Chapter 17

Hello & Goodbye

 

Tuan Lee mengeluarkan beberapa keeping gambar yang tersimpan kemas di dalam sampul surat berwarna kuning itu sambil diperhatikan oleh pembantunya yang sedang berdiri di hadapannya itu.Dahinya berkerut sebaik sahaja dia melihat wajah seorang lelaki yang berada di dalam gambar itu.

“Awak pasti yang lelaki dalam gambar ni...bukannya Jung ByungHee tetapi orang lain?”Soal Tuan Lee,inginkan kepastian.Pembantunya itu mengangguk.

“Ya,Tuan.Menurut maklumat yang saya dapat,lelaki ni ialah Jung Ji Hoon,seorang doktor paediatrik di Hospital Seoul.Dia baru sahaja berpindah ke Seoul awal tahun lepas,”kata pembantu itu dengan penuh yakin.

“Maksudnya...lelaki ni...memang bukan Jung ByungHee?”Soal Tuan Lee,tidak percaya.Pembantunya itu angguk.

“Awak dah selidik yang lelaki ni tak ada kaitan dengan Jung ByungHee?”Soal Tuan Lee lagi.

“Mengenai hal tu...saya masih belum dapat maklumat yang betul-betul tepat lagi,Tuan.Tapi...kemungkinan yang mereka ada kaitan antara satu sama lain itu...tetap ada,”kata pembantu itu lagi.Kedengaran Tuan Lee melepaskan keluhan kecil.

“Tuan,Tuan tak ada apa-apa?”Soal pembantunya,bimbang.Tuan Lee mengangkat tangannya.

“Kalau betul lelaki ini ada kaitan dengan Jung ByungHee,saya yakin...tujuan dia datang ke sini adalah untuk mencari punca kematian sebenar Jung ByungHee.Dan...saya takkan sesekali benarkan perkara itu terjadi,”kata Tuan Lee sambil menggenggam tangannya.Sekali lagi dia melihat wajah Ji Hoon yang kelihatan begitu mirip dengan ByungHee di dalam gambar itu.

“Perhatikan lelaki ini.Dan cari...tujuan sebenar dia berkawan rapat dengan anak perempuan saya,”kata Tuan Lee,memberi arahan kepada pembantunya itu.

“Baik,Tuan,”kata pembantunya itu,patuh.

 

***************************************

 

Ji Hoon memegang tangan Dayoung erat sambil berjalan menuju ke arah taman tema yang terletak tidak jauh dari tempat mereka berada itu.Ji Hoon menoleh kea rah anak perempuannya itu.Si kecil itu kelihatan ceria sekali.Ji Hoon tersenyum  melihat telatah anak perempuannya yang tidak sabar-sabar untuk bermain itu.Dia kemudiannya memandang semula ke hadapan.Bibirnya tersenyum lebar apabila melihat Yeon Hee yang sedang menunggu mereka di hadapan pintu masuk taman tema itu.

“Unni!!!” Jerit Dayoung,gembira apabila melihat Yeon Hee yang sedang berada di hadapannya itu.Yeon Hee yang menyedari kehadiran Ji Hoon dan Dayoung itu melambai ke arah mereka.Dayoung cepat-cepat berlari ke arah wanita itu sambil diperhatikan oleh Ji Hoon.

“Wah,Dayoung!Cantiknya,”puji Yeon Hee sambil mengusap lembut rambut Dayoung itu.

“Terima kasih,unni,”balas Dayoung,gembira dengan pujian Yeon Hee itu.Yeon Hee kemudiannya memandang ke arah Ji Hoon.

“Saya ingatkan awak tak datang tadi,”kata Yeon Hee.

“Sorry.Saya ada hal dekat hospital sekejap tadi.Awak dah tunggu lama ke?”Soal Ji Hoon.

“Taklah.Saya pun baru je sampai ni.Em...Aron tak datang sekali ke?”Soal Yeon Hee.

“Dia keluar dengan kawan-kawan hari ni.Dia manalah suka pergi tempat macam ni,”kata Ji Hoon.Yeon Hee tertawa kecil.

“Oh macam tu.Em,tak apalah.Jomlah kita masuk.Dayoung pun macam tak sabar je nak main,”kata Yeon Hee sambil memandang ke arah Dayoung yang sedang memegang tangannya itu.Ji Hoon angguk.

“Appa!”Dayoung menghulurkan tangannya kepada Ji Hoon.Ji Hoon tersenyum sambil mencapai tangan si kecil itu.Yeon Hee turut tersenyum.

 

*****************************************

 

“Em...tak apalah.Kalau awak nak naik...awak naik berdua dengan Dayoung jelah.Saya boleh tunggu kat sini je,”kata Ji Hoon,enggan mengikut Yeon Hee untuk menaiki  Ferris Wheel.

“Ala Ji Hoon...tak bestla kalau awak tak naik sekali.Ala..kita bukannya buat apa-apa pun.Kita duduk-duduk je dalam tu,”kata Yeon Hee,berdegil mahu mengajak Ji Hoon walaupun lelaki itu enggan mengikutinya.

“Saya memang tak sukalah naik benda tu.Em...boring.Saya tak suka,”kata Ji Hoon,sengaja mereka alasan.

“Tak apalah.Awak dengan Dayoung naik jelah benda tu.Saya boleh tunggu dekat sini,”kata Ji Hoon,tetap dengan keputusannya.

“Betul ni?”Soal Yeon Hee,inginkan kepastian.Ji Hoon angguk.

“Okeylah macam tu.Dayoung,kita naik berdua jelah ye.Appa Dayoung tak nak join,”kata Yeon Hee.Dayoung angguk.

“Appa,Dayoung ikut unni ekh?”Soal Dayoung.

“Okey.Dayoung jangan nakal-nakal tau.Dengar cakap unni elok-elok,”pesan Ji Hoon.Dayoung angguk.

“Unni,jom!”Ajak Dayoung.Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon.Ji Hoon sekadar angguk sambil tersenyum.Telefon bimbitnya berdering sebaik sahaja Yeon Hee dan Dayoung beredar dari situ.

“Yeoboseyo,”jawab Ji Hoon.

“Ji Hoon oppa.”Kedengaran suara seorang wanita di dalam telefon bimbitnya itu.

“Em..siapa ni?”Soal Ji Hoon,tidak dapat mengecam pemilik suara itu.

“Aih...mentang-mentanglah dah pindah ke Seoul...sampai suara adik ipar sendiri pun tak kenal ke?”Soal wanita itu.Mata Ji Hoon terbuka luas.

“GaYoon???”

 

******************************************

 

“Appa!!!”

Ji Hoon menoleh ke arah Dayoung yang sedang berlari ke arahnya itu.Yeon Hee pula mengikuti Dayoung dari belakang.Dayoung segera memeluk Ji Hoon.

“Seronok main dengan Unni?”Soal Ji Hoon.Dayoung angguk sambil tersenyum lebar.

“Seronok sangat!Rugi appa tak ada tadi,”kata Dayoung.Ji Hoon tersenyum segaris.Rambut Dayoung itu diusapnya.

“Baguslah kalau Dayoung seronok.Nanti appa bawa Dayoung datang sini lagi okey?”Cadang Ji Hoon.

“Yay!Appa janji tau yang appa nak bawa Dayoung lagi ke sini?”Soal Dayoung,inginkan kepastian.Ji Hoon tersenyum sambil angguk.Ji Hoon kemudiannya memandang kea rah Yeon Hee.

“Terima kasih sebab temankan Dayoung main,”ucap Ji Hoon.Yeon Hee angguk sambil tersenyum.Namun senyumannya mengendur apabila melihat wajah Ji Hoon yang sedikit muram itu.Kelihatan seperti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu.

“Em...awak okey ke,Ji Hoon?”Soal Yeon Hee,bimbang.

“Apa?Em..kenapa awak tanya macam tu?Saya memang okey,”kata Ji Hoon diikuti dengan ketawa yang dibuat-buat.Yeon Hee tersenyum nipis.Dia yakin pasti ada sesuatu yang mengganggu fikiran lelaki itu cuma sengaja disembunyikan oleh lelaki itu.

“Lapar tak?Jom kita makan?Saya belanja,”ajak Ji Hoon.Perlahan-lahan,Yeon Hee angguk.

 

*************************************

 

Ji Hoon memakaikan tali pinggang keledar pada Dayoung yang sedang lena dibuai mimpi itu.Ji Hoon tersenyum melihat Dayoung yang sedang tidur itu.Pasti si kecil itu letih yang teramat selepas seronok bermain di taman tema sebentar tadi.Ji Hoon kemudiannya memandang ke arah Yeon Hee.

“Thanks.Dayoung sangat seronok bermain hari ni sebab awak,”ucap Ji Hoon.

“Tak ada apalah,Ji Hoon,”balas Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum segaris sebelum wajahnya berubah muram.

“Awak betul-betul okey ke ni?Dari tadi saya perasan muka awak macam...ada masalah,”soal Yeon Hee.

“Saya okey.Mungkin saya penat kot,”balas Ji Hoon,berbohong.

“Okey.Tapi...kalau awak ada masalah,awak boleh kongsikan masalah awak dengan saya.Manalah tahu,mungkin saya boleh bantu,”kata Yeon Hee.Ji Hoon memandang tepat ke arah anak mata Yeon Hee sebelum disentuhnya pipi Yeon Hee itu.Yeon Hee terkejut dengan tindakan lelaki itu.Apatah lagi,apabila lelaki itu mencium pipinya tanpa dijangka.Wajah Yeon Hee berubah merah.

“Gomawo,”ucap Ji Hoon sambil tersenyum ke arahnya.

“Em...awak nak saya hantarkan awak balik ke?”Soal Ji Hoon.Yeon Hee pula masih lagi membisu.Ji Hoon menyentuh bahu Yeon Hee.

“Yeon Hee ah?”

“Ah,ye?”Soal Yeon Hee,bagaikan baru dikejut dari lena.Ji Hoon tertawa kecil.

“Awak nak saya hantar awak balik tak?”Ji Hoon mengulangi soalannya semula.

“Oh...em..its okay.Saya boleh drive sendiri.Em...tak apalah kalau macam tu.Kita jumpa lain kali ekh?Bye,”ucap Yeon Hee,sebelum beredar meninggalkan Ji Hoon di situ.Ji Hoon tersenyum,terhibur dengan kelakuan Yeon Hee itu.Dia kemudiannya menoleh semula kea rah Dayoung yang sedang tidur itu.Entah mengapa,perbualannya dengan Gayoon menerusi telefon tadi kembali mengganggu fikirannya.

 

To be continued...

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe