Still waiting for you :(

Say Yes, My Sweetheart!

"Kita nak duduk kat mana? Tempat penuh lah." rungut Taeyeon setelah mereka memasuki restoran yang selalu mereka lepak bila mereka pulang dari sekolah.

"A'ah lah. Penuhnya. Macam mana ni?" kata Tiffany pula. "Tak apa lah, kamu berdua pergi pesan makanan dahulu. Biar saya cari tempat duduk." kata Seohyun memberi kata putus. Lebih baik dia cari cepat memandangkan tempat duduk dekat situ baru separuh penuh. Sedang dia meninjau-ninjau tempat duduk, tiba-tiba mata dia terus terpandang satu meja kosong. "Haa, duduk situ jelah." Seohyun dengan segera pergi ke meja kosong itu dan duduk. Dia menunggu Taeyeon dan Tiffany. "Haihh, lambatnya. Mesti beratur panjang ni." kata Seohyun dalam hati. Setelah hampir 5 minit beratur, sampai giliran mereka memesan makanan. Setelah itu mereka kembali ke tempat duduk. "Jauhnya, tak ada tempat lain ke?" tanya Taeyeon sambil menghulurkan air kepada Seohyun. "Tak ada tempat lain. Maaflah." kata Seohyun sambil tersenyum. "Tak mengapalah, asalkan ada tempat duduk." kata Taeyeon. Mereka makan sambil berbual-bual kosong. "Kenapa awak berdua ajak saya ke mari? Ada hal penting yang awak berdua nak bincang dengan saya ke?" tanya Taeyeon tiba-tiba.

Tiffany yang sedang menikmati makanannya tiba-tiba menepuk dahinya sendiri. "A'ah lah. Maaflah Taeyeon. Kami terlupa. Memang ada hal penting yang kami mahu bincang dengan kamu." kata Tiffany. "Hal apa?" tanya Taeyeon. "Awak dah dengar berita pasal sekolah kita akan mengadakan majlis tari-menari peringkat sekolah?" tanya Tiffany pula. "Oh, ya. Ada. Kenapa?" kata Taeyeon. "Awak pergi atau tak?" tanya Seohyun yang diam sejak tadi. Taeyeon hanya menggeleng. "Saya tak tahu lah. Saya tak ada pasangan nak pergi." kata Taeyeon dengan nada sedih. "Jadi awak tak pergi lah?" kata Seohyun. Tiba-tiba Tiffany menyampuk. "Alahh, tak apa. Nanti pasti ada orang yang ajak awak. Awak tunggu je. Okay?" kata Tiffany memujuk. Taeyeon hanya tersenyum. "Tapi, sebenarnya bukan itu sahaja yang kami nak bincang dengan awak Taeyeon." kata Tiffany lagi. "Ada lagi? Apa dia?" kata Taeyeon. "Sebenarnya kami nak minta kebenaran awak untuk masuk pertandingan nyanyian yang akan diadakan masa majlis tari-menari itu nanti." kata Tiffany. "Kenapa nak minta kebenaran saya pula, kalau awak nak masuk, masuk jelah. Saya benarkan." kata Taeyeon sambil tersenyum. "Tak! Bukan macam maksud saya. Emm, macam mana nak terangkan kat awak ehh?" kata Tiffany sambil menggaru kepalanya yang tak gatal. Taeyeon membuat muka pelik. "Maksud Tiffany macam ni, kami nak awak masuk pertandingan nyanyian itu bersama kami. Sebab itu kami minta kebenaran awak dulu sebelum kami daftarkan nama awak." terang Seohyun panjang lebar. Setelah mendengar penjelasan Seohyun itu, barulah Taeyeon faham. "Ohh, katalah yang awak nak saya masuk sekali. Baiklah! Saya setuju." kata Taeyeon. Mereka berdua berasa lega. 

"Tapi, apa nama kumpulan kita? Sebab saya tengok kat borang daftar tu, kena letak nama kumpulan." tanya Tiffany tiba-tiba. Mereka bertiga terdiam sebentar. Kepala masing-masing sedang ligat berfikir. Tiba-tiba Seohyun menyampuk. "Saya ada satu. Kalau awak berdua tak kisah, saya nak namakan kumpulan kita TTS@TaeTiSeo." kata Seohyun. Mereka berdua tersenyum serentak sambil berkata "Kami setuju!". Kemudian mereka berbincang mengenai pakaian dan lagu apa yang akan mereka nyanyi. Setelah mereka tahu lagu dan pakaian yang akan mereka nyanyi dan pakai, mereka pun pulang.

