Love changes everything :)

Say Yes, My Sweetheart!

Seohyun dan Tiffany sedang berjalan menuju ke perpustakaan. Memandangkan peperiksaan akhir tahun tak lama sahaja lagi, segelintir murid akan membuat persiapan awal termasuk lah mereka berdua. "Saya harap kat library tidak ramai orang." kata Tiffany semasa dalam perjalanan. "Saya pun. Yelah nanti tempat penuh. Susah pula." kata Seohyun. Ketika mereka dalam perjalanan, mereka terserempak dengan Kyuhyun. "Hai!" sapa Tiffany ramah. "Hai! Nak pergi mana ni?" jawab Kyuhyun sambil melirik Seohyun. "Kami nak pergi library. Awak pula, nak pergi mana?" tanya Tiffany. "Saya nak pergi jumpa kawan sekejap." jawab Kyuhyun. "Ohh.. baiklah, kami pergi dahulu. Kami takut tempat penuh. " kata Tiffany. "Baiklah, bye Tiffany. Bye Seohyun!" kata Kyuhyun kemudian terus berlalu pergi. Mereka pun beredar pergi ke perpustakaan. 

Seohyun sedang memilih buku untuk diulang kaji. "Haa, jumpa pun." kata Seohyun. Tiba-tiba Tiffany datang menghampiri Seohyun yang masih mencari buku lain. "Seohyun, saya nak pergi tandas sekejap ya. Awak cari lah dulu buku tu." kata Tiffany. "Emm, baiklah." jawab Seohyun. Ketika dalam perjalanan ke tandas, Tiffany terserempak dengan Eunhyuk. "Ehh, Tiffany. Nak pergi mana ni?" tanya Eunhyuk. "Saya nak pergi tandas." jawab Tiffany. "Ohh.." jawab Eunhyuk kemudian memandang ke kiri dan kanan seperti mencari seseorang. "Kenapa? Awak macam tengah cari seseorang je?" tanya Tiffany pula. "Hah? Ya, memang saya tengah cari seseorang. Tapi saya tak pasti dia kat mana." jawab Eunhyuk. "Saya dah cari di semua tempat. Tapi tak jumpa." kata Eunhyuk lagi. "Ohh.. ye ke. Emm, tapi siapa yang awak cari tu?" kata Tiffany. "Saya.. emm.. saya..cari Hyoyeon. Awak ada nampak dia tak?" kata Eunhyuk. Dia sebenarnya agak segan dengan Tiffany walaupun dia kenal Tiffany. Yelah, kebetulan Hyoyeon tu kawan Tiffany, kerana itu dia agak segan. "Ohh.. cari Hyoyeon ke. Tak silap saya tadi saya nampak dia kat kantin." jawab Tiffany. "Kantin? Emm, okay, terima kasih ya!" kata Eunhyuk. "Sama-sama." jawab Tiffany lalu terus berlalu pergi. Dia hampir lupa tujuan dia mahu ke tandas. Eunhyuk dengan segera terus pergi ke kantin. Ada sesuatu yang perlu dia bincang dengan Hyoyeon. 

Di kantin....

Setelah dia sampai, dia masih mencari-cari kelibat Hyoyeon. Agak lama juga kerana terlalu ramai orang berada di kantin. Tiba-tiba mata dia terpaku pada seseorang. Dia sangat kenal dengan tubuh badan itu. Dengan segera dia berjalan menuju ke arah tubuh itu. "Hyoyeon!" panggil Eunhyuk ketika berjalan ke arah Hyoyeon.  Hyoyeon yang sedang membaca, menoleh ke arah suara yang memanggil namanya. "Ehh, Eunhyuk!" kata Hyoyeon sebaik Eunhyuk sampai di meja yang dia duduki. Eunhyuk cuma senyum kemudian berkata , "Boleh saya duduk?". "Ya, duduklah." kata Hyoyeon. Eunhyuk duduk kemudian diam. "Ada apa awak datang sini? Ada sesuatu yang penting ke?" tanya Hyoyeon sebaik sahaja Eunhyuk duduk. "Ya, memang ada sesuatu yang penting saya nak cakap dengan awak." kata Eunhyuk. "Ohh.. ye ke. Apa dia?" tanya Hyoyeon. "Emm, pasal...emm...pasal..." Eunhyuk tidak tahu macam mana mahu terangkan pada Hyoyeon. Mulut dia terasa berat mahu bercakap. "Pasal apa?" sergah Hyoyeon tiba-tiba. "Awak nak cakap apa sebenarnya ni? Janganlah main-main." kata Hyoyeon lagi. "Okay, okay maaf. Biar saya berterus-terang. Sebenarnya saya nak tanya awak sesuatu. " kata Eunhyuk. "Tanya pulak? Emm, baiklah, apa dia?" kata Hyoyeon. "Emm, awak ingat tak malam majlis tari-menari tu, awak ada nak kata sesuatu kan? Apa dia? Saya nak tahu." kata Eunhyuk. Hyoyeon mengangkat keningnya kemudian berkata, "Cakap sesuatu? Emm, apa dia ekk?" kata Hyoyeon sambil membuat muka pelik. "Alahh, takkan awak tak ingat? Cuba awak ingat lagi." kata Eunhyuk. Dia tahu pasti ada sesuatu yang Hyoyeon mahu cakap malam itu. Hyoyeon pula cuba mengingati sesuatu. Fikiran dia terus melayang teringat perbualan dia malam itu bersama Eunhyuk. 

