Chapter 10

Hello & Goodbye

"Ala...oppa...takkan kita dah nak balik dah?Kita tak shopping banyak lagi ni,"kata Su Ji sambil menarik-narik lengan baju Mir.Mir melepaskan keluhan berat.

"Aigoo..Su Ji ah...oppa bukan tak nak temankan Su Ji jalan lama-lama.Tapi oppa betul-betul ada hal ni,"kata Mir.Wajah Su Ji berubah muram.Yeon Hee sekadar tersenyum,geli hati melihat gelagat dua orang anak muda yang bercinta itu.Su Ji dan Mir sudah lama mengenali antara satu sama lain.Dahulunya,Mir merupakan senior kepada Su Ji di sekolah sebelum hubungan mereka menjadi lebih serius baru-baru ini.

"Su Ji...Mir kan ada kerja nak buat.Lagipun,dia kan dah bagi warning awal-awal yang dia hanya boleh temankan Su Ji sekejap je,"kata Yeon Hee.

"Tapi unni..."

"Tak apalah,Mir.Noona boleh temankan Su Ji jalan-jalan lagi.Mir bolehlah pergi dulu.Tak apa..Su Ji merajuk sekejap je.Jangan manjakan dia sangat,"kata Yeon Hee sambil menjeling ke arah Su Ji.Su Ji mengalihkan pandangannya daripada Yeon Hee.Mir tersenyum.Dia kemudiannya mengusap lembut kepala Su Ji.

"Oppa pergi kejap ye.Malam nanti oppa call,"kata Mir sambil mengenyitkan matanya.Muka Su Ji berubah merah.

"Noona...saya pergi dulu ya.Miane..sebab susahkan noona,"kata Mir.Yeon Hee sekadar tersenyum sambil angguk.Mir melambai ke arah Su Ji.Mahu tidak mahu,Su Ji membalas lambaian lelaki itu sambil tersenyum.

"Jom.Su Ji nak jalan mana lagi?"Soal Yeon Hee.Kelihatan Su Ji berfikir untuk seketika.

"Su Ji nak belikan baju untuk Mireu oppa la.Alang-alang dia tengah tak ada kan?Bolehlah Su Ji buat surprise,"kata Su Ji.

"Okey,Unni ikut je,"kata Yeon Hee.Su Ji memaut lengan kakaknya itu.Yeon Hee sekadar tersenyum.

 

*****************************

 

Yeon Hee melihat baju-baju yang bergantung pada rak di dalam butik pakaian lelaki itu.Dia mengambil sehelai kemeja berwarna biru lembut.Bibirnya menguntum senyuman nipis.Kemeja biru itu mengingatkannya kepada ByungHee.Yeon Hee kemudiannya meletakkan semula kemeja itu.Dia melepaskan keluhan kecil.Ternyata kehadiran ByungHee memberi kesan yang besar dalam hidupnya.Walaupun tempoh perkenalan mereka begitu singkat,tetapi kenangan yang terbina antara mereka begitu sukar untuk dilupakan.

Yeon Hee mengukir senyuman nipis.Saya baik-baik sahaja sekarang ni,ByungHee.Awak janganlah risau,ByungHee.Hatinya berbicara sendiri,seolah-olah cuba berbicara dengan ByungHee.Yeon Hee kemudiannya beredar dari situ untuk menuju ke arah rak baju yang lain pula.Namun,langkahnya terhenti seketika apabila bajunya ditarik oleh seseorang.Yeon Hee menundukkan wajahnya.Kelihatan seorang kanak-kanak perempuan yang sedang menangis sedang berdiri di sebelahnya.Yeon Hee menundukkan sedikit badannya.

"Eh adik...kenapa ni?"Soal Yeon Hee,bimbang.Kanak-kanak itu mengesat air matanya.

"A..Ap..appa..." Kata kanak-kanak itu sambil menangis teresak-esak.Yeon Hee mengusap lembut kepala kanak-kanak itu sambil tersenyum.

"Okay.Jom ikut unni dulu ya.Nanti kita cari appa sama-sama,"kata Yeon Hee.Kanak-kanak itu sekadar mengikut Yeon Hee sambil memegang tangan wanita itu.

 

***********************************

 

Yeon Hee mencari-cari sesuatu di dalam beg galas kanak-kanak perempuan itu.Kanak-kanak itu pula sekadar memerhati.

"Unni cari apa?"Soal kanak-kanak itu.

"Oh...unni cari kalau-kalau ada nombor telefon appa Dayoung kat dalam beg ni.Nanti unni boleh terus call appa Dayoung,"kata Yeon Hee sambil tersenyum.

"Dayoung dah sekolah ke?'Soal Yeon Hee.Kelihatan Dayoung menganggukkan kepalanya.

"Dayoung sekolah dekat tadika."Kata Dayoung.

"Wah...Dayoung mesti pandai dekat sekolah kan?"Soal Yeon Hee,beramah mesra dengan Dayoung.Dayoung tersenyum.

