Can you go with me?

Say Yes, My Sweetheart!

Kelihatan ramai murid di perkarangan dewan sedang sibuk menyiapkan persiapan majlis tari menari. "Ramainya orang. Ni semua AJK Keceriaan Sekolah ke?" tanya Taeyeon sebaik sahaja dia sampai di perkarangan dewan bersama dengan Yoona. "Yelah kot. Tapi, setahu saya AJK Keceriaan tidaklah seramai ini. Mungkin ada yang cuma datang membantu kot." jawab Yoona. Taeyeon hanya mengangguk. Kemudian tanpa membuang waktu, mereka dengan segera mengambil tugas masing-masing menghias dewan. Yoona menghias pentas, manakala Taeyeon menghias sekitar dewan. "Haihh, penatnya." kata Taeyeon dalam hati. Kemudian dia kembali duduk untuk menyiapkan kerja seterusnya, iaitu meniup belon. Ketika Taeyeon sedang sibuk meniup belon,tiba-tiba Donghae datang menghampiri dia. "Hai Taeyeon!" sapa Donghae ramah. "Hai!" jawab Taeyeon. "Awak, ada nampak Yoona tak?" tanya Donghae. "Yoona? Ada. Tu, atas pentas tu." jawab Taeyeon sambil menunjuk ke arah Yoona yang sedang sibuk menghias pentas. Donghae menoleh ke arah yang ditunjukkan dan terlihat Yoona. Dia tersenyum dan mengucapkan terima kasih pada Taeyeon. "Okay, terima kasih ya!" kata Donghae. "Sama-sama" jawab Taeyeon. Donghae pun berjalan ke arah Yoona. Yoona yang sedang sibuk, sedikit pun tidak menyedari kehadiran Donghae. "Ehem ehem, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" kata Donghae. "Ya, boleh tolong ambilkan gunting tu tak?" jawab Yoona tanpa menoleh ke arah suara yang bertanya. Donghae dengan segera mengambil gunting yang diminta Yoona tadi, dan menghulurkan pada Yoona. Yoona tanpa menyedari apa-apa terus mengambil gunting itu. "Haa, siap pun." kata Yoona setelah dia turun dari tangga. Apabila dia menoleh sahaja ke belakang, dia terkejut kerana melihat Donghae berada dibelakangnya. "Awak buat apa kat sini?" tanya Yoona. "Tolong awak lah." kata Donghae sambil tersenyum. "Awak kalau setakat datang sini nak kacau saya baik awak pergi. Dan bila masa pula awak tolong saya?" kata Yoona. "Yang hulurkan gunting tadi siapa kalau bukan saya." kata Donghae yang masih lagi tersenyum. Yoona membuat muka marah. Donghae masih tersenyum. Itu yang membuatkan Yoona bertambah bengang. Dia tahu Donghae cuma mahu mengusik dia. "Betul lah. Memang saya yang hulurkan gunting tu pada awak. Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya orang yang berada dia atas pentas ni." kata Donghae. Yoona menoleh dan melihat tiada siapa pun di situ. "Mana ada sesiapa. Awak jangan nak menipu lah." kata Yoona lalu terus turun dari pentas. "Saya cuma nak ajak awak pergi ke majlis tari menari tu lah!" jerit Donghae tiba-tiba. Yoona yang sedang berjalan, terus terhenti langkahnya. Dia menoleh ke arah Donghae dan menunjukkan isyarat marah. Donghae hanya tersenyum dan menyambung lagi, "Awak sudi ke tak?". Yoona yang sudah merah padam mukanya terus berlalu pergi ke arah Taeyeon tanpa mempedulikan Donghae lagi. "Taeyeon mari keluar dari sini." kata Yoona lalu terus menarik tangan Taeyeon. "Alamak nak keluar lah pulak." kata Donghae lalu terus mengejar Yoona dan Taeyeon yang sudah menghampiri pintu dewan. Dia berhenti di hadapan mereka berdua. "Awak nak pergi mana?" kata Donghae. "Saya nak keluar. Kalau awak asyik nak memalukan saya, lebih baik saya keluar." kata Yoona dengan tanpa memandang Donghae. Donghae memandang ke arah Taeyeon. Taeyeon cuma mengangkat bahu. "Okay okay, saya minta maaf." kata Donghae. "Lain kali saya tak buat lagi." kata Donghae lagi. Taeyeon tiba-tiba menyiku lengan Yoona. "Saya ada banyak lagi kerja nak buat ni, awak berdua berbual lah dahulu ya." kata Taeyeon lalu terus meninggalkan mereka berdua. Yoona yang tidak sempat berkata apa-apa terpaksa akur kerana Taeyeon sudah melepaskan tangannya dari tangan Yoona. Yoona yang tidak tahu mahu buat apa, terus keluar dari dewan. Donghae masih lagi terus mengejar dia. "Yoona! Tunggu lah. Yoona!" jerit Donghae. Yoona yang sedang cuba melarikan diri terpaksa berhenti. Dia tidak mahu Donghae terus menerus mengejar dia dan menjerit jerit nama dia. Sudah tentu dia akan malu. "Awak mahu apa lagi? Tak puas-puas kenakan saya?" kata Yoona sebaik sahaja dia berhenti. Donghae yang keletihan seperti dikejar anjing terus berkata, "Kan saya kata nak ajak awak pergi majlis tu. Awak sudi ke tak?". Donghae masih tercungap-cungap keletihan. Yoona cuma diam. Setelah dia rasa peredaran darah dia kembali normal, Donghae berkata lagi. "Alahh, awak janganlah jual mahal sangat. Saya ni bukan senang nak ajak perempuan keluar tau. Jadi, awak sangat beruntung." kata Donghae. "Berlagaknya, macamlah muka tu hensem sangat." kata Yoona dalam hati. "Awak nak tipu saya lagi ke?" tanya Yoona was-was. Donghae mengangkat kening kemudian tersenyum. "Taklah. Buat apa saya nak tipu awak. Saya betul-betul ni. Bolehlah?" kata Donghae sambil merayu. Yoona yang diam tadi terus berkata, "Okay, saya percaya. Tapi, kalau awak tipu saya lagi, saya takkan maafkan awak sampai bila-bila" kata Yoona. Donghae tersenyum lega. "Kalau dari tadi macam ni, kan senang." kata Donghae sambil tersenyum. Yoona hanya menjeling, lalu terus pergi meninggalkan Donghae yang masih tersenyum.

