Chapter 15

Hello & Goodbye

Ji Hoon sekadar tersenyum melihat Yeon Hee yang sedang sibuk melayani kerenah pesakit-pesakit ciliknya di dalam wad itu.Hatinya begitu senang apabila wanita itu bersetuju untuk menjadi sukarelawan separuh masa di wad kanak-kanak itu.Tambahan lagi,Yeon Hee kelihatan begitu gembira ketika berada di samping kanak-kanak itu.Sekurang-kurangnya,wanita itu dapat melupakan sedikit kenangan pahit yang membuatkan kehidupan wanita itu hambar.Tumpuannya ke arah Yeon Hee terganggu apabila terasa bahunya disentuh oleh seseorang dari belakang.

"Jauh termenung nampak?"Soal Taec Yeon,yang juga merupakan seorang Doktor di Jabatan Paediatrik itu.Ji Hoon sekadar tersenyum ke arahnya.

"Mana ada termenung.Tengok-tengok je,"katanya,menafikan kata-kata Taec Yeon itu.Taec Yeon turut memandang ke arah Yeon Hee itu.

"Em,pandai juga kau pilih sukarelawan ekh?Cantik juga dia tu,"kata Taec Yeon.Ji Hoon tertawa kecil.

"Kenapa?Dah terpikat ke?"Soal Ji Hoon,sekaligus mengusik.Kata-kata Ji Hoon itu membuatkan Taec Yeon tertawa.

"Terpikat?Sikitlah...tapi...aku tak beranilah nak kacau.Sebab aku tahu...kau mesti dah booking dia dulu.Aku tak nak kacau girlfriend kawan baik aku ni,"kata Taec Yeon sambil menepuk belakang Ji Hoon.

"Aku dengan dia kawan jelah.Lagipun,kami baru kenal,"kata Ji Hoon.Taec Yeon mencebik.

"Yelah.Mula-mula memanglah mengaku kawan je.Esok-esok mana tahukan?Lagipun...aku tengok...kau dengan Cik Yeon Hee tu...memang sepadan,"kata Taec Yeon.Ji Hoon tersenyum.Dia kemudiannya menoleh semula ke arah Yeon Hee.Mana mungkin hubungan mereka akan berkembang sejauh itu.Pastinya Yeon Hee masih belum dapat melupakan saudara kembarnya,Jung Byung Hee yang sudah meninggal dunia itu.Begitu juga dengan dirinya.Dia masih belum dapat melupakan kenangan silamnya bersama dengan mendiang isterinya,Ji Eun.

Yeon Hee menoleh ke arah Ji Hoon yang sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berada itu.Dia kemudiannya tersenyum sambil melambai ke arah lelaki itu.Ji Hoon turut melambai lambaiannya itu.

 

****************************

 

"So...macam mana hari pertama awak dengan budak-budak dekat hospital tadi?"Soal Ji Hoon,ingin tahu.Yeon Hee sekadar tersenyum.Ketika itu,mereka sedang berjalan berdua menuju ke suatu tempat untuk makan tengahari bersama.

"Sangat best.Mereka comel sangat.Rasa macam nak cubit-cubit je pipi masing-masing,"kata Yeon Hee.Ji Hoon tersenyum.

"Baguslah kalau awak seronok.Lain kali,kalau awak ada masa terluang lagi,awak datang jelah bila-bila masa yang awak suka,"kata Ji Hoon.Yeon Hee sekadar angguk.Perbualan mereka terganggu seketika apabila telefon bimbit Yeon Hee berbunyi.

"Saya jawab call kejap ye,"kata Yeon Hee.Ji Hoon angguk.Yeon Hee kemudiannya berjalan sedikit laju ke hadapan daripada Ji Hoon.Ji Hoon sekadar mengekori dari belakang.Kelihatan wanita itu tertawa kecil ketika berbual melalui telefon bimbitnya itu.Ji Hoon sekadar tersenyum melihat gelagat wanita itu menjawab panggilan telefonnya itu.

