We did it!

Say Yes, My Sweetheart!

Setelah 2 minggu, keputusan peperiksaan akhir tahun mereka keluar. Mereka sangat berdebar. Sebaik sahaja guru yang ditugaskan menampal keputusan itu, mereka berebut untuk melihat. Seohyun, Taeyeon, Tiffany, Yoona, Hyoyeon, Sunny, Kyuhyun, Siwon, Donghae, Eunhyuk dan Sungmin juga tidak sabar untuk melihat keputusan mereka. Tetapi oleh kerana terlalu ramai, mereka tidak sempat nak mencelah sedikit pun. "Ramainya, nak mencelah pun tak mungkin muat ni." kata Siwon. "Kenalah tunggu sebentar." kata Sungmin pula. Setelah keadaan di papan notis agak reda, mereka tanpa membuang masa terus pergi untuk melihat keputusan. Mereka masing-masing mencari nama mereka. Seohyun orang pertama yang menjumpai namanya. Ternyata dia berjaya. "Saya lulus!" kata Seohyun sambil tersenyum. Diikuti dengan yang lain, mereka yang lain juga lulus. Walaupun ada sedikit perbezaaan antara gred mereka, tetapi mereka dikira lulus. "Saya juga lulus." kata Tiffany sambil memeluk Seohyun. "Saya juga." kata Yoona. Mereka semua berpelukan gembira. Memang gred mereka sangat penting untuk mereka, kerana dengan gred itu, mereka akan ditentukan di mana mereka berada selepas ini. 6 sekawan itu masih berpelukan gembira, tiba-tiba Eunhyuk mencelah. "Okay, okay, memandangkan kita semua lulus, apa kata kita raikan. Macam mana? Setuju?" kata Eunhyuk. "Kami setuju!" kata mereka serentak kemudian ketawa. Sedang mereka sibuk bergembira, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka. Kemudian dia mendekati mereka. "Ehem, ehem." Victoria berdehem untuk mengambil perhatian mereka. Mereka yang sedang ketawa gembira, berhenti terus sebaik melihat muka Victoria. "Kau nak apa?" tanya Hyoyeon. Victoria senyum kemudian berkata, "Korang semua ni, tak payah nak gembira sangat. Sebab, tak lama lagi korang akan dapat berita sedih. Jadi, bergembiralah sementara boleh." kata Victoria sambil tersenyum sombong dan terus beredar meninggalkan mereka. "Eihh, perempuan ni memang nak kena." kata Hyoyeon geram. "Apa maksud dia tu?" tanya Tiffany. Mereka semua terdiam. "Tak mengapa, dia kan perempuan gila. Dia pasti cuma merepek." kata Hyoyeon lagi. Kali ini, mereka menjadi risau. Mereka tahu Victoria memang jahat. Terutama pada mereka. 

    

Waktu rehat, dalam kelas Victoria....