 

Di dalam kelas Kyuhyun selepas waktu rehat....

 

"Kyuhyun, kau tahu tak aku jumpa siapa tadi?" tanya Sungmin dengan muka yang sangat gembira. "Siapa?" kata Kyuhyun malas. "Siapa lagi kalau bukan Sunny! Pujaan hati aku." kata Sungmin. Kyuhyun memandang Sungmin yang masih tersenyum dengan muka pelik. "Jadi, apa kena mengena dengan aku pulak?" tanya Kyuhyun. "Memang lah tak ada kena mengena. Tapi, kalau kau nak tahu, tadi aku dah ajak dia pergi majlis tari menari tu dengan aku." kata Sungmin. "Lepas tu, dia cakap apa? Mesti dia tak nak kan?" kata Kyuhyun. "Ehh, kurang ajar lah kau ni. Dah tentu lah dia kata nak." kata Sungmin pula. "Macam manalah dia boleh kata nak. Pelik aku." kata Kyuhyun lagi. "Mestilah dia kata nak, sebab itu tandanya dia suka kat aku. Kau apa tahu." kata Sungmin sambil tersenyum bangga. "Hmm, apa-apa jelah." kata Kyuhyun. "Kau pulak macam mana?" tanya Sungmin tiba-tiba. "Mestilah jadi. Dia dah setuju pun." kata Kyuhyun tenang. Sungmin hanya mengangguk.

 

Di dalam studio menari..

 

Bunyi muzik yang sangat kuat menyelubungi seluruh studio menari itu. Kelihatan dua orang sedang berlatih menari. Pergerakan mereka sangat ligat dan akan membuatkan orang terpegun melihatnya. Setelah mereka selesai menari, mereka berehat untuk menghilangkan penat. "Pergerakan awak tadi bagus betul. Mana awak belajar?" tanya Eunhyuk sebaik sahaja Hyoyeon duduk." "Saya buat sendiri. Lama dah saya berlatih." jawab Hyoyeon. "Ohh." kata Eunhyuk sambil memandang Hyoyeon. "Kenapa awak pandang saya macam tu?" tanya Hyoyeon sambil meneguk air. "Haa? Tak ada apa-apa. Sengaja je." kata Eunhyuk. Malu dia kerana Hyoyeon tahu dia memandang Hyoyeon. "Kalau ada benda nak cakap, cakap je lah." kata Hyoyeon. "Sebenarnya, memang ada. Tapi, saya segan lah." kata Eunhyuk. Hyoyeon memandang muka Eunhyuk dengan muka pelik. "Sejak bila awak jadi pemalu?" tanya Hyoyeon. "Okay, tapi awak jangan marah tau." kata Eunhyuk lagi. "Sebenarnya sekarang saya tengah cari pasangan untuk pergi majlis tari menari, jadi saya ingat saya nak ajak awak. Awak sudi tak?" kata Eunhyuk . "Saya tak nak. Saya tak suka lah pergi majlis macam tu. Pakai gaun, make-up. Saya tak suka. Maaflah." kata Hyoyeon. "Tapi, semua pelajar wajib serta." kata Eunhyuk lagi. Kali ni dia akan cuba memujuk pula. "Maaflah, saya memang tak suka." kata Hyoyeon. Hyoyeon sudah bangun untuk beredar. Dia mengemas barang dan mengambil beg. Ketika dia berjalan menuju ke pintu, dia berhenti tiba-tiba. Hyoyeon menoleh ke arah Eunhyuk. "Kalau awak nak saya pergi dengan awak, awak kena buat sesuatu untuk saya. Boleh?" tanya Hyoyeon. Eunhyuk yang dari tadi bermuka sedih, tiba-tiba tersenyum. "Apa dia?" tanya Eunhyuk. "Berlatih lagi. Supaya saya boleh ajar awak pergerakan saya tadi." kata Hyoyeon ringkas. Kemudian dia terus keluar tinggalkan Eunhyuk seorang. "Itu sahaja?" kata Eunhyuk kemudian tersenyum sendirian.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
goddessprincess
#1
Chapter 10: It's okay... I really love the update...it's great story...
goddessprincess
#2
Chapter 4: I love YoonHae moments...it's sweet...more YoonHae...I'm waiting for YoonHae and SeoKyu...

Daebak !!
goddessprincess
#3
Wow , malay version..

Update selalu ya...Suka sangat dengan cerita nie..

Hwaiting !
milkyberry #4
oh wow malay version :)
Looking forward for next chapter
shotblade1510 #5
soo malay..
chan92
#6
haha
kelakar pulak bile bace dlam bhse mlayu
keep going
i wll sppurt u
seokykyu #7
so sweeeeeeeeeet..
seokyu~