Flashback:

Hyoyeon sedang duduk seorang diri. Dia tidak mahu sertai teman-temannya menari. Walaupun minatnya menari, tetapi dia tidak tahu mengapa malam itu mood dia sangat lain. Dia seperti malas mahu melakukan semua benda. "Hai Hyoyeon!" tiba-tiba ada satu suara menegur dia. Dia berpaling ke arah suara itu. "Ohh.. hai Eunhyuk!" kata Hyoyeon sebaik terlihat muka orang yang menegur dia. "Kenapa tak sertai mereka?" tanya Eunhyuk dan menunjuk ke arah teman-teman Hyoyeon yang sedang menari. "Saya malas lah, tak tahu kenapa." kata Hyoyeon kemudian tersengih. Kemudian mereka berdua terus berdiam diri tidak berkata sepatah pun. "Emm Eunhyuk, boleh saya cakap sesuatu?" tanya Hyoyeon tiba-tiba. "Apa dia? Cakap lah." kata Eunhyuk kemudian duduk menghadap Hyoyeon. "Emm..emm..sebenarnya..emm..sebenarnya.." Hyoyeon terkaku tidak tahu macam mana mahu cakap. "Tak ada apa-apa lah." kata Hyoyeon tiba-tiba kemudian dia tersengih. "Awak nak kan nak cakap sesuatu, macam mana boleh tak ada apa-apa pulak?" tanya Eunhyuk. "Emm.. tak apa lah. Sebenarnya memang tak ada apa-apa saya nak cakap." kata Hyoyeon lalu terus meninggalkan Eunhyuk yang masih tertanya-tanya. Dia tidak mahu Eunhyuk tahu apa yang dia mahu cakap. "Hampir-hampir sahaja tadi. Eihh, kenapa lah mulut ni gatal sangat." kata Hyoyeon dalam hati sambil menepuk mulutnya sendiri. Eunhyuk yang kini berseorangan, masih terfikir kata-kata Hyoyeon tadi. "Dia nak cakap apa ya? Pasti ada sesuatu yang dia mahu cakap." kata Eunhyuk dalam hati. "Tak mengapalah, nanti aku akan tanya dia." kata Eunhyuk. 

- End of flashback -

 

Hyoyeon sudah mengingati sesuatu terus berkata, "Ohh.. pasal itu ke. Emm sebenarnya saya cuma nak cakap yang saya mahu awak berlatih lagi untuk pertandingan itu. Itu sahaja" kata Hyoyeon. "Itu sahaja? Awak pasti ke?" tanya Eunhyuk sambil memuat muka curiga. Dia dapat rasa Hyoyeon seperti menyembunyikan sesuatu daripada dia. "Betul, itu sahaja." kata Hyoyeon. Eunhyuk masih membuat muka curiga. Hyoyeon tiba-tiba bangun. Dia mahu beredar. Dia tidak mahu bercakap pasal itu lebih lanjut. Sebenarnya apa yang dia kata sebentar tadi bukan perkara yang sebenar. Dia tetap tidak mahu memberitahu Eunhyuk. Sekali lagi dia menipu. "Awak nak pergi mana?" tanya Eunhyuk sebaik dia lihat Hyoyeon sudah mahu beredar. "Saya nak masuk kelas. Maaflah. Saya pergi dulu." kata Hyoyeon kemudian terus pergi meninggalkan Eunhyuk terpinga-pinga.    

