To the rescue!

Say Yes, My Sweetheart!

Kyuhyun, Siwon, Eunhyuk, Sungmin dan Donghae sedang duduk di kantin sambil berbual kosong. "Mana pulak Fany ni? Lambatnya datang." omel Siwon sendirian. "Kau apasal cakap sorang-sorang ni?" tanya Donghae yang pelik dengan perangai Siwon yang suka bercakap sendirian. "Hah? Tak ada apa lah. Cuma aku tengah pelik ni. Apasal Fany tak datang-datang lagi. Biasanya, sekarang ni pasti dia sudah sampai ke sekolah." kata Siwon. "Alahh, rileks lah. Yoona pun selalu datang lambat. Aku tak kisah pun." kata Donghae. Siwon hanya mengeluh. Tiba-tiba telefon Kyuhyun berdering. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket dan melihat nombor siapa yang menelefon dia. "Siapa pulak call aku ni? Nombor tak berdaftar pulak tu." kata Kyuhyun dalam hati. Tetapi dia mengangkatnya juga. "Ya saya Kyuhyun. Apa?!" jerit Kyuhyun. Mereka semua terkejut dengan perlakuan Kyuhyun. "Apa kau dah buat dengan dia hah?! Baik kau cakap! Sekarang dia di mana? Helo! Helo!" Kyuhyun yang sedang marah lagi bertambah marah apabila orang yang menelefon dia menutup panggilan. "Hei! Kau kenapa? Kenapa kau jerit-jerit ni?" tanya Eunhyuk. "Seohyun! Seohyun kena culik!" kata Kyuhyun. Mereka semua terkejut. "Culik? Macam mana dia boleh kena culik?" tanya Sungmin. "Aku tak tahu! Aku tak tahu!" kata Kyuhyun yang masih bingung dengan apa yang di dengar dari orang yang menelefon dia. "Aku kena selamatkan dia!" kata Kyuhyun kemudian mula mahu pergi meninggalkan mereka. Tetapi dengan segera lengannya dipegang oleh Donghae. "Kyuhyun! Emosi kau tengah kacau ni. Baik kau duduk dulu.". "Lepaskan aku! Aku kena selamatkan dia sekarang!" kata Kyuhyun sambil merentap lengannya. "Kyuhyun! Baik kau duduk dulu. Ceritakan apa yang penculik tu kata pada kau." kata Siwon pula cuba menenangkan Kyuhyun. Kyuhyun kembali duduk. Dia menceritakan segala apa yang diberitahu penculik tadi pada mereka semua. "Dan dia ada kata juga yang kawan Seohyun juga ada bersama mereka." kata Kyuhyun. "Kawan Seohyun? Tiffany dan Taeyeon!" kata Siwon. Kali ini dia pula yang tidak keruan. "Macam mana ni? Macam mana kita nak selamatkan mereka?" kata Siwon. "Okay, okay. Bertenang. Sekejap aku call Hyoyeon." kata Eunhyuk pula cuba untuk menenangkan Siwon. "Hyoyeon! Awak datang sini sebentar boleh tak? Kami di kantin ni. Ada sesuatu yang kami mahu tanya kamu. Okay, cepat ya." kata Eunhyuk kemudian menutup panggilan. "Kita tunggu sebentar. Ada benda yang kita kena tanya mereka." kata Eunhyuk lagi.

Setelah beberapa minit menunggu, Hyoyeon, Yoona dan Sunny pun datang. "Ada apa awak panggil kami ke mari?" tanya Hyoyeon sebaik dia mengambil tempat duduk di sebelah Eunhyuk. "Awak tahu tak, Seohyun, Tiffany dan Taeyeon telah diculik!" kata Kyuhyun. "Diculik?" kata Hyoyeon, Yoona dan Sunny serentak. Mereka terkejut. "Ya! Kami baru dapat berita hari ni. Penculik tu menelefon Kyuhyun." kata Eunhyuk. "Saya dah agak dah! Saya tahu siapa punya angkara." kata Hyoyeon. Mereka semua memandang Hyoyeon dengan pandangan pelik. "Siapa?" tanya Eunhyuk. "Victoria dan Yunho!" kata Hyoyeon ringkas. Mereka semua terkejut besar. "Tapi, kenapa Seohyun? Kenapa? Kalau dia benci kat aku, kenapa dia perlu babitkan Seohyun. Seohyun tidak bersalah sama sekali." kata Kyuhyun. "Ya! Kenapa? Kenapa harus mereka bertiga?" kata Sunny. "Tapi, macam mana awak tahu Hyoyeon?" tanya Siwon dan menyebabkan semua mata memandang ke arah Hyoyeon. "Amber beritahu saya." kata Hyoyeon. "Amber? Dia kan ahli kumpulan Victoria, macam mana pulak dia boleh beritahu awak?" tanya Yoona. "Saya juga tak tahu mengapa dia beritahu saya, dia ada juga kata yang saya harus lindungi mereka. Tetapi, saya tidak pula menyangka bahawa mereka boleh bertindak secepat ini." terang Hyoyeon panjang lebar. "Kyuhyun, ada mereka beritahu awak apa-apa lagi?" tanya Hyoyeon. "Mereka beritahu saya bahawa mereka mahu saya dan Siwon ke satu tempat yang mereka akan beritahu besok, berseorangan." kata Kyuhyun. Mereka semua terdiam. "Macam ni lah. Besok, awak berdua ikut sahaja apa yang mereka mahu, asalkan mereka bertiga selamat." kata Sungmin memberi kata putus. Di dalam hati masing-masing, mereka tidak berhenti berdoa supaya mereka bertiga selamat.

Keesokan hari....

Setelah menerima panggilan, Kyuhyun dan Siwon segera berangkat ke tempat yang disuruh. Sesampai sahaja mereka, Yunho, Krystal dan Luna sedang menunggu mereka dengan muka berlagak. "Sampai pun! Ingat kan nak biarkan girlfriend masing-masing mati." kata Yunho sengaja membangkitkan kemarahan mereka berdua. "Mana kau sorok Seohyun hah?! Baik kau cakap!" kata Kyuhyun marah. "Woo! Bertenang. Girlfriend kau tak lari mana pun. Dia ada." kata Yunho lagi. "Kau jangan nak main-main lah. Cepat beritahu kami mana mereka!" kata Siwon. Dia tidak dapat menahan kemarahannya lagi. Dia rasa seperti mahu menumbuk sahaja muka Yunho. "Kalau kau nak tahu, kau ikut Luna. Dia akan tunjuk mana girlfriend kau berada." kata Yunho lagi. Siwon tanpa membuang masa mengikut sahaja apa yang disuruh seperti yang dikata Sungmin semalam. "Sekarang mana Seohyun?" kata Kyuhyun. "Kau pula ikut Krystal." kata Yunho malas. "Tapi, macam mana dengan Taeyeon? Mana kau sorok dia?" tanya Kyuhyun sebelum dia mengikut Krystal. "Haihh, tamaknya kau ni. Seohyun dah dapat, Taeyeon pun kau nak?" tanya Yunho menyindir. "Kau cakap sahaja tak boleh ke?!" kata Kyuhyun marah. "Kalau pasal Taeyeon, jika tidak ada sesiapa datang selamatkan dia, nampaknya dia akan mati lah." kata Yunho. "Apa?! Kau ni semua dah gila ke apa? Baik kau beritahu mana Taeyeon, kalau tidak..." belum sempat Kyuhyun menghabiskan ayatnya, Yunho mencelah. "Kalau tidak apa? Kau nak bunuh kami? Cubalah. Jangan salahkan aku kalau kau tak dapat tengok Seohyun lagi." kata Yunho. Kyuhyun terkejut mendengar kata Yunho. Kali ini dia tidak berkata lagi. Dia mengalah. Dia mengikut Krystal dari belakang. Tiba-tiba ada satu kereta berhenti berdekatan mereka bertiga. "Aku datang selamatkan Taeyeon! Mana dia? Baik kau cakap." kata Kai sebaik dia keluar dari kereta. "Kai?!" bisik Krystal perlahan. Dia terkejut melihat Kai di situ. "Kau ni siapa pulak?" tanya Yunho sebaik Kai menghampiri dia. "Aku.. aku.. boyfriend Taeyeon." kata Kai. Krystal sangat terkejut. "Sekarang mana kau sorok Taeyeon?! Baik kau beritahu aku." kata Kai. Yunho memandang Kai. "Kau ikut aku. Aku akan tunjuk." kata Yunho tidak puas hati. Kai mengikut dia dari belakang. Kai sempat menoleh ke arah Krystal, kemudian dia menjeling. "Kau nak tunjuk kat mana Seohyun atau tidak?" marah Kyuhyun apabila dia melihat Krystal hanya diam. "Hah? Baiklah, mari." kata Krystal. Dia masih malu dengan Kai. "Habislah peluang aku nak dapatkan Kai!" kata Krystal dalam hati. Kemudian dia membawa Kyuhyun.

Di tempat Kyuhyun....

Sesampai sahaja, Kyuhyun melihat Victoria. Kemudian dia menoleh ke arah Krystal. "Kau jangan nak main-main dengan aku lah. Aku bukan nak selamatkan Victoria, aku nak selamatkan Seohyun." kata Kyuhyun marah. "Kau diam boleh tak? Bising lah. Sebelum kau selamatkan Seohyun, kau harus buat sesuatu!" marah Krystal pula. Kyuhyun hanya menjeling Krystal. Kemudian Krystal meninggalkan mereka berdua. "Hai Kyuhyun!" sapa Victoria mesra. "Heii, sekarang ni aku tak ada masa nak mesra-mesra dengan kau tahu tak!" bentak Kyuhyun. "Baik kau beritahu cepat apa yang kau nak aku buat." kata Kyuhyun. Victoria yang tadi tersenyum terus masam mukanya. "Baiklah, sebelum kau selamatkan Seohyun, aku nak kau buat sesuatu untuk aku." kata Victoria. "Apa dia?" tanya Kyuhyun. Victoria senyum. "Aku nak kau jadi boyfriend aku!" kata Victoria. "Apa?!" Kyuhyun terkejut besar. "Kau gila ke apa? Aku tak nak dan aku takkan jadi boyfriend kau!" kata Kyuhyun. Dia terkejut dengan permintaan merepek Victoria. "Kau tak nak? Jadi, nampaknya aku tak boleh beritahu mana Seohyun berada lah." kata Victoria. Kyuhyun terlupa yang dia harus mengikuti sahaja apa yang mereka mahu terus berkata, "Baiklah, kalau kau nak sangat, aku akan jadi boyfriend kau.". Dia terpaksa membuat keputusan itu demi Seohyun. Walaupun berat, dia harus menerimanya juga. "Apa?! Betul ke apa yang aku dengar ni?" tanya Victoria. "Yelah. Tentulah betul. Jadi sekarang mana Seohyun?!" kata Kyuhyun malas. Victoria yang masih gembira dan tidak percaya apa yang didengar tadi, berkata, "Baiklah, aku akan beritahu." Dia memberitahu Kyuhyun. Dengan segera Kyuhyun pergi dengan perasaan marah. Victoria ketawa puas.

Setelah mereka semua selamatkan pasangan masing-masing, mereka pulang. Dalam perjalanan, mereka bertiga tertidur. Mereka kepenatan. Kyuhyun memandang muka Seohyun dengan perasaan sedih. "Sudahlah, mereka semua sudah selamat. Kau tak payah lah sedih lagi." kata Siwon yang sedang memandu. Kyuhyun mengalihkan pandangan dia daripada Seohyun. Dia tidak sanggup melihat muka Seohyun. "Kau tak apa-apa ke Kyuhyun? Ada sesuatu yang berlaku tadi?" tanya Siwon. Dia pelik melihat perlakuan Kyuhyun. "Kau tahu tak, sekarang aku dah rasmi jadi boyfriend Victoria." kata Kyuhyun perlahan. Dia tidak mahu mereka bertiga terjaga. "Apa?! Bila?" tanya Siwon. "Tadi, sebelum aku selamatkan Seohyun." kata Kyuhyun. Siwon diam. Dia tidak tahu mahu berkata apa. "Aku tak tahu nak cakap macam mana pada Seohyun." kata Kyuhyun. Dia melepaskan keluhan berat. Kemudian dia memejamkan mata. Akhirnya dia tertidur. Kai yang duduk disebelah Siwon juga tertidur. Tinggallah Siwon seorang yang masih memandu. Mula-mula dia menghantar Kai. Kemudian Taeyeon, diikuti Tiffany dan Seohyun. Selepas itu, dia menghantar Kyuhyun. Kemudian dia pulang. Dia harus pulang segera kerana dia meminjam kereta ayahnya. Dalam perjalanan, dia masih fikir tentang apa yang dikata Kyuhyun tadi. Kemudian dia mengeluh berat. 

*Sorry, this chapter is little bit long. And, maybe ridiculous :D I was too lazy. Sorry again :(

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~