Show time? Not yet :)

Say Yes, My Sweetheart!

Di dalam kelas, keesokkan harinya...

 

Seohyun sedang duduk di meja sambil membuat latihan yang diberi gurunya tadi. "Macam mana formula yang ni ekk? Ishh! Lupa pulak " omel Seohyun sendirian. Tiba-tiba datang Sungmin menegur dia. "Hai Seohyun!" tegur Sungmin. "Hai!"  tegur Seohyun kembali sambil tersenyum. "Hmm, hari ni Sunny balik dengan awak tak?" tanya Sungmin. "Hmm, tak tahu lah. Nanti saya tanya dia kalau dia nak balik dengan saya atau tak. Kenapa?" jawab Seohyun. Sungmin terdiam sebentar kemudian berkata lagi. "Tak ada apa. Cuma, kalau awak balik dengan Sunny, cakap dengan saya tau!" kata Sungmin. "Hmm, okay. Tengoklah. Saya tak boleh janji. Sebab biasanya dia balik dengan Yoona." kata Seohyun. "Ohh, okay. Tapi, kalau dia balik dengan awak, jangan lupa cakap dengan saya tau." pesan Sungmin sambil tersenyum kemudian beredar. Seohyun hanya tersenyum. Dia tahu Sungmin sukakan Sunny. Dia yang tak mahu mengaku. Malu katanya. Kemudian Seohyun kembali fokus kepada latihan tadi. Dia masih pening untuk mengingat kembali formula yang dia baca tempoh hari. "Ishh, peningnya! Macam mana boleh lupa pula ni." omel Seohyun lagi sendirian. "Apa yang pening-pening ni?" tiba-tiba Tiffany datang menegur dia. "Ehh, Tiffany. Awak pergi mana tadi? Tak nampak pun dalam kelas." tanya Seohyun. "Saya pergi kelas Yoona tadi. Bosanlah kat sini duduk je. Nak berbual dengan awak, awak sibuk buat latihan tu. Jadi saya keluar lah. Cari hiburan." kata Tiffany sambil tersenyum. "Hmm, yelah." kata Seohyun. Sedang Seohyun sibuk menyiapkan latihannya, tiba-tiba Tiffany teringat perihal Kyuhyun yang dibincangnya bersama Siwon semalam. Dia ingin bertanya lagi tentang Kyuhyun tu pada Seohyun, tapi dia lihat Seohyun sedang sibuk membuat latihannya. Terus dia membantutkan niatnya ingin bertanya. "Haihh, susahnya. Saya betul-betul tak ingat formula tu lah. Awak ingat tak?" rungut Seohyun kemudian bertanya kepada Tiffany. "Hah? Formula? Saya tak ingat lah. Maaf." kata Tiffany. "Hmm, tak apa lah." kata Seohyun kemudian mula menutup buku latihannya. "Ehh, kenapa awak tutup buku awak? Awak dah tak nak buat lagi?" tanya Tiffany pelik. "A'ah. Saya dah tak ada mood. Lagipun formula itu ada saya salin kat buku satu lagi. Buku itu tertinggal di rumah pula." kata Seohyun. Tiffany hanya mengangguk dan tersenyum. Tiba-tiba dia teringat kembali niatnya ingin bertanya kepada Seohyun tentang Kyuhyun. Dia rasa inilah masa yang sesuai untuk bertanya. Setelah dia memastikan Seohyun tidak lagi mengeluarkan apa-apa buku dari begnya, dia mula bertanya. "Seohyun, saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?" tanya Tiffany. "Boleh. Pasal apa?" tanya Seohyun pula. "Pasal berita yang dibawa abang Taeyeon tempoh hari." kata Tiffany. "Pasal itu lagi. Awak tak bosan ke?" tanya Seohyun. Tiffany terdiam. Dia tak tahu nak cakap apa. Kemudian dia mendapat satu idea. "Tak! Saya tak bosan. Awak nak tahu sebab apa saya tak bosan?" tanya Tiffany. "Sebab apa?" tanya Seohyun pula. "Sebabnya, saya sudah tahu siapa orang yang ingin berkenalan dengan awak tu." kata Tiffany sambil tersenyum. Seohyun terkejut. "Macam mana awak boleh tahu? Orang lain tahu tak?" tanya Seohyun. Dia tidak mahu orang tahu. Dia akan malu besar kalau sampai orang lain tahu. "Tak ada sesiapa pun tahu kecuali saya." kata Tiffany. Dia terpaksa menipu Seohyun. Kerana dia mahu Seohyun menerima Kyuhyun. "Kalau awak tahu sangat, siapa orangnya. Beritahulah saya." kata Seohyun. Tiffany tersenyum. Dia tahu Seohyun sudah mula berminat ingin tahu. "Baiklah. Saya akan beritahu, tapi awak harus berjanji dengan saya yang awak akan terima dia. Boleh?" kata Tiffany. Sekali lagi Seohyun terkejut. "Tak nak lah. Tak payah tahu pun tak apa." kata Seohyun. Dia tak mungkin akan berjanji untuk menerima orang yang ingin berkenalan dengan dia itu. Sekali pun dia berjanji, pasti akhirnya dia akan memungkirinya juga. "Alaa, kenapa pula? Awak takkan menyesal punya. Saya boleh jamin." kata Tiffany bersungguh-sungguh. "Tak apa lah Fany. Saya tak mungkin berjanji dengan awak pasal benda tak berfaedah ni. Saya takut saya mungkirinya. Nanti awak juga yang kecewa. Saya tak suka tengok orang yang saya sayang kecewa, terutama awak." kata Seohyun. Dia tak mungkin juga membuat Tiffany kecewa dengan dia. Mereka sudah berkawan lama. Dia takut kalau benda ini akan menyebabkan dia putus kawan dengan Tiffany. Tiffany hanya diam. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberi Seohyun. "So, memang awak betul-betul tak nak tahu siapakah gerangan lelaki yang bertuah tu?" kata Tiffany sambil tersenyum dan cuba untuk bergurau. Mungkin dengan cara ini, hati Seohyun akan berubah. "Tak!" kata Seohyun ringkas. Senyuman di wajah Tiffany hilang serta-merta. Sekali lagi dia kecewa. Dia sudah malas bertanya lagi. Kerana dia tahu jawapan yang diberi Seohyun itu akan mengecewakan dia. Tetapi tanpa Tiffany sedari, sebenarnya jauh di sudut hati Seohyun, dia ingin benar tahu siapakah lelaki yang ingin berkenalan dengan dia itu. 

 

Di kantin...

 

"Sunny, nanti awak balik dengan siapa?" tanya Seohyun. "Entahlah. Kenapa? Awak nak balik dengan saya ke hari ni?" tanya Sunny. "A'ah. Kalau awak tak kisah lah." kata Seohyun. "Hmm, okaylah. Saya balik dengan awak." kata Sunny. Dia pelik juga sebenarnya. Kerana selalunya Seohyun akan balik dengan Tiffany. "Mana Fany? Tak nampak pun. Tak datang ehh?" tanya Sunny. "Datanglah. Pagi tadi saya baru bergosip dengan dia pasal Victoria." tiba-tiba Yoona menyampuk. "Dia kata nak berjumpa dengan Siwon. Lepas tu, nak pergi perpustakaan pula." kata Seohyun. "Ohh!" kata Yoona dan Sunny serentak. Ketika mereka sedang rancak berbual, Kyuhyun yang baru datang bersama Sungmin ternampak Seohyun. "Ehh, ehh tengok tu." Kyuhyun menyiku lengan Sungmin lalu menunjuk ke arah tiga orang gadis yang sedang rancak berbual sambil makan. "Apa?" kata Sungmin lalu memandang ke arah yang ditunjuk Kyuhyun itu. "Seohyun lah! Jom pergi tegur mereka." kata Kyuhyun. "Ishh, tak nak lah." kata Sungmin. "Kenapa? Sebab ada Sunny? Alaa, kita bukannya nak tegur Sunny. Kita nak tegur Seohyun. Jomlah!" kata Kyuhyun. Kyuhyun mula menarik tangan Sungmin. Sungmin meronta-ronta supaya dilepaskan. Kyuhyun melepaskan tangan Sungmin. "Ehh, kau kenapa?" tanya Kyuhyun. "Ishh, kau ni! Kau sebenarnya sengaja nak suruh aku jumpa Sunny tu kan? Kau kan tahu, aku malu kalau berjumpa dengan dia." kata Sungmin. "Apa yang malunya. Aku nak 'kita' tegur Seohyun tu, bukannya Sunny!" kata Kyuhyun. "Lagi pun, kau tak payah lah tegur dia. Buat tak tahu, dahlah." kata Kyuhyun lagi. "Ishh, yelah yelah." akhirnya Sungmin mengalah. Ketika mereka berjalan menghampiri mereka bertiga, loceng rehat berbunyi. Seohyun, Yoona dan Sunny bangun daripada meja dan mula beredar. "Tengok tu, kan tak sempat. Kau punya pasal lah ni." marah Kyuhyun. "Apasal pulak salah aku? Kau yang lambat." kata Sungmin. "Yelah, lambat pasal kau lah." kata Kyuhyun lagi. "Papelah. Dah, jomlah naik. Bukan dapat jumpa pun." kata Sungmin lalu mereka pun beredar.

 

Di dalam kelas Seohyun selepas waktu rehat...