 

Keesokan hari di sekolah,

 

Tiffany dan Siwon sedang duduk di balkoni sambil berbual kosong. "Sayang, balik nanti saya jemput awak kat kelas tau!" kata Siwon. Tiffany tersenyum kemudian berkata "Awak tak penat ke tiap-tiap hari jemput saya kat kelas?". "Saya tak akan pernah penat. Dan selagi awak tak suruh saya berhenti jemput awak, selagi itu saya akan jemput awak." kata Siwon kemudian mencubit lembut pipi Tiffany. "Macam mana kalau satu hari, awak tak boleh jemput saya?" duga Tiffany. "Kalau satu hari saya tak jemput awak, maknanya saya ada hal lah. Kalau tak, tiap-tiap hari juga awak akan tengok muka saya yang hensem ni." kata Siwon sambil menggaru dagu. "Eii, perasanlah dia ni." kata Tiffany. Mereka berdua ketawa.

"Amboi, seronoknya berdua-duaan. Sampai tak perasan aku kat sini." tiba-tiba satu suara menegur mereka berdua. Mereka serentak memandang ke arah suara itu. "Ehh, bro. Bila kau sampai. Sorrylah. Tak perasan kot." Siwon berkata sambil terus berdiri. "Baru je." kata Kyuhyun kemudian dia menunduk hormat kat Tiffany. Tiffany menunduk kembali dan tersenyum. "Ehh, alamak lupa lah. Bro, perkenalkan ni girfriend aku, Tiffany. Kyuhyun senyum. "Sayang, ni lah Kyuhyun yang saya cerita tu." kali ni giliran Tiffany pula tersenyum. "Hai, Kyuhyun!" kata Tiffany mesra. Kyuhyun membalas kembali. "Hai!" "Jadi ni lah yang nak berkenalan dengan Seohyun tu, emm, hensem jugak." kata Tiffany dalam hati. Mereka kembali duduk. "Ada apa kau jumpa aku? Ada hal penting ke?" tanya Siwon. "Ada lah. Penting sangat. Pasal Seohyun." kata Kyuhyun. Tiba-tiba Tiffany menyampuk. "Ohh, awak yang nak berkenalan dengan Seohyun tu?". Kyuhyun teragak-agak menjawab soalan Tiffany tadi. "A'ah. Saya lah. Kenapa? Awak kenal ke Seohyun tu?" tanya Kyuhyun pula. "Apasal tak kenal pulak? Bestfriend dia tu." kata Siwon sambil melirik ke arah Tiffany. Tiffany senyum. "Seohyun tu, kawan saya. " kata Tiffany. "Kalau macam tu lagi senang. Emm, boleh tak awak tolong saya cakap dengan Seohyun yang saya nak ajak dia pergi majlis tari-menari." tanya Kyuhyun. "Saya dah cakap, dan dia terima." kata Tiffany. Kyuhyun mula tersenyum gembira. "Tapi, ada syarat." kata Tiffany sambil membuat muka serius yang dibuat-buat. "Apa syaratnya?" kata Kyuhyun. "Sebenarnya Seohyun tak tahu yang akan jadi pasangan dia tu, awak. Saya sengaja tak cakap. Sebab kalau saya cakap dia mesti tak nak punya. Jadi, syaratnya, awak mesti buat dia gembira. Awak buat apa saja asalkan dia gembira. Tapi, jangan yang bukan-bukan pulak." kata Tiffany. "Baiklah, saya janji!" kata Kyuhyun sambil tersenyum. Tiffany tadinya serius terus tersenyum gembira. Dia memandang Siwon dan tersenyum. Siwon membalas sambil mencuit dagu Tiffany. Kyuhyun yang duduk menghadap mereka hanya tersenyum. "Bilalah aku dengan Seohyun boleh jadi macam ni?" kata Kyuhyun dalam hati. 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~