Langkah mereka semakin dekat dengan jalan raya yang agak sibuk itu.Ji Hoon mulai memperlahankan langkahnya apabila melihat lampu isyarat untuk pejalan kaki itu bertukar merah.Namun tidak bagi Yeon Hee.Wanita itu seolah-olah sedang kusyuk berbual melalui panggilan telefonnya itu.

"Yeon Hee!"Ji Hoon cuba memanggil Yeon Hee.Namun,wanita itu tidak mendengar panggilannya.Ji Hoon cuba mengejar Yeon Hee apabila langkah wanita itu semakin dekat dengan jalan raya yang agak sibuk dengan kenderaan itu.

"Yeon Hee!"Tangan wanita itu dicapainya sebelum ditarik wanita itu ke dalam pangkuannya.Yeon Hee terkejut dengan tindakan lelaki itu.Pelukan lelaki itu tidak lama apabila dia melepaskan pelukannya terhadap Yeon Hee.Yeon Hee memandang ke arah Ji Hoon.Wajah lelaki itu kelihatan tegang.

"Awak ni kenapa?Tak nampak ke kereta laju depan mata awak tadi?!"Soal Ji Hoon,sedikit tinggi nada suaranya daripada biasa.Yeon Hee terdiam.

"Kalau saya tak sempat tarik awak tadi,awak nak cakap apa?"Soal Ji Hoon lagi.Masih lagi marah dengan kecuaian wanita itu.Yeon Hee masih lagi membisu.Ji Hoon melepaskan nafas berat.

"Tolong jangan buat sesuatu yang merisaukan saya boleh tak?Saya tak suka kalau apa-apa terjadi dekat awak.Awak faham tak?"Soal Ji Hoon lagi.

 

"Saya tak suka kalau ada apa-apa terjadi dekat awak."

 

Yeon Hee mengukir senyuman nipis.Ji Hoon hairan melihat senyuman Yeon Hee itu.

"Cara awak marah tadi...tak ubah macam cara ByungHee marahkan saya dulu,"kata Yeon Hee.Ji Hoon terdiam.

"Dulu pun saya pernah buat dia marah macam ni.Tapi waktu tu...saya dah buat dia cedera sebab dia terlibat dengan pergaduhan kecil waktu kami sama-sama naik tren dulu.Dan...sampai sekarang saya takkan lupakan wajah dia waktu tengah marah dulu,"kata Yeon Hee.Ji Hoon melepaskan keluhan kecil.Dia memalingkan wajahnya daripada Yeon Hee.

"Kalau awak rasa kehadiran saya ni...membuatkan awak terseksa dengan kenangan awak bersama dengan Hyung saya...lebih baik kita jangan berjumpa lagi,"kata Ji Hoon,perlahan.Mata Yeon Hee terbuka luas apabila mendengar kata-kata Ji Hoon itu.

"Apa awak cakap ni?"Soal Yeon Hee,tidak memahami.Ji Hoon memandang ke arah Yeon Hee.

"Sampai bila awak nak jadi macam ni?Sampai bila awak nak terus biarkan hidup awak dibayangi oleh kenangan silam dengan ByungHee?Kalau awak terus bersikap macam ni,sampai bila-bila pun...hati awak takkan terbuka untuk menerima orang lain dalam hidup awak."

"Saya bukannya nak awak terus melupakan ByungHee.Bukan itu maksud saya.Saya cuma nak awak pandang ke hadapan dan teruskan kehidupan awak dengan lebih baik.Saya faham ByungHee sangat penting dalam hidup awak.Tapi saya yakin,dia pasti tak suka kalau awak terus bersikap macam ni.Perkara yang lepas biarkan berlalu.Awak jangan lupa...masih ada ramai lagi orang yang amat mengambil berat pasal awak.ByungHee hanyalah kenangan hidup awak."