Victoria sedang duduk sambil berbual dengan Krystal. "Saya geram betul lah dengan mereka tadi." kata Victoria geram. "Itulah, saya pun. Rasa macam nak tumbuk-tumbuk je muka mereka tu. Terutama Taeyeon." kata Krystal. "Awak ni, awak nak tumbuk muka Taeyeon sebab Kai suka dia kan?" tanya Luna. "Yelah. Lagipun kenapalah Kai boleh suka dia. Bukannya cantik sangat pun." kata Krystal. "Dia mungkin tak cantik, tapi suara dia sedap." kata Luna lurus. "Hei! Awak ni sokong saya ke, sokong Taeyeon?" kata Krystal geram. Luna yang sedar dia tersalah cakap terus menunduk. "Luna, lain kali kalau nak cakap, fikir dulu boleh?" kata Victoria menyindir. "Baiklah, maafkan saya." kata Luna. Krystal yang masih geram itu, cuma menjeling maut sahaja pada Luna. "Mana pulak pergi si Amber ni? Selalu sangat hilang." tanya Victoria. "Dia pergi kantin agaknya. Sebab dari tadi saya tak nampak dia." kata Krystal. Victoria mengangguk faham. Sedang mereka sibuk berbual, tiba-tiba Yunho datang. Victoria yang ternampak Yunho, terus memberi isyarat pada Krystal. Krystal mengangguk faham. Dia bangun dari tempat duduknya dan pergi ke arah rakan sekelas mereka. "Heii, keluar keluar. Siapa yang berada dalam kelas ni tolong keluar." kata Krystal kasar sambil menghalau mereka yang berada di dalam kelas. Mereka yang takut dengan Victoria, terus keluar. Akhirnya kelas itu kosong. Cuma tinggal mereka bertiga, Yunho dan Suho. "Jadi macam mana?" tanya Yunho. "Dah selesai. Inikan Victoria. Mesti selesai punya." kata Victoria bangga. "Kau jangan nak berlagak sangat. Kita mesti buat benda ni, perlahan-lahan tapi teratur." kata Yunho menyedarkan Victoria. "Yang tu, aku tahu. Tapi, tak payah lah kau panggil aku berlagak." rungut Victoria. Yunho cuma menjeling. "Kau dari dulu sampai sekarang memang tak berubah. Asyik nak menang je. Apa-apalah. Okay, aku blah dulu. Kalau orang nampak aku kat sini, habislah kita." kata Yunho. Victoria mengangguk. "Lagi satu, jangan lupa plan kita nak culik dorang tiga orang tu. Siapa nama mereka?" kata Yunho. "Seohyun, Tiffany dan Taeyeon." kata Victoria. "Apa-apalah. Yang penting jangan lupa." kata Yunho lagi. "Yelah, kitaorang tak lupa." kata Victoria. Yunho senyum sombong kemudian terus pergi bersama Suho. "Eihh, kata orang berlagak, dia lagi berlagak." rungut Victoria sebaik sahaja Yunho keluar. "Dia ingat aku bodoh sangat ke? Berlagak!" kata Victoria lagi. Tetapi tanpa mereka semua sedari, perbualan mereka telah didengari. Dia tanpa membuang masa, terus pergi berjumpa dengan seseorang. Dia harus memberitahu mereka sebelum terlambat.

    

Di perhentian bas...

Seohyun, Tiffany dan Taeyeon sedang berbual sambil menunggu bas. "Taeyeon, kenapa kebelakangan ni abang awak selalu tak balik dengan awak?" tanya Tiffany. "Saya pun tak tahu. Bila saya tanya, dia tak nak cakap. Katanya rahsia. Saya malas nak tanya lagi. Nanti dia kata saya penyibuk pula." jawab Taeyeon. "Ehh ya ke? Awak pasti Taeyeon?" tanya Seohyun tiba-tiba. "Yelah, saya pasti. Kenapa?" kata Taeyeon. "Tak ada apa-apa. Cuma hari tu, saya nampak abang awak balik dengan seseorang. Kalau tak silap saya, yang pergi ke majlis tari-menari dengan awak hari tu." jawab Seohyun. "Ohh.. si Kai tu ke. Tapi kenapa dia perlu berahsia dengan saya. Sepatutnya, dia beritahulah sahaja pada saya." kata Taeyeon. "Kai? Kai yang mana satu? Saya tak ingat pun." tanya Tiffany tiba-tiba. "Alahh, yang pergi majlis tari-menari dengan Taeyeon tu. Takkan awak tak ingat?" kata Seohyun. Tiffany mengerutkan dahinya cuba mengingati sesuatu. "Ohh.. yang tinggi-tinggi tu ehh?" tanya Tiffany. "Ya!" jawab mereka berdua serentak. "Ohh.. ya. Saya ingat, saya ingat." kata Tiffany. Ketika mereka sedang berbual, tiba-tiba sebuah kereta hitam berhenti di hadapan mereka. Keluar 3 orang lelaki dan menghampiri mereka. Mereka mula berasa takut kerana hari sudah makin petang, jadi perhentian bas itu agak sunyi. Kebetulan pula, cuma mereka bertiga pada hari itu. 3 orang lelaki itu sudah berada betul-betul dihadapan mereka. Mereka menjadi semakin takut. Tiba-tiba salah seorang dari 3 lelaki itu mengangguk dan memberi isyarat pada yang lagi dua itu. Mereka terus menarik tangan Seohyun, Tiffany dan Taeyeon dan menekup mulut mereka dengan sapu tangan. Mereka bertiga meronta sambil cuba melepaskan diri, tetapi tiba-tiba kepala mereka jadi pening dan mereka tidak sedarkan diri. 3 lelaki itu menarik mereka masuk ke dalam kereta dan terus meluncur laju meninggalkan perhentian bas itu. 

