Who are you?

Say Yes, My Sweetheart!

**P/S: Sorry, sebab lambat buat chapter. I'm kinda busy. Sebab saya still student. So, I hope you understand :D

 

Kring!!!!!!!!!!!!!!!!!... Loceng berbunyi menandakan waktu persekolahan tamat. Seohyun berjalan keluar kelas sambil berbual dengan Tiffany dan Taeyeon. "Taeyeon, hari ni saya datang rumah awak ya?" tanya Tiffany. "Saya bosanlah duduk di rumah seorang diri." kata Tiffany lagi. "Ibu dan ayah awak ke mana?" tanya Taeyeon. "Mereka ke Australia semalam." kata Tiffany. "Mereka pergi tidak mengajak awak?" tanya Taeyeon. "A'ah. Sebenarnya mereka ada memberitahu saya malam sebelumnya. Mungkin saya tidak dengar. Sebab itulah pagi tadi saya lihat mereka sudah tidak ada. Mereka hanya tinggalkan nota." terang Tiffany panjang lebar. "Ohh, tengoklah dulu. Saya tak tahu sama ada abang saya ada atau tidak di rumah. Saya harus minta kebenarannya dahulu." kata Taeyeon. Dia takut abangnya akan marah kerana dia membawa kawan pulang ke rumah tanpa kebenarannya terlebih dahulu. "Baiklah, kalau begitu." kata Tiffany. Dia malas mahu bertanya lebih lanjut. Sedang mereka rancak berbual, tiba-tiba ada sepasang kaki berhenti di hadapan mereka. "Kat sini rupanya 3 budak baik ni. Ingatkan dah balik.". Mereka seperti kenal dengan suara itu. Macam sudah biasa dengar. Taeyeon cuba memberanikan diri memandang empunya suara. Apabila dia memandang ke atas, dia sangat terkejut. Rupa-rupanya suara itu adalah suara Victoria. Musuh mereka bertiga. "Kenapa? Terkejut? Huh, tak payah terkejut sangat lah. Macam tak biasa tengok pulak." kata Victoria lalu ketawa. Diikuti dengan Krystal dan Luna. Hanya Amber yang tidak memberi respon apa-apa. Ketawa tidak, marah juga tidak. Dia hanya diam menyaksikan mereka dibuli oleh Victoria, Krystal, dan Luna. "Mana kawan korang yang apa namanya...hmm... Hyoyeon! Ya! Hyoyeon. Mana? Tidak pula dia datang 'menyelamatkan' korang." kata Victoria dengan angkuh. "Siapa yang panggil aku tadi?" tiba-tiba ada suara menyampuk. "Siapa yang gatal sangat mulut panggil-panggil nama aku ni? Teringin makan penampar ke apa." kata Hyoyeon yang secara tak sengaja lalu di situ. Dia jalan menghampiri mereka bertujuh. "Ni apahal ni?" tanya Hyoyeon. Dia memandang Victoria. "Kau kacau dorang lagi ehh?" tanya Hyoyeon. "M-m-m-mana ada. A-a-a-aku cuma lalu je kat sini." kata Victoria tergagap-gagap. "Kalau kau lalu je, kenapa kau masih tercegat kat depan dorang ni. Ni mesti kau kacau dorang lagi kan?" kata Hyoyeon dengan nada marah. Dia mula menyising lengan baju sukannya. Dia mengepal penumbuknya. Victoria mula tak keruan. Dia segera memberi isyarat mata kepada Amber supaya membantunya. Tiba-tiba Amber menyampuk. "Dahlah tu, kitaorang bukan sengaja pun." kata Amber. Kemudian, Seohyun pula menyampuk setelah lama berdiam diri. "Yelah Hyo, dorang bukan sengaja pun. Lepaskan jelah dorang." kata Seohyun. Dia takut nanti Hyoyeon akan menumbuk Victoria pula. Kalau sampai itu terjadi, pasti mereka semua akan dipanggil ke bilik pengetua. "Baiklah, kali ni aku lepaskan korang. Terutama kau perempuan." kata Hyoyeon sambil menunjuk ke arah Victoria. "Tapi, lain kali kalau aku nampak lagi korang buat macam ni, aku