"Dan...apa yang penting...saya nak awak sedar...yang saya...bukannya ByungHee.Saya adalah saya...Jung Ji Hoon.Sejauh mana pun persamaan antara saya dengan ByungHee...saya tetap Jung Ji Hoon,"kata Ji Hoon.

"Bagaimana pula dengan awak?"Soal Yeon Hee pula.Ji Hoon memandang ke arahnya.

"Awak pun mesti susah untuk lupakan Ji Eun...kan?"Soal Yeon Hee.Ji Hoon sekadar membisu.Yeon Hee mendekati Ji Hoon.

"Kita sama-sama merasai kehilangan,Ji Hoon.Dan saya pasti..kehilangan yang awak rasai lagi perit jika mahu dibandingkan dengan saya.Tapi...walau sekuat mana pun usaha kita untuk melupakan kenangan kita bersama dengan mereka...kenangan itu tetap akan datang dalam ingatan kita bukan?"

"Betul kata awak...awak adalah awak...dan ByungHee...adalah ByungHee...tapi...saya tak dapat nak halang perasaan saya bila saya bersama dengan awak.Saya dapat merasakan kehadiran ByungHee dalam diri awak.Cara percakapan awak...cara kelakuan awak...dan senyuman awak...sedikit pun tak ubah seperti ByungHee.Tapi saya tetap cuba belajar dan menerima hakikat yang awak adalah Ji Hoon...dan bukannya ByungHee."

Yeon Hee terkejut apabila Ji Hoon memegang tangannya.

"Kalau macam tu,awak pandang mata saya...dan katakan yang awak dapat menerima kehadiran saya sebagai Ji Hoon..dan bukannya ByungHee..."kata Ji Hoon sambil memandang tepat ke arah anak mata Yeon Hee.Yeon Hee cuba memandang tepat ke arah anak mata Ji Hoon namun tidak kekal lama.Ji Hoon tersenyum nipis.

"Awak bohong."Yeon Hee terkejut dengan kata-kata Ji Hoon itu.

"Awak masih melihat saya sebagai ByungHee....kan?"Soal Ji Hoon.Yeon Hee membisu.Ji Hoon menyelak rambutnya ke belakang.

"Saya ada kerja lagi selepas ni.Kalau awak tak ada apa-apa...awak baliklah,"kata Ji Hoon,sebelum beredar meninggalkan Yeon Hee keseorangan di situ.Mata Yeon Hee bergenang sebaik sahaja lelaki itu beredar meninggalkannya di situ.Tanpa menghiraukan orang ramai yang lalu lalang di kawasan itu,Yeon Hee terduduk di situ sambil mengalirkan air mata.

Benarkah dia hanya ingin berada dekat dengan Ji Hoon hanya kerana ByungHee?Benarkah selama ini dia melihat Ji Hoon sebagai ByungHee dan bukannya sebagai diri Ji Hoon sendiri?Dan benarkah lelaki itu ingin menjauhkan diri darinya untuk selama-lamanya seperti yang dilakukan oleh ByungHee terhadapnya?

Soalan-soalan itu membuatkan air matanya mengalir laju.

 

To be continued....

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
nisa_inani #1
Chapter 22: kak ain.. update please.. sedih gilerr..
paan1904
#2
Chapter 22: seb bek baca chapter ni emosi tgh stabil.. kalo x cnfirm pecah empanga n kat mata nih~~~ hoho!! ^^
peachiko
#3
Chapter 22: Akak.. ==' sy dh bru lepas leleh ni.. Skali akak dh update daa =='

"HABUK MASUK MATA" kehkehkeh xDDD
paan1904
#4
Chapter 21: *sobs sobs* habuk masuk mata~~ T.T
peachiko
#5
Chapter 21: Thank you so much sbb buat saya nanges. Thank you, thank you >< /kesat air mata. T-T
idaZ_Aplus #6
Chapter 21: Huh! deabakk! sedih giler TT__TT
idaZ_Aplus #7
Chapter 10: SAMBUNGAN PLAESE.. hehehe