appa...dengan omma Gayoon...masih belum maafkan oppa ke?"Soal Ji Hoon,tiba-tiba.Gayoon terkejut dengan pertanyaan Ji Hoon itu.Ji Hoon kemudiannya memandang ke arah Gayoon.

"Mereka masih belum maafkan oppa lagi kan?"Soal Ji Hoon lagi.Gayoon tidak segera menjawab.Ji Hoon tersenyum hambar.

"Oppa faham kalau mereka masih belum maafkan oppa atas kematian Ji Eun.Oppa takkan paksa mereka untuk maafkan oppa...yelah...ibu bapa mana yang tidak sayangkan anak kan?Dan...kalau mereka hantar Gayoon ke sini...semata-mata untuk tuntut balik hak penjagaan Dayoung,oppa minta maaf.Oppa tak izinkan.Oppa...oppa tak boleh hidup tanpa dia,"kata Ji Hoon,perlahan.Gayoon ragu-ragu untuk meneruskan kata-katanya.Ji Hoon bagaikan sudah dapat mengagak tujuan kedatangannya ke situ.

"Miane oppa.Gayoon tak tahu nak cakap apa tapi..."

"Gayoon pun bencikan oppa kan?Sebab oppa dah menyebabkan kematian satu-satunya kakak Gayoon?"Soal Ji Hoon,tanpa menunggu Gayoon untuk menghabiskan kata-katanya.Gayoon diam membisu.Ji Hoon bersandar pada tempat duduknya.

"Gayoon boleh hukum oppa.Tapi tolong jangan pisahkan oppa dengan Dayoung.Oppa tahu...permintaan oppa ni..macam orang pentingkan diri sendiri ,tapi..Dayoung...satu-satunya harta yang paling bernilai dalam hidup oppa.Oppa tak boleh hidup tanpa Dayoung,"kata Ji Hoon,bersungguh-sungguh

"Oppa..."

Ji Hoon segera berdiri dari tempat duduknya apabila Gayoon mula untuk berkata-kata.Gayoon mendongak ke arahnya.

"Keputusan oppa muktamad.Walau apapun terjadi,oppa takkan serahkan hak penjagaan Dayoung kepada mereka,"kata Ji Hoon,nekad.

"Muktamad."Ji Hoon mengulangi kata-katanya dan kali ini lebih jelas.Ji Hoon kemudiannya beredar,meninggalkan Gayoon keseorangan di situ.Gayoon mengetuk meja di situ.Keluhan berat dilepaskan.Rancangannya gagal begitu sahaja sebelum dia sempat memulakannya.

 

**************************************

 

"Jauhnya Doktor termenung.Doktor sakit ke?"

Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee yang baru sahaja mengambil tempat di sebelahnya itu.Air kotak dihulurkan kepada lelaki itu.Ji Hoon tersenyum ke arahnya sambil menyambut huluran Yeon Hee itu.

"Sejak belakangan ni...awak macam ada masalah je.Kenapa?"Soal Yeon Hee,bimbang.Ji Hoon pantas menggeleng.

"Saya nampak lain ke?Mana adalah,"kata Ji Hoon,pura-pura ketawa.

"Yeke?Saya perasan yang awak dah tak ceria macam dulu sejak kita keluar pergi theme park hari tu.Saya ada buat salah apa-apa dengan awak ke,Ji Hoon?"Soal Yeon Hee,ingin tahu.Dahi Ji Hoon berkerut mendengar kata-kata Yeon Hee itu.

"Ish,tak adalah.Saya okey.Cuma penat je.Banyak kerja dekat hospital sejak belakangan ni.Awak pula macam mana?"Soal Ji Hoon pula,cuba menukar topik.

"Macam mana?Maksudnya?"Soalan Ji Hoon itu dibalas dengan soalan oleh Yeon Hee.

"Yela...maksud saya..kerja awak...kehidupan awak..semua okey ke?"Soal Ji Hoon lagi.

"Oh...ingatkan apa tadi.Saya okey je,"kata Yeon Hee.Ji Hoon sekadar angguk.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon apabila lelaki itu kembali menyepi.Perlahan-lahan,dia menyentuh tangan Ji Hoon.Ji Hoon menoleh ke arah Yeon Hee.Sedikit terkejut dengan tindakan wanita itu.

"Hei,awak betul-betul okey ke ni?"Soal Yeon Hee,benar-benar bimbang.

"Awak nak makan benda-benda manis tak?"Soal Ji Hoon,tiba-tiba.Kening kanan Yeon Hee terangkat sebaik sahaja mendengar kata-kata Ji Hoon itu.

"Hah?"

 

******************************************

 

Ji Hoon tersenyum apabila melihat 3 keping bebola biskut yang beraneka warna terhidang di hadapan matanya.Dia kemudiannya mengambil pengetuk kayu yang berada di atas meja itu.Yeon Hee yang sedang duduk di hadapannya itu segera memegang tangan Ji Hoon.

"Kejap,awak nak buat apa ni?"Soal Yeon Hee.Ji Hoon ketawa.

"Awak tak pernah datang sini ke?Saya dengan Aron selalu datang sini kalau rasa stress,"kata Ji Hoon.Yeon hee menggeleng.

"Habis tu,kalau awak stress,awak buat apa?"Soal Ji Hoon,ingin tahu.

"Tidur."Pendek jawapan yang diberikan oleh Yeon Hee.Ji Hoon sekadar tersenyum.Dia kemudiannya menunjukkan pengetuk kayu itu di hadapan Yeon Hee.Yeon Hee membelakangkan sedikit tubuhnya ke belakang.

"Ini adalah cara melepaskan stress yang terbaik.Awak tengok ni,"kata Ji Hoon sebelum dia memandang ke arah bebola biskut yang beraneka warna itu.Ji Hoon memasukkan sebiji bebola biskut berwarna ungu ke dalam beg kertas sebelum diketuknya dengan pengetuk kayu.Yeon Hee terkejut dengan tindakan Ji Hoon itu.Ji Hoon sekadar tersenyum ke arahnya sambil mengambil cebisan biskut yang diketuknya itu untuk dimakan.

"Em...sedapnya!"Ji Hoon tersenyum lebar.Ji Hoon kemudiannya menghulurkan sekeping biskut kepada Yeon Hee.

"Nah."Perlahan-lahan,Yeon Hee membuka mulutnya.

"Awak patut cuba benda ni.Kalau awak rasa marah sangat pasal sesuatu perkara,cara ni memang berkesan untuk awak lepaskan geram.Rasa macam awak pukul muka orang tu sekuat hati.Baru puas hati,"kata Ji Hoon lagi.

"Jadi,betullah sekarang ni awak tertekan disebabkan seseorang?"Soal Yeon Hee.Ji Hoon sekadar tersenyum.Tidak menjawab pertanyaan wanita itu.Dia memandang ke arah wanita itu.

"Sampai masanya nanti,saya akan beritahu awak.Yang penting...kita makan dulu.Awak nak cuba?"Soal Ji Hoon sambil menghulurkan pengetuk kayu itu kepada Yeon Hee.Pengetuk kayu itu bertukar tangan.Ji Hoon kemudiannya memasukkan sebiji bebola biskut lagi ke dalam beg kertas sebelum diberikan kepada Yeon Hee.Yeon Hee kemudiannya mengetuk bebola biskut di dalam beg kertas itu dengan kuat.

"Daebak!"Ji Hoon ketawa.Begitu juga dengan Yeon Hee.

 

 

To be continued...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe