The bad guys always lose

Say Yes, My Sweetheart!

Seminggu selepas kejadian culik itu berlaku, 6 sekawan itu berjumpa lagi sebelum mereka bercuti panjang. "Ehh, tak lama lagi kan cuti panjang. Apa kata kita keluar sama-sama nak?" tanya Sunny. "Hmm, bagus juga idea awak itu. Lagipun saya nak ucap terima kasih pada orang yang selamatkan saya. Sampai sekarang saya masih tidak tahu siapa yang menyelamatkan saya semasa saya diculik hari itu." kata Taeyeon. "Saya ada dengar cerita. Bahawa orang yang menyelamatkan awak itu, adalah Kai. Tetapi saya tidak pasti sama ada khabar angin itu benar atau tidak." kata Yoona. "Awak pasti ke Yoona? Kalau betul, saya haruslah berterima kasih pada dia. Yelah, dia sanggup korbankan nyawa dia untuk selamatkan saya." kata Taeyeon lagi. "Yang itu, saya tidak pasti. Tetapi kalau khabar angin itu masih ada, bermakna ia betul lah." kata Yoona. Taeyeon kemudian cuma mengangguk. "Tetapi saya masih tidak faham mengapa, Victoria sanggup buat perkara seperti itu." tanya Sunny. "Mungkin, dia stres. Sebabnya ada orang kata, dia tidak lulus peperiksaan akhir tahun. Yelah, dia kan anak orang kaya, takkan lah anak orang kaya, bodoh. Betul tak?" kata Yoona. "Memang lah. Tetapi, mengapa dia harus menculik. Kalau dia tidak lulus, itu bermakna dia tidak berusaha lebih." kata Hyoyeon. "Lagipun, kalau awak semua betul-betul nak tahu, semua yang berlaku ini ialah disebabkan Kyuhyun." kata Hyoyeon lagi. Mereka semua terkejut dengan kata-kata Hyoyeon. "Maksud awak? Bukan ke yang selamatkan Seohyun itu, Kyuhyun?" tanya Tiffany. "Sebelum itu, saya nak minta maaf pada Seohyun. Saya betul-betul minta maaf. Saya tidak seharusnya beritahu awak. Tetapi, saya rasa saya perlu beritahu pada awak." kata Hyoyeon. "Memang yang selamatkan Seohyun itu, Kyuhyun. Tetapi, sebelum dia selamatkan Seohyun, dia telah membuat perjanjian dengan Victoria." kata Hyoyeon. "Victoria? Perjanjian? Saya tak faham." kata Seohyun. "Dia telah berjanji untuk menjadi teman lelaki Victoria kalau Victoria lepaskan Seohyun." kata Hyoyeon lagi. Mereka semua terkejut besar. Mereka mengalih pandangan mereka ke arah Seohyun. "Sabar ya Seohyun." kata Tiffany sambil mengusap lembut bahu Seohyun. "Ehh, jangan salah sangka. Dia buat keputusan itu pun bukan sebab dia mahu. Kyuhyun terpaksa. Asalkan Seohyun selamat. Itu sahaja yang Kyuhyun mahu." kata Hyoyeon lagi. Dia tidak mahu mereka semua salah sangka pada Kyuhyun pula. "Jadi sekarang, bagaimana dengan Kyuhyun?" tanya Sunny. "Saya pun tidak tahu." kata Hyoyeon. "Tetapi, macam mana awak tahu semua ini?" tanya Yoona. "Kyuhyun yang cerita pada saya. Dia pada mulanya mahu beritahu pada Seohyun. Tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu terangkan pada Seohyun. Jadi, akhirnya dia beritahu saya. Dia mahu saya tolong terangkan pada Seohyun." kata Hyoyeon. 

Ketika mereka rancak bercerita,tiba-tiba ada kereta polis berhenti di hadapan pagar sekolah. Sepasukan polis keluar dari kereta dan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Semua pelajar sangat terkejut dan tidak tahu apa yang sedang berlaku. Salah seorang dari polis itu seperti menanyakan sesuatu pada salah seorang pelajar yang berada berdekatan dengan mereka. Pelajar itu dengan segera menunjukkan arah pada polis itu. Polis itu pula hanya mengikut dari belakang. Kebetulan pada waktu itu, Victoria, Krystal, Luna dan Kyuhyun sedang berjalan menuju ke kantin. Pelajar yang tadi menunjuk ke arah mereka. Polis tanpa membuang masa pergi ke arah mereka dan menggari tangan mereka. Victoria yang tidak tahu apa-apa hanya meronta minta dilepaskan. "Eihh, encik apa saya dah buat.. encik lepaskan saya....eihh..sakitlah..lepaskan..Kyuhyun tolonglah saya..." kata Victoria. Kyuhyun buat tak tahu sahaja pada mereka. Polis itu terus menarik mereka. Victoria masih menjerit meminta tolong. Kyuhyun hanya sempat berkata, "Maaf Victoria. Tetapi mulai sekarang kita putus!" kata Kyuhyun. Polis yang menggari mereka terus menarik mereka masuk ke dalam kereta dan terus meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah. Ramai pelajar yang masih terpinga-pinga dan tak kurang juga yang berbisik sesama sendiri. Kyuhyun pun beredar. Tetapi dia sempat menoleh ke arah sekumpulan pelajar perempuan yang dari tadi hanya menyaksikan kejadian itu. Kemudian dia beredar. "Pelajar-pelajar diminta berkumpul di tapak perhimpunan sekarang!" kata salah seorang pengawas pada mereka yang berada di kantin. Mereka dengan segera beredar dari kantin ke tapak perhimpunan. "Kenapa kita kena berkumpul?" tanya Tiffany. "Saya pun tidak tahu." kata Seohyun. Setelah mereka berenam sampai di tapak perhimpunan mereka berdiri di barisan kelas masing-masing. Keadaan di situ sangat bising. Ada yang berbual sementara menunggu guru besar sampai. Apabila guru besar sampai sahaja keadaan di situ kembali senyap. Guru besar datang bersama dengan salah seorang polis. "Baiklah, diam semua." kata guru besar. "Berdirinya saya di sini ialah kerana ingin memberitahu tentang perkara yang berlaku sebentar tadi. Jadi saya harap kamu semua tidak bising." kata guru besar kemudian mempersilakan polis tadi untuk bercakap. "Baiklah, terima kasih guru besar. Saya pasti kamu semua terkejut dan tidak tahu apa yang berlaku tadi. Sebenarnya pelajar-pelajar yang kami tangkap tadi telah melakukan satu jenayah yang kami sendiri tidak menyangka mereka akan lakukan iaitu menculik." kata polis itu dan menyebabkan banyak suara-suara kecil yang berbisik. "Tetapi memandangkan mereka masih di bawah umur, kami akan mempertimbangkan kerana kes ini masih kami siasat." kata polis itu lagi. "Kami juga mahu mengucapkan terima kasih pada orang yang telah memberi maklumat pada kami. Saya persilakan Cik Amber." kata polis itu dan mempersilakan Amber naik ke atas pentas. "Cik ini lah yang telah banyak membantu kami. Jadi kami betul-betul mahu berterima kasih pada dia." kata polis itu lagi diikuti dengan tepukan gemuruh daripada guru-guru dan pelajar. 

Selesai sahaja, pelajar semua diminta naik ke kelas masing-masing. Mereka 10 orang datang pada Amber dan mengucapkan terima kasih pada dia. "Amber, kami semua nak ucapkan banyak-banyak terima kasih pada awak kerana membantu kami. Terima kasih sangat-sangat." kata Tiffany diikuti dengan anggukan mereka semua. "Yelah, kalau tiada awak kami pasti kami masih tidak dapat menangkap penculik itu." kata Siwon. "Tak mengapalah. Benda kecil sahaja. Lagipun dah lama saya nak buat macam itu, kalau bukan sekarang, bila lagi kan." kata Amber. "Baiklah, kalau macam itu, kami pergi dulu. Kita jumpa nanti lah." kata Yoona. Amber juga meminta diri. Kemudian mereka beredar masuk ke dalam kelas masing-masing.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~