tak akan teragak-agak nak tumbuk muka kau." kata Hyoyeon dengan geram. Mereka dengan segera beredar dengan perasaan takut dan juga marah. "Kenapa korang diam je bila dorang buat macam tu? Korang patut lawan." kata Hyoyeon. "Kitaorang tak berani lah." kata mereka bertiga. "Kalau takut sangat, laporkan saja pada cikgu. Pasti mereka akan kena tindakan atas kes membuli." kata Hyoyeon memberi cadangan. "Baiklah, lain kali kami akan laporkan pada cikgu." kata mereka bertiga serentak. "Hmm, baguslah. Okaylah, aku nak kena pergi dah ni. Aku dah lambat ke kelas tarian. Aku pergi dulu. Bye." kata Hyoyeon lalu beredar meninggalkan mereka. Mereka bertiga pun meneruskan perjalanan. Mereka berjalan sampai ke perhentian bas. Mereka mahu menghantar Taeyeon pulang. "Huh, penatnya. Kita berteduh kat bawah tu lah." kata Tiffany. Mereka berjalan ke tempat menunggu bas. Ketika sedang menunggu bas, handphone Taeyeon berbunyi. Taeyeon mengeluarkan handphonenya dari poket baju sekolahnya. "Hello. Haa..abang, ya..saya dah ada kat perhentian bas ni. Bila abang nak sampai? Hmm..okay. Saya tunggu. Okay...bye." dia menutup handphonenya. "Alaa, Tiffany, nampaknya awak tak boleh lah pergi ke rumah saya. Abang saya ada di rumah. Tak apa kan?" kata Taeyeon. "Hmm, tak apa lah. Lain kali saja lah." kata Tiffany. Setelah beberapa minit menunggu, kelihatan abang Taeyeon sedang berjalan ke arah mereka sambil melambai. "Maaflah abang lambat. Tadi abang lepak dengan kawan abang sekejap. Maaflah ya." kata Key sambil meminta maaf kepada Taeyeon dan juga mereka berdua. "Tak apa. Abang lambat 5 minit je. Ohh, perkenalkan ni kawan saya. Ni Seohyun, dan yang ni Tiffany." kata Taeyeon sambil memperkenalkan mereka berdua. "Hello!" kata mereka berdua serentak. "Hello! Selamat berkenalan." balas Key lalu berjabat tangan dengan kedua-duanya. Setelah berkenalan, Key berjalan ke arah adiknya dan duduk di sebelahnya. "Haihh, hari-hari lambat. Bosanlah." rungut Key. Setelah beberapa minit menunggu, kelihatan bas dari jauh. Taeyeon dan Key serentak bangun dan menahan bas. Tiba-tiba Key teringat sesuatu, lalu berbisik ke telinga Taeyeon. Reaksi Taeyeon agak terkejut. "Kenapa abang tanya?" tanya Taeyeon. "Alaa, cakap jelah yang mana satu? Cepatlah, bas dah makin hampir tu." gesa Key. "Baiklah, baiklah." kata Taeyeon. Taeyeon berjalan ke arah Seohyun dan menunjukkan kepada abangnya. Key berjalan ke arah Seohyun. "Jadi awak ni yang bernama Seohyun?" tanya Key.  Dengan perasaan pelik Seohyun menjawab juga. "Ya, saya yang bernama Seohyun. Kenapa ya?" tanya Seohyun. "Ohh, tak ada pape. Cuma, ada kawan saya yang mahu berkenalan dengan awak." kata Key terus-terang. Mereka bertiga terkejut dan pelik. "Berkenalan dengan Seohyun? Siapa?" sampuk Tiffany tiba-tiba. "Ya! Siapa abang?" sampuk Taeyeon pula. "Abang tak boleh kasi tahu. Kalau abang kasi tahu, habislah abang dibelasahnya." kata Key. "Kalau mahu berkenalan, haruslah tahu siapa orangnya." kata Tiffany lagi. "Tak boleh. Kalau abang kasi tahu pun, bukannya kamu semua kenal. Sebab dia kawan abang." kata Key cuba berahsia pula. Tanpa mereka sedari, bas yang sudah lama berhenti, sudah jalan kembali. "Jadi, Seohyun kamu mahu terima atau