. . . . . . .

Sedar-sedar sahaja mereka berada di dalam sebuah bilik yang gelap dan hanya diterangi oleh lampu yang berada di atas kepala mereka. Tetapi lampu itu tidak membantu sama sekali kerana mereka tetap tidak dapat melihat apa-apa di dalam bilik itu. Tiffany yang pertama sekali sedar. Kemudian Seohyun dan diikuti dengan Taeyeon. "Kita di mana ni?" tanya Taeyeon yang masih mamai. "Saya tak tahu lah. Tapi saya sangat takut sekarang ni." kata Tiffany. Mereka cuba menggerakkan badan mereka supaya mereka boleh melarikan diri tetapi tidak boleh kerana tangan dan kaki mereka telah diikat. Mereka mencuba sedaya upaya untuk menggerakkan badan mereka, tetapi sia-sia kerana ikatan itu lebih kuat berbanding tenaga mereka yang sudah makin kurang. Akhirnya mereka putus asa. Badan mereka sudah semakin lemah. Tidak berdaya untuk bergerak lagi. "Haihh, saya dah tak larat. Ikatan ni sangat kuat." kata Tiffany. Mereka duduk di situ sambil mengharap ada orang yang akan datang selamatkan mereka. Tiba-tiba mereka mendengar suara orang dari luar bilik. Mereka jadi semakin takut. Tombol pintu dipulas. Mereka yang sememangnya sedang takut, bertambah ketakutan mereka. Ada dua pasang kaki sedang menghampiri mereka. Tetapi oleh kerana lampu diluar bilik lebih terang, mereka tidak dapat melihat dengan jelas siapa yang sedang menghampiri mereka. Apabila orang yang menghampiri mereka sudah berada betul-betul dihadapan mereka, alangkah terkejutnya mereka apabila yang dilihat mereka adalah Yunho dan Victoria. "Jadi macam mana? Sedap tidur?" kata Victoria sambil jalan mengelilingi mereka. "Kan aku dah kata, korang jangan nak gembira sangat. Itulah tak dengar cakap aku lagi. Sekarang, padan muka. Rasakan!" kata Victoria lagi lalu menampar pipi Seohyun. Seohyun yang sedang takut, terus menangis. "Menangislah! Menangis! Kau menangis air mata darah sekali pun, tak ada gunanya. Nak tahu sebab apa? Sebab sekarang ni tak ada siapa yang dapat tolong kau! Faham!" jerit Victoria pada Seohyun. Victoria ketawa puas. "Tapi, apa salah kami? Apa yang kami dah buat pada kamu sehingga kamu sanggup buat macam ni pada kami?" kata Taeyeon. Victoria yang sedang ketawa, berhenti dan pergi ke arah Taeyeon dan menampar pipi Taeyeon pula. "Kau tanya apa yang kau dah buat? Kau memang tak buat apa-apa pada aku, tapi kawan kau ni, kawan kau ni dah rampas Kyuhyun daripada aku! Kau tahu tak?!" jerit Victoria pada mereka bertiga. "Sudahlah, mari pergi. Biarkan mereka. Besok kita datang lagi." kata Yunho menghentikan Victoria. Mereka berdua pun beredar pergi. Tetapi sebelum itu, Victoria sempat menyuruh orang suruhannya membuka tingkap. "Buka tingkap tu, mereka pasti panas. Jadi biar angin malam ni menyejukkan mereka. Lagi bagus, kalau mereka mati kesejukan terus." kata Victoria kemudian terus berlalu pergi. Mereka sudah tidak mampu melakukan apa-apa. Mereka cuma berharap ada orang selamatkan mereka sebelum mereka mati kesejukan.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~