Eunhyuk yang masih curiga, tetap tidak mahu berputus asa. Dia harus tahu sesuatu hari ini. Dia tanpa membuang masa mengejar Hyoyeon yang sudah agak jauh. "Hyoyeon!" panggil Eunhyuk sebaik dia lihat kelibat Hyoyeon. Hyoyeon yang sedang berjalan, menoleh ke belakang. Dia lihat Eunhyuk sedang berlari menuju ke arah dia. Dia melajukan langkah dia. Kalau boleh dia mahu lari dari Eunhyuk. "Hyoyeon! Tunggu lah." panggil Eunhyuk lagi. Ternyata kudrat seorang lelaki memang lagi kuat berbanding wanita. Eunhyuk terus menarik tangan Hyoyeon sebaik sahaja dia sampai berdekatan Hyoyeon. Hyoyeon sudah tidak mampu melakukan apa-apa. Eunhyuk sudah memegang tangannya. "Awak nak pergi mana? Awak janganlah lari. Saya tahu ada sesuatu yang awak nak cakap. Dan benda itu jauh lebih penting daripada apa yang awak cakap dengan saya tadi." kata Eunhyuk. Hyoyeon terus berpusing memandang Eunhyuk. Tangan Eunhyuk masih utuh memegang tangan Hyoyeon. Hyoyeon terus menarik Eunhyuk ke satu sudut. "Baiklah, kalau awak nak tahu sangat, sebenarnya memang ada sesuatu yang saya nak cakap." kata Hyoyeon. "Tapi sebelum tu, tolong lepaskan tangan saya boleh tak? Sakit tahu!" kata Hyoyeon lagi. Eunhyuk yang tidak menyedari, terus melepaskan tangan Hyoyeon. "Sebenarnya memang ada, tapi saya memang tak tahu nak cakap macam mana dengan awak." kata Hyoyeon sebaik sahaja Eunhyuk melepaskan tangannya. Eunhyuk membuat muka pelik. "Kalau memang ada, awak cakap sahaja. Saya akan cuba faham." kata Eunhyuk tenang. Hyoyeon tiba-tiba diam. Eunhyuk bertambah pelik. Kemudian dia terus berkata, "Baiklah, biar saya cakap dahulu. Sebenarnya dah lama saya nak cakap, tapi saya malu. Sebenarnya saya sukakan awak. Lama dah. Sejak awak masuk sekolah ni." kata Eunhyuk. Dia cuba tenang. Walaupun dia sebenarnya tersangatlah gementar. Hyoyeon yang tadi diam, terus mengangkat muka memandang Eunhyuk. Dia terkejut. Eunhyuk berkata lagi, "Saya tahu awak pasti akan terkejut, sebab itu saya pendamkan perasaan saya.". Hyoyeon yang tadi memandang muka Eunhyuk terus menunduk. "Tapi, kalau awak tak sukakan saya, tak mengapa. Kita boleh jadi kawan sahaja. Sebab kalau dengan berkawan sahaja, awak selesa dengan saya, saya tak kisah. Hyoyeon diam lagi. Dia sangat terkejut. Sehingga dia tidak mampu untuk berkata. Eunhyuk yang menyedari Hyoyeon tidak memberi sebarang respon sudah mula mahu pergi. Dia tahu yang inilah respon yang akan diberi Hyoyeon, kerana itu dia sudah bersiap sedia. Sebaik sahaja dia beritahu, jika Hyoyeon tidak memberi respon, itu bermakna Hyoyeon tidak menerima dia. Dia perlahan-lahan berjalan meninggalkan Hyoyeon. Tiba-tiba dia berasa seperti ada orang menarik tangannya. Dia berpaling memandang. Alangkah terkejutnya dia, ternyata orang yang memegang tangan dia ialah Hyoyeon. "Awak janganlah pergi. Saya tak cakap apa-apa lagi." kata Hyoyeon dan memandang Eunhyuk yang membelakangi dia. Eunhyuk berpaling menghadap Hyoyeon dan terus memeluk Hyoyeon. Hyoyeon tidak membantah. Dia cuma diam membiarkan Eunhyuk memeluk dia. "Kenapa awak tak cakap awak sukakan saya? Kenapa? Kenapa awak biarkan perasaan awak?" marah Hyoyeon sambil memukul lembut dada Eunhyuk. Tiba-tiba dia menangis. "Awak tahu tak, yang sebenarnya saya juga sukakan awak." kata Hyoyeon sambil teresak-esak. Eunhyuk terkejut. Dia melepaskan pelukannya dan memandang Hyoyeon. Dia mengesat air mata Hyoyeon. Dia mengangguk, "Ya, saya tahu. Sebab itu saya mahu awak luahkan. Sudahlah, jangan menangis ya." kata Eunhyuk tenang. Hyoyeon terus memeluk Eunhyuk. "Terima kasih Eunhyuk. Terima kasih sebab tunggu saya. Saya sayangkan awak." kata Hyoyeon. "Sama-sama." kata Eunhyuk. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~