tidak? Saya harus memberi jawapannya besok." kata Key. Tiba-tiba Taeyeon menjerit. "Alamak! Bas kita sudah terlepas!" kata Taeyeon. Kerana ketika sedang sibuk bercakap, mereka tidak sedar bas yang ditahan tadi telah lama pergi. "Kamu lah punya pasal, Taeyeon. Kan sudah terlepas bas. Sepatutnya kamu tahan supaya jangan pergi." marah Key. "Manalah saya tahu, saya juga sedang sibuk mendengar berita yang dibawa abang untuk Seohyun." kata Taeyeon membela diri. "Tengok, kan harus menunggu bas lain datang." marah Key lagi tanpa pedulikan perasaan marah adiknya. Taeyeon diam. Malas dia mahu berdebat lagi. Pastinya nanti dia yang sakit hati kerana harus mendengar bebelan abangnya yang mengalahkan nenek tua. "Maaflah. Lain kali saya akan lebih peka. Maaf sekali lagi." kata Taeyeon mengalah walaupun hatinya masih sakit. "Haa..baguslah."kata Key dengan perasaan puas hati. Sementara mununggu bas lain datang, Key kemudian bertanya kembali soalannya kepada Seohyun. "Kamu mahu terima atau tidak?" tanya Key. Seohyun hanya diam. Dia masih memikirkan soalan itu. Tiba-tiba Key menyergah. "Hey! Kamu ni pekak ke apa? Saya tanya kamu, sama ada kamu mahu terima atau tidak. Apa yang susah sangat nak jawab. Ya atau tidak sahaja. Senang!" marah Key. Dia mula hilang sabar dengan Seohyun. Seohyun masih diam seperti tadi. Tidak memberi apa-apa respon. "Haihh, susah betul lah nak cakap dengan kamu ni." kata Key. Dia sudah malas mahu bertanya lagi. Tiba-tiba bas kedua yang mereka tunggu sudah kelihatan dari jauh. "Okay, macam ni jelah. Memandangkan bas pun sudah sampai, besok kamu kasi tahu saya jawapannya. Okay?" kata Key. Seohyun hanya mengangguk. "Haishh, baru nak bagi respon." omel Key sendirian. Mereka menahan bas, lalu naik. "Bye! Besok kita jumpa ya!" jerit Taeyeon sambil melambai sebelum bas  berjalan. Mereka berdua melambai kembali. Setelah bas yang dinaiki Taeyeon sudah tidak kelihatan, mereka pun beredar. Sepanjang jalan, Seohyun hanya diam. Tidak berkata apa-apa pun. Tiffany tahu dia masih memikirkan pasal berita tadi. Dia cuba beranikan diri untuk bertanya. "Seohyun, awak masih fikir pasal berita tu ke?" tanya Tiffany. Sekali lagi, dia diam seribu bahasa. Tiffany memberanikan diri lagi untuk bertanya. "Seohyun, kenapa awak diam sahaja? Kan saya tanya awak tadi."kata Tiffany. "Haa? Apa awak tanya tadi?" kata Seohyun tiba-tiba. Tiffany lega kerana Seohyun tidak diam lagi. "Saya tanya awak, awak masih fikir pasal berita tadi ke?" kata Tiffany. "Tidaklah. Mana ada." kata Seohyun. "Habis, kenapa awak diam je masa abang Taeyeon tanya awak tadi?" tanya Tiffany. Seohyun senyum. "Masa tu saya masih terkejut. Jadi, saya tak boleh nak jawab apa-apa." terang Seohyun jujur. "Ohh, patutlah. So, sekarang awak nak terima atau tidak salam perkenalan dari kawan dia tu?" tanya Tiffany. "Hmm, tak nak lah. Peperiksaan makin hampir. Saya tak nak fikir pasal benda tak berfaedah. Nanti akan ganggu konsentrasi saya je." kata Seohyun. "Hmm..okay. Terpulanglah pada awak." kata Tiffany mengalah. Setelah hampir sampai ke rumah, mereka berpisah. "Bye, Seohyun. Jumpa besok." jerit Tiffany lalu melambai. "Baiklah. Bye!" kata Seohyun dan melambai kembali ke arah Tiffany.

 

Keesokan harinya di sekolah...

 

Tiffany sedang duduk di kantin sambil membaca buku cerita yang dipinjamnya semalam di perpustakaan. "Haihh, bosannya. Ceritanya tak menarik langsung. Menyesal lah pula pinjam." omel Tiffany sendirian. "Kenapa cakap sorang-sorang ni?" tiba-tiba ada satu suara dari belakang Tiffany. Tiffany kenal dengan suara itu. Dia tersenyum lalu memusing ke belakang. "Siwon! Kenapa awak lambat? Saya bosan duduk kat sini sorang-sorang." kata Tiffany. Siwon ketawa lalu duduk di sebelah Tiffany. "Maaflah. Tadi ada kemalangan dekat depan rumah saya. Sebab tu saya lambat." terang Siwon. "Hah? Kemalangan?" jerit Tiffany. Pelajar-pelajar yang berada di kantin memandang ke arah mereka. Siwon senyum dan meminta maaf kepada mereka. Kemudian, dia berpaling memandang Tiffany. "Janganlah jerit. Orang pandang tahu." kata Siwon. Tiffany tersedar lalu menekup mulutnya lalu meminta maaf. "Maaf! Maaf!" kata Tiffany. Setelah itu, Tiffany kembali fokus kepada Siwon. "Kenapa awak tak telefon saya?Saya boleh suruh driver saya jemput awak di rumah." tanya Tiffany kepada Siwon. Siwon tersenyum lalu mencuit hidung Tiffany. "Sayang, takkanlah saya nak suruh driver awak jemput saya. Malulah kalau orang tengok." kata Siwon. "Kenapa nak malu pula? Itu driver saya, bukan driver dorang. Lagi pun, awak kan kekasih saya. Takkan saya nak tengok je kalau awak dalam kesusahan." terang Tiffany. Siwon tersenyum lagi. Dia tahu Tiffany sayang sangat dengan dia. Sebab itu dia selalu menawarkan pertolongan. Tapi, disebabkan ego lelakinya, dia tidak pernah menerima. Dan setiap kali dia menolak, dia tahu Tiffany kecewa. "Baiklah, lain kali saya akan terus telefon awak kalau saya dalam kesusahan. Okay?" kata Siwon lalu mencubit lembut pipi Tiffany. "Okay!" balas Tiffany sambil tersenyum. Mereka berbual panjang. Macam-macam perkara yang dibincangkan. Tiba-tiba Siwon teringat sesuatu. "Hmm, sayang, semalam ada tak abang Taeyeon datang jumpa Seohyun?" tanya Siwon. "Hah? Ada. Kenapa?" tanya Tiffany pelik. "Dia ada cakap sesuatu tak?" kata Siwon. "Ada. Pasal ada orang nak berkenalan dengan Seohyun. Katanya kawan dia." terang Tiffany. "Tapi, kenapa?" tanya Tiffany. Siwon senyum kelegaan. "Sebenarnya itu kawan saya juga. Namanya Kyuhyun." kata Siwon. "Kyuhyun? Hmm, macam pernah dengar. Kawan awak yang mana satu ya?" tanya Tiffany. "Alaa, yang rambut warna merah tu." Siwon menerangkan ciri-cirinya. "Ohh, ya, ya, ya. Saya ingat. Yang datang ke parti hari jadi saya hari tu kan?" tanya Tiffany. "Ya! Ingat pun." kata Siwon. "Tapi kenapa dia nak berkenalan dengan Seohyun pula?" tanya Tiffany. "Entahlah. Saya pun tak tahu. Tiba-tiba je semalam, dia kata dia minat dengan salah seorang kawan awak. Saya tanya, siapa? Kemudian dia kata namanya, Seohyun. Dia minta saya sampaikan salam perkenalan dia untuk Seohyun. Saya kata okay." terang Siwon panjang lebar. "Kemudian?" tanya Tiffany lagi. " Kemudian, saya terjumpa dengan Key. Jadi saya sampaikanlah apa yang Kyuhyun suruh." kata Siwon. "Ohh..begitu ceritanya. Barulah saya faham." kata Tiffany. "Jadi, dia mahu terima atau tidak?" tanya Siwon. "Hmm, itulah masalahnya." kata Tiffany. "Maksud awak?" tanya Siwon. "Masalahnya, dia tak nak." kata Tiffany. "Tapi kenapa?" tanya Siwon pelik. "Seohyun kata dia tidak mahu berfikir pasal benda tak berfaedah macam ni. Awak kan tahu, dia sangat pentingkan pelajarannya. Dia tidak mahu konsentrasi dia terganggu." terang Tiffany panjang lebar. "Hmm, baiklah. Kita pun tak boleh paksa dia. Itu keputusan dia. Kita kena hormat kan?" kata Siwon. "Bagaimana dengan Kyuhyun?" tanya Tiffany. "Tak apa lah. Nanti saya akan terangkan pada dia. Awak jangan risau. Okay?" kata Siwon sambil tersenyum. Sebenarnya dia agak kecewa. Tapi, dia tidak mahu tunjuk pada Tiffany. "Ehh, jomlah. Loceng dah berbunyi tu. Saya kena masuk ke kelas sekarang." kata Tiffany. "Hmm, baiklah. Jom!". Mereka beredar dari kantin, dan berjalan ke kelas masing-masing. "Siwon!" jerit Tiffany. "Ya!" sahut Siwon. "Nanti balik, macam biasa ya!" kata Tiffany. Siwon senyum dan menunjukkan 'thumbs up'. Tiffany senyum dan masuk ke dalam kelas.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~