 

Seohyun dan Tiffany sedang duduk di meja mereka sambil berbual kosong. "Seohyun, hari ni saya tak balik dengan awak tau!" kata Tiffany. "Okay. Lagi pun hari ni saya balik dengan Sunny. Tapi kenapa?" tanya Seohyun. "Sebab hari ni saya nak teman Siwon balik. Motor dia rosak lagi." kata Tiffany. "Tapi, balik naik apa? Driver awak hantar?" tanya Seohyun. "Taklah. Balik naik bas lah. Dia tak nak driver saya hantar." kata Tiffany. Tiba-tiba Sungmin datang menghampiri mereka. "Seohyun, macam mana?" tanya Sungmin. "Hari ni saya balik dengan dia. So, awak nak balik dengan kitaorang lah ni?" tanya Seohyun. "A'ah. Boleh kan?" tanya Sungmin. "Boleh!" kata Seohyun. Sungmin senyum lalu beredar ke tempat duduknya. Tiba-tiba kelas yang agak bising tadi, senyap secara tiba-tiba. Rupa-rupanya guru muzik mereka masuk. Mereka segera berdiri dan tunduk hormat kemudian duduk kembali setelah diizinkan. "Okay, hari ni saya nak bincangkan sesuatu dengan awak semua." kata guru itu. Mereka semua berbisik sesama sendiri. "Apa benda yang nak cikgu bincangkan agaknya ya?" tanya Tiffany kepada Seohyun. Seohyun hanya menggeleng. "Okay, okay diam semua." kata guru itu lagi. Mereka semua diam dan fokus kembali kepada berita yang ingin disampaikan. "Sebenarnya guru besar dan semua guru lain sudah sepakat bahawa pada tahun ini, sekolah kita akan mengadakan majlis tari-menari peringkat sekolah." kata guru itu. Mereka yang sedang khusyuk mendengar kemudian berbisik sesama sendiri lagi. "Jadi, saya harap awak semua boleh menyertai majlis ini. Ohh ya, bukan itu sahaja, selain kita akan mencari dan memilih raja dan ratu, kita juga ada menyediakan pertandingan nyanyian solo atau berkumpulan untuk sesiapa yang berminat." kata guru itu dengan panjang lebar. Mereka mula teruja dengan berita itu. "Jadi, pada sesiapa yang berminat nak masuk, boleh jumpa saya di bilik guru. Faham?" kata guru itu. "Faham!" kata mereka semua serentak. "Seohyun, awak nak pergi tak?" tanya Tiffany. Seohyun menggeleng kemudian berkata "Entahlah. Saya tak ada pasangan. Macam mana nak pergi?" kata Seohyun. Tiffany diam sebentar. Tiba-tiba Tiffany mendapat satu idea. Dia ingin memasangkan Seohyun dan Kyuhyun. Kemudian dia bertanya kepada Seohyun. "Seohyun, kalau saya carikan awak pasangan, awak nak tak?" tanya Tiffany. "Kalau awak boleh carikan, saya okay je." kata Seohyun. Tiffany senyum dan mengangguk. Itu bermakna Seohyun telah memberi 'green light'. Dia yakin idea dia kali ni pasti berhasil. Dia tidak sabar ingin membincangkan perkara ini dengan Siwon. "Ohh ya, pasal pertandingan tu pula? Awak nak masuk?" tanya Tiffany. "Hah? Tak nak lah. Malu! Kena nyanyi depan orang ramai pula. Tak nak lah!" kata Seohyun. "Alaa, bukannya solo, berkumpulan." kata Tiffany. "Berkumpulan? Awak dengan saya?" tanya Seohyun. "A'ah. Tapi, kalau awak malu juga, bertiga! Macam mana?" tanya Tiffany. "Bertiga? Siapa lagi sorang?" tanya Seohyun. Tiffany berfikir sebentar. "Hmm, kita ajak Taeyeon lah. Macam mana?" kata Tiffany. Seohyun terdiam kemudian mengangguk. "Boleh juga. Tak ada lah malu sangat nanti." kata Seohyun. Tiffany senyum. "Tapi, lagu apa yang kita mahu nyanyi?" tanya Seohyun tiba-tiba. "Hmm, a'ah lah. Lagu apa ya?" fikir Tiffany. "Tak apa lah. Nanti saya fikirkan dulu. Lagi pun, kita kena tanya Taeyeon dulu sama ada dia mahu atau tidak masuk pertandingan nyanyian itu." kata Tiffany. "Hmm, betul juga." kata Seohyun. Kemudian mereka kembali fokus kepada pelajaran mereka.

 

***Attention!!!!!! Hehe :) Well, i'm very very very sorry for my dear readers :( Actually, bulan ni sampai bulan 10 i'll be very busy. Mianhae :( So, chapter 3 akan disambung, tapi saya tak boleh sure bila. Sorry again :( Jadi, saya harap anda keep in touch dgn saya ya! Kerjasama anda sangat dihargai!!!!!!!!!!! Kamsahamida!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~