"Hah...unni dah jumpa.Bolehlah unni telefon appa Dayoung.Appa Dayoung pun mesti risau.Unni call appa Dayoung sekejap ye?"Kata Yeon Hee sebelum dia mendail nombor telefon bapa kepada Dayoung itu.Yeon Hee menanti panggilannya berjawab.Tidak lama selepas itu...

"Yeoboseyo..."Yeon Hee tersentap untuk seketika sebaik sahaja dia mendengar suara seorang lelaki yang menjawab panggilannya itu.

 

"Yeoboseyo."

 

"Yeoboseyo?"

Yeon Hee seolah-olah tersedar dari lamunannya.

"Em..yeoboseyo...Em..boleh saya tanya..em..Encik ni..ayah kepada Dayoung ke?"Soal Yeon Hee,tergagap-gagap.

"Ya,saya.Cik ada jumpa anak saya dekat mana-mana ke?"Soal lelaki itu.

"Em...ya.Dayoung ada bersama dengan saya sekarang ni,"kata Yeon Hee.

"Ah...nasib baik.Saya pun tengah cari anak saya ni.Em..boleh saya tahu cik kat mana?Nanti saya datang dekat cik,"kata lelaki itu.

 

*********************************

 

Yeon Hee menemani Dayoung yang sedang menikmati ais krim yang dibeli oleh Yeon Hee itu.Yeon Hee tersenyum melihat Dayoung yang kusyuk menikmati ais krim itu.

"Dayoung...appa Dayoung kerja apa ya?"Soal Yeon Hee.

"Oh...appa kerja dekat hospital.Dia jadi doktor,"kata Dayoung.

"Wah...ayah Dayoung kerja doktor!Dayoung pun nak jadi doktor ke bila dah besar?"Soal Yeon Hee.

"Tak nak.Dayoung nak jadi cikgu,"kata Dayoung,penuh semangat.

"Oh...Dayoung suka main cikgu-cikgu ya?"Teka Yeon Hee.Dayoung tersenyum malu sambil angguk.Yeon Hee tersenyum ke arahnya sambil mengusap lembut kepala Dayoung itu.Perbualan mereka terhenti apabila telefon bimbit Yeon Hee berdering.

"Su Ji...unni ada dekat kafe bawah ni.Tempat kita selalu lepak tu,"kata Yeon Hee,menjawab panggilan daripada adiknya itu.

"Okey..unni tunggu dekat sini ya,"kata Yeon Hee.Yeon Hee kemudiannya menyimpan semula telefon bimbitnya di dalam beg tangannya.10 minit kemudian,kelibat Su Ji mulai kelihatan.Yeon Hee melambai ke arahnya.

"Unni ni...tiba-tiba saja hilang.Kata nak teman Su Ji jalan-jalan,"kata Su Ji,meluahkan rasa tidak senang hatinya itu.

"Miane...unni ada urgent tadi.Tiba-tiba,unni jumpa Dayoung ni sesat.Tu yang unni tolong temankan dia ni,"kata Yeon Hee.Su Ji memandang ke arah Dayoung.

"Unni dah call ke parents dia?"Soal Su Ji,ingin tahu.Yeon Hee angguk.

"Kita tunggulah kat sini kejap ye,Su Ji.Unni dah cakap dengan appa dia yang unni dengan Dayoung dah tunggu dekat sini,"kata Yeon Hee.Su Ji sekadar angguk sebelum mengambil tempat di sebelah Yeon Hee.

"Em...Cik Yeon Hee kan?"Kedengaran suara seorang lelaki menyebut nama Yeon Hee.Yeon Hee dan Su Ji mendongak ke arah suara itu.

"Appa!"Dayoung menjerit keriangan.Lelaki itu tersenyum ke arah Dayoung sebelum memeluk anak perempuannya itu.

"Dayoung...miane...Appa sibuk sangat jawab telefon sampai boleh terlupa yang appa bawa Dayoung sekali,"kata lelaki itu.Dayoung sekadar tersenyum.Lelaki itu kemudiannya menoleh ke arah Yeon Hee sambil tersenyum.Dia menghulurkan tangannya kepada Yeon Hee.

"Saya Ji Hoon...Jung Ji Hoon..."Kata lelaki bercermin mata itu sambil tersenyum manis.Yeon Hee kelu seribu bahasa apabila melihat lelaki yang wajahnya mirip sekali dengan ByungHee itu sedang berdiri di hadapannya.Begitu juga dengan Su Ji.Perlahan-lahan,Yeon Hee menyambut huluran tangan Ji Hoon itu.

"Saya...Ye..Yeon Hee..Lee Yeon Hee,"kata Yeon Hee,masih lagi dalam keadaan terkejut.Ji Hoon tersenyum.

"Nice to meet you,"kata lelaki itu.Yeon Hee pula masih lagi terus memandang ke arah Ji Hoon.

Benarkah dia tidak bermimpi ketika ini?Benarkah lelaki itu bukan ByungHee yang dikenalinya 2 tahun yang lalu?

 

To be continued...

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe