Chapter 9

Hello & Goodbye

2 tahun kemudian...

 

Yeon Hee melangkah masuk ke dalam gerabak tren itu dengan langkah yang lemah.Dia kemudiannya berdiri di suatu sudut apabila tiada langsung tempat duduk yang kosong.Dia memandang pemandangan di luar tren itu dengan pandangan yang kosong.Sudah 2 tahun masa berjalan.Sudah 2 tahun juga,dia hidup berseorangan tanpa ByungHee disisi.

 

"Saya janji yang saya akan sentiasa di sisi awak,Yeon Hee.Saya janji yang saya takkan tinggalkan awak..."

 

Yeon Hee memegang erat palang besi yang berada di dalam gerabak tren itu.Matanya bergenang.Kata-kata terakhir daripada ByungHee itu masih lagi bermain-main di dalam fikirannya.Yeon Hee mengesat air matanya.

 

"Saya tak suka kalau ada apa-apa terjadi dekat awak."

"Awak jangan risau.Saya ada...untuk jaga awak..."

 

Yeon Hee mengesat air matanya yang mulai mengalir itu.Sungguh dia amat merindui lelaki itu.Dia kemudiannya tertunduk di situ.Dia langsung tidak menghiraukan penumpang-penumpang lain yang sedang melihat ke arahnya itu.

"ByungHee..."Hatinya merintih.Mana mungkin dia dapat melupakan kenangan-kenangannya bersama ByungHee walaupun tempoh perkenalan mereka begitu singkat.Di dalam tren itulah...menjadi saksi pertemuan mereka.Dan di dalam tren itulah...tercipta pelbagai memori terindah bersama lelaki bernama Jung Byung Hee itu.

"Miss."Yeon Hee mendongak apabila seseorang menyentuh bahu kanannya.Kelihatan seorang lelaki berpakaian t-shirt hitam dan bertopi berwarna merah sedang tersenyum ke arahnya.

"Are you okay?"Soal lelaki itu.Perlahan-lahan,Yeon Hee menggeleng.Lelaki itu kemudiannya membantu Yeon Hee untuk berdiri semula.Dia kemudiannya memberikan sapu tangan berwarna biru kepada Yeon Hee.Yeon Hee teragak-agak untuk menerima huluran lelaki itu.Namun,dia menerimanya juga.

"Kam..kamsahamnida..."Ucap Yeon Hee.Lelaki itu tersenyum.

 

**************************************

 

"Cik ni..betul-betul okey ke?Sebab tadi muka cik nampak pucat,"kata lelaki itu,bimbang.Yeon Hee menggeleng sambil memegang secawan kopi yang panas itu.

"Saya minta maaf sebab menyusahkan awak.Dan..terima kasih sebab bantu saya tadi,"kata Yeon Hee.Lelaki itu tersenyum.

"Em...cik nak pergi mana sebenarnya ni?"Soal lelaki itu.

"Tak ada mana-mana.Saya...saja nak jalan-jalan,"kata Yeon Hee.

"Oh ya...ni sapu tangan awak.Terima kasih banyak-banyak...encik.."

"Aron.Just call me Aron."Jawab lelaki itu.

"Aron.Terima kasih,"ucap Yeon Hee,sambil menghulurkan sapu tangan itu kepada lelaki yang dikenali sebagai Aron itu.

"Its okay.Cik..."

"Yeon Hee."

"Ah~~Cik Yeon Hee boleh guna dulu sapu tangan ni.Manalah tahu,sapu tangan ni boleh membawa tuah kepada Cik Yeon Hee ke,"kata Aron,sekaligus bergurau.Yeon Hee tersenyum.

"Betul ni?Nanti saya tak nak pulangkan balik kalau betul ada tuah datang kepada saya nanti,"kata Yeon Hee.Aron ketawa kecil.

"Kalau tak nak pulangkan pun tak apa,"kata Aron.Yeon Hee tersenyum.Aron kemudiannya melihat jam tangannya.

"Em..saya rasa saya kena pergi dulu.Saya dah lambat nak ke kolej ni,"kata Aron.

"Oh yeke?Em...Aron belajar di kolej mana?Setahu saya..kalau dekat sini..ada kolej..."

"KY."Aron memotong kata-kata Yeon Hee.Yeon Hee terkejut.Namun,dia mengukir senyuman tidak lama selepas itu.

"Ah...arasso...hati-hati ya ,Aron,"kata Yeon Hee.Aron tersenyum ke arahnya.

"Ne...nanti kita jumpa lagi ya,Cik Yeon Hee,"kata Aron,sebelum beredar meninggalkan Yeon Hee di situ.Yeon Hee memandang ke arah Aron yang semakin jauh darinya itu.Senyuman Aron itu membuatkannya terkenangkan ByungHee.

"Saya rindukan awak...ByungHee..."

 